Friday, August 21, 2009

Ramadhan:Berkadar songsang


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Tiada apa yang lebih menggembirakan melainkan diberi nikmat menyertai orang-orang beriman dalam pesta ibadah di bulan Ramadhan.

Moga kita istiqamah dalam menahan diri kita daripada segala perkara yang tidak Allah sukai sepanjang bulan ini, dan pada bulan-bulan seterusnya.



Satu hakikat,
yang telah dimaklumkan kepada kita sejak kita masih kecil lagi,
bahawa syaitan laknatullah akan diikat sepanjang bulan ini,
maka kita terhindar daripada segala godaan makhluk dari api itu.


(ramadhan is here already)


Tetapi,

di akhir zaman ini,

dapat kita lihat bahawa bulan ini, Ramadhan yang penuh keberkatan,

hamba-hamba Allah yang masih bernafas di bumi Allah ini,

bertindak dalam kadar songsang daripada yang sepatutnya, yang telah Allah suruh.

Tidak semua yang begini sebenarnya, cuma apabila perkara sebegini berlaku, mari kita muhasabah kembali.


**************************


Jumlah orang yang hadir ke masjid untuk solat fardhu/sunat terawih secara berjemaah berkadar songsang dengan pertambahan hari dalam bulan Ramadhan. Klimaksnya pada hari-hari terakhir Ramadhan.


Kelajuan imam ketika memimpin solat sunat terawih bertambah jika hendak dibandingkan dengan solat-solat lain pada bukan bulan Ramadhan.


Kerajinan seseorang berkurangan apabila memasuki bulan Ramadhan. Padahal sebelum2 ini, dirinya begitu bertenaga. Ini terbukti apabila sepanjang masa individu ini bermalas-malasan dan tidur sahaja.Penat kononnya.


Jumlah makanan yang dibazirkan bertambah dalam bulan Ramadhan kerana terlalu banyak hidangan untuk berbuka namun tidak mampu untuk dihabiskan. Akhirnya, makanan dibuang begitu sahaja.


Dan lain-lain. Mungkin anda ada contoh yang tersendiri.

***********************

Tidak dinafikan,

berlaku juga kadaran songsang terhadap perkara-perkara yang Allah suka.

maknanya, pada bulan ini, ramai muslimin muslimat yang menambahkan perkara yang baik, dan mengurangkan perkara yang tidak baik. Kerana kesempatan Ramadhan ini memang digunakan sepenuhnya, agar di bulan-bulan yang lain kita dapat mengekalkan amalan mulia yang dipupuk ketika Ramadhan.



Sengaja saya timbulkan perkadaran songsang ini. Ia boleh jadi positif, mahupun negatif.


Dan saya ingin mengajak anda semua, mari kita bergerak ke arah yang positif. Kadaran songsang yang membawa kebaikan. Jika benda positif ini kita tidak pernah buat, kita amalkan dalam bulan mulia ini. Jika amalan negatif itu kita selalu buat, kita tinggalkan dalam bulan ini. Moga didikan Allah selama 30hari berkesan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.



p/s: sedih bila kelihatan hari dalam bulan Ramadhan sama seperti hari biasa.....


7 comments:

aisyah ismail ♥ said...

Salam'alayk

Hudaaaaaa!~

congrates!! dpt PMC 5 years eh.. wah alhamdulillah!~ dpt uni mane ni??

ntah2 kte fly same2 =)

k aisyah tumpang syukur n gembira utk huda..

kim salam kat mak eh =)

barakallahufik!~

alhuda said...

wsalam...

alhmdulillah alhamdulillah

syukur sgt2, mungkin ini yg terbaik utk huda
rsnye dpt rcsi, sbb utk ucd dah xsempat dah kot~~lagi 2hari je dak ucd nk fly,huhu

ye, jazakillahu khairan aisyah,ssghnya smua ni milik Allah

aisyah fly bile ye??=)
thanx again!!!=)

Anonymous said...

Alhamdulillah...

huda3
ni ain
awat xckp da dpt
tsk..tsk..tsk..
btw
=)

kem salam ummi (ni tiru aishah =p)

alhuda said...

sori ain.....

(sy dh call anda kn bgtau sbbnye hehe)
iAllah nnt bile dh confirm sy akan bgtau rakan2 lain

sy xkn fly snyap2,huhu

are_fifah said...

salam huda!!!
hoho.... anda xgtau sy juge... pdhal kte bru chat kot smlm... tsk3...
pape pn congratz!!! sy tmpg gmbira utk anda juge... alhamdulillah =)

alhuda said...

thanx pipah!!!

waaa jgn ar cmtu!!!sy skrg dlm kondisi percaya xpercaya je skrg ni...slgi xkena pggil amik offer letter, slagi tu sy cm xsure.sbb tu sy xbgtau korg2 lagi..............................

*ini kerana kesan brpa kali gagal.maka perlu berhati2.huhu.maaf*

aisyah ismail ♥ said...

ain.. x baek la meniru..specially bulan2 puasa ni.. =)

pada afifah lak.. huda x sayang awak laa.. haha.. memaen je cik fifah.. maaf zahir batin ngeh2 =)

dan cik huda.. aisyah fly 17 sept insyaAllah. doa kan lah dpermudah an sgala urusan n dberi kekuatan di sana nnt. =)

Ramadhan Kareem!

p/s: leh la view vdeo KDO tuh kt blog aisyah =)