Tuesday, August 18, 2009

Baju ni tak kena hisab!





'Ha, ambil baju ni Siti, bagi kat adik2 kalau muat. Kalau Siti nak pakai pun boleh juga,'kata ummi sambil tersenyum, ketika memasukkan beberapa baju kurung ke dalam beg plastik putih, untuk diberikan kepada rakan saya, Siti yang bermalam sehari di rumah kami baru-baru ini.

"Makcik sebenarnya lebih senang kalau pakai baju yang orang bagi. Sebab baju ni tak kena hisab,"kata ummi lagi kepada Siti.

'Ha??tak kena hisab?kenapa pulak?', sampuk saya secara tiba-tiba. Ayat ummi sebentar tadi terasa begitu terkesan di hati.

"Yalah, sebab baju ni kita tak beli, tapi orang yang bagi. Jadi baju ni tak akan dihisab oleh Allah kat akhirat nanti, sebab duit kita tidak digunakan untuk membelinya. Kan nanti di akhirat, Allah akan tanya mana kita belanjakan rezeki yang Allah bagi tu..,' jelas ummi.



*************************
Masya-Allah.

Ya, benar. Sebagai manusia biasa, saya sering lalai dengan perkara-perkara ini. Ini bukan perkara kecil sebenarnya, astaghfirullahalazim...

Allah Maha Melihat. Allah Maha Mendengar. Allah Maha Mengetahui.

Dan Allah tidak akan leka dalam setiap pemerhatianNya.

Dan setiap perbuatan kita, akan dihitung dengan teliti. Dan ingat, Allah Maha Adil.

Masa hidup, apa yang telah kita isi sehingga sampai ke umur kita sekarang ini??

Harta, wang ringgit, ke mana kita belanjakan??

Pangkat dan darjat, adakah kita menggunakannya untuk kebaikan orang lain??

Nikmat kesenangan, adakah kita bersyukur??

Astaghfirullah.....


Selepas ummi berkata demikian, saya melihat ke dalam almari pakaian yang terisi baju saya dan kakak-kakak saya. YaAllah,jika Allah tarik nyawa saya sekarang, tak mampu rasanya untuk menghadapNya pada hari kiamat dengan memikul dosa-dosa pembaziran yang telah saya lakukan sepanjang 20 tahun saya hidup ini. Dan ini hanya berkenaan baju. Tak termasuk lain-lain pembaziran seperti makanan, masa, tenaga yang telah saya korbankan pada ketika saya lalai untuk niatkan kerana Allah.


Ruginya.






Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
(An-Naba':29)


Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.(Al-Ghafir:17)


Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,(An-Naba':27)



Aisyah ra. berkata; Rasulullah saw. bersabda:
"Siapa yang dihisab dengan teliti maka ia tersiksa"

Maka bertanya Aisyah ra. "Tidakkah Allah berfirman: Maka ia akan dihisab dengan mudah (seperti ayat ke 8 dlm surah Al-Insyiqaq)?".

Jawab Nabi saw. ,"Bukan itu hisab, tetapi sesiapa yang di teliti hisabnya pada hari kiamat pasti akan tersiksa".
(HR: Bukhari, Muslim. Attirmizi, Ahmad, Annasa'i)



Tak mampu rasanya. Ya Allah, ampunkan dosa kami selama ini yang berlebih-lebihan dalam berurusan. Teringat satu firman Allah dalam Al-Baqarah:219;

Dan mereka menanyakankepadamu tentang apa yang mereka harus infakkan.Katakanlah, "kelebihan(dari apa yang diperlukan)'.

****************

Ada orang....

Memiliki baju pergi occasion, baju pergi kelas, baju jalan-jalan, baju duduk rumah, baju pergi rumah saudara, baju pergi shopping, baju raya puasa, baju raya haji, baju maulud nabi, baju maal hijrah, baju pergi kenduri, baju pergi gathering dan pelbagai lagi jenis baju secara spesifik.

Ada orang......

Tidak mampu memiliki semua di atas.


Menjadi miskin yang sentiasa bersyukur adalah lebih mulia daripada kaya membazir.



