Wednesday, May 16, 2012

[16 Mei] C.T.M

"Cikgu, keluarga saya tak percaya saya dapat nombor satu periksa hari tu", luah saya sedikit kecewa. Teringat pada hari saya penat meyakinkan ummi, walid, abang dan kakak-kakak. Report card tidak bersama saya pada ketika itu, maka saya tidak dapat menunjukkan bukti sahih pada mereka. 
Ummi dan walid mengiakan tidak, menolak hujah saya pun tidak. Abang dan kakak bersungguh tidak mahu percaya. Masakan tidak, peperiksaan itu merupakan peperiksaan pertama bagi saya di SK Seri Ampang. Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Darjah Satu.

"Iya? Betul la Huda dapat nombor satu haritu..cuma cikgu tak panggil la parents datang sebab ni peperiksaan pertengahan tahun je. Kalau peperiksaan akhir tahun Huda dapat nombor satu, baru boleh naik pentas ambil hadiah", balas Cikgu Nurulanim dengan lembut. Menerangkan keadaan sebenar dalam masa yang sama mengiakan pencapaian anak muridnya itu. 

Itulah kali pertama, dan kali terakhir saya mendapat tempat pertama dalam kelas ketika di sekolah rendah, huhu. (^_^)

"Cikgu...,"
"Ha, kenapa? Tak puas hati dengan keputusan kamu?". Belum sempat saya berkata apa-apa, Cikgu Nooraini bagaikan sudah dapat mengagak kedatangan saya ke mejanya di bilik guru. 
Saya tersenyum kelat. Menyimpan kekecewaan yang penuh di hati. Mendapat gred B untuk satu mata pelajaran, bagaikan kegagalan semua subjek lagaknya pada ketika itu. Menghitung hari untuk PMR yang bakal kunjung tiba, saya tidak boleh membiarkan gred B tertera pada peperiksaan percubaan saya. 

"Dapat A ke, dapat B ke, bukannya bawak ke mati pun..Jangan obses sangat nak kejar A tu. Awak sempat lagi perbaiki untuk PMR nanti. Untuk exam percubaan ni, memang saya strict sikit supaya student belajar daripada kesilapan. Bila dah PMR nanti, awak jangan risau la..insyaAllah boleh score kalau dah biasa dengan strict marking," ujar Cikgu Nooraini penuh hikmah namun bernada tegas.
"Sudahlah, jangan layan sangat perasaan awak tu. Banyak lagi benda lain yang awak boleh fikir. Keputusan baru ni, itu dah jadi takdir Allah. Redha je, dan usaha lebih lagi," sambungnya lagi, dan berlalu pergi. Anak murid yang demand sepertiku, jika dilayan pasti tiada penghujungnya nanti.

Scene ini masih segar di ingatanku. Ayat pertama cikgu itulah yang sedikit sebanyak mengubah saya selepas itu. Obsesi terhadap A, saya sudah tinggalkan jauh-jauh. Penat lelah cikgu sebagai murabbi saya dan kawan-kawan, memberi kesan yang besar terutamanya selepas kami meninggalkan alam sekolah. Saya baru faham dengan jelas segala pengisian yang pernah cikgu beri setelah saya memasuki alam IPT. Saat itu, saya mengucapkan syukur kerana diberi 'mata' oleh cikgu terlebih awal untuk menilai segala baik dan buruk di alam IPT yang penuh cabarannya.

********************************************
Murabbi pertama saya, Ummi dan Walid. Terima kasih kerana mengenalkan saya dengan Islam sejak saya belum mengenal huruf. Maafkan Huda kerana begitu degil saat terpengaruh dengan rakan sebaya. I will, insyaAllah and may Allah gives me strength, to be a good daughter until Allah makes us to gather again in His Jannah.

Semua murabbi dan guru yang pernah mengajar saya dari SKSA, SERATAS, dan KMB, you turned me into who i am today. Alhamdulillah, i'm so glad to have been meeting you as my tutor in managing my life as a better person. Thanks for every single thing, single word, single advice that you've said to me. I pray to Allah to shed His Mercy and Love upon you for your effort of changing us from 'zero', into a 'hero'. 

C.T.M.

Cikgu.Teacher.Murabbi.

Saya sayangkan kalian kerana Allah. 

pic from elaisblog.blogspot

2 comments:

sahabiat said...

and jzkk for being my murabbi too

alhuda said...

sape cakap.....
you are d one yg ajar huda mcm2 pasal hidup :)
thanks my dear ijah ^_^