Monday, March 22, 2010

Balang masa dan penyakit M




This is a very simple story.



Seorang guru membawa sebuah balang kaca ke kelas dan meminta anak-anak muridnya mengisinya dengan sesuatu sehingga ia menjadi penuh. Anak-anak muridnya mengisi balang kaca tersebut dengan batu besar, maka sekejap sahaja balang tersebut dipenuhi dengan batu besar.

"Murid-murid, adakah balang kaca ini sudah penuh?"
Kesemua daripada mereka menjawab,"Ya!".

Tetapi guru tersebut menjawab, "Tidak, kerana kita masih boleh mengisi batu-batu kecil di celah-celahnya".

Maka mereka menukarkan batu besar digantikan dengan batu kecil, dan balang kaca tersebut kelihatan lebih padat daripada sebelumnya.

Guru tersebut bertanya, "Murid-murid, adakah balang kaca ini sudah penuh?"
Sebahagian daripada anak-anak muridnya menjawab ya, ada juga yang mengatakan tidak. Mereka mencadangkan agar diisi pasir, yang saiznya lebih kecil daripada batu kecil tadi.

Maka mereka menukarkan batu kecil dengan pasir, sehingga balang kaca tersebut penuh buat kali ketiga.

Guru tersebut bertanya lagi, "Murid-murid, adakah balang kaca ini sudah penuh?"
Serentak mereka menjawab, "Ya, cikgu!". Alasannya kerana sudah tiada celah atau ruang kosong di dalam balang tersebut apabila ia diisi dengan pasir.

Guru tersebut berkata, "Tidak, balang ini masih belum penuh. Kalian masih boleh mengisi air di dalamnya...".


********

Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita manipulasi daripada cerita di atas.

Asasnya, balang kaca tersebut kita ibaratkan seperti masa yang kita ada dalam sehari.

Pertama, kebanyakan daripada kita sering mengadu,
"Ah, aku tak punya masa yang cukup!"
"Kenapa Allah hanya beri 24 jam dalam sehari??"

Dan banyak lagi alasan lain.

Masa, hakikatnya manusia memang merasakan ia tidak pernah cukup. Ibarat balang kaca sebentar tadi, kita perlu bijak mengatur masa kita. Kita sering memberi alasan, namun perlu kita sedari bahawa Allah Maha Mengetahui. Masa 24 jam yang Allah berikan, adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Allah Maha Mengetahui bahawa sebenarnya tidak perlu untuk dipanjangkan masa dalam sehari kepada 48 jam contohnya, kerana Dia tahu bahawa 24 jam sebenarnya cukup untuk manusia, dan beruntunglah orang-orang yang menjaga masanya!

24 jam, juga adalah ujian Allah kepada hambaNya. Ujian untuk melihat sejauh mana kita menguruskan masa dengan perkara-perkara dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam Surah Al-Asr,

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran"


Ya, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Rugi kerana salah menguruskan masanya, rugi kerana tidak menggunakan masanya untuk sesuatu yang lebih baik, iaitu memperingati antara satu sama lain tentang kebenaran dan kesabaran.

Pengajaran kedua adalah mengenai prioriti.

Di dalam 24 jam yang kita punya, kita perlu bijak meletakkan prioriti terhadap amanah-amanah yang perlu kita laksanakan dalam sehari. Mungkin anda pernah berdepan dengan situasi seperti:

"Alamak, kenapa aku tidur tadi!Menyesalnya...kerja belum siap lagi ni..dah tak sempat ni..habislah aku"

"Kalau aku tak keluar tadi, mesti kerja aku dah siap..."

(Amaran: Tabiat 'berkalau' ini tidak digalakkan dalam Islam, kerana ia membuka lubang kepada syaitan untuk menghasut kita supaya tidak redha dengan qada dan qadarNya.)

Situasi-situasi di atas terjadi apabila kita salah meletakkan prioriti kerja kita dalam sehari. Berbalik kepada balang kaca sebentar tadi, ia akan menjadi penuh jika anda menyusun batu besar, batu kecil, pasir dan akhirnya mengisinya dengan air sehingga penuh. Maksud saya, dalam sehari, jika anda menyusun jadual seharian anda dengan perkara yang paling penting terlebih dahulu, perkara penting, kurang penting dan tidak penting kemudiannya, InsyaAllah masa 24 jam yang Allah beri benar-benar cukup.

