Thursday, December 23, 2010

Kalimah seteguh cengkaman akarnya

Assalamualaikum wbt,

"Apakah engkau tidak memperhatikan bagaimana Allah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka ingat"
(Ibrahim: 24-25)


Untungnya bagi mereka yang menyebarkan perkataan-perkataan yang baik kepada orang-orang di sekelilingnya.

Kalimah yang baik, iaitu kalimah Lailahailallah, adalah kalimah yang membawa kesejahteraan kepada seluruh alam semesta. Kalimah yang mengajak setiap individu untuk kembali kepada fitrah, yakni mengenal siapa Penciptanya, untuk apa dia dijadikan dan ke mana dia akan pergi setelah sampai waktu yang dijanjikan.

Kalimah ini adalah extension setelah kita meyakini bahawa menerusi pemerhatian pada kejadian alam dan manusia, ada suatu kuasa yang mengawalnya- ia bukan terjadi secara tiba-tiba.

Kalimah inilah sumber inspirasi para Muslim di zaman Rasulullah dan para sahabat untuk segera menyampaikan rasa best mereka setelah bersama Islam, dan merasakan setiap orang pada ketika itu perlu tahu apa yang mereka rasa!

Subhanallah.

Saat itu, tiada yang berkata sebegini,

'Bekal ilmu kami minimum. Kami tidak diterima orang kerana tidak punya pengalaman. Kata-kata kami juga tidak didengar orang. Ini tugas ulama yang Allah izin sangat mencintai ilmu, mereka diterima orang, dan kata-kata mereka didengar'.

Buktinya, Islam tersebar hingga ke Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu melalui para pedagang. Mereka berdagang sebagaimana yang mereka sering lakukan, namun tidak leka juga untuk turut menyampaikan rasa hati mereka agar masyarakat lain juga tersentuh dengan Islam. Di negeri-negeri Balkan, Islam disebarkan oleh orang-orang Turki yang tidak mahir berbahasa Arab dan majoriti mereka adalah askar biasa yang tidak mempunyai ilmu yang banyak. Mereka punya cinta pada Islam, dan himmah(semangat) untuk sampaikan Islam kepada seluruh manusia.

Teringat pada cita-cita As-Syahid Imam Hassan Al Banna yang ingin memberitahu tentang Islam kepada setiap bayi yang lahir dan ingin menulis surat kepada setiap Muslim untuk memperingatkan mereka tentang Allah. Subhanallah...!

Hebat kesan yang Allah beri pada mereka yang meyakini kalimah ini.

Maka bagaimana pula kita?

Masih mencari-cari semangat?

Masih leka dengan dunia masing-masing?

Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita akibat lalai di jalanNya dan memberi kita kekuatan untuk istiqamah di jalanNya.



"...pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda Tuhanmu, tidak berguna lagi iman seseorang yang belum beriman sebelum itu, atau belum berusaha berbuat kebajikan dengan imannya itu."
(Al-An'am:158)



Friday, December 17, 2010

Saat syurga beralih tempat

Bismillahirrahmanirrahim....


"Dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah pada kaum yang berfikir.'
(Ar-Rum,30: 21)


Fitrah.

Qada' dan qadr.

Mardhotillah.

Kombinasinya tetap akan berakhir dengan satu matlamat, yakni mardhotillah. Tiap saat, tiap waktu, seorang hamba yang beriman tidak punya hajat lain, melainkan supaya tiap tindakan dan usahanya mendapat redha dari yang Maha Memberi dan Mengetahui.

Begitu juga dengan menguruskan fitrah dirinya.

Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang berniat untuk berpuasa sepanjang tahun, dan tidak mahu berkahwin semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah, dengan mengatakan bahawa baginda berpuasa dan berbuka, dan juga bernikah.

Kerana fitrah yang dikurniakan Allah, Hawa diciptakan sebagai pasangan buat Nabi Adam a.s sebagai pengubat kesepian yang dirasainya walaupun berada di syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan.

Rezeki, jodoh, ajal maut adalah rahsia-rahsia Allah. Namun setiap hambaNya diwajibkan berusaha untuk mengubah nasibnya ke arah yang lebih baik, bukan hanya menunggu dan merenung hidupnya tanpa berusaha apa-apa.

Bercakap soal jodoh, we never know who, when, and why. Saat ini management hati dan perasaan perlu seimbang, supaya tidak bercanggah dengan apa yang Allah redha, juga tidak terpengaruh dengan syaitan yang membisik supaya tergelincir dari landasanNya.

Cinta, hakikatnya hanyalah wasilah(jalan) atau alat untuk mencapai redha Allah. Sekiranya cinta membuatkan kita lupa apa matlamat hidup kita, maka itulah yang dinamakan buta. Hakikat bahawa hidup untuk beribadah kepada Allah dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi perlu sentiasa disedari, maka cinta adalah pengikat di antara orang-orang beriman lelaki dan perempuan untuk bersama-sama melaksanakan matlamat ini.

Allah berfirman dalam surah At-Taubah, 9:71,

'Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.'


Moga pembinaan baitul muslim yang dihajati, sentiasa dipenuhi dengan sifat taqwa sebelum, semasa dan selepas prosesnya.

Tiada lain, hanya mengharap redhaNya.




Pesanan kakak: manfaatkan peluang yang ada bersama ummi, taatilah dia sebelum syurgamu beralih tempat yakni ketaatanmu bertukar kepada suami, dan redha Allah ada padanya.



********************

And the Big Day has come~ (^_^)

18th Dec 2010/12 Muharram 1432H


" Ya Allah,
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “


Dear my beloved sister, congratulations :)

(This is my blog version since the card that i posted to you tak reach home lagi)

Since i was born, until now, you are my best sister ever!

I'm gonna miss you so much, and sorry for unable to be there to help you with all of the wedding's preparation, insyaAllah my prayers are always with all of you.

I pray for Allah to bless you and your future husband till jannah, and make your marriage as a way to reach mardhotillah.

I pray for Allah to give everyone strength, since i know it is not easy handling such big event-plus this is our first wedding occasion.

I pray for Allah to bless the majlis, before and after, bless to all of our guests who come, and to all who has put their effort to help you with every single thing.

I pray for Allah to strengthen love between both of you, blesses you with zuriat soleh solehah, and mawaddah wa rahmah for all years.

I love you so much, and sisterhood forever :)


(i wasn't there during your graduation)

(i was grateful to be here)

(was grateful during hari raya)

And~

(no pics of her wedding yet, huhu-but the caption would be: i really wanna be there!!)

Tak apa. Tapi saya sgt gembira untuknya :)


Doakan mereka ya~








Sunday, December 12, 2010

Berbolak balik


Teori sains menyatakan bahawa air mendidih pada suhu 100 darjah Celcius. Jika diperhatikan, saat itu ia sedang menggelegak keseluruhannya, tiada terkecuali.

Namun hakikatnya, hati manusia (al-qalbu) lebih cepat berubah daripada isi air tersebut saat ia sedang mendidih. Buktinya? Anda sendiri boleh merasa!

Kerana itu, istiqamah adalah suatu jihad dan kesungguhan di sisi Allah. Kesungguhan untuk mengekalkan ketenangan hati agar tetap di jalan yang Allah redha, dan jauh daripada bisikan syaitan yang mengajak kepada kekotoran hawa nafsu dan jahiliah.

