Monday, June 7, 2010

Mad'u: lupa pada family?


Assalamualaikum wbt....

Semoga kalian sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan semoga Allah sentiasa pilih hati-hati kita untuk sentiasa dekat denganNya, insyaAllah.

*********

Scene 1:

Pada suatu hari....

"Teeet!". Satu mesej diterima.

Sender: Liana Jr
Salam akak. Im really sorry cz i dont think i can make it for today. Dah janji dgn kwn awal2 dah. Sorry again akak, lain kali iAllah sy dtg..


'Semoga Allah permudahkan urusanmu, adikku. Hmm, cancel lagi nampaknya liqa' bersama Liana minggu ini. Takpe, insyaAllah semoga Allah bukakan pintu hatinya. Memang perlu bersabar jika ingin memenangi hati insan-insan sepertinya', getus hati kecil pemudi itu sambil menaip balasan mesej.

To: Liana Jr
Wslm. owh, xpe2.smg Allah prmudahkn urusan Nana. pegi city tu, ingat2 la kt akak sama:)

*********

Scene 2:

Pada suatu hari....

Kelihatan dua orang kanak-kanak lelaki sedang bermain pedang plastik, bertarung sesama sendiri di ruang tamu rumah. Lagak seperti sedang berperang.

Salah seorang hampir kalah, lalu menggunakan kakinya untuk menendang lawannya, menolak supaya menjauh agar tidak 'ditikam'. Lawannya ditolak, dan terlanggar pasu hiasan dari China yang ibu mereka letak di sisi sofa.

Praaang!

Pecah. Pecah seribu pasu tersebut. Kedua-dua kanak-kanak itu terkedu seketika.

Kedengaran bunyi seseorang menuruni tangga rumah dengan tergesa-gesa.

"Luqman, Adik, apa yang korang dah buat ni????", jerkah pemudi tersebut.
"Nanti umi balik, apa yang akak nak cakap?? Berapa kali dah akak bagitau, JANGAN main dekat ruang tamu!! Kenapa tak nak dengar cakap akak???", bertubi-tubi ayat hasil amarah, keluar dari mulut pemudi tersebut.

Kedua-dua orang adiknya ketakutan, dan yang paling kecil sudah berair matanya, hampir menangis.

*****

Untuk Scene 1, sesungguhnya sabar itu lebih baik buatmu, kerana apalah yang perlu dikeluhkan jika hendak dibandingkan dengan Nabi Nuh yang berdakwah selama 950tahun, namun hanya sedikit kaumnya yang patuh. Inikan pula ujian-ujian kecil tentang penolakan untuk duduk bersama beriman sejenak oleh orang yang kita cuba tarik hatinya.

Kerana sayang padanya, kamu masih mampu bersabar.


Untuk Scene 2, di mana kesabaranmu wahai pemudi? Mungkin situasinya berbeza, namun bukankah aplikasi sabar itu tidak terhad batas masa, tempat dan keadaan? Apakah kamu tidak sayang kepada keluargamu?

Kalau sayang kepadanya, mengapa kamu tidak mampu bersabar?


Keluarga, juga adalah mad'u kita.

Situasi di atas mungkin ada yang pernah mengalaminya, mungkin juga tidak pernah. Namun ini adalah realiti sebahagian daripada individu-individu yang ingin menyampaikan Islam, tahu akan ujian dalam berdakwah, namun kelihatannya, kurang kesabaran apabila menghadapi ujian bersama keluarganya.

Di mana salahnya?

Saya terfikir dan bermuhasabah, mengapa apabila Allah uji dengan karenah adik-adik yang berbagai-bagai, kesabaran saya ibarat terlalu rendah? Rasa marah dan akhirnya meninggikan suara di hadapan mereka menjadi penyelesaian. Puas. Geram.

Namun, ternyata ini bukan kaedah terbaik. Pernah baca kisah Rasulullah meninggikan suara pada kaum keluarganya? Tidak pernah. Hatta kepada bapa saudaranya yang kuat menentang Islam pun, Rasulullah SAW melayannya dengan baik sekali.

Inikan pula ujian adik-adik yang bergaduh. Maka mengapa menengking, jerkahan yang menjadi pilihan?

Hakikatnya, kerana kita sayang lebih pada mereka.

Keluarga kita, kita kenal mereka sejak kecil, tahu perangai mereka, tahu kegemaran mereka, tahu banyak perkara tentang mereka. Berbeza dengan adik-adik yang dikenali di kolej contohnya, yang ingin kita kenalkan Islam padanya.

Keluarga kita, kerana kita kenal mereka, dan kita menjangka mereka juga mengenali kita sejelasnya. Maka, satu kali peringatan sahaja sudah cukup kononnya untuk difahami oleh adik-beradik kita. Jika terpaksa diulang dan diulang, kita sendiri akan tertanya-tanya mengapa peringatan terdahulu tidak difahami/diamalkan mereka?
Sepatutnya kerana kenal dengan baik, memudahkan mereka untuk memahami peringatan kita.

Namun, realiti tidak sebegitu. Jadi bagaimana penyelesaiannya?

Jika kaedah-kaedah permulaan dakwah fardiyah( dakwah kepada individu) yang kita gunakan untuk menarik hati adik-adik yang kita jumpa di kolej, begitu juga kaedahnya dengan keluarga kita.

Marhalah pertama dakwah fardiyah-mengenal pasti mad'u. Kata mudahnya, berkenalan dengan mad'u.

Aplikasi pada keluarga: taaruf kembali dengan mereka. Ini perlu terutamanya bagi kita yang duduk berjauhan dengan keluarga, lebih-lebih lagi jika berbulan-bulan atau bertahun tidak pulang ke rumah ie kerana belajar di luar negara. Kita tidak pernah tahu apa yang telah terjadi kepada adik-beradik kita, kerana kita tidak bersama dengan mereka. Ambil tahu, berkenalanlah semula.

Sebagai mana kita berusaha menarik hati individu lain melalui pemberian hadiah, kad, kata-kata semangat dan sebagainya, sebegitu juga pada keluarga kita. Hadiahkan mereka dengan sesuatu, hargai pemberian mereka.

Ziarah. Jika adik-beradik kita tinggal berjauhan, ziarah mereka jika ada kesempatan. InsyaAllah, proses taaruf semula lebih berkesan menerusi ziarah. Kita akan mengenalpasti apa masalah yang mereka hadapi di tempat belajar/tinggal, dan boleh berusaha untuk membantunya.

Telefon. Kita sibuk, tiada masa untuk berziarah namun gunakan peluang yang ada untuk call, skype, chat dan sebagainya untuk memungkinkan juga kita menghubunginya.

Pendek kata, cubalah dengan kesabaran, kerana realitinya kita sayang lebih pada mereka. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan...

*****

Post ini untuk peringatan buat diriku jua yang akan pulang ke Malaysia lusa( 9 june 2010).
Rindu sangat-sangat pada keluarga, dan kelihatannya mereka juga tak sabar menanti :)
Semoga Allah permudahkan perjalanan kami untuk bertemu ibu bapa yang sabar menanti di rumah...


6 comments:

Nawwar Mumtazah @ Nawwar Azizi said...

salam...


huda!!!!

tetibe terasa dgn tajuk nie..dah lame tak balik umah..

aaaa..saya pun rindu famili saya..=(

situasi kita sama even saya di Malaysia hoho=p


p/s: rindu huda...sayang huda (^__^)

alhuda said...

wsalam nawwar :)

rindu family kan....rindu nawwar juga(T__T)

jom, kita balik rumah, berubah menjadi kakak yg lebih baik drpd dulu..semua org nak tgk adik-beradik dia taat kt Allah kan..

(^__^)

f said...

like like like :)

ferriangel said...

huda...
mesti dh blek kan..
mai la ziarah umah... =)
rindu juge pada adek2 kppuk..

Amal Asyura said...

huda!!
salam pulang malaysia
moga dpt trus mengekalkan mutabaah amal..

alhuda said...

to mimi: like ;)

to azrin: haah dah smpi msia, tp tak tersempat2 lagi nak kuar ziarah rakan2...huhu maaf...=(

to amalo: iAllah...moga tsabat..