Monday, August 3, 2009

Final Fantasy



Hmm. Not this one. Nice try.

*********************************
But it's actually this one.




Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

(Al Balad: 10)




Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).

(Yunus:84)

******************************************
Saturday,16 May 2009.
Block F, Mara College Banting.
One more subject to go.
Two more days before we can be considered as the 'IB survivor'.


"Tajuk kita hari ni.....Final Fantasy"

"Ramai orang cakap, mereka mendapat tarbiyah sepanjang 2 tahun berada di KMB. Hari ni, ktorang buat tajuk ni, sebab nak bagitau yang selepas ni kita semua akan berdepan dengan realiti luar yang penuh jahiliah, dan akan bermula cabaran sebenar sebagai seorang muslimah atau daie...."

"KMB macam comfort zone la actually, macam2 yang kita dapat kat sini, dan start je cuti, cabaran pun bermula sebab kita nak tengok boleh tak diri kita mengamalkan apa yang telah kita belajar kat sini..."

Semua mendengar dengan penuh teliti.


"Hopefully bila result keluar nanti, tak kisah laa dapat mane2, kita kena yakin yang itu yang terbaik Allah bagi pada kita. Yang penting doa supaya Allah tetapkan hati kita semua di jalan ini"


Kemudian Yati dan Amal Osman membacakan ayat ini:

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.
(Hud:15-16)


Tajuk usrah kelas ini begitu menyentuh hati, sehingga terlintas...


"Ya Allah, Kau tariklah apa sahaja nikmatMu kepadaku, tetapi jangan Kau tarik kecintaanku kepadaMu....."

**********************************

Ya. Ibarat Final Fantasy.

Berada di rumah sahaja sudah cukup memberi cabaran dalam penerusan tarbiyah(didikan), agar tidak futur(lalai). Terlepas pergi halaqat, tak free untk pergi program/daurah, tak sempat baca Quran sebab adik buat hal, dan bermacam-macam lagi perkara yang kononnya mengganggu proses tarbiyah, tak dapat diatasi dengan bijaksana. Berbeza dengan keadaan di kolej/asrama, agak rajin untuk mengikuti majlis-majlis ilmu bagi sesetengah golongan.

Mengapa ini terjadi?

Tarbiyah hanya berjalan di dalam halaqat/usrah dan daurah sahaja kah?

Cuba ingat kembali ayat ini:


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
(Ali Imran:110)


Memetik penyampaian daripada seorang pensyarah UIA, realiti umat Islam sekarang ini ibarat dua lembah yang mempunyai jurang di tengah2nya.

ISLAM<------------------jurang----------------------------> UMAT


Untuk merapatkan jurang ini, umat memerlukan tarbiyah, akhirnya permasalahan Islamiyah dapat diselesaikan, untuk kita bergelar sebaik-baik umat yang dilahirkan.

Hakikatnya, proses didikan ini perlu berterusan sepanjang hayat. Fitrah jiwa manusia sentiasa sukakan kebaikan, dan lebih beruntung lagi apabila kita suka melakukan perkara yang Allah suka.


Comfort zone: hanya sementara. Tidak kita dikatakan beriman selagi belum diuji.


Jadi, kepada sesiapa yang merasa sunyi, carilah teman yang boleh mengingatkanmu kepada Allah. No one is better than everyone. Carilah teman.

Kepada yang merasakan waktu cuti ini adalah masa terbaik untuk cuti sepuas-puasnya, buatlah perkara yang bermanfaat kepada diri dan orang lain.

Kepada sesiapa yang sedang sibuk dengan urusan dunia, seimbangkanlah, kerana untuk terus hidup aman di alam seterusnya, kita perlu membina saham akhirat.

Kepada sesiapa yang sedang mengalami kesusahan dan terkenangkan masa senang dahulu, ingatlah Allah ada di mana-mana, dan DIA sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya.



"jangan rasa susah ya, Allah ada"
(^^,)

5 comments:

Anonymous said...

" NO ONE IS BETTER THAN EVERYONE "
hehe
Huda...
saya igt lg kata2 ni...
btol!
(As-Saff)
"Mereka ibarat bangunan yg kukuh"

berada di rumah sorang2 2 bulan
dan bersama kwn2 spt di kulsem ari2
mmg trasa kekuatan jamaah i2.. =)

saya igt lg kata2 pensyarah uia 2..
dunia akhirat..
seimbangkanlah...
tp
lebihkan akhirat
kerana kita akn lbh lama di sana
^_^

alhuda said...

ye anonymous/ain(hehe).

hakikatnya kita mmg xboleh bsendirian..

mesti bersama2 dengan yang lain utk bina kekuatan diri.

dunia, akhirat....seimbangkanlah...

tapi menerusi carta alir hayat kita sampai syurga/neraka, dunia ini terlalu sekejap..
maka....rujuk surah demi masa(al asr)

slmat mengisi masa=)

Anonymous said...

Final Fantasy??? Hehe, apekah anda meminatinya??

alhuda said...

honestly sy xminat final fantasy...huhu

mgkin xterdedah kot dgn mnda ni..tau la die wujud=)

Nash said...

salam..huda
lama xmendengar kabar berita.

semoga sentiasa dibawah kebaikan dan keberkatan Allah SWT.