Bagaimana nak kekalkannya?

Fitrahnya, manusia itu dijadikan mempunyai sifat pelupa. Maka peringatan yang berterusan adalah perlu untuk kekal istiqamah. The theory is simple, the more you read/practise/listen, the more you will remember and apply in your life. We acknowledge this theory for our exam preparation, so why don't apply it in all circumstances? Remember, what matter is how do you prepare for your afterlife-so don't be an ignorant!

*********

Tenangnya hati, moga ianya hasil daripada mengingati Ilahi

Hidupnya hati, kerana 'basah'nya peringatan-peringatan yang diterima

Damainya dalam redha Ilahi, apabila kita turut memperingati sesama sendiri..


Maka ubahlah dirimu, dan serulah yang lain.


(Mode: berusaha!!)

Thursday, December 9, 2010

Subconscious



Assalamualaikum wbt :)

Subhanallah, currently sedang berjuang dengan assignments, lecture notes and text books since semester exam is just around the corner!

Although my days are fully occupied with these tasks, untuk minggu ni sahaja hampir setiap malam mimpi my home and family (T__T).

Homesick? Hmm..dont think so since i'm always keep in touch with them.

Rasanya my subconscious mind cuba melakarkan apa yang saya sangat sangat inginkan- iaitu fly back home to attend my sister's wedding next week!!

Isk.

Mixed feeling though. Happy for her and sad for not able to be there :(

InsyaAllah, kiriman doa dan munajat agar Allah berkati ikatan yang bakal bertaut, pelihara perjalanan majlis dan melimpahkan rahmat ke atas keduanya hingga kekal bersama di syurgaNya..

Soo happy for you, sister! Sayang kakak sangat sangat :)

**************

Jadi, untuk rakan-rakan yang mengenali saya atau keluarga saya, jemputlah datang ke walimah kakak saya 18 Dis 2010 ni ya. Maaflah, perlu layan diri since i'm not there, huhu~

Buat yang tidak dapat hadir, mohon doakan segala yang terbaik dan redha Allah atas penyatuan ini. Moga perhubungan mereka kekal hingga ke syurga hendaknya..amin.


Moga rahmat Allah bersama kalian.



Wednesday, December 1, 2010

R dan C


























Assalamualaikum wbt,

Moga sentiasa dalam peliharaan Allah SWT tidak kira di mana sahaja kalian berada.

Sengaja saya memilih tajuk 'R dan C', untuk membawa mood yang ceria kepada semua. Currently Dublin sedang mengalami snow yang agak tebal, dan tekanan kerana cuaca yang sejuk, sistem transportation yang agak terganggu, jalan yang berais, kotor, licin dan becak, menyebabkan kebanyakan people around here agak emotional. Salah sikit, cepat sahaja hendak marah. Berbeza pula ketika musim bunga atau musim panas yang segalanya bagaikan baik belaka.

Psychologically, weather does influence human emotion. Doanya Allah pelihara kita semua daripada bahaya dan keburukan dalam menghadapi cuaca sebegini. Sesungguhnya semua ini datang daripada Allah, sebagai peringatan dan juga petunjuk.

*******************

R dan C. Reputation and Character.

Teringin untuk berkongsi tazkirah yang saya dengar baru2 ini.

Between reputation and character, ada perbezaan yang sangat ketara.

Tetapi ia digandingkan kerana sebahagian besar daripada kehidupan manusia dihabiskan untuk membina salah satu daripadanya.

Segala tenaga, wang dan masa dihabiskan untuk membina reputasi diri.

Segala tenaga, wang dan masa dihabiskan untuk membina karakter diri.

Reputasi diri, jika didefinasikan daripada sudut keduniaan adalah keghairahan manusia dalam mengejar sesuatu yang akan memberi keuntungan kepadanya. Seringkali kita lihat dalam kehidupan di sekeliling, orang yang dikatakan bereputasi tinggi adalah orang yang berjaya dalam menggapai apa yang diidam-idamkan. Kejayaan demi kejayaan diperolehinya, dan semakin banyak kejayaan yang dikecap, semakin tinggi reputasi yang dibina.

Golongan yang sebegini berada di status atas dalam hierarki masyarakat, kerana pencapaian mereka.

Karakter diri pula, adalah sifat atau sikap manusia yang di bangunkan (develop). Saya maksudkan di sini adalah pembinaan karakter yang menjadikan manusia menjadi lebih baik, kerana hakikatnya setiap manusia punya karakter yang tersendiri. Karakter yang buruk tidak perlu dibangunkan, ia muncul sendiri hasil daripada hawa nafsu, dan godaan syaitan. Allah berfirman dalam surah as-Syams ayat 8-10,

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan. sungguh beruntung bagi orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"

Golongan yang memilih untuk menjadi lebih baik akan berusaha untuk memanfaatkan hari-hari yang dilaluinya supaya tidak rugi di kemudian hari. Ini bermakna, dalam setiap tindakannya, ia akan pastikan ianya adalah baik dan tidak menzalimi orang lain. Inilah akhlak Islam, yang sentiasa menyuruh umatnya supaya berbuat baik sesama makhluk Allah.

Orang yang tinggi reputasi, belum tentu kejayaannya mampu memberi manfaat kepada orang lain. Belum tentu cara yang digunakan untuk menggapai kejayaan itu adalah cara yang Allah redha.
Manakala orang yang membina karakter ke arah kebaikan, usahanya akan dipastikan tidak bercanggah dengan apa yang Allah suruh, dan natijah daripada usaha itu juga adalah pembinaan reputasi yang baik secara tidak lansung.

'La,ni cuma permainan kata-kata sahaja!'

Huhu. Ya, mungkin permainan kata-kata sahaja. Tetapi apabila kita berada di situasi di mana semua orang sedang melihat kita bekerja, ketika itulah niat untuk belajar membina karakter yang baik boleh berubah kepada pembinaan reputasi di mata manusia. Moga Allah pelihara niat kita semua.

Setiap apa yang kita lalui, adalah suatu pelajaran untuk kita.
Setiap apa yang kita kecapi, adalah suatu ganjaran dari Nya.

Maka bersyukurlah sentiasa, dan manfaatkan setiap peluang yang ada.

Moga setiap amal kita bakal membentuk peribadi Muslim yang soleh. Dengannya, Allah akan meredhai kita. InsyaAllah.









Sunday, November 21, 2010

Still in jail

To Miss A, smoga dpt bersua lagi spt semalam!:)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah ala kulli hal, alhamdulillah atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.

Tergerak hati untuk berkongsi suatu muhasabah yang kuperolehi semalam, terkait dengan tajarrud. Sebagai manusia, kita tak kan pernah tahu bila dan di mana tarbiyah Allah akan hadir untuk menegur hati kita yang sentiasa lalai dan lupa kepadaNya..

Apa itu tajarrud?
It's an arabic word, obviously :)
Dari segi bahasa- membersihkan, mengosongkan, melepaskan atau menanggalkan.

Saya suka melihat konsep ini daripada analogi buah limau yang dikupas kulitnya. Tajarrud diibaratkan seperti isi limau yang segar, yang hanya kelihatan setelah kita menanggalkan kulitnya yang tebal.

Dari segi konsepnya pula, tajarrud ialah membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan berpihak hanya kepada agama Allah.

Apakah keterikatan yang selain daripada ikatan Allah?
Ia adalah keterikatan-keterikatan yang tidak menguntungkan diri dan agama kita sebaliknya mampu menjatuhkan kita ke lembah yang boleh merosakkan iman dan amal kita. Keterikatan yang bersifat keduniaan, nafsu dan material adalah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam rangka kita sedang berusaha mengikhlaskan diri dan amal kita untuk beribadah semata-mata mengharapkan redha Allah.

'Ah, ini terlalu idealistik!'

Saya ingin membawa beberapa contoh umum, dan saya sendiri pun masih dalam rangka belajar untuk memahaminya. Rujuk orang-orang berilmu di sekeliling kita untuk mendapatkan kepastian.

Firaun yang mengatakan dirinya adalah Tuhan, mengasuh Nabi Musa sejak kecil dan amat marah ketika sampai berita bahawa anak angkatnya sendiri menyebarkan risalah lain yang mengajak manusia untuk menyembah selain daripada Firaun.

Dalam surah asy-Syuara, ayat 16-18,

"..and say: ' We(Moses and Harun) are the Messengers of the Lord of the A'lamin(mankind, jinn and all that exist). So allow the Children of Israel to go with us."
"(Pharaoh said to Moses): Did we not bring you up among us as a child? And did you dwell many years of your life with us?"

Dalam surah ini, budi yang telah dicurahkan oleh Firaun kepada Nabi Musa tidak menghalangnya untuk berdakwah kepada Firaun supaya bertaubat dan kembali menyembah Allah yang Esa. Hakikatnya, tiada keterikatan dalam diri Nabi Musa AS selain daripada keterikatan bahawa Tuhan yang selayaknya disembah hanyalah Allah, maka tanggungjawab untuk menyampaikan itu tetap perlu dilaksanakan.

Dalam surah al-Baqarah ayat 183,
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman)Sibghah Allah(celupan Allah), dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138)

Celupan Allah, yakni segala aspek dalam hidup kita sepatutnya mengikut cara dan konsep yang telah Allah sarankan kepada hambaNya, kerana itulah sebaik-baik cara hidup yang menjamin dunia dan akhirat kita. Akhlak, pemikiran, amalan dan sebagainya perlu bebas daripada anasir-anasir rawasid(karat-karat) jahiliah yang boleh melalaikan kita.

Seorang daie yang bijak berkata-kata, hakikatnya masih di dalam penjara jika kata-katanya itu masih belum mampu diterjemahkan dalam bentuk perbuatan.

Maka kekuatan untuk menterjemahkannya ke dalam perbuatan, atau usaha untuk keluar dari penjara sangat bergantung kepada tahapan iman seseorang. Iman itu yazid wa yankuz, yakni turun dan naik maka sebab itulah kita sebagai manusia biasa perlu kepada peringatan yang berterusan.

Semoga Allah memilih kita untuk menjadi hambaNya yang istiqamah.

Dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita ketika kita masih tercari-cari bagaimana untuk keluar daripada penjara keterikatan ini.

Moga keterikatan kita, hanya kepadaNya. Amin,

Tuesday, November 16, 2010

of charity week and the street paradox

Assalamualaikum wbt.

May all of you are in peace.

Subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.

All praises to Allah the Most Gracious, Most Merciful.

As you may see from the title, i'm encouraging you to spare some of your money and food that Allah has given you, to those who need it more than you do.

Give sadaqah when you have the chance to do so, and help the unlucky and weak people as we don't know when is our turn to be test by Allah.

Alhamdulillah, the Charity Week 2010 that was organized by FOSIS UK and Ireland, had officially ended. For Ireland, it was started on 2nd Nov until 7th Nov.

I was involved in most of the activities and events, since I was part of the organizing committee for my college Islamic Society(RCSI ISOC). To be frank, it was fun! Alhamdulillah. I learnt a lot about event organization and management, got to know each committee member better, learnt how to respond quickly it there was any shortcoming, etc etc. Alhamdulillah.

And alhamdulillah, all praises to Allah, the 3 weeks of events in RCSI managed to collect more than 6000euro and we won the highest collection among all Islamic Societies in Ireland. We are not proud of the big figure, but we are proud to be able to help MORE people!

Millions of gratitude to all of the committee members, volunteers, participants and donors who made these weeks worthwhile, just for the sake of helping the orphan and needy children, and may Allah bless all of you for your kindness!

*****************************

Charity Week, is solely aim to help the children all over the world regardless their faith, race, status and nationality. We made it very clear to all of the donors so that they wouldn't be reluctant to donate since all of the money will be given to the Islamic Relief, before being distributed to lot of places ie Mali, Pakistan, Indonesia, Somalia, Kosova, Chechnya and Bangladesh.

It is an annual event for FOSIS, so they also use the donation for follow-up programme at the area that they already planned and invested during the past years. This also include the funding and sponsorship for the Palestine orphans in Gaza.

I remembered one day when my friends and I went to Grafton Street to do the Street Charity, one middle-age man approached us and asked a few things about the collection. We told him about Islamic Relief, and the money will be use to help all children regardless their faith and race.

And he asked more questions.

"Does it also go to Gaza?"
At this moment we can't really sure about where would the money will go specifically for this year collection, and it was our fault for not study and asked the committee beforehand.

I think when he saw us not really confident about the where the money would go, he added,
"How do you feel about your brothers and sisters in Gaza? Would you help them if they need you?
"Yeah, of course we'll help them."

"So how about this money? There are also children in Gaza. They are your brothers and sisters. You know what, at the end of this road there are some people collecting for the Palestinians. I won't give you a cent until all of you go and help your people in Gaza."

He said that while holding a 5 cent coin in his hand. And after a few other questions about our nationality, he just went away.

And we were a little bit confused after that.

After our session ended, we walked down the Grafton Street and when we saw the group of people that the pakcik referring to, now we understand why.

It was the Ireland-Palestine Solidarity Campaign(IPSC) having a day boycott to the issue of Israeli Blood Diamond. They invited people to sign up for the petition and to raise awareness of the existence of the Israeli diamond in the diamond market.

They were all Irish, and currently, actively involved in almost all scope of issue that related to Palestine and apartheid Israel.

This was what the pakcik saw-a paradox in one street. One group of Irish, talked about the Palestinian,raising awareness for people to help them. Another group of Muslim ladies, collecting donation for the children around the world.

Maybe he suddenly thought-why wouldn't we-as the Muslim-be the one who talked about the Palestinians as they are our brothers and sisters.
Why wouldn't we-who believing the same God-didn't support each other?

These are among the defects that the people outside there see, and reflect selagi seluruh umat Islam masih belum bersatu. We are the one who causes fitna to our own religion.

To the pakcik, i am among the supporter of IPSC. And this CW donation will also be send to Gaza also, don't worry. And thank you for making my whole day full with istighfar and reflection.

To my fellow friends, never forget to also make du'a for our brothers and sisters in Palestine and other countries after each of the prayer, and support for any cause that will benefit the oppressed, unlucky, and needy people outside there.



"Have you seen him who denies the deen? He is the one who harshly rebuffs the orphan and does not urge the feeding of the poor." (107:1-3)



Allahu a'lam.

Friday, November 5, 2010

How do you define your leisure time?


Assalamualaikum wbt....

Moga sahabat-sahabat sekalian berada dalam kesejahteraan, dan selawat dan salam atas junjungan kita Muhammad Rasulullah SAW.

Take a deep breath, and exhale it slowly, beginning with basmallah.

Alhamdulillah to the Mighty God, Allah SWT for giving us the chance to live this life under His blessing and Mercy.

Syukr ilallah, without Him I might not be able to type this post, might not be able to walk, speak, or even breathe for once.

For the past two weeks I've gone through such a hectic time, regardless what day it was. People love Friday, as it is a mark for a long rest in weekend. People hate Monday-and some has 'Monday-blue' overwhelming them, as it is the end of their resting time.

Anyway, how do we perceive rest and leisure time?

Resting- can be associated to inactivity, freedom from work, strain and responsibility, and a pause for relaxation.

From resting people will benefit or lose. Two opposite things happens as a consequences of a same activity, which is resting.

Let's see how we can benefit or lose after resting.

Busyness thought me lots of things, until I realized that I grew to be more organized. Alhamdulillah. I can't bare just sit doing nothing, as time is priceless to just let it go.

If you notice, the title of this post is 'how do you define your resting/leisure time', not 'how do you define resting/leisure time'. These two bring a different concept as the latter only explains the general meaning of having a free time.

How do you define YOUR leisure time is referring to what do YOU do when you are free, not what generally people do when they are free.

Let's have a short reflection now. Allah gave us 24 hours, and yet man still finds it insufficient. Who is the most Knower of what is the best for mankind? Of course Allah SWT.

He created day and night consecutively-and man perceives it in 24 hours system.
What will happen when there's no sunset or no sunrise at all? Can we live that way? Subhanallah, we can only think about it, but the reality is that we survive well when Allah SWT set it in a day/night balance.

When we busy, we asked Him to give us 25 or 26 or more hours so that we have more time to settle our task/work. We whine, and cry seeking for help and guidance to go through the hard time.

When we are free, we wait as the time passes, and stand still doing nothing(inactivity). To make thing worst, we spend our leisure time with activities that doesn't improve our iman and a'mal. Sleep and sleep, eat and eat, movie marathon, shopping marathon, and many more.

Masya Allah. May Allah prevent us from being ungrateful to the time that He gave to us.

Rasulullah SAW said in a hadith,

"Take advantage of five matters before five other matters: your youth, before you become old; and your health, before you fall sick; and your richness, before you become poor; and your free time before you become busy; and your life, before your death."

Subhanallah, it's such a very concise hadith. Take advantage of our free time, to do something beneficial that can reward us in future, especially in hereafter.

Plus, busyness is actually a way to remembrance of Allah. I know, it's kinda cliche to say this, but Allah did say the same in Quran. Man remembers Him when he is in trouble, and forgets when he's free.

Take advantage from the busyness, to be close to Him and try to maintain the attitude, as we actually needs Allah in every single thing in our life. Really need Him.
If we feel that we can live our life without Him, go on, but don't take a single breath from His oxygen then. Can you actually do it? So don't be arrogant!

I remembered a moment few days ago when i told my mom that i need her advice to face all of the pressures, she replied a verse from Al-Quran. It was Al-Baqarah, verse 250.

" Our Lord! Pour forth on us patience, and set firm our feet and make us victorious over the disbelieving people"

(Subhanallah, thanks to Allah for giving me a great mom!)

She told me to memorize this verse, and recite it every morning after Subuh prayer. By Allah's will, His Mercy would be there :)


So friends, ask yourself-what do you do during YOUR leisure time?


'Hidup ini seharusnya dipenuhi dengan pekerjaan-pekerjaan yang agung dan pendek angan-angan'

Loves,
Huda.




Thursday, October 14, 2010

Alternative

Salam alayk everyone! May all of you in the pink of health and imann, insyaAllah.

One of my friend in facebook sent me a link to a very interesting website, where we can hear to the various type of nasyeed from various famous artists.

It's a very good alternative to those of you who used to listen to any video songs in Youtube while studying or surfing the Internet.

Enjoy it, and do support our Muslims singers/groups who try to educate people about the Creator, Allah and conveying honourable messages.

Here's the link : halaltunes - Free MP3 Nasheeds


May Allah count this as an effort to stay away from jahiliah and to seek for His love.

InsyaAllah.

Saturday, October 2, 2010

Sudah cukup berhati-hati?


Assalamualaikum wbt saudaraku kerana Allah, moga sentiasa dalam peliharaanNya.

*****************

Ketika memandu di jalan yang tidak rata dan berlubang, apakah yang anda lakukan?

Ketika meredah hutan mendaki bukit ketika sedang beriadah bersama rakan-rakan, langkah bagaimana yang akan anda ambil?

Ketika sedang meredah sungai yang dasarnya dipenuhi batu-batu untuk ke seberang, berapa banyak perhatian anda pada setiap langkahanmu?

Juga, ketika melalui jalan yang penuh duri, bagaimanakah anda akan menempuhnya?

Tiada cara berjalan yang lain, melainkan berjalan secara berhati-hati agar tidak terbabas apabila tayar termasuk lubang, tidak terjatuh ketika sedang mendaki, tidak tergelincir ketika sedang menyeberang, dan tidak terluka ketika sedang melalui jalan berduri.

Ini respond manusia, respond yang dipengaruhi oleh pancaindera kita terutamanya mata yang melihat risiko-risiko yang bakal dihadapi jika tersilap melangkah. Respon yang dihantar ke otak untuk mentafsir dan mengawal pergerakan kaki agar berhati-hati dan anggota lain untuk bersedia untuk sebarang kemungkinan. Tidak dinafikan, kedua mata anugerah Allah ini cukup bernilai bagi setiap individu yang dilahirkan mampu untuk melihat.

Namun, bagaimana dengan respon iman terhadap apa yang kedua mata ini lihat di sekelilingnya?

Mari, duduk seketika bermuhasabah tentang sejauh mana mata kita ‘berhati-hati’ terhadap apa yang kita lihat.

Realiti persekitaran

Dunia, dan segala isinya hampir penuh dengan perkara yang memenuhi kehendak musuh iman. Siapakah musuh iman? Dialah AN-NAFS, yang mendiami diri manusia sejak azali, yang sukar untuk mengakui bahawa dirinya adalah hamba Allah sebelum Allah izinkannya mendiami tubuh sebaik-baik ciptaanNya, yakni manusia.

Maka kepada saudara-saudaraku yang masih mampu melihat dengan mata zahirmu, pandanglah ke sekeliling! Kemudian bermuhasabahlah. Apa masih persekitaranmu mentaati Allah? Apa masih persekitaranmu wujud suasana soleh yang mendorongmu untuk mencari redha Allah? Apa masih ada lagi saudara-saudaramu yang sama-sama mengajakmu menjaga mata pandangan daripada memandang perkara yang haram buatmu?

Astaghfirullahal azim...

Jadi bagaimana anda boleh berhati-hati dalam perkara zahir seperti lubang, duri dan batu, tetapi buta dan leka apabila berdepan dengan perkara di persekitaranmu yang turut menggunakan pancaindera yang sama?

Semuanya kerana mata lahiriah kita, tidak punya ‘sesuatu’ yang dipunyai oleh mata hati. Namun perbandingan antara keduanya, cukup untuk membuat kita berfikir sejenak. Itulah AL-IMAN, yang seharusnya mendasari setiap anggota, setiap langkah, setiap detik, setiap nafas malah setiap degupan jantung kita!

Iman mendasari mata hati

Yakin, percaya, membenarkan dan tunduk kepada Allah yang Esa dan mengikuti ajaran PesuruhNya adalah asas kepada jati diri manusia. Asas inilah yang diperlukan untuk setiap daripada kita menjadi lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lihat, kita buat dan kita pilih. Juga keyakinan inilah yang bakal menentukan respond kita terhadap perkara-perkara di sekeliling kita.

Daripada Rasulullah SAW:

Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

(HR Muslim)

Hakikatnya, manusialah yang memerlukan iman. Manusialah yang perlu menjaga dan memelihara imannya. Kelalaian menjaganya tidak merugikan sesiapa, tetapi merugikan diri kita sendiri juga akhirnya.

Maka saudaraku, saya ingin tanya semula kepada anda. Bagaimana respond iman anda apabila melihat dunia dan realitinya?

Jika masih ada terasa sedih dengan realiti manusia, suburkanlah rasa itu dengan usaha untuk memperingatkan mereka.

Jika terasa marah dengan tindakan manusia lain, kawal rasa itu dan ubah dengan menegur secara bijaksana.

Jika terasa bahagia dengan suasana soleh yang telah tercipta, alhamdulillah dan peliharalah ia.

Jika anda tidak punya rasa, getaran atau tidak tersentuh hati anda pada setiap yang berlaku, maka sujudlah kembali, memohon keampunan pada Allah kerana bimbang sudah kehilangan hati dan sensitiviti imannya.

Kerana secara lahiriah dan ruhaniahnya, kita seharusnya berhati-hati.

Moga Allah beri kekuatan.

Wednesday, September 22, 2010

Ramadhan Mat Jo


Assalamualaikum wbt...

Pernah menonton kartun Ramadhan Mat Jo di TV1? Animasi ini ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan pada pukul 9.30pagi, dan kalau tidak silap, ia diulang tayang semula di TV1ketika ini tetapi di waktu petang pula.

Jujur saya kata, saya tidak pernah menontonnya sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Namun dengan izin Allah, beberapa hari yg lepas saya secara tidak sengaja telah menontonnya, dan alhmdulillah, ia memang memberi kesan kepada saya. Ia juga sebenarnya sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat.

Pendapat saya, animasi tauladan yang disiarkan sempena Ramadhan ini jauh lebih banyak pengajarannya daripada siri animasi Upin dan Ipin di TV9.

Ia mengandungi kisah-kisah pengajaran daripada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, yang diceritakan oleh seorang atuk kepada cucu-cucunya. Setiap cerita yang atuk hidangkan, adalah bertepatan dengan situasi yang sedang anak dan cucunya hadapi supaya mereka dapat belajar sesuatu daripada pengalaman orang-orang beriman yang terdahulu.

Tapi selagi namanya kartun, unsur humour tidak dilupakan oleh penulis skrip. (^_^)

Satu contoh ringkasan pada sebuah episod yang saya tonton,yang diceritakan oleh atuk, dan ianya penuh dengan hikmah(Ubahsuai mengikut apa yang saya ingat):

Gabenor: Pengawal! Panggilkan seorang Badwi, ana nak jumpa.

Pengawalnya menjumpai seorang Badwi yang sedang lena tidur di bawah pohon kurma, lalu dijemput ke khemah Gabenor.

Gabenor: Ahlan wa sahlan! Masuklah, wahai Badwi!

Badwi: Terima kasih. (Melihat makanan yang terhidang ke dalam khemah) Masya Allah, banyak sungguh makanannya!!! Enta laparkah?

Gabenor: Tidak, ana tidak lapar. Hari ini ana mahu menjemput dan meraikan enta, seorang Badwi untuk makan bersama-sama ana. Mari makan!

Badwi: Owh, tidak mengapa! Ana nak dapatkan jemputan makan yang lebih hebat daripada ini!

Gabenor: Jemputan dari siapa yang lebih hebat daripada ana? Khalifah Abdul Aziz kah? Setahu ana, khalifah sedang melawat negeri luar.

Badwi: Tidak, bukan dari khalifah. Ianya lebih hebat daripada jemputan khalifah!

Gabenor: Siapa yang enta maksudkan? Ana tak faham lah.

Badwi: Ana sebenarnya sedang berpuasa. Jadi ana menantikan hidangan yang terhebat daripada Allah, dan ianya tidak tertanding dengan jemputan sekalian makhlukNya.

Gabenor: Owh, begitu. Alah, esok esok enta boleh puasa lagi! Marilah makan hidangan ini bersama ana!

Badwi: Ya Allah! Enta pasti ke esok hari ana dapat hidup lagi?? Kalau ana tak sempat nak berpuasa hari esok, macam mana? Hah, jadi biarlah ana berpuasa hari ini..

Gabenor: Baiklah kalau begitu, silalah enta pulang ke tempat enta..


Jika diikutkan, Gabenor ini boleh sahaja utk berasa marah kerana Badwi ini menolak ajakannya, namun kerana melihat iman yang ada pada Badwi ini, dilepaskannya begitu sahaja.

Subhanallah, time melihat scene ini, ana teringat tentang puasa enam di bulan Syawal, yang masih belum sempurna.

Ya Allah, sempatkah aku?

Kita sering menangguhkan kerja kita, ibarat terlupa yang tiada siapa yang dapat beri jaminan bahawa hari esok masih ada untuk kita.

Astaghfirullah....

Saturday, September 18, 2010

secebis nikmatMu, aku rindu

30 Ramadhan 1431
"Eh, macam mana nak tidur ni? Nak kena susun tempat tidur lelaki dan perempuan ni..", luah Wardah ketika melihat adik-adiknya sudah mengangkat tilam dan bantal untuk persiapan tidur. Esok merupakan hari raya, jadi rumah nenek dipenuhi dengan sanak saudara yang pulang dari jauh.

"Yang perempuan, tidur dalam bilik...lelaki tidur di bahagian luar," arah nenek yang tiba-tiba muncul di muka pintu untuk ke ruang tamu tingkat atas.

'Eh, tak muat juga rasanya..bilik ada dua saja, sedangkan perempuan ada 10 orang. Bilik ni dah la kecil', getus hati Wardah, namun hanya didiamkan saja cetusan hatinya kerana tidak mahu memanjangkan bicara memandangkan terdapat sepupu-sepupunya yang sudah mengantuk.

Dalam pada Wardah dan adik-adiknya menyediakan tempat tidur di bahagian luar, dua orang sepupu mereka sudah lena dan selesa di atas katil di dalam bilik yang sepatutnya dapat memuatkan 3-4 orang.

Setelah disusun tempat tidur, Wardah menyedari bahawa tempat yang tinggal untuk umminya tidur adalah di atas lantai, bersebelahan dengan katil.

'Ish, tak patut mereka tidur dahulu ni, tanpa memikirkan orang lain. Kasihan pada ummi,' getus hati Wardah lagi, kurang senang tentang tindakan sepupunya yang mementingkan diri sendiri.

"Tak mengapa. Ummi tidur di bawah saja", luah ummi secara tiba-tiba, bagai dapat membaca isi hati anaknya itu.

Wardah menyediakan tempat tidur untuk umminya, dan ummi mengajaknya untuk turut tidur bersama-samanya di situ. Wardah hendak menolak, kerana dia tahu kawasan tersebut akan bertambah sempit jika Wardah turut tidur di situ.
Namun Wardah mengangguk sahaja, akur dengan ajakan umminya. 'Bukan senang dapat tidur dengan ummi dah besar-besar macam ni,' bisik Wardah sambil tersenyum.

"Eh, ummi. Ini macam beg Azri je." Pandangan mereka tertumpu pada sebuah beg bersebelahan dengan katil.

"Nanti kalau Azri masuk bilik ni, untuk ambil barang ke, macam mana? Kita dah nak tidur dah ni..," luah Wardah kerisauan, kerana bimbang terdedah aurat mereka jika sepupunya memasuki bilik tersebut sebentar.

"Tak apa, kita tidur sambil pakai tudung, ya? Ingat, tutup aurat kerana Allah," balas ummi tenang.

Terkedu Wardah seketika. Pernyataan daripada ummi mengejutkan, namun tidak menghairankan kerana sejak Wardah kecil lagi ummi memang sudah mendidik anak-anaknya supaya membuat sesuatu itu semata-mata kerana Allah. Apabila setiap tindakan diniatkan keranaNya, tiada rasa lelah dan penat melakukannya kerana mereka yakin bahawa Allah Maha Melihat usaha mereka untuk menjaga hakNya. InsyaAllah, segala pekerjaan akan dipermudahkan olehNya kelak.

'Allahuakbar..ikhlasnya dirimu dalam menjaga syariatNya. Ya Allah, ku bersyukur dengan nikmatMu yang mengurniakanku ibu yang sangat mencintaiMu dan mengajar kami untuk turut sama mencintai Engkau..'. Menitis air mata Wardah setelah diperingatkan sebegitu oleh umminya. Cepat-cepat dikesat agar tidak disedari ummi.

Sambil berbaring, Wardah termenung seketika. Wardah terkenang akan sikap sepupu-sepupunya yang suka mementingkan diri sendiri, dan kurang mesra apabila mereka berkumpul beramai-ramai. Di manakah salahnya? Wardah sedar, sikap mereka yang sebegitu bukanlah salah sesiapa. Ia adalah kesan daripada hubungan silaturrahim yang lemah di antara mereka.

Saat itu, Wardah begitu merindui rakan-rakan sefikrahnya. Rakan-rakan yang terlalu baik denganya. Rakan-rakan yang sentiasa membetulkannya ketika salah, dan menyokongnya tatkala susah. Seketika itu juga jari-jemarinya pantas menaip mesej di telefon bimbit Sony Ericsson miliknya.

To: Dina Dublin

'Salam Dina..nk taip jg bnda ni kt awak..btpa ukhwahfillah tu melampaui btsan ktrunan dan ptalian drah..alangkah indahny saat2 bsama sisters..i just can't find that feeling saat bsma spupu2 di kmpg ni..sgt mrndui sisters skrg..'

[Message sent]


Beberapa ketika kemudian, ringtone mesej Wardah berbunyi.

[Message received]

From: Dina Dublin

'Wardah..so true..i feel the same too =( pdhal daie ptt mrasa syg pd smua org dskeliling mrka..indhny brukhwah fillah ssma kita hgga sggup bkorbn sglany demi sisters yg dsygi..anugerah yg Allah bg agr kekal tsabat pd jln dkwah ini d saat yg lain xfhm pjuangn kita..Wardah, Allah itu best! T_T'



'Astaghfirullah..benar kata Dina. Seorang daie perlu mencintai sekalian manusia yang ada di sekelillingnya. Kerana kita yakin bahawa cinta dan kasih sayang yang mampu menyentuh hati manusia.Astaghfirullah..dan inilah suatu nikmat dari Allah, iaitu nikmat kemanisan berukhuwah keranaNya, yang dikurniakan agar setiap hambaNya saling bantu membantu antara satu sama lain, kerana tugasan menyampaikan kalimah Lailahaillah penuh dengan cabaran dan dugaannya..dan kita tak kan mampu melakukannya berseorangan...yaAllah, ampunkan dosaku yang selalu tersasar dan lalai dalam beribadah kepadaMu..yaMuqallibal qulub, tsabbit qulubana ala deenik....'

Mengalir lagi air mata Wardah.

'Aku tak patut lagi rasa sebegini. InsyaAllah, perlu mula kembali membina ukhwah dengan sepupu-sepupuku. Agar suatu hari nanti dapat juga sama-sama merasai nikmat kemanisan berukhwah ini, insyaAllah', getus hati kecil Wardah, membina azam.

Penghujung Ramadhan pada kali ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Inilah antara tarbiyah Ramadhan, saat dan ketikanya untuk Allah menegur dan mengingatkan kita, dan beruntunglah bagi orang-orang yang mengambil pengajaran.


*********
"Wardah, bangun nak. Dekat nak subuh dah ni. Sempat lagi untuk solat sunat sekejap,' ujar ummi yang sudah lengkap bertelekung.

Dalam keheningan sepertiga malam yang terakhir, memasuki 1 Syawal 1431H..

Wardah berteleku di atas tikar sejadah, bertafakur memuji kebesaran Allah di hari kemenangan Islam. Moga hari ini lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya, dan semoga Allah sentiasa memelihara mereka hingga saat mereka kembali bertemu denganNya....

**************************


Ukhwah, atau hubungan silaturrahim yang erat tidak terbentuk dalam sekelip mata. Ia memerlukan suatu proses penyucian jiwa, pemurnian akidah kepada Allah dan pemahaman yang jelas tentang deen Allah.

Oleh kerana itu, ukhwah yang terbentuk atas lafaz syahadah Lailahaillah, melampaui batasan keturunan, bangsa, darjat mahupun sempadan daerah manusia di atas muka bumi ini. Atas faktor inilah, golongan Muhajirin dan Ansar bersatu dengan aman di bawah pimpinan Rasulullah SAW.

Namun nikmatnya bukan sekadar keakraban perhubungan, tetapi kemanisan berukhuwwah yang turut membawa kepada keikhlasan untuk mencintai sahabatnya lebih daripada mencintai dirinya sendiri. Subhanallah. Sesungguhnya itulah tahap itsar , tiada yang memberatkan baginya untuk menolong sahabatnya semata-mata kerana Allah.



"Cinta dan kasih sayang merupakan titik tolak bagi dakwah yang berhasil. Daie yang berkesan ialah yang memiliki cinta dan kasih kepada sesama manusia, ia menjadikan dirinya seperti bejana yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang tulus kepada semua"
-Dr Muhd Said Ramadhan Al-Butty-



"Yang saya maksud dengan ukhuwah adalah terikatnya hati dan ruhani dengan ikatan
aqidah. Aqidah adalah sekokoh-kokoh ikatan dan semulia-mulianya.

Ukhuwah adalah

saudaranya keimanan, sedangkan perpecahan adalah saudara kembarnya kekufuran.
Kekuatan yang pertama adalah kekuatan persatuan; tidak ada persatuan tanpa cinta kasih;
minimal cinta kasih adalah kelapangan dada dan maksimalnya adalah itsar
(mementingkan orang lain dari diri sendiri).


Al-Akh yang tulus melihat saudara-saudaranya yang lain lebih utama daripada
dirinya. sendiri, karena ia, jika tidak bersama mereka, tidak dapat bersama yang lain.
Sementara mereka, jika tidak dengan dirinya, dapat bersama dengan orang lain. Dan
sesungguhnya serigala hanya makan kambing yang terlepas sendirian.

Seorang mukmin

dengan mukmin lainnya ibarat sebuah bangunan, yang satu mengokohkan yang lain.
"Orang-orang mukmin laki-laki dan orang-orang mukmin perempuan, sebagian
mereka menjadi pelindung bagi lainnya.


Demikianlah seharusnya kita."

-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-








Monday, September 6, 2010

Mujahadah itu di rumah



Assalamualaikum wbt.

May All of you in the pink of health and iman, insyaAllah. How was your last days of Ramadhan? May Allah allow us to still grab this last chance because we never know whether we'll meet Ramadhan next year...

Being at home, it is a mujahadah. Kerana mujahadah itu di rumah.

Why do I say so?

Because frankly I feel so hard to practice things that I'm used to when I was away from home. Sometimes I hope to always be far from my home, so that the feel and need to be nearer to Allah is always there.

But Allah is always there, no matter where am I.
So I have to be realistic. Our comfort zone is a deadly zone.


O'Allah, don't let us astray with our past jahiliah and help us to be istiqamah, as we are nothing if You ignored us..astaghfirullah..



“All the hearts of the offspring of Aadam are between two fingers of Ar-Rahman’s Fingers, as one heart. He turns it (in any direction) as He wills. Then Allah’s Messenger said, “O Allaah! The Turner of the hearts, turn our heart towards Your obedience.”
(Rasulullah SAW, [Saheeh Muslim vol.4, p.1397, no.6418] narrated by Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Aas)




“Seek out your heart in three situations:

-When you are listening to the Qur’an

-When you are part of a gathering of remembrance

-When you are alone and away from the world and it’s distractions.

If you cannot find your heart in these three situations, then ask Allah to bestow upon you a heart, for indeed you are bereft of one.”

(Ibnu Qayyim)




O' turner of the heart! Establish my heart upon your religion...(T__T)


Do remind me of Him in anytime!

LS Revisited: They've Grown Up

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar kalian semua? Moga setiap urusan kita, ada nama Allah di permulaannya..


"Kebajikan itu bukanlah mengadapkan wajahmu ke timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang-orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang miskin........Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa"[2:177]

(Jika anda perasan, ayat al-Quran yang sama juga memberi motivasi kepada kami utk membuat program ini buat pertama kalinya. Boleh baca di sini : Love Symphony 2009 )

Selagi masih punya kesempatan, ku mohon pada Allah agar diberi kekuatan.

Alhamdulillah, on 30-31st August 2010, my friends and I visited Mahad Anak Yatim Darussalam, in Tambun. It was last year we went there for the first time and organizing a 4 days programme with the kids there. This time, we were unable to organize a proper programme for them (we did have a proper plan but due to time constrain and lack of volunteers, we decided to have a 2 day visit) but alhmdulillah, everything went well and we do hope to see them again, insyaAllah.

The buildings were newly painted, and there were new kids too. For those that we've met last year, we can see now that they've grown up ! (^_^)
Alhamdulillah. Right now mostly are able to read and write. They are also good in reciting Quran. Whoever able to read, they'll teach the weak ones.

I know, it's never easy to handle such orphanage hostel and thumbs up to Ustaz, Ummi, and their family for the effort! Allah knows that you've done a lot..and we were there so that at least, Allah's bless also bestowed upon us..

This is our journey to get at-taqwa, during this fasting month. O' Allah, we need you in every moment and in every action.

Here are some pictures sharing...




newly painted building




it was still school time


aki, yati and iman :) thanx for the help!



rambang mata memilih baju~


"bismillahirrahmanirrahim...."



time to get together and doing fun activities :)



i love malaysia


Throughout the visit, alhamdulillah we were able to share stories, breaking fast and having pre-dawn meal (sahur) together, posing in front of camera, testing new baju kurung etc etc.
Subhanallah, they were so energetic! LOL (but they were fasting though)

There was one moment a girl told me about other groups from other college and university that also came to visit them in Maahad. Ummi was quite particular in choosing the group of students who apply to visit the orphanage because she didn't want any bad influence shown by the college students followed by any kids. Well, you know how people wear and socialize out there. And the kids were too young to understand it so they really need a good examples to follow. Ummi knows the kids very much so she also knows what best for them.

For the kids, thanks so much for the wonderful memories. We'll miss you always...insyaAllah by Allah's will, we'll meet again :)

To aki, yati, iman, che, syahir, adlan and azizi, thanks a lot for the help. You guys totally make it possible :)

To other friends who were unable to join us, may these pictures brought up the old memories~~ (^_^). Thanks for the support and indirect help. Do come to Ipoh and we'll visit them together :)



Anyone would like to give your testimony? Huhu, seems like I miss my M07J so much...

Sunday, August 29, 2010

Muslim without Islam

Coventry, UK.


Assalamualaikum wbt brothers and sisters in Islam. How is your Ramadhan? Half of the month has left us behind, and are we still chasing to gain Ramadhan-end product: taqwa ilallah? or are we are too tired to grab the chance..
Ask strength from Him, the Owner of all Strength in life..

Muslim without Islam. Can we still call them as a Muslim?

I remembered a quotation by a Muslim philosopher, Muhammad Abduh who is among the scholars in Egypt that traveled in Europe during his time. He said,

"..in Europe I found Islam without Muslims, while in Egypt I found Muslims without Islam"

This was based on his own experience dealing with people there. Europeans always be on-time, respect others regardless their age, race or status. They really work hard to achieve what they want and they appreciate knowledge very very much.

I can't remember exactly where did I read this quotation but I do understand why did he say so. In Islam, as a way of our life, we are being teach to not break promises, be on-time, and respect others. Muhammad Abduh found these characteristics at the non-muslims, and hardly see it when he deals with his people back in Egypt.

Anyway, I do agree with him. In Dublin, I have no trouble dealing with the Irish. They are well-mannered and believe me, even the van driver that we called for moving house, rang our house bell on-time. Fuhh, respect laa.

Back in Malaysia, I joined my friends to organize a programme with the form 5 students in my x-secondary school, SERATAS. It was a programme during fasting month, so we planned not to make a packed schedule so that the students won't be tired.

When we were discussing with the students about the exact time to meet again in the lecture hall tomorrow morning, my junior, a Chinese student suggested,

"Kak Huda, kita start pukul 7 pagi nak? Sempat untuk kawan2 yang ada kelas tambahan at 9am untuk datang program"

I was quite shocked to hear that, but feel so glad for that response. I smiled and said,

"Akak rasa mesti kawan-kawan awak tak setuju...huhu" (anyway at 7am, we haven't finish kuliah subuh in surau)

She is the only Chinese in that lecture hall. But she knew how to use her time wisely. Plus, she was not being selfish as she consider others too. As her senior and x-dorm mate, I like her so much because she showed a very good discipline.
She also know how to appreciate people. After the programme ended, she gave us love-shape origami and thanked us for helping her and her friends.
After all, she never failed to touch my heart with her presents and wishes when we were together in school :)

Subhanallah. May Allah give her guidance to know Him and Islam, because she already acting like a Muslim should be..

*******

So friends, are we really a Muslim? And did Islam teach us about all bad manner that we usually do? Think back, and reflect.

Let's change, and work hard to be a better person. InsyaAllah, Allah will help people who strive for His love and guidance. ameen.

