Monday, August 10, 2009

Keep The Best Inside

really love ur teddy huh?


Usually, will you let your best stuff being exposed to others? Don't you have any fear of losing your best-and-beloved stuff when you are exposing it? Your best stuff- it may be something that very valuable, or expensive, or most memorable or comfortable or wut-ever that make it so called your best stuff.

Think about it for a while=)


And consider these situations:

- Where do your mom keep her collection of jewelleries? Of course in the safest place in her room. Or bank maybe?=) Hah?Under the pillow???Above the wardrobe??


Huhu. But still, at the place where she thinks the safest place to keep it.



-You have a very best sneakers. You will wear it everyday anywhere anytime any moment and you just can't resist being far from your sneakers. And you'll can't imagine wut will happen if you lose it one day. Going crazy maybe?=)



-Alright. Real life situation. Earth minerals need a lot of process before we can get the pure minerals to turn it into something else. Why? Because the minerals is being kept far inside the rocks or mix with other substances or etc. And the reason is- it is too valuable to be exposed for human. So human has to do the mining process to get this minerals. It is proven that Allah keeps the best thing inside too=)



*******************

Lets refer to ourselves now.

Being a girl, a woman, a lady, is the greatest thing in our life actually. Allah has chose us, to be a woman, and have every special things that you may thing the man dont have it at all=)


And yup Allah the Creator had told us, as a woman, specifically as muslim woman, to cover ourselves with hijab because- our body is too valuable to be exposed to other people who have no relationships with us. Hijab that Allah had made compulsory for us, is not a burden, but it is the best way to guard our modesty, and to show how Islam really care about woman.


"And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof; that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husband's fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex; and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss." (anNur:31)




Coz the best thing are kept inside, isnt it??=)

Friday, August 7, 2009

Mad'u for free



"huda, boleh tak bawak usrah untuk student kt kolej pembantu perubatan Hospital Bahagia?"


Terdiam seketika. Otak tengah generate sesuatu.


"Emm,berapa orang tu?"


"Ade la dalam 50 orang.."


"ERK??"

**********************************

Subhanallah.

Ramai yang mencari Islam.

Alhamdulillah.

Ini peluang yang Allah bagi untuk mereka, dan untuk saya juga.

Tapi....untuk yang ini...rasanya..

Saya tak boleh buat seorang.



"Ya Allah, berikan kami petunjukMu...dan jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kepadaMu"

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. "
(al-ahzab:23)


"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim"
(al-Hajj:78)



"Nak kena merancang ni.."


"Dan lebih elok merancang bersama...because no one is better than everyone."





"ubahlah dirimu, dan serulah yang lain"

oh diriku...





p/s: act kolej tu request nak buat sbb byk masalah sosial seperti couple..anda ada cadangan?ke nak join venture?=)

Thursday, August 6, 2009

Jaulah Berdua,Aki jgn marah ek

Kehadapan Siti Fatimah Zaharah Zulkapli, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Post ini dibuat khas untuk makluman saudari dan rakan lain, memandangkan saudari tidak dapat/tidak sempat bersama kami berdua ketika kami berada di sekitar KL walaupun sudah diajak. hehe...

Dalam kesempatan ini juga kami berdua mahu memohon maaf yang tak terhingga jika perasaan saudari terguris ketika melihat gambar2 ini, atau saudari berasa saya tidak bercakap benar. Tetapi gambar2 ini adalah buktinya. Aki jgn marah yer=)

Sesungguhnya jaulah ini Allah yang rancang, kerana banyak kebetulan atau lebih tepat lagi susunan Allah sehingga membolehkan kami terus menamakannya sebagai Jaulah Berdua.=)

Di sini juga ingin kami maklumkan bahawa kami amat menyayangi saudari, dan kami rindu saat2 IRP kita bertiga tanpa Akmal=) huhu

Kepada rakan sekelas yang mengajak dengan bersungguh2 utk ke KMB pada 28july, maaf kami tidak dapat ikut kerana kami sudah pun bertemu guru2 kita ketika menghadiri temuduga di KMB pada minggu sebelumnya.

Terima kasih kepada Nur Atiqah Jawati dan parentnya, dan kami bermula dari Ampang. Berikut adalah gambar2 kawasan yang telah kami cerobohi sama ada dengan izin atau tidak.





susunan Allah itu cantik~
program selepas kami selesai interview


walaupun kami iAllah pelajar medic=)






alhmdulillah, terlepas dr pertanyaan pak guard...
kami ada rupa mcm lecturer muda kot??=)

kulsem @ KLCC


Ni sape yg pegi je dpt
(hana,amalo,ain,amalm n huda punye)
(nina balik awal time ni)



Kulsem penyatu kali ni=)


Hakikatnya, keluarga risau dengan pengembaraan selepas interview numed ini.


"Bagitau Huda jangan lama sangat duduk KL tu," pesan umi pada kakak.


Maka selepas program kulsem kami pun pulang ke kampung halaman...dan berkorban melepaskan program2 pada weekend2 seterusnya memandangkan sudah seminggu kami di KL.

*******************************

"Ain, perasan tak sesuatu? selepas dua interview kita lalui bersama, ditambah pula dengan jaulah untuk mengutip ilmu ni, tiba2 Allah bagi Ain trus lepas appeal IUMC...ade rasa rugi tak bila terpaksa hadapi sume ni dengan saya, yang sememangnya tak dpt appeal ni?"

Uhibbukifillah Ain...saya melihat ia sebagai satu peluang dari Allah untuk kita...maaf ya sebab curi banyak masa Ain...(^^')


Terasa sangat gembira bila jumpa rakan teman2 ketika Kulsem Day Out..moga Allah satukan hati-hati kita dan moga kita semua diberi petunjuk..aminn..thanx to organiser~

Wana and Ainol...kalian memang xleh dipisahkan...ish3..hehe=)

Ada lagi teman2 yang saya tak berkesempatan untuk berjumpa, cthnya rummate saya,klasmate sy,usrahmate sy,junior sy, smoga kalian sentiasa dlm pemeliharaan Allah.



"Ya Allah, Tuhan yang menyatukan hati-hati kami di atas jalanMu ini, Engkau mengetahui bahawa kami berkumpul kerana mengasihiMu, memikul beban dakwahMu, menyokong dan mendaulatkan syariatMu, maka ya Allah, eratkan ukhwah kami dan kekalkan kemesraan antara hati-hati kami. Jauhilah kami daripada virus-virus ukhwah, yang boleh mencacatkan ukhwah kami, seterusnya merencatkan perjuangan kami ini yaAllah yang Maha Memelihara dan Mengetahui segala isi hati kami."






P/s I: saban hari saya menerima sms/chatbox yg bertanya tntg placement sy...if dlm shari tu smpai 4 org bertanya teruji juga perasaan..huhu..apa2 pun thanx a lot sbb concern=)kalian mmg sahabat yang baik.ketahuilah, Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Susah mana ujian ini jika dibandingkan dengan ujian hamba2Nya yang terdahulu? Jadi jangan pernah putus harap dari rahmat Allah, dan kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya...Doakan yang terbaik utk semua.


P/s II: post ni sepatutnya dah publish awal lg
....................................................................
(selingan)


kerut-kerut dahi,adakah kalian selesa jika hanya fikirkan diri?

Ini adalah pesanan penaja: sila fikirkan keadaan umat sekarang.

"ignorance is not a bliss"

Monday, August 3, 2009

Final Fantasy



Hmm. Not this one. Nice try.

*********************************
But it's actually this one.




Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

(Al Balad: 10)




Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).

(Yunus:84)

******************************************
Saturday,16 May 2009.
Block F, Mara College Banting.
One more subject to go.
Two more days before we can be considered as the 'IB survivor'.


"Tajuk kita hari ni.....Final Fantasy"

"Ramai orang cakap, mereka mendapat tarbiyah sepanjang 2 tahun berada di KMB. Hari ni, ktorang buat tajuk ni, sebab nak bagitau yang selepas ni kita semua akan berdepan dengan realiti luar yang penuh jahiliah, dan akan bermula cabaran sebenar sebagai seorang muslimah atau daie...."

"KMB macam comfort zone la actually, macam2 yang kita dapat kat sini, dan start je cuti, cabaran pun bermula sebab kita nak tengok boleh tak diri kita mengamalkan apa yang telah kita belajar kat sini..."

Semua mendengar dengan penuh teliti.


"Hopefully bila result keluar nanti, tak kisah laa dapat mane2, kita kena yakin yang itu yang terbaik Allah bagi pada kita. Yang penting doa supaya Allah tetapkan hati kita semua di jalan ini"


Kemudian Yati dan Amal Osman membacakan ayat ini:

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.
(Hud:15-16)


Tajuk usrah kelas ini begitu menyentuh hati, sehingga terlintas...


"Ya Allah, Kau tariklah apa sahaja nikmatMu kepadaku, tetapi jangan Kau tarik kecintaanku kepadaMu....."

**********************************

Ya. Ibarat Final Fantasy.

Berada di rumah sahaja sudah cukup memberi cabaran dalam penerusan tarbiyah(didikan), agar tidak futur(lalai). Terlepas pergi halaqat, tak free untk pergi program/daurah, tak sempat baca Quran sebab adik buat hal, dan bermacam-macam lagi perkara yang kononnya mengganggu proses tarbiyah, tak dapat diatasi dengan bijaksana. Berbeza dengan keadaan di kolej/asrama, agak rajin untuk mengikuti majlis-majlis ilmu bagi sesetengah golongan.

Mengapa ini terjadi?

Tarbiyah hanya berjalan di dalam halaqat/usrah dan daurah sahaja kah?

Cuba ingat kembali ayat ini:


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
(Ali Imran:110)


Memetik penyampaian daripada seorang pensyarah UIA, realiti umat Islam sekarang ini ibarat dua lembah yang mempunyai jurang di tengah2nya.

ISLAM<------------------jurang----------------------------> UMAT


Untuk merapatkan jurang ini, umat memerlukan tarbiyah, akhirnya permasalahan Islamiyah dapat diselesaikan, untuk kita bergelar sebaik-baik umat yang dilahirkan.

Hakikatnya, proses didikan ini perlu berterusan sepanjang hayat. Fitrah jiwa manusia sentiasa sukakan kebaikan, dan lebih beruntung lagi apabila kita suka melakukan perkara yang Allah suka.


Comfort zone: hanya sementara. Tidak kita dikatakan beriman selagi belum diuji.


Jadi, kepada sesiapa yang merasa sunyi, carilah teman yang boleh mengingatkanmu kepada Allah. No one is better than everyone. Carilah teman.

Kepada yang merasakan waktu cuti ini adalah masa terbaik untuk cuti sepuas-puasnya, buatlah perkara yang bermanfaat kepada diri dan orang lain.

Kepada sesiapa yang sedang sibuk dengan urusan dunia, seimbangkanlah, kerana untuk terus hidup aman di alam seterusnya, kita perlu membina saham akhirat.

Kepada sesiapa yang sedang mengalami kesusahan dan terkenangkan masa senang dahulu, ingatlah Allah ada di mana-mana, dan DIA sentiasa mendengar doa hamba-hambaNya.



"jangan rasa susah ya, Allah ada"
(^^,)

Saturday, August 1, 2009

Tempatnya di Kamunting


GMI






Think, and think again.

Keamanan itu dicapai dari dasar masalah, bukan dari rantingnya~

*********************
Teringat kenangan ketika berpeluang masuk ke kawasan kem tahanan ISA di Kamunting. Setahun yang lalu rasanya.
Pagar tinggi, mungkin hampir 5 meter.
Ada tiga lapis pagar setinggi itu, beserta kawat berduri. Dan di tengahnya bangunan yang saya sendiri tidak ketahui apa isi di dalamnya.
Selama 5tahun duduk di Taiping, kadang2 tak perasan kewujudan kem tahanan itu di Kamunting.
***************************

Fikirlah kembali.
"Ignorance is not a bliss"