Monday, June 29, 2009

L.OV.E S.Y.M.P.H.O.N.Y 2009

Love Symphony 2009.

Program yang berlangsung selama seminggu ini, dari 19jun hingga 25jun2009 memfokuskan kepada anak-anak yatim dan miskin yang berada di Rumah Gemilang, Sik, Kedah dan Maahad Darussalam, Tambun, Perak.

Sadly time kat Kedah, saya tertinggal kamera di rumah...jadi gambar-gambar yang terdapat dalam post ni adalah gambar yang ditangkap sepanjang berada di Perak.

Secara keseluruhannya, banyak perkara yang dipelajari sepanjang menjalani aktiviti ini.

Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat,tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa.(Surah al-baqarah:177)
Bukanlah niat kami untuk mengambil hanya sebahagian daripada ayat yang diturunkan ini, tetapi ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang kami ambil untuk menjadi golongan yang beriman dan bertaqwa.
Bak kata salah seorang rakan, jika kami tak sayangkan mereka, kami tak buat program ni. Lebih baik duduk di rumah bersama keluarga, dan travel ke mana-mana bagi mengisi masa. Namun, hasrat seorang individu yang mula mengenal Islam dan ingin berubah telah menjadikan program Love Symphony ini satu kenyataan. Moga Allah berkati kita dan menjadikan kita lebih beristiqamah, insyaAllah.

Personally, amanah yang dilaksanakan di Perak amat sukar kerana anak2 yatim di sana adalah golongan yang tercicir dalam pelajaran, yang masih tidak dapat menguasai membaca, menulis dan mengira(3M). Jadi aktiviti yang dijalankan memang banyak menekankan usaha bagi menanam minat dan kesedaran dalam diri mereka bahawa-anak yatim juga boleh berjaya.


Sedikit perkongsian gambar.....

Ustaz yang merupakan pengetua maahad.

ketika menyanyikan lagu tema



ketika solat isyak berjemaah


pose ketika makan=)



jom nyanyi~




sukaneka-robot tisu



peserta dan fasilitator yg terlibat



kelihatan lebuhraya menuju jelapang
(so kalau lalu situ, cuba usha2 tepi jalan...tempat ni agak tersorok)




'saya sayang emak abah'




luahan rasa




peserta lelaki(xramai...14 orang je total)


adib, syahir, che-mengecat pagar


kelas sebelum dicat elok

Bila mula rapat dengan adik2 di sini terutama adik2 perempuan, tersedar bahawa setiap senyuman yang mereka lontarkan ini, tersimpan 1001 duka lara sepanjang hidup mereka sebelum dimasukkan ke Maahad Darussalam, Tambun.

'pernah dinodai ayah sendiri, dua adiknya dijual demi duit, ibunya meninggal di hadapan mata.tinggal bersama nenek dan 2 bapa saudara yang merupakan penagih dadah, lebih malang lagi pada waktu malam bapa saudara akan ketuk pintu suruh bukak...'
'ayah sendiri bawa anak-anaknya keluar pergi mencuri...'
'tak pernah jumpa ayah dan mak kandung.....'
Mendengar luahan-luahan sebegini, menyebabkan saya terasa terlalu kerdil di sisi Allah kerana Allah telah memberikan saya keluarga yang lengkap dan ibubapa yang menjaga sampai saya berumur 20tahun, tetapi ada kalanya saya terlupa untuk bersyukur...ampun yaAllah...
Adik-adik di sini juga perlu diberi kesedaran akan cabaran masa depan yang perlu mereka hadapi, dan tidak terlalu bergantung kepada ustaz dan ummi yang menjaga mereka di sini. Ketika saya handle slot terakhir yang memberi mesej bahawa setiap yang ada pada adik2 adalah sangat bernilai dan ia adalah pinjaman dari Allah, terdapat beberapa jawapan yang menarik yang telah dilontarkan.
Pada permulaan slot.....
"adik2, akak nak beli salah satu daripada mata adik2. Akak nak beli dengan harga RM 30juta. Ade sape2 yang nak jual tak??
Hampir separuh daripada mereka yang mengangkat tangan-ingin menjual sebiji mata demi duit.
"oklah, kalau akak nak beli satu kaki adik2, berapa harga yang adik2 nak letak??"
"seribu!"
"berbillion2!!"
Dan yang mengejutkan.........."sekupang!"
Ini pada permulaannya. Ssya terangkan kepada mereka, segala yang ada hanyalah pinjaman daripada Allah, dan suruh mereka lihat orang-orang yang mengalami kecacatan anggota badan-bagaimana dia hidup??
Selepas bermain, saya tanya sekali lagi.....
"adik2, akak nak bukak lagi sekali ek. akak nak beli satu mata adik2 dengan harga RM30juta. ade sape2 yang nak jual??banyak ni RM30juta"
"tak boleh!!"
"nak2!tapi tunjuk dulu mana duitnya...."
"betul xnak jual?RM30juta boleh beli berpuluh-puluh kereta sport....xnak ke??"
"emm, nak tapi nak beli satu je kereta sport"
Haha.Kepetahan mereka menjawab, sampai saya dah kering idea nak balas balik. Tapi alhamdulillah, saya berpuas hati bila dah xada yang nak jual anggota badan mereka kerana duit pada penghujung slot,walaupun ini hanyalah suatu analogi.
Ketika Malam Semua, kami mengadakan persembahan dan mendapat kunjungan mengejut daripada keluarga saya...(ni sume pasal kakak saye la ni)..kami berlakon sketsa yang bertajuk:'Batu Belah Batu Bertangkup' versi Selamat Hari Bapa. Kenapa?sebab yang ni tak guna mak melati dan pekan...tapi guna AYAH mereka...huhuhu. Boleh tonton sketsa kami, tapi agak xjelas laa...lakonan spontan yang begitu kelakar bagi saya..haha.
(act nk upload video die tapi it took more than half day utk upload...so i decided to just cancel it.sape2 yg nak tgk video ni, bleh mintak kt ym nnt ek....)

Secara keseluruhannya, thanx a lot to everyone yang dah terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan projek Love Symphony 2009.

To my classmates:pipah, rima, nina, hana, aki, ain, yati, amalo, munee yang balik awal, azizi, che, syahir, adib: thanx for the wonderful memories....moga ukhwah berkekalan insyaAllah....

To frenz from other classes yang dibawa oleh azizi rsnye:zaid jasmin, zaid umayr, faez, anas,pok cik n chem yang join separuh....thanx sbb tolong sekali=).rsnye dengan tenaga 4orang lelaki kelas J tu je mmg xmampu ar nk handle sumenye...huhu

To yati: thanx ye utk sgala2 di kedah...sori byk menyusahkan yati...take care ye!kim salam kt mak...dan pokok durian and rambutan yang sedap tu,hee

YaAllah, sesungguhnya ini adalah salah satu jihad yang kami lakukan untuk memperbaiki generasi yang akan datang. Kami lakukan ini juga adalah demi diri kami sendiri, yang terlalu banyak dosa dan takut jika tidak menjadi hambaMu yang bersyukur. YaAllah, atas dasar cinta yang telah Kau kurniakan, maka terhasilkan projek ini. Dan dengan sifat Ar-Rahim yang Kau miliki, maka sempurnalah projek ini dengan rahmatMu yang agung. Kami tidak bernilai apa-apa di bumi ini, dan masih mencari jalan dalam menggapai impian untuk menuju kearahMu yaAllah.

"Apa yang kamu ingin capai?"

"ALLAH"

13 comments:

Zarith Shafie said...

sesungguhnya, ingin sy katakan terasa jeles di hati..
huhuh..
missin kemboja bila teringat korang pegi sana.. ngeh.. miss that feeling..
erghh....
huhu...

nnt nk video tuu~~!

are_fifah said...

waaaaaa.......
sy dh rndu bdk2 tu huda....
rse jeles gak ngan huda sbb huda blh lawat diorg anytime...
ajk sy gak eh kalo nk lwt mreka...
blh tumpang umah huda lg.
hehe...

n thanx 4 everything huda!!!
alhamdulillah sy rse huda dh bg yg trbaik utk sume...
thanx a lot!
jazakallahukhairan.. =)

alhuda said...

to ZS, nk bgtau sbb jeles korg g kemboja la kitorang plan projek ni...huhu.ingat lagi nina crite kt klas then trus rncg nk wat projek after IB..seronok sgt wat keje2 cmni..pglaman baru...


to are_fifah,
rindu gak dorang...slalu cite psl dorang kt org sekeliling...huhu...nk dtg jmpe dorang bleh je kite g skali~~

n u're welcome...sori kalau ade kekurangan..akhirnye korang sume sampai gk kt rumah huda, hee..best2

farhana il said...

sayang huda!!

alhuda said...

hee...cayang hana gk!!

shahkang said...

tahniah saya ucapkan kerana berjaya menamatkannya dengan baik.

zarith, tak perlu jeles kerana setiap org punyai pemngalaman tersendiri :D

Aisyah Ismail =) said...

(^_^) alhamdulillah~ Segala puji bg Allah yang memudahkan segala urusan

p/s: cik afifah oo cik afifah.. saya masih x baca2 lg blog anda =p

alhuda said...

ye, stiap org ade pglaman yg tsendiri...dan lebih bmkna lagi bila ia dikongsi~

syukur sgt2, smuanya dengan izin Allah...

p/s:pipah kedekut...huhu

Zarith Shafie said...

was wondering..
kalo korang nk pi lawat.. can i follow?
tp x kan sorang je laki kot?
ajak aa sesape laki skali nnti, leh?
hu hu hu...

erm.. nmpaknya saling menjeles..
heh.. yeah..tiap kita ada pengalaman sndiri..
maka dengan itu, teringin nak merasai macam2 pengalaman.. so sbb tu nk jeles.. =P

alhuda said...

owh boleh3...xkesah sape2 je boleh ikut mcm aritu..

tapi kalau org jauh susah2 datang utk mlawat dorang, rsnye better kalau ade satu slot khas/hari khas kita buat utk dorang..mybe sbgai follow up program ke..iAllah boleh dbncgkan

adlan wafi said...

waaa...so happy for u guys!

alhamdulillah, nmpknye semua berjalan lancar...;)

alhuda said...

alhmdulillah,smuanya dengan izin Allah..

rugi adlan xikut~huhu...ya i know u went to makkah during our project..apa khabar rumah Allah ye?rindu nk pegi..pglaman kt sana lg best dari ktorang...

Anonymous said...

huda...
ttb rindu mreke...
adakah Allah izin saya jmp mereka lagi...
rindu sgt...

-teman jawlah pas ib ;p-