Friday, August 20, 2010

Berselerakan

Adalah suatu aib bagi orang-orang Muslim jika terdapat orang yang mengetahui perihal agamanya dan kerap ke masjid tetapi masyarakat di sekitarnya masih tidak mengamalkan Islam. Rugilah orang-orang sebegini kerana tidak memperingatkan saudaranya.

Ia ibarat batu-bata yang berkualiti namun ia berselerakan. Berselerakan tanpa membina bangunan yang kukuh untuk didiami oleh orang lain.



"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. "




Merenung diri.

Tuesday, August 10, 2010

Satu lawan satu



Assalamualaikum wbt.

Ramadhan kareem!!

Alhamdulillah, alhamdulillah.

Allah beri keizinan untuk kita menjejakkan kaki ke dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

Bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, juga bulan yang kita nanti-nantikan, insyaAllah.

Kali ini, pertempuran yang lebih adil.

Satu lawan satu.

Iman lawan nafsu.

Tanpa syaitan yang menghasut.

Maka sepatutnya kita lebih bertenaga dan bersemangat menghadapinya.

Kerana Allah sudah memberi senjata rahsianya - yakni mengekang makan dan minum bagi melemahkan nafsu. Subhanallah. Islam sudah beri kekuatannya.

Ramadhan, pertempurannya antara iman dan nafsu. Tampak lebih adil dan mudah berbanding bulan-bulan yang lain, namun jangan under estimate pengaruh nafsu.

Kerana nafsu, kita membeli makanan berjenis-jenis hingga tidak termakan.
Kerana nafsu, kita berhabisan untuk persiapan hari raya dan menggadai masa emas untuk beribadah di bulan Ramadhan.
Kerana nafsu, kita hanya berehat sepanjang hari atas alasan letih dan penat.
Kerana nafsu juga, kita tidak mampu mengawal kemarahan di bulan Ramadhan.

Daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:

"Puasa itu suatu amanah"

Amanah. Kata dasarnya a.ma.na. Yang juga berdasarkan perkataan iman. Jadi puasa itu dijaga dengan iman, sebagai satu amanah daripada Allah.

Maka peliharalah puasa kita, dengan cara kita memelihara iman kita.

Pemeliharaan iman bakal melahirkan sifat taqwa, yakni sifat yang menyebabkan kita berhati-hati dalam setiap tindakan kita.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, 183:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa."

Taqwa. Impian sepanjang memasuki madrasah Ramadhan.

Mari kita bersama-sama menguatkan diri untuk beribadah. Pohonlah kepada Allah supaya diberi kekuatan, ketenangan dan ketaqwaan sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan penuh rahmat ini.

InsyaAllah.




rujukan: nota Ramadhan ummi

Thursday, July 29, 2010

It's her B-day...and once in a life time tales.


Assalamualaikum wbt...

Semoga kalian sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, dan iman yang cergas, insyaAllah...dalam kita meniti bulan Ramadhan yang bakal menghampiri ini, berdoalah, agar diberi kesempatan untuk bertemu dengannya...

Alhamdulillah, Ahad lepas, 25hb Julai 2010 dengan rahmat dan berkat dari Allah,majlis pertunangan kakak sulungku berjalan lancar..alhamdulillah.

Sebagai majlis pertunangan yang julung-julung kali diadakan bagi keluarga kami, memang banyak pengalaman yang dipelajari, terutamanya berkaitan persediaan mengurus tetamu dengan baik. Untuk mengurus tetamu dengan baik, rumah juga perlu disiapkan. Subhanallah, memang penat sebenarnya namun insyaAllah pengalaman yang diperolehi sekarang bakal membantu pengurusan untuk majlis-majlis yang akan datang.

It was her Big Day anyway..

Hmm, bercakap mengenai majlis pertunangan, pernikahan, dan yang seumpamanya.

Ia dikatakan sekali dalam seumur hidup. Jadi segala kegembiraan, kemeriahan, persiapannya, juga hanya sekali dalam seumur hidup.

Teringat suatu ketika dahulu...

"Ok, why can't we 'bersanding' on our wedding day? Give me your opinion, " tanya seorang cikgu saya.

"How about you, teacher? Did you do that on your wedding day?", balas seorang rakan sekelas, dengan pertanyaan kembali.

"Yes, I did. Because it was once in my life time.."

****

Once in a life time.

Do you think so? Yup, everybody think so. So you must at your very best level of confidence, dress in the most beautiful way, etc, etc. You can make your own list anyway :)

Tetapi, bagaimana jika perkara once in a life time ini, bertentangan dengan syariat Islam?

Saya terfikir sejenak mengenai perkara ini. Dan kita boleh lihat sendiri secara amnya, kisah-kisah sebegini.

"Alah, time kahwin...takpe pakai baju ketat sikit.."
"Make-up kena tebal sikit..bagi muka naik seri lebih.."
"Takpe, bukan selalu kan..sebab tu kena berhabisan time ni.."

Jangan terkejut jika seorang muslimah yang berhijab pun boleh membuka hijabnya di hari perkahwinannya nanti...once in a life time kononnya..Astaghfirullahal azim..

Taqwa itu, adalah ibarat engkau berjalan di atas jalan yang penuh duri. Pasti, engkau akan berhati-hati melaluinya, bimbang terluka kerana duri tersebut..

Berhati-hati.

Dalam mencari redha Allah, perlu sentiasa berhati-hati.

Sebagai seorang muslimah, kita perlu berhati-hati dalam semua aspek. Dan Islam itu sendiri begitu indah, kerana ia menjaga kaum wanita daripada seawal perkara yang berisiko mencalarkan maruahnya.

Begitu juga dalam pembinaan sebuah baitul muslim, perlu ada sifat taqwa di dalam persiapan sebelum, semasa dan selepasnya.

Namun, bagaimana jika kita berdepan dengan tekanan daripada orang sekeliling yang masih kurang faham mengenai konsep berhati-hati ini?

"Eh, bibir tu tak cukup merah lagi, meh sini makcik buatkan.."
"Kenapa tudung ni labuh sangat? Pakai tudung yang mak long belikan hari tu.."
"Mak dah tempah baju kebaya moden kat butik tu, esok kita pergi ukur badan pula"

Bagaimana ya?
Sedang kita sendiri pun berkecamuk dengan perasaan yang bercampur baur. Ada resah, ada gelisah, ada suka dan sebagainya. Mungkin hingga tidak mampu membuat keputusan sendiri.
Dalam kegelisahan menanti hari bahagia, iman dan nafsu bertarung hebat di dalam hati.

Dalam ketegangan sebegini, ketegasan sebagai seorang muslimah perlu dalam mempertahankan apa yang Allah suka, dan apa yang Allah tidak suka. Kerana, perkahwinan itu sendiri merupakan suatu dakwah kepada masyarakat sekeliling. Masyarakat melihat, dan mengambil contoh. Jadikan majlis kita, sebagai contoh majlis yang berusaha untuk mencari keberkatan daripada Allah, melalui penjagaan daripada perkara-perkara yang tidak syar'ie.

Sesungguhnya, jiwa orang-orang yang beriman akan sentiasa peka dan sensitif dengan perkara-perkara yang bakal mendatangkan kemurkaan Allah.

Mari kita berdoa agar Allah pelihara kita dan keluarga kita daripada perkara yang bakal mendatangkan kemurkaanNya.