Friday, July 3, 2009

Ayyuhal Syabab!

Allah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi



Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (iaitu) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang mungkar (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
Surah Ali-Imran:110




Atas kefahaman yang sama, dan niat yang satu, maka tertubuhnya IPIS(Ikatan Pelajar Islam Seratas). Alhamdulillah, berkat kerjasama semua, akhirnya suatu program khas yang diadakan kepada pelajar tingkatan satu di bawah nama IPIS berjaya dilaksanakan pada 26-28jun 2009 dengan izin Allah. Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah. Program tersebut dirancang khas dalam usaha untuk mengukuhkan persatuan yang baru hendak menapak ini dan dalam masa yang sama, cuba untuk meraih kepercayaan daripada pihak sekolah untuk turut memberi sokongan kepada kami. Permulaannya hanyalah satu - ingin berbakti kepada sekolah yang telah banyak menbantu kami menjadi insan yang berguna dalam masyarakat.



'Di sini pemimpin dilahirkan'
Kata-kata keramat di dewan besar SERATAS. InsyaAllah sumber inspirasi sejak kami tingkatan satu di SERATAS lagi.

Oleh kerana persatuan ini masih lagi baru, banyak perkara yang perlu diuruskan. Moga Allah permudahkan urusan kami.Aminn.





"maka perkara yang pertama sekali yang Allah menyeru kamu ialah hendaklah kamu mempunyai keyakinan kepada diri sendiri, dan hendaklah kamu menyedari martabat kamu dan yakin bahawa kamulah sebagai 'tuan' di dunia walaupun seteru-seteru kamu sudah tentu ingin melihat kamu dalam kehinaan, hendaklah kamu yakin bahawa kamu adalah sebagai guru kepada ummah-ummah di dunia walaupun pada waktu-waktu yang tertentu orang lain pernah mengatasi kamu dalam sesuatu sudut tertentu;namun demikian, kemenangan yang terakhir adalah di tangan orang-orang yang bertaqwa jua"
-As Syahid Imam Hassan Al Banna-
di dalam buku 'Ayyuhal Syabab'
Anggaplah ia cabang dakwah kami
Dakwah kepada generasi pewaris
Dan tarbiyah kepada kami
Untuk istiqamah bekerja demi Islam
"Maaf cikgu, kami tak mampu bantu sepenuhnya
Kerana kami tidak dapat berada di SERATAS selamanya"
Adik-adikku di SERATAS
Islahkan dirimu, buat pembaharuan
Hidayah tidak akan kekal kecuali
Kepada orang-orang yang ingin menjaganya






SERATAS: tarbiyah pertamaku...

3 comments:

Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi said...
This comment has been removed by the author.
Al-Faqir 'Abdullah Munib ilaiHi said...

Tahniah, semoga kerjasama dapat dijalinkan antara APIS dan IPIS. Insya ALLAH. (^_^) Boleh beri emel? Insya ALLAH ajk APIS boleh hubungi. Syukran

alhuda said...

salam

setakat ni boleh hubungi kami mgunakn email yahoogroup so iAllah smua ahli akan dapat ape2 mkluman dari APIS:

islamicstudentalumniseratas@yahoogroups.com

so kalau ade ape2 program APIS,boleh la ajak sekali=)iAllah utk kemajuan bersama.

p/s:presiden IPIS pernah bjumpa dgn presiden APIS utk berbincang memandangkan kami masih baru dalam hal ni.iAllah kerjasama scra tak langsung tu dah wujud,alhamdulillah.

syukran