Sunday, April 29, 2012

Orientasi melebihi threshold

Tatkala tarbiyahNya menyapa, jiwa bagai ingin terbang ke serata dunia
untuk mengkhabarkan bahawa aku dipilih olehNya~
(picture by Paul Nicklen, National Geographic)

Assalamualaikum wbt.

Kawan-kawan, ada satu rahsia yang saya nak bongkarkan dalam post kali ini.

Oh, mungkin bukan lagi rahsia pada mereka yang pernah melaluinya. Tapi bagi saya, ia adalah suatu rahsia yang membuatkan orang luar sering tertanya-tanya.

Pernah jumpa tak mana-mana individu yang baik macam malaikat? Yalah, memang tiada siapa yang akan sama seperti malaikat yang will never ever mengingkari Allah tapi itulah perumpamaannya.

Pernah tak jumpa individu yang tak pernah fikir pasal dirinya sendiri? 
Asyik-asyik utamakan orang lain daripada dirinya. Kita yang melihat pula terasa nak tegur dia supaya beri prioriti pada diri sendiri juga.

Pernah tak jumpa individu yang terlalu berbaik sangka?
Ah, sometimes memang kita perlu expect the worst, tapi golongan ini begitu positive dengan tekanan yang dihadapinya.

Apabila bertemu dengan individu-individu seperti ini, mereka membuatkan saya berfikir panjang. Saya yakin bahawa rahsia ini yang menjadikan mereka oriented sebegini. Rahsia ini juga yang menjadikan mereka kuat untuk terus bertahan walaupun masyarakat luar kehairanan dengan peribadi mereka. Yalah, manusia biasa pasti ada turun dan naiknya! Ada kala kita tenang, ada kala kita tidak senang.

Golongan-golongan di atas, punya suatu persamaan.

Maka apa yang menyamakan mereka? 


Pemikiran yang sama. Orientasi yang sama.

Ok, great minds think alike. Memang pun.

The same orientation and way of thinking, would result in a same understanding. Fikrah, inilah hasilnya.


Sudah lama saya perhatikan. Sudah lama saya senyap-senyap korek rahsia. Di penghujungnya, saya sendiri akan terkesima dan bertasbih memujiNya.


Kefahaman yang jelas tentang hakikat penciptaan diri sebagai hamba dan hakikat kehidupan yang tidak lain hanya sebagai persinggahan membentuk mereka menjadi individu yang berbeza.


Manakan tidak, segala yang mereka lakukan akan sedaya upaya di 'link' kan terus kepada yang Esa. 


Macam mana boleh baik seperti malaikat? 
Hari-hari mereka mendapat motivasi lansung daripada kitabNya! Beritahu saya, Al-Quran untuk diamalkan atau sekadar dibaca? Mereka walk the talk, maka ia diterjemah kepada peribadi. Akhlak dan peribadi mereka terhias dengan acuan daripada kitabNya. Subhanallah.


Macam mana boleh tidak fikirkan diri sendiri? 
Golongan ini ternyata mempunyai orientasi mereka sendiri mengenai apa yang ingin mereka capai apabila mereka sibuk memikirkan tentang orang lain. Hadis daripada Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa Allah akan memudahkan urusan orang yang memudahkan urusan orang lain dan manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat kepada individu lain. 
Oh, begitu. Mereka ingin urusan mereka dimudahkan oleh Allah, mediumnya adalah dengan membantu orang lain. Dua dalam satu. Lebih ganjaran pahala. Yang penting, mereka begin with the end in mind.

Macam mana boleh terlalu berbaik sangka?
Menyedari hakikat bahawa sebahagian besar daripada prasangka adalah dosa, mereka segera menjauhinya dengan istighfar dan good reasoning. Sebabnya, Allah lebih tahu urusan hambaNya. Walau mereka teraniaya, mereka yakin bahawa Allah tidak akan mensia-siakan mereka. Dan kepada Allah mereka kembalikan segala urusan.


Akhirnya golongan inilah yang saya lihat, mempunyai kekuatan dan daya tahan lebih daripada manusia biasa. Mereka mampu membuat lebih daripada kebiasaannya, hingga melebihi threshold seorang manusia. 


Kefahaman tentang hakikat hamba dan kebergantungan kepadaNya cukup untuk mengubah orientasi hidup mereka. 


Dan di akhirat nanti, mereka bakal berada dekat dengan yang mereka cinta.Iaitu Allah yang Esa.


24 jam yang Allah beri, mampu diisi dengan bermanfaat sekali oleh mereka.


Tidak betah duduk tiada kerja, maka akan disibukkan diri dengan apa sahaja yang akan meningkatkan diri mereka.


Tak kira dalam apa jua keadaan, senyuman pasti menghiasi wajah mereka. 


Allahuakbar. Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk memiliki orientasi seperti mereka.


*********************


"Kenapa anti nampak letih je ni? Muka macam tak bermaya"


"Eh yeke? Sedihnya!"


"Kenapa sedih pula tiba-tiba?"


"Yela, daie sepatutnya kena bertenaga kan. Ok2, saya cuba untuk bagi nampak bertenaga!"


Tersenyum dengan jawapan darinya. Direct. Straight from heart. Orientasi yang tidak disembunyikan lagi.

1 comment:

Unknown said...

very nice blog............


Chrome wheels