assalamualaikum....
so skrg ni terasa ingin mencoret sedikit bingkisan daripada program2 yang telah dihadiri...bermula dengan 3S iAllah.....
ana takut betul, dan benar2 bergantung kepada Allah.'
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat,"Bilakah masa datangnya?".
Katakanlah:"Sesungguhya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangan pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari Kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya.
Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Surah al-a'raf:187)
Kadang2, kita perlu memantau apa yang dibaca oleh adik2 kita kerana perkara ini turut mempengaruhi perkembangan minda mereka. Jika tahyul yang disogokkan, cerita hantu dan sebagainya, hasilnya mereka membesar sebagai seorang yang penakut. Saya amat tidak suka adik2 saya menonton cerita2 seperti hikayat putera shazlan, cerita indonesia yang mempunyai pari2 seperti bawang merah bawang putih, dan lain2 cerita yang berunsur tidak mengesakan Allah yang satu dan kebergantungan kepadaNya. Bahan bacaan sebegitu, yang berkaitan perkara-perkara ghaib yang rahsianya hanya Allah yang tahu, bukan melalui ramalan manusia sepatutnya diterangkan dengan jelas kepada golongan yang sedang mencari kebenaran dalam hidupnya.
Rukun iman kelima, percaya kepada hari kiamat adalah salah satu tunjang kepada keimanan umat Islam. Gagal untuk mempercayai atau meyakini salah satu daripadanya, bermakna kosong iman kita.Nauzubillah...
Jika Allah mengkehendaki Rasulullah mengetahui tarikh sebenar berlakunya hari kiamat, Dia boleh melakukannya. (Jika Allah berkata 'Jadi!", maka akan jadilah perkara tersebut, Sesungguhnya sesuatu itu mudah bagi Allah). Tetapi ianya kekal menjadi rahsia Allah, untuk menguji siapa di antara hamba2Nya yang beriman dan bertaqwa.
Kami mohon yaAllah, agar diberi kekuatan dan kesempatan untuk sentiasa bertaubat kepadaMU sebelum nyawa kami ditarik, kerahmatan ketika menghadapi maut, dan keampunan selepas menghadapi maut. YaAllah, jadikanlah kami golongan yang sentiasa beriman di saat kami menghadapi fitnah Dajal laknatullah, dan golongan yang sentiasa meyakini akan pertolongan daripadaMU........