Saturday, August 1, 2009

Tempatnya di Kamunting


GMI






Think, and think again.

Keamanan itu dicapai dari dasar masalah, bukan dari rantingnya~

*********************
Teringat kenangan ketika berpeluang masuk ke kawasan kem tahanan ISA di Kamunting. Setahun yang lalu rasanya.
Pagar tinggi, mungkin hampir 5 meter.
Ada tiga lapis pagar setinggi itu, beserta kawat berduri. Dan di tengahnya bangunan yang saya sendiri tidak ketahui apa isi di dalamnya.
Selama 5tahun duduk di Taiping, kadang2 tak perasan kewujudan kem tahanan itu di Kamunting.
***************************

Fikirlah kembali.
"Ignorance is not a bliss"

Friday, July 31, 2009

Cerita Mazni...untuk kawan2 yang mengenalinya



"kita semua adalah daie sebelum kita semua adalah apa-apa".

Walau kita pelajar, doktor, guru atau apa sahaja yang kita mahu, if kita tak jadi apa yang Allah nak kita jadi, nilainya adalah ZERO.

"tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"
(Az-Zariyat:56)

Bidang akademik ini adalah satu pelaburan untuk dakwah.

"Wahai serikandi Islam, perjalananmu telah bermula. Jangan memilih untuk pecut, pilihlah untuk maraton. Tetap istiqamah, tidak tercungap. Pemeliharamu adalah Allah, maka berharaplah kepadaNya. Kepada Allah lah saya,sebagai sahabat, melepaskanmu... Ingat, taqwa dirimu adalah penjanji syurga...ukhwah kita ini hanyalah booster..."

*******************************


Saya dah cakap hari itu. Kalau boleh saya tak nak hantar kawan2 saya di KLIA.



Bukan tak sudi, tapi hakikatnya saya akan mengganggu masa rakan saya untuk bersama keluarga ketika di KLIA.


I would prefer to come to their house and have a great time together,a few days before the departure.


Buat rakan2 lain, jangan anggap post ini khusus untuk Mazni kerana saya menyayanginya lebih, tapi boleh saya katakan hati ini digerakkan oleh Allah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati setelah beberapa kali melihat rakan2 saya meninggalkan Malaysia untuk menuntut ilmu. Dan giliran saya akan tiba nanti.

Kunjungan saya ke KLIA semuanya diaturkan oleh Allah, kerana Allah izin ahad lepas(26 july) saya berada di sekitar KL bersama Ain=)




Kami menyedari, dalam suatu perjalanan/pengembaraan, kita mesti niatkan kerana Allah, kerana kelancaran suatu perjalanan itu atau kemudahan yang kita alami, semuanya daripada bantuan Allah.

**************************
Pada pukul 8.15malam.

Briefing selesai, kami berkejar mendapatkan Mazni.

"Mazni, we have to go now coz nnt lewat sgt utk naik --"
"Huda, saya kena masuk sekarang!"
"Hahh??"


It was so close. Allah izin kami berjumpa seketika. Lambat seminit, mungkin kami tidak dapat mencari Mazni lagi.

Then saat itu berlaku. Kami hanya melihat dari jauh setelah bersalaman, untuk memberi ruang kepada keluarga Mazni.




Ibarat final fantasy....



"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."
(Al-Fussilat: 30)


Di mana sahaja kamu berada, carilah keredhaan Allah.
Itulah penjanji syurga.

Buat Mai, Ain Rosni n Ajim, maaf tak dapat hantar atau berkunjung ke rumah semasa kalian bersiap untuk ke negara lain. Saya di kolej ketika itu.InsyaAllah doa saya sentiasa ada untuk kalian.

Buat Gmah, sungguh terharu ummi nak ikut waktu tu di KLIA dulu.=) Kebetulan saya cuti time tu.

Buat Wawa, syukur akhirnya dapat juga Huda datang ke rumah setelah sekian lama teringin utk datang=)Saya tau apa dalam beg anda haritu,hehe...


To Ain, thanx ya temankan...pengembaraan kita belum berakhir=)


Last thing that I learnt here:

"Huda, cuba tukar doa biasa Huda kepada doa yang lebih spesifik. Allah kan Maha Mendengar, dan barulah rasa special sikit sebab doa kita lain dari hamba Allah yang lain"

Ye. Saya setuju. Mesti la nak yang special~


YaAllah, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mengutamakan pandanganMu daripada pandangan manusia lain. Sesungguhnya, nilai kami di sisiMu adalah lebih kami perlu utamakan berbanding nilaian manusia....

Monday, July 27, 2009

monolog

"ingat lima perkara
sebelum lima perkara"


antaranya

masa lapangmu sebelum masa sibukmu

masa hidup sebelum matimu




teringin untuk menulis...banyak untuk dikongsi...

Huda,jangan pecut,tapi maraton....=)

Thursday, July 16, 2009

Dakwah Putih

Haritu, saya letak picture dua ekor arnab/kelinchi ini di profile saya di laman web SERATAS21 . Saja, sebab tak nak letak muka sendiri besar2 kat dalam profile.




Rupa-rupanya berlaku experiment secara tak langsung.


Ada rakan lama memberi komen:

"Cutenye!!!nak yang putih tu!!!"



Nampaknya arnab ini menang! Mengalahkan arnab hitam yang sebenarnya comel juga=)



So. Nak yang putih ye.


Kenapa mesti putih? <--boleh click=) Tapi putih ini sebenarnya tiada kaitan dengan 'post putih' yang sebelum ini. Kesian arnab hitam....


Saya terfikir....


Dalam dakwah, tak boleh ada pilih kasih.


Tapi pilih kasih ini kurang berkait dengan post pilih kasih sebelum ini.


Kita kena sampaikannya pada semua orang, tidak kira kecil besar tua muda kaya miskin.

Ya. Sampaikan kepada semua walaupun kontra seperti hitam dan putih.


Tapi mengapa mesti ada fenomena memilih dalam dakwah?

Hakikatnya,

ia bukan dakwah untuk memilih yang putih.




"Eh, aku nak akak tu jadi akak usrah aku laa,suka kt die, dah la cute"


"suka dengar akak ni bg penyampaian...sbb muka die comel, ske buat orang ketawa"


"owh, ustaz yang tu ye, nak2 pegi kuliah!best2!"


"nak join la usrah ni, naqibah die doktor tau tak...mesti bagus punya"


Itu dari pihak yang menerima.


Lihat ini pula:


"anti ambil adik yang ni ya, ana tak boleh la nak bawa dia"


"ana tengok adik yang tu dah ade fikrah sikit,ana nak ambil dia jadi mad'u ana "


"ana tak boleh la nak bawa kawan2 ana..mereka dan terlalu jauh..ana tak boleh nak masuk dengan mereka dah"


"ana nak jadi naqibah kelas M07* la, budak2 kelas tu sume ok2"


Ini daripada pihak yang nak menyampaikan.


Kenapa ni? Tak semua orang boleh terima dakwah dari antum kah? Atau antum tak boleh nak sampaikan dakwah kepada semua orang?

Atau...pendakwah itu mestilah orang yang cantik/kacak/comel/kaya/berpangkat/kulit cerah/muda/tudung lawa/baju meriah?

Begitukah?


Tugas dakwah adalah tanggungjawab semua. Walau sekecil-kecil usaha kita seperti memberi nasihat yang bermanfaat kepada sahabat- itu dakwah. Menyeru ke arah kebaikan, mencegah melakukan kejahatan.

Kepada yang kini bertugas menyampaikan, mari kita semak niat asal kita dalam melakukan kerja-kerja Islam. Bimbang terdapat unsur diskriminasi dalam menyampaikan dakwah, bimbang ada hati yang terasa lantas lari dari medan juang, bimbang ada unsur riak dan ujub tika memberi penyampaian dan bimbang dari segala perkara yang kita ketahui atau tidak ketahui- yang boleh merosakkan amalan kita selama ini.

Kepada yang masih mencari dan dahagakan peringatan, mari kita sama-sama untuk teruskan usaha membaiki diri kearah yang lebih baik, moga jadi orang-orang yang beruntung apabila hari ini lebih baik daripada hari semalam. Jom ikhlaskan diri, datang dengan hati bak cawan yang kosong, agar kita pulang dalam keadaan hati seperti cawan yang penuh, sarat dengan pengisian dan peringatan. Beri peluang kepada diri sendiri untuk mendapat ilmu mengenal Allah, kerana tanpa Allah, kita sekelumit pun tidak punya apa-apa. Terima segala teguran dan peringatan yang diberi, utamakan apa yang disampaikan daripada siapa yang menyampaikan.


Maka,

"dua -dua pun cute sebenarnya!!"
ambillah dua-dua sekali=)



Sekadar meluahkan apa yang terlintas.




(kepada pemilik gambar arnab KMB ini,minta izin ye=)sy amik dari roommate,hee)


Sunday, July 12, 2009

Pilih Kasih



Untuk bertemu dengan Allah,kita perlu bersaing.

Siapa? Ya,kitalah.

Kerana ada pilih kasih dalam perlumbaan ini.

Dan proses pemilihan kasih ini banyak peringkatnya, dan banyak peperiksaan yang perlu ditempuh.

Kenapa macam rumit je?

Sebab hadiahnya: SYURGA.

Syurga terlalu mahal, nikmatnya tidak pernah terlintas di hati manusia walau sedetik pun. Itu rasionalnya, ada pilih kasih dalam perlumbaan ini.

Peperiksaan macam mana?

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Al-kahfi:7)

Dan demi sesungguhnya! Kami benar-benar akan menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjihad dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(Muhammad:31)

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangannya)?
(Ali-Imran:142)

Macam mana nak jadi yang terpilih?

“Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan.”
(Riwayat Muslim)


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al-baqarah:155)

Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu(dengan limpahan rahmat dan keampunan). Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
(Al-baqarah:152-153)

Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.
(Al-baqarah:186)

Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa mereka dan sesungguhnya rugi bagi orang yang mengotorinya.
(As-Syams:8-10)

Sebelum menjadi insan terpilih, kita sendiri perlu memilih.

Iman atau nafsu yang digoda syaitan?

Moga penghujung hidup kita, kita menjadi golongan yang Allah pilih bersama kekasihNya yang lain...insyaAllah.

Mari jadi orang terpilih!!