Thursday, July 29, 2010

It's her B-day...and once in a life time tales.


Assalamualaikum wbt...

Semoga kalian sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, dan iman yang cergas, insyaAllah...dalam kita meniti bulan Ramadhan yang bakal menghampiri ini, berdoalah, agar diberi kesempatan untuk bertemu dengannya...

Alhamdulillah, Ahad lepas, 25hb Julai 2010 dengan rahmat dan berkat dari Allah,majlis pertunangan kakak sulungku berjalan lancar..alhamdulillah.

Sebagai majlis pertunangan yang julung-julung kali diadakan bagi keluarga kami, memang banyak pengalaman yang dipelajari, terutamanya berkaitan persediaan mengurus tetamu dengan baik. Untuk mengurus tetamu dengan baik, rumah juga perlu disiapkan. Subhanallah, memang penat sebenarnya namun insyaAllah pengalaman yang diperolehi sekarang bakal membantu pengurusan untuk majlis-majlis yang akan datang.

It was her Big Day anyway..

Hmm, bercakap mengenai majlis pertunangan, pernikahan, dan yang seumpamanya.

Ia dikatakan sekali dalam seumur hidup. Jadi segala kegembiraan, kemeriahan, persiapannya, juga hanya sekali dalam seumur hidup.

Teringat suatu ketika dahulu...

"Ok, why can't we 'bersanding' on our wedding day? Give me your opinion, " tanya seorang cikgu saya.

"How about you, teacher? Did you do that on your wedding day?", balas seorang rakan sekelas, dengan pertanyaan kembali.

"Yes, I did. Because it was once in my life time.."

****

Once in a life time.

Do you think so? Yup, everybody think so. So you must at your very best level of confidence, dress in the most beautiful way, etc, etc. You can make your own list anyway :)

Tetapi, bagaimana jika perkara once in a life time ini, bertentangan dengan syariat Islam?

Saya terfikir sejenak mengenai perkara ini. Dan kita boleh lihat sendiri secara amnya, kisah-kisah sebegini.

"Alah, time kahwin...takpe pakai baju ketat sikit.."
"Make-up kena tebal sikit..bagi muka naik seri lebih.."
"Takpe, bukan selalu kan..sebab tu kena berhabisan time ni.."

Jangan terkejut jika seorang muslimah yang berhijab pun boleh membuka hijabnya di hari perkahwinannya nanti...once in a life time kononnya..Astaghfirullahal azim..

Taqwa itu, adalah ibarat engkau berjalan di atas jalan yang penuh duri. Pasti, engkau akan berhati-hati melaluinya, bimbang terluka kerana duri tersebut..

Berhati-hati.

Dalam mencari redha Allah, perlu sentiasa berhati-hati.

Sebagai seorang muslimah, kita perlu berhati-hati dalam semua aspek. Dan Islam itu sendiri begitu indah, kerana ia menjaga kaum wanita daripada seawal perkara yang berisiko mencalarkan maruahnya.

Begitu juga dalam pembinaan sebuah baitul muslim, perlu ada sifat taqwa di dalam persiapan sebelum, semasa dan selepasnya.

Namun, bagaimana jika kita berdepan dengan tekanan daripada orang sekeliling yang masih kurang faham mengenai konsep berhati-hati ini?

"Eh, bibir tu tak cukup merah lagi, meh sini makcik buatkan.."
"Kenapa tudung ni labuh sangat? Pakai tudung yang mak long belikan hari tu.."
"Mak dah tempah baju kebaya moden kat butik tu, esok kita pergi ukur badan pula"

Bagaimana ya?
Sedang kita sendiri pun berkecamuk dengan perasaan yang bercampur baur. Ada resah, ada gelisah, ada suka dan sebagainya. Mungkin hingga tidak mampu membuat keputusan sendiri.
Dalam kegelisahan menanti hari bahagia, iman dan nafsu bertarung hebat di dalam hati.

Dalam ketegangan sebegini, ketegasan sebagai seorang muslimah perlu dalam mempertahankan apa yang Allah suka, dan apa yang Allah tidak suka. Kerana, perkahwinan itu sendiri merupakan suatu dakwah kepada masyarakat sekeliling. Masyarakat melihat, dan mengambil contoh. Jadikan majlis kita, sebagai contoh majlis yang berusaha untuk mencari keberkatan daripada Allah, melalui penjagaan daripada perkara-perkara yang tidak syar'ie.

Sesungguhnya, jiwa orang-orang yang beriman akan sentiasa peka dan sensitif dengan perkara-perkara yang bakal mendatangkan kemurkaan Allah.

Mari kita berdoa agar Allah pelihara kita dan keluarga kita daripada perkara yang bakal mendatangkan kemurkaanNya.




No comments: