Thursday, July 16, 2009

Dakwah Putih

Haritu, saya letak picture dua ekor arnab/kelinchi ini di profile saya di laman web SERATAS21 . Saja, sebab tak nak letak muka sendiri besar2 kat dalam profile.




Rupa-rupanya berlaku experiment secara tak langsung.


Ada rakan lama memberi komen:

"Cutenye!!!nak yang putih tu!!!"



Nampaknya arnab ini menang! Mengalahkan arnab hitam yang sebenarnya comel juga=)



So. Nak yang putih ye.


Kenapa mesti putih? <--boleh click=) Tapi putih ini sebenarnya tiada kaitan dengan 'post putih' yang sebelum ini. Kesian arnab hitam....


Saya terfikir....


Dalam dakwah, tak boleh ada pilih kasih.


Tapi pilih kasih ini kurang berkait dengan post pilih kasih sebelum ini.


Kita kena sampaikannya pada semua orang, tidak kira kecil besar tua muda kaya miskin.

Ya. Sampaikan kepada semua walaupun kontra seperti hitam dan putih.


Tapi mengapa mesti ada fenomena memilih dalam dakwah?

Hakikatnya,

ia bukan dakwah untuk memilih yang putih.




"Eh, aku nak akak tu jadi akak usrah aku laa,suka kt die, dah la cute"


"suka dengar akak ni bg penyampaian...sbb muka die comel, ske buat orang ketawa"


"owh, ustaz yang tu ye, nak2 pegi kuliah!best2!"


"nak join la usrah ni, naqibah die doktor tau tak...mesti bagus punya"


Itu dari pihak yang menerima.


Lihat ini pula:


"anti ambil adik yang ni ya, ana tak boleh la nak bawa dia"


"ana tengok adik yang tu dah ade fikrah sikit,ana nak ambil dia jadi mad'u ana "


"ana tak boleh la nak bawa kawan2 ana..mereka dan terlalu jauh..ana tak boleh nak masuk dengan mereka dah"


"ana nak jadi naqibah kelas M07* la, budak2 kelas tu sume ok2"


Ini daripada pihak yang nak menyampaikan.


Kenapa ni? Tak semua orang boleh terima dakwah dari antum kah? Atau antum tak boleh nak sampaikan dakwah kepada semua orang?

Atau...pendakwah itu mestilah orang yang cantik/kacak/comel/kaya/berpangkat/kulit cerah/muda/tudung lawa/baju meriah?

Begitukah?


Tugas dakwah adalah tanggungjawab semua. Walau sekecil-kecil usaha kita seperti memberi nasihat yang bermanfaat kepada sahabat- itu dakwah. Menyeru ke arah kebaikan, mencegah melakukan kejahatan.

Kepada yang kini bertugas menyampaikan, mari kita semak niat asal kita dalam melakukan kerja-kerja Islam. Bimbang terdapat unsur diskriminasi dalam menyampaikan dakwah, bimbang ada hati yang terasa lantas lari dari medan juang, bimbang ada unsur riak dan ujub tika memberi penyampaian dan bimbang dari segala perkara yang kita ketahui atau tidak ketahui- yang boleh merosakkan amalan kita selama ini.

Kepada yang masih mencari dan dahagakan peringatan, mari kita sama-sama untuk teruskan usaha membaiki diri kearah yang lebih baik, moga jadi orang-orang yang beruntung apabila hari ini lebih baik daripada hari semalam. Jom ikhlaskan diri, datang dengan hati bak cawan yang kosong, agar kita pulang dalam keadaan hati seperti cawan yang penuh, sarat dengan pengisian dan peringatan. Beri peluang kepada diri sendiri untuk mendapat ilmu mengenal Allah, kerana tanpa Allah, kita sekelumit pun tidak punya apa-apa. Terima segala teguran dan peringatan yang diberi, utamakan apa yang disampaikan daripada siapa yang menyampaikan.


Maka,

"dua -dua pun cute sebenarnya!!"
ambillah dua-dua sekali=)



Sekadar meluahkan apa yang terlintas.




(kepada pemilik gambar arnab KMB ini,minta izin ye=)sy amik dari roommate,hee)


5 comments:

Zarith Shafie said...

bawah skali tu, cam lawak =D

neway, my comment,
pada saya, memilih tu ada baiknya juga. tapi bukan pilih kasih.
tapi nak memastikan efektif atau tak.
surely nak beri yang terbaik, dan orang menerima apa yang terbaik rite?
realitinya, manusia ni macam-macam, dan kita juga manusia gak.
tak semua boleh masuk dengan certain orang.
ada orang yg lebih boleh, maka kasi kat dia, for the better.
memilih itu, bukan memilih yang putih.
tapi memilih tu, tengok diri putih, pilih putih. kelabu asap, masuk aa ngn yang gelap2..
note: putih bkn bermakna baik, gelap2 bukan bermakna jahat. just nk kata yang, manusia ni ada geng2 yg ada preference masing2..
so kita memilih atas itu.

"Tak semua orang boleh terima dakwah dari antum kah? Atau antum tak boleh nak sampaikan dakwah kepada semua orang?"
for the latter, yes.
mungkin ini tak ramai yang boleh..
tp sewajarnya prektis a rite?
tak semestinya putih ngn putih je kan? huhuh..
and still, this is one of my own weakness actually..
susah sket nk masuk ngn macam2 orang..

tp kalau pilih yang dah baik je, itu dah macam exclusive.. huhuh..
which is not a good practise.
mungkin, atas dasar keutamaan, awlawiyat, kita memilih yang berpotensi, tp tak meninggalkan yang lain.
ini pandangan saya.

p/s: yang hitam tu lagi cumel =)
plus, skang yg putih berdua tu da kotor da.. yg hitam maintain x nmpak kotor sbb mmg dia dah hitam.. heh..

alhuda said...

wow ZS, tkjut gk komen pjg=)

tp alhmdulillah, ade baiknya luahkan pandangan.

(nway dah agak dah, and act i agree with your point of view.this post was made utk bcakap scra general tentang isu pilih2 ni, and i do consider jugak faktor2 lain.)

ye.bukan pilih kasih.

tujuan saya cuma nak ajak untuk kita semua betulkan niat kita buat kerja2 islam ni, sbb yela, takut lintasan2 hati yang berpunca dari syaitan dan pesongkan dari niat kerana Allah.

sbb tu dakwah scra praktikal xboleh buat sorang2...Rasulullah sendiri menganjurkan kita buat secara berjemaah, dan setiap daripada individu tu akan melengkapkan yang lain. cth mcm org ni teror IT, so die hndle multimedia.org ni byk cntct, so die hndle hubungan luar etc.
org ni kuat kt sini, jadi bg die tarik hati org2 dlm bidang yg dia kuat tu.cmtulah pendapat saya.

baru2 ni dlm program-ditegur tentang sikap suka berkelompok dengan org yang kita selesa dan mengabaikan org lain.sy terasa gk ar dan mgkin sblm2 ni pun sy byk buat silap cmtu yg sy xsedar pun.

secara aulawiyat,ye setuju dalam situasi tertentu kita ambil yang berpotensi ini, nnt mereka ini yg akan bw kwn2 lain iAllah.

wallahu'alam.apa2 pun cara Rasulullah adalah yang terbaik.

p/s:warna yg tak bertukar adalah yg terbaik sbb dia trime apa yg Allah bg=)

Siti Fatimah Zaharah Zulkapli said...

Yeah.sedar xsdar..kita slu wat mende neh kn..aku rsa klo sume org mngamalkan selection neh..alamatnya xbkembang r islam.coz org yg jahil cam ak xkn dpt ad pluang nk islahkan diri.Yeah.Allah is GREAT.sayang ALLAH.indahnya islam.tdak membeda2kan manusia

dAonLyMe said...

hm, have to admit that sometimes we need to be selective..

tak mudah nak sampaikan dakwah kepada semua orang...Rasulullah pun start dengan Khadijah dan Abu Bakar..yakni insan2 yang terdekat dengan baginda kan...

Mungkin kene tukar sasaran...sasaran secara rawak tetapi motif yang sama...bina ukhwah, sampaikan dakwah..

klau x sampai bila2 pun kta akn dengar masyarakat sekeliling takut utk mendekati golongan daie n btudung labuh ni kan..

nway, nice topic to be discussed..huda fly bile?

alhuda said...

salam dz,
yup stuju...
bila org terdekat sudah menerima islam, kita perlu juga membina ukhwah dengan org yg xrapat dgn kita agar mereka juga turut menerima islam..
dalam penerusan tarbiyah,mmg akan ada skit pemilihan utk make sure efektive..btul3..


fly?tggu offer dulu~aritu xlepas ireland,so attend interview aussie n uk.tgh tggu result interview kuar.