Adakalanya,baju-baju yang dimiliki ada yang hanya dipakai sekali sahaja, kemudian baju tersebut akan dibiarkan di dalam almari...entah bila akan dipakai lagi. Tidakkah ini satu pembaziran??


Sempena Ramadhan ini, saya ingin mengajak rakan-rakan untuk lebih bersikap sederhana, ingat kepada golongan yang tidak berkemampuan, ringan-ringankan tangan untuk selalu bersedekah, moga Allah bersihkan diri, keluarga dan harta daripada anasir-anasir yang tidak Allah sukai.


Bersedekahlah.


Ingin tahu sesuatu perkara menarik?

Saya teringat program Muqaddimah di tv9 bertajuk "sedekah".
Ustaz tersebut bercerita bahawa ketika kita menyedekahkan wang, contohnya wang bernilai rm1, wang tersebut akan berkata-kata kepada kita. Ada tiga perkara yang dikatakan oleh wang tersebut, tapi saya hanya mampu untuk mengimbas kembali satu perkara.

Wang tersebut berkata,
'wahai tuanku, hari ini kau telah menjadikan nilai ku yang kecil ini, (rm1) menjadi besar..'

itu antaranya. Subhanallah, ya memang nilai wang tersebut akan menjadi besar di sisi Allah, jika kita sedekah dengan ikhlas. Tapi kita sering lupa perkara ini. Sedekah mampu menyucikan lagi hati dan harta kita.


Rakan-rakan, mari kita sama-sama hidupkan Ramadhan dengan amalan bersedekah dan besederhana dalam sesuatu perkara.


Ingatlah, perhitungan Allah sangat teliti kerana sifat AdilNya, marilah kita berdoa agar Allah berkati seluruh kehidupan kita dan mempermudahkan perhitungan amalan kita kelak. Kembalilah kepada Allah, itulah sebaik-baik penyelesaian.

Selamat beramal!!

11 comments:

Anonymous said...

salam alaik..
huhuh teringat plak ijah pkai baju org-sepupu tuk grad semalam..

betapa Allah itu Maha Teliti atas pbtan hambaNya kan? Baju pun kena hisab..
hmmmm kena baca Asas2 Islam nie..

alhuda said...

ana sbnrnye byk blaja dgn ijah..dia antara sahabat ana yg sgt sederhana, smpai kdg kala ana segan dgn ijah dlm sesetgh perkara...bguskan dia!!=)

tula, contoh tdekat bg gurls kmb, baju grab semalam...fikir2 kan lah..

if dh xnk pakai baju tu, sedekah jela kt org lain~~xrugi ape2

alhuda said...

*grad

kinkin said...

salam huda.
terasa gila ngan post nii. rumah sy banyak je baju yg beli2 x pakai. pakai sekali pa2 simpan lama2. kadang2 kakak2 pun beli, simpan. tag harga pun x bukak lagi. patut duit tu rasa cam air je jatuh.

muhasabah diri di kala ramadhan.

NaDdOwA said...

麿 全く 如く イット. イット 先生 マイクロエレクトロニクス 付き be 倹しい ・買収 物事. Keep up 御主人 良い 労役.

(I really like it. It teaches me to be thrifty in buying things. Keep up your good work).

Hudachan, jgn tertekan ye, hehehe

alhuda said...

to kinkin,
ye saye pun byk baju yg pkai sekali saja then tsimpan dlm almari..
tula membeli scra tak berhemah.menyesal.saya xnak jadi cerewet dah.

to naddowa,
thanx naddowa, love you always=)

Scorpie said...

subhanallah

hebat mak anti :)

I'll remember those words...

alhuda said...

*isk,hargailah ibu bapa kita*

c jajaa said...

boleh sya copy masuk blog sya ?

alhuda said...

boleh2 c jaja, silakan=)

jgn lupa letak link, moga org lain bley amik ape2 yg brmanfaat di sini...yg buruk jgn amik tau

c jajaa said...

ohh okeyy .
trime kasih .

insya Allah .