Saturday, March 9, 2013

Khauf war Raja'

Khauf war raja', jangan diletak pada makhluk.
Picture by drool of deviantART

Lewat petang itu, dia terduduk mengenangkan satu demi satu ujian Allah yang datang menimpanya. 
Terasa dunia bagai tidak punya ruang lagi untuk dia mengelak. Langit tidak cukup cerah untuknya merasa damai sinaran cahaya matahari.

'Ya Allah, aku sudah tidak punya jalan keluar lagi!'
'Kenapa takdir tidak pernah adil? Orang lain boleh gembira..sedangkan aku keseorangan di sini meratapi nasib yang tidak pernah ingin memberi aku rasa bahagia..'

Dan keluhan itu bersambung-sambungan keluar dari mulutnya. Tangannya mencarik-carik kertas sampah yang ditemuinya. Berselerakan. Namun ia tidak menenangkan hatinya walau sedikit pun.

Kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapak. Setiap pilihan yang ada punya risiko besar yang harus dia tempuhi. Untuk tidak memilih pula, bukan penyelesaiannya. Setiap saat yang berlalu pergi, membuatkan dia lebih tertekan selagi keputusan belum dikecapi.

'Adik-beradik pun tak nak tolong..kawan-kawan pula, lari bila tau aku ada masalah'.
'Sampai hati diorang buat aku macam ni...'

Kecewa. Dan bertambah lagi kecewa hatinya.

Risiko yang perlu ditanggung juga bukan sedikit, kerana ia menjadi penentu kepada masa depan projeknya. Salah pilih, bertahun lama dia bakal terseksa kerana kesilapan langkah pertama. Hatinya mulai gentar, terasa bagai berada di hujung jurang yang yang tinggi. Hendak turun takut, hendak berpatah balik pula mustahil.

Dan ketakutan itu menghantui segenap fikirannya. Dia buntu.

***************************************************************************************************

Rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah, 
Rasa kecewa sebenarnya tidak hadir secara tiba-tiba. Manusia secara fitrahnya saling memerlukan antara satu sama lain, membuatkan kita seringkali bergantung harap kepada insan lain dalam sesuatu urusan. Apabila harapan yang dibina terhadap seseorang itu tidak mencapai expectation, maka jiwa kita mudah sekali merasa kecewa dengannya. 

"I won't trusted her anymore!"
Mengapa ya?

Padahal kita sudah tahu bahawa dia juga tidak sempurna. Dia punya kelemahannya. Tetapi rasa kecewa itu tetap hadir mengusik bahagian jiwa yang paling dalam. Kadang kala ia tak terbendung hingga melahirkan rasa dendam. Nauzubillahi min zalik.

Ketakutan pula seringkali membuatkan kita tidak punya jalan keluar. Memilih antara salah satu jalan pun memerlukan suatu daya keberanian, maka jika ketakutan menguasai mana mungkin keberanian itu hadir dalam hati. Ibarat antara dua pohon yang tumbuh bersebelahan bersama sumber matahari yang hanya datang dari satu punca. Kedua-dua pohon ini memerlukan cahaya yang sama, namun tidak mungkin kedua-duanya dapat berbagi sama rata. Salah satu pohon bakal menguasai lawannya. Tatkala menang, akarnya lah yang paling panjang, batangnya lah yang paling tinggi dan daunnya lah yang paling hijau.

Perasaan kecewa dan takut ini, bagaimana seharusnya kita kendalikan?

Di sinilah konsep khauf(takut) dan raja'(harap) ini memainkan peranannya. 

Ar-raja', yakni pengharapan hendaklah disandarkan kepada Allah semata-mata. Kerana Dia tidak mungkin mengecewakan kita, hanya saja kita tidak tahu perancangan Dia. 
Berharap kepada manusia menyebabkan kita tidak boleh lari daripada rasa kecewa kerana kadang kita telah mengutamakan yang lemah daripada Yang Maha Sempurna. 

"Barang siapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada seluruh alam"
(Surah Al-Ankabut, 29:5-6)

Waktu yang dijanjikan itu pasti datang, dengan syarat pengharapan kita hanya pada Dia. 

Al-Khauf, yakni rasa takut juga jangan pernah diletak pada makhluk Dia. Allah lah sebenar-benar hak untuk ditakuti, kerana Dia lah yang memberi balasan kepada hambaNya sesuai dengan apa yang mereka kerjakan. 
Benar, sukar untuk kita mengelak daripada rasa takut terhadap makhluk, tetapi mind set bahawa ketakutan kita hanya patut disandarkan pada Allah harus ada dan harus sentiasa diingatkan agar kita tidak terbawa-bawa dengan ketakutan pada manusia. 

Khauf war raja', hanya layak untuk Dia.

Oleh itu, tatkala berdoa cubalah untuk menghayati rasa khauf dan raja' ini saat memohon kepadaNya. Memohon dengan rasa rendah diri, takut akan azabNya, takut akan kekuasaanNya, dan sangat berharap akan perlindungan daripadaNya. 

Rendahkanlah hati saat berdoa di hadapanNya, laksana Nabi Zakaria yang memulakan doanya dengan rasa penuh hina disisi Allah namun tidak lelah berharap RahmatNya:

"Dia (Zakaria) berkata,'Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku.
Dan sungguh, aku khuatir akan kerabatkusepeninggalanku, padahal isteriku seorang yang mandul, maka anugerahilah aku seorang anak dari sisiMu, yang akan mewarisi aku dan mewarisi dari keluarga Yaakub, dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai.

(Allah berfirman)'Wahai Zakaria!Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak laki-laki namanya Yahya, yang Kami belum pernah memberikan nama seperti itu sebelumnya"
(Surah Maryam, 19:4-7)

Allahuakbar.
Sungguh, janji Allah tidak akan mengecewakan.

**********************************************************************

Suatu pagi sebelum tamat bedside teaching, 
"Dr.Y is coming next week. People like you, you and you(while pointing at me) habislaa. She likes to attack people like you, those wearing tudung,haha".

So a specialist was reminding the students regarding another specialist. But he sounded like telling a joke.

I wondered, and means that we need to be ready. 

Allahu musta'an.


No comments: