Thursday, January 16, 2014

If only we follow him better



Assalamualaikum wbt

Tatkala kenangan kepada figur agung itu menggamit hati, terbayang bahawa akulah orang yang paling gembira jika dipertemukan Allah dengannya.

Setiap bait katanya adalah menasihati.
Setiap tindak tanduknya adalah mendidik.
Setiap tegurannya adalah mengajar untuk menjadi baik.

Andai Rasulullah SAW masih ada bersama kita, pasti setiap akhlak kita diperbetulkannya.
Andai baginda Rasul masih di sisi, pasti terubat setiap duka yang membebani di bahu ummat ini.

Ya Rasulullah, maafkan kami kerana masih belum cukup gigih mengamalkan pesananmu..


"Belajar dekat mana?".
"Dekat sini je, pakcik". Balasku pendek. Fikiranku ligat memikirkan pansystolic murmur yang didengari melalui stethoscope. Ternyata pakcik ini menyembunyikan masalah jantungnya daripadaku. Sedari tadi banyak soalan-soalan berbaur sinis yang ditanya kepadaku sepanjang clerking dan examination process. Kalau bukan kerana respiratory end of posting exam hari ini, he would never allow any medical student to approach him.

"Kenapa tak belajar di UK? Sebab result kamu tak lepas ya?"
"Kenapa kamu punya MARA pinjaman je? Kenapa kamu tak dapat biasiswa?"
"Pakcik sengaja tak beritahu kamu pakcik ada masalah jantung..pakcik nak tengok kamu dapat cari ke tak."
"Kenapa kamu cek semua ni? Doktor lain tak cek pun. Kamu ni masih banyak tak tahu rupanya.."

Dan lain-lain soalan dan komen daripadanya.

Saat itu saya terkenang, bagaimana Rasulullah SAW dapat bersabar dengan karenah seorang wanita tua buta berbangsa Yahudi setiap hari. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW setiap hari akan meluangkan masa untuk menyuap makanan kepada wanita tua ini, dan pada masa yang sama wanita ini akan terus-terusan menghina Rasulullah SAW, tanpa diketahuinya bahawa individu yang menyuap makanan di mulutnya adalah orang yang setiap hari dia hina.

Allahu akbar.

Imagine someone who has no blood relation with you, continuously condemning you while you're serving them.
Sungguh, sabar itu adalah di tahapan paling sukar pada saat yang pertama ia berlaku. Kesabaran yang diucapkan selepas amarah itu 'dilepaskan' tanpa sedar sebelum itu, bukan kesabaran yang sebenarnya dituntut.

"La taghdhob". Jangan marah. Begitulah nasihat Rasulullah SAW.

"Seorang Muslim (yang sempurna islamnya) itu ialah yang menyelamatkan orang islam lain daripada gangguan lidah dan tangannya."
(HR Bukhari dan Muslim)


Wallahua'lam.

If only we follow him better.
Salam Maulidur Rasul 1435H




Oh ya. Saya berjaya de tour komen2 pakcik ini akhirnya. Caranya adalah dengan mengajak dia untuk bercerita dan tunjukkan kekaguman dengan ceritanya. Surely he will cooperate after that :)