Friday, October 9, 2009

Mana pagar?

Apabila kebebasan diberi, kita tercari-cari mana pagarnya....

Syukurlah jika kita masih mencari pagar untuk melihat seluas mana sebenarnya bilik kebebasan yang kita kecapi sekarang...

Dan duduklah sebentar, jika anda rasa anda sudah berlari terlalu jauh semata-mata untuk mencapai ke hujung bilik yang entah bila kan sampai

Pejamkan mata, dan rasalah

Kebebasan ini sebenarnya cabaran

Sama ada kita rasa diri bertuhan

Yang mengetahui atas sebab apa dia diciptakan...

***********************

"Huda, coklat yang kamu beli ni tanda halal die bukan halal jakim laa," tegur kakak pada satu hari.

"Eh, yeke?La, time beli tu kite main grab je sebab nak cepat...", balas saya.

"Tula, lain kali tengok dulu tanda halal die. Jangan main grab je. Makanan ni nanti akan jadi darah daging, jadi