Sunday, November 21, 2010

Still in jail

To Miss A, smoga dpt bersua lagi spt semalam!:)


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah ala kulli hal, alhamdulillah atas nikmat iman dan islam yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.

Tergerak hati untuk berkongsi suatu muhasabah yang kuperolehi semalam, terkait dengan tajarrud. Sebagai manusia, kita tak kan pernah tahu bila dan di mana tarbiyah Allah akan hadir untuk menegur hati kita yang sentiasa lalai dan lupa kepadaNya..

Apa itu tajarrud?
It's an arabic word, obviously :)
Dari segi bahasa- membersihkan, mengosongkan, melepaskan atau menanggalkan.

Saya suka melihat konsep ini daripada analogi buah limau yang dikupas kulitnya. Tajarrud diibaratkan seperti isi limau yang segar, yang hanya kelihatan setelah kita menanggalkan kulitnya yang tebal.

Dari segi konsepnya pula, tajarrud ialah membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan berpihak hanya kepada agama Allah.

Apakah keterikatan yang selain daripada ikatan Allah?
Ia adalah keterikatan-keterikatan yang tidak menguntungkan diri dan agama kita sebaliknya mampu menjatuhkan kita ke lembah yang boleh merosakkan iman dan amal kita. Keterikatan yang bersifat keduniaan, nafsu dan material adalah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam rangka kita sedang berusaha mengikhlaskan diri dan amal kita untuk beribadah semata-mata mengharapkan redha Allah.

'Ah, ini terlalu idealistik!'

Saya ingin membawa beberapa contoh umum, dan saya sendiri pun masih dalam rangka belajar untuk memahaminya. Rujuk orang-orang berilmu di sekeliling kita untuk mendapatkan kepastian.

Firaun yang mengatakan dirinya adalah Tuhan, mengasuh Nabi Musa sejak kecil dan amat marah ketika sampai berita bahawa anak angkatnya sendiri menyebarkan risalah lain yang mengajak manusia untuk menyembah selain daripada Firaun.

Dalam surah asy-Syuara, ayat 16-18,

"..and say: ' We(Moses and Harun) are the Messengers of the Lord of the A'lamin(mankind, jinn and all that exist). So allow the Children of Israel to go with us."
"(Pharaoh said to Moses): Did we not bring you up among us as a child? And did you dwell many years of your life with us?"

Dalam surah ini, budi yang telah dicurahkan oleh Firaun kepada Nabi Musa tidak menghalangnya untuk berdakwah kepada Firaun supaya bertaubat dan kembali menyembah Allah yang Esa. Hakikatnya, tiada keterikatan dalam diri Nabi Musa AS selain daripada keterikatan bahawa Tuhan yang selayaknya disembah hanyalah Allah, maka tanggungjawab untuk menyampaikan itu tetap perlu dilaksanakan.

Dalam surah al-Baqarah ayat 183,
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman)Sibghah Allah(celupan Allah), dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138)

Celupan Allah, yakni segala aspek dalam hidup kita sepatutnya mengikut cara dan konsep yang telah Allah sarankan kepada hambaNya, kerana itulah sebaik-baik cara hidup yang menjamin dunia dan akhirat kita. Akhlak, pemikiran, amalan dan sebagainya perlu bebas daripada anasir-anasir rawasid(karat-karat) jahiliah yang boleh melalaikan kita.

Seorang daie yang bijak berkata-kata, hakikatnya masih di dalam penjara jika kata-katanya itu masih belum mampu diterjemahkan dalam bentuk perbuatan.

Maka kekuatan untuk menterjemahkannya ke dalam perbuatan, atau usaha untuk keluar dari penjara sangat bergantung kepada tahapan iman seseorang. Iman itu yazid wa yankuz, yakni turun dan naik maka sebab itulah kita sebagai manusia biasa perlu kepada peringatan yang berterusan.

Semoga Allah memilih kita untuk menjadi hambaNya yang istiqamah.

Dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita ketika kita masih tercari-cari bagaimana untuk keluar daripada penjara keterikatan ini.

Moga keterikatan kita, hanya kepadaNya. Amin,

No comments: