Thursday, June 4, 2009

21.12.2012. dah sedia??

Ketika hendak menuruni tangga,saya melewati bilik umi dan terlihat adik sedang duduk tunduk sebelah umi seperti menunggu umi untuk selesai solat Dhuha. Saya tidak mengesyaki apa2 pada mulanya. Ketika sedang menyiapkan makanan untuk lunch, tiba2 adik datang ke dapur dan menghampiri saya.

"Kak Huda, nak tau sesuatu tak?"

"Apa dia?", tanya saya.

"Tadi adik baca mastika, lepas tu...dia cakap bumi akan kiamat 21.12.2012. Time tu kak huda dekat ireland kan? Boleh tak kak huda balik??"

Saya terdiam seketika, sambil beristighfar dalam hati.

"Tadi lepas adik baca,adik terus pergi kat umi dan peluk umi kuat2..adik takut..Kalau boleh, adik nak hari tu semua ahli keluarga kita ada dekat dengan adik,kita pegang tangan dan peluk semua orang kuat2...hari tu nanti bumi akan hancur...sebab tu adik nak tau kak huda boleh tak balik sini 21.12.2012?",tambah adik lagi.

"Adik, hari kiamat tu, hanya Allah je yang tahu bila akan terjadi...",ujar saya.

"Tapi, adik takut..kalau hari kiamat betul2 jadi 21.12.2012 tu, kak huda boleh balik tak??", ulang adik sekali lagi, gelisah.

Saya menarik nafas perlahan. "Tengoklah dulu adik, mane la akak nak tahu....".

"Adik, adik dengar ye baik2. Hari kiamat ni, Rasulullah cakap, Allah je yang tahu bila akan terjadi...so nanti kita semua akan ditentukan ke syurga atau neraka. Adik nak masuk syurga tak lepas tu?" tanya saya,cuba mengubah fokus minda adik ketika ini.

"Nak!",jawab adik.

"So kalau nak masuk syurga kena buat apa??", soal saya lagi.

"Adik tahu, kena solat, dengar apa yang Allah cakap...", jawab adik.

"Adik jaga solat tak?"tanya saya.

"Kadang-kadang adik tinggal la jugak..."luah adik jujur.

"So mulai sekarang, adik kena jaga solat, supaya adik dapat masuk syurga....."

Perbualan ini berterusan, tetapi berkisar mengenai syurga dan nikmatnya yang tidak akan terbayang oleh manusia, juga tidak terlintas di hati hambaNya...subhanallah, Allah Maha Kaya, dan Dia pemilik segalanya.

p/s: saya berjaya mengubah fokus minda adik.=)
......................



Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat,"Bilakah masa datangnya?".


Katakanlah:"Sesungguhya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangan pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari Kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya.


Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".


(Surah al-a'raf:187)



Kadang2, kita perlu memantau apa yang dibaca oleh adik2 kita kerana perkara ini turut mempengaruhi perkembangan minda mereka. Jika tahyul yang disogokkan, cerita hantu dan sebagainya, hasilnya mereka membesar sebagai seorang yang penakut. Saya amat tidak suka adik2 saya menonton cerita2 seperti hikayat putera shazlan, cerita indonesia yang mempunyai pari2 seperti bawang merah bawang putih, dan lain2 cerita yang berunsur tidak mengesakan Allah yang satu dan kebergantungan kepadaNya. Bahan bacaan sebegitu, yang berkaitan perkara-perkara ghaib yang rahsianya hanya Allah yang tahu, bukan melalui ramalan manusia sepatutnya diterangkan dengan jelas kepada golongan yang sedang mencari kebenaran dalam hidupnya.

Rukun iman kelima, percaya kepada hari kiamat adalah salah satu tunjang kepada keimanan umat Islam. Gagal untuk mempercayai atau meyakini salah satu daripadanya, bermakna kosong iman kita.Nauzubillah...

