Sunday, June 14, 2009

Bercinta sampai ke syurga....

....he who loves a man for Allah's sake alone.....(sahih muslim)
"taaruf membina ukhwah"
Program remaja baru-baru ini mengetuk hati kecilku mengenai isu: sejauh mana kamu bersahabat kerana Allah??
Saya nak share...
"Ya Allah, berikanlah insan ini keikhlasan dalam beramal, moga setiap
amalanya membangunkan ummah dan menjatuhkan jahiliah....."
"Dari kejauhan jarak yang memisahkan...hati ini terasa ingin menyapa...
'apa khabar imanmu sahabatku?'...peliharalah nyalaan imanmu dengan
tahajjud,zikir,tilawah dan istighfar...mencintaiNya memberimu kekuatan
untuk menongkah jahiliah....."
"Sahabatku.terhibur hatiku tika melihat keindahan bunga-bungaan,
namun hatiku berbicaranya...kecantikannya tidak seindah saat kita
bersama...salam rindu Huda..."
"banyak yang ana nak share...rindu sangat nak jumpa...moga Allah
pertemukan kita.Kalau tak sempat di dunia, doakan ana layak bertemu
semua yang ana cintai di syurga......"
...........................................................
Ini adalah mesej daripada salah seorang sahabat saya yang begitu ikhlas dalam bersahabat. Terasa kerdil bila bersamanya, kerana cinta dan sayang yang diberikan olehnya begitu tulus, sedangkan diri ini penuh dosa dan noda dalam mengekalkan persahabatan kami....
Pernah satu ketika, Allah mengizinkan kami bersua di dalam satu program di Perak. Pasti banyak yang kami ingin kongsikan, dan pabila saya meluahkan sesuatu, hatinya begitu sensitif dengan cerita saya malah dia mengalirkan air mata kerana cerita tersebut. Saya terkejut...terasa sesungguhnya hati sahabat saya ini begitu bersih, dia cukup terkesan walau dengan sekecil-kecil dugaan Allah yang diceritakan kepadanya....
Ukhwah yang dihulurkan olehnya begitu hebat......
Sikap baik sangka yang dimilikinya....tidak tertanding dengan sahabat2 saya yang lain....
"Alangkah baiknya jika kita dapat bertemu dalam program yang
lalu. Tak mengapa, saya yakin Huda lebih solehah daripada saya...
mohon maaf jika hati ini pernah terlintas sangkaan2 yang tidak
baik terhadap Huda....."
(kata2 ini diluahkan di dalam surat sahabat saya ketika di sekolah menengah...pada ketika itu saya tidak menghadiri satu program yang diadakan pada cuti sekolah)
Juga luahan-luahan lain......
"sahabatku, menitis air mata terkenang keadaan ummah...
terkadang baru faham istilah 'D n T (dakwah dan tarbiyah)
core business kita'...rasa selected sungguh dapat iman...
moga Allah terus memilih kita untuk tugas dakwah ini..."
Tak lupa juga sahabat2 saya yang lain, yang dipertemukan Allah sepanjang hidup ini....kalian sungguh bermakna buat saya, moga kita bercinta sampai ke syurga....
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
(Izzatul Islam, Doa Rabithah)
(ops! macam tajuk buku sambungan 'aku terima nikahnya' hasil karya ustaz hasrizal pulak...xde niat nk tiru ekk..)




5 comments:

alhuda said...

ade masalah dengan spacing...so post jadi kurang menarik presentation nya.

aisyah ismail ♥ said...

(^_^)"

nice post huda~

aisyah rasa ukhuwah yg terbina membuat kn aisya jatuh cinta pd tarbyah..

alhamdulillah~

so bersama kte menanam benih ukhuwah & cinta tarbyah pd ramai lg luar di sana.. =)

semoga ukhuwah yg trbina ini mmbawa kte ke syurgaNya (^_^)"

alhuda said...

betul aisya..

satu dasar ukhwah yang ingin kita bina, iaitu mencintai yang lain atas dasar akidah..

tak kira la siapa mereka,kalau kita kata kita beriman, so kita kena sayang pada setiap makhluk Allah..

sbb tu ayat quran cakap 'ssghnya org2 BERIMAN itu bersaudara'. Allah xgunakan 'org2 ISLAM' dalam surah al-hujurat ayat 10 tu..sbb keimana pd Allah perlu sblum kita berukhwah...

insaf melihat antum/antunna yang begitu ikhlas dlm membina ukhwah...

~aozora~ said...

huda..kita bertemu dan berpisah keranaNya insyaallah..nice post
keep it up..ukhuwah fillah abadan abada =D

alhuda said...

iAllah...moga kita semua bercinta kerana Allah..

rindu nak bersua muka dengan kalian...=)