Mohonlah kepadaNya supaya diberi keberkatan masa kita dalam sehari.

Baiklah, jika kita tahu akan kepentingan penjagaan masa, bagaimana pula apabila kita berhadapan dengan penyakit malas yang datang tidak kira waktu?

Malas, penyakit 'M' yang sering merosakkan jadual sehari, sehingga terbuang masa sebegitu sahaja.

Bagi para pelajar, sifat malas adalah musuh utama kita. Punca penyakit M adalah nafsu, dan lawannya adalah iman.

Rakan-rakan, ketahuilah bahawa Rasulullah pernah bersabda,

"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan permudahkan untuknya ke syurga".(HR Muslim)

Subhanallah, pesan Nabi ini seeloknya manjadi pendorong untuk kita terus berusaha tanpa henti! Ibarat mengejar syurga...

Apabila malas, kita sebenarnya hanya menzalimi diri kita sendiri dan orang lain. Mana tidaknya, kita menyesal dengan diri sendiri apabila gagal menyiapkan amanah yang dipertanggungjawabkan, dan kita gagal memenuhi hak orang lain yang telah memberi kepercayaannya kepada kita.

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 135,

"dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampun dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui."


Jika terasa malas, kemudian menyesal atau sedih dengan diri sendiri yang malas, mohonlah pertolongan daripada Allah untuk melawan hawa nafsu ini. Segarkan diri anda dengan peringatan-peringatan yang akan menjadikan anda lebih bersemangat, lebih kuat dan lebih bijak untuk menguruskan masa anda.


Mari kita sama-sama doa, agar Allah berkati setiap saat yang diberikanNya, dan bantu kita dalam menguruskan masa dengan perkara-perkara yang diredhaiNya.Amin.




Jangan tangguh, kerana syaitan tidak pernah rehat!


6 comments:

Anonymous said...

masyaAllah...
mabruk ya ukhti!

alhamdulillah..
peringatan yang saaaangat baik.
lebih2 lagi tyme2 nk exam ni T__T
hehe

Syaitan xkan henti
n kadang2 kita rasa cam
"apakah aku ini..ngantok je"
kita mula nk salahkan diri
dan berkalau...
bak kata ukhti
nafsu vs iman
maka kembali pada yang Esa
malas ini syaitan
mohon padanya lindungi kita dari
hasutan syaitan...
Allahuakhbar!

ada satu quote yg best
"a day of worrying..is more exhausting than a day of working"

dah..mana boleh malas2
nnti Allah x sayang! =)
mari menjadi hamba Allah yang bekerja!!!

p/s : ada typing error rasanya kat surah al imran

jzkk ukhti huda~ \(^^,)?

yg sms enti~

alhuda said...

dan segala puji dikembalikan kepada Allah jua...

ana suka betul dengan kisah balang kaca ni, sbb mmg terkena batang hidung sendiri pun!hehe..iAllah, moga Allah bersama kita dalam meniti setiap saat.

Satu perkara yg tidak dimasukkan di dlm post tsbut, nanti ketika the day of Judgement, Allah akan tanya masa kita, di mana ia dihabiskan??
maka takutlah jika kita sedar yang setiap saat, tak lari dari perhitungan Allah...

semoga setiap saatmu adalah keranaNya=)

moga even rehatmu ukhti, adalah ibadah jua!iAllah...


nway jazakillah atas teguran typing error, telah dibetulkan tadi huhu~

uhibbukifillah


~org yg menerima sms anti~

teh bunga chrysanthemum said...

thanks huda!!!!!
peringatan utk diri ini yg sentiasa malas,,,,,,

alhuda said...

erni....saya lagi malas dari anda...huhuhu...

jom cayok2 erni!!!=D

sahabiat said...

waahh..thumbs up!!!

best sgt2..
analogi pun menarik...
hmmm mmg xley malas!!!
plus xley tido2 dlm kelas... TT

jzkk kerana igtkan sy pada Dia
syg huda!!
may He loves U more than i do

alhuda said...

perkongsian ini, lebih kepada diriku sendiri....

iAllah, smoga kita sama manfaat.
ijah jgn malas!!!dush3!!!=D huda pun!

cayok2!!!


and may He loves you MORE!