Jika Allah mengkehendaki Rasulullah mengetahui tarikh sebenar berlakunya hari kiamat, Dia boleh melakukannya. (Jika Allah berkata 'Jadi!", maka akan jadilah perkara tersebut, Sesungguhnya sesuatu itu mudah bagi Allah). Tetapi ianya kekal menjadi rahsia Allah, untuk menguji siapa di antara hamba2Nya yang beriman dan bertaqwa.

Kami mohon yaAllah, agar diberi kekuatan dan kesempatan untuk sentiasa bertaubat kepadaMU sebelum nyawa kami ditarik, kerahmatan ketika menghadapi maut, dan keampunan selepas menghadapi maut. YaAllah, jadikanlah kami golongan yang sentiasa beriman di saat kami menghadapi fitnah Dajal laknatullah, dan golongan yang sentiasa meyakini akan pertolongan daripadaMU........



11 comments:

PeRaNTaU said...

salam...

21.12.2012..penah gak dengar pasal bende ni...

time tu berakhirnya tarikh kalender mayan, tamadun lama2 dlu...

siap ada website lagi pasal tarikh ni...

and, for your info, tarikh ni harinya jumaat...dah check =P

tapi takpe, abaikan sudah...

~ ustaziatul alam jauh lagi maa, kan islam akan bangkit sekali lagi...macam lama lagi je tuh~

shahkang said...

aku pun ada baca gak
tapi ok la aku leh fikir

adik ko kena bimbingan
tahniah kerana berjaya

p/s: adakah rusa juga membaca?

alhuda said...

to perantau,
yup, tamadun mayan..(my little sister tu siap bacekan kuat2 artikel tamadun mayan tu from mastika aritu,huhu)

mmg mcm lama lagi, tp kite pun kena slalu bsedia dengan hari kematian kita...kan mati tu mcm kiamat kecil juga..

to shah,
dah tsebar luas rsnye bnda ni.owh.rusa tidak membace.die yg hidup tanpa jantung xakan mati sbb mmg xde roh pun.huhu

Amal M said...

munee penah gak cter pasal bnda nie kt amal..ada cm video kt youtube..ad explanation gak..tp cm cy x cy je..

nway..huda da tukar ye layout..cntik..nice.. (^_~)v

alhuda said...

ade video ke?hmm,,kalau jmpe nk gk tgk...
nway, layout ni biase je amal...huhu...xreti lg nk touch up blog..huhu

Saif Shah =) said...

salam huda...

Alhamdulillah krn dapat membetulkan fokus adik, at least, dia dpt tau yg mane yg dia ptt buat n yg ptt difahami...

p/s : mcm mane prkmbgn prgm nnt?? nak tau jugak walaupun xdpt join... xde rezeki...~~~

alhuda said...

yup, alhamdulillah...realiti skrg agak susah act nk tapis ape yg adik2 kite bace/tgk..sampai pernah bace artikel pasal 'perlu tak ade tv kt rumah'...

program di sratas, masih dlm perbncangan utk kelancaran program...

future phenomenon said...

hahaha...

tak sangka ramai yang tahu pasal ni..
tapi nak beritahu ni...2012 tu bukanlah kiamat..siapalah yang tahu bila tarikh kiamat...

tapi, 2012 ialah hari permulaan pengakhiran..

ada yang mengatakan itu lah zamannya dajjal akan keluar dll..apakah kalian bersedia..


apapun, tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

alhuda said...

yup, sape laa yg tau bila kiamat kan.sume tu ramalan je..kita xberiman dengan ramalan2 ni...

terima kasih atas jmputan, menarik isu2 tuh. salam ukhwah....

Nur Suhaila Japar said...

Assalamualaikum..
kwn2 sye bru jer sebar bende ni
tp, bgi sye tarikh tue belum pasti lagi..

ye larh kan..

Hanya Allah yang mengetahui segalanya..

kan3!?

alhuda said...

betul...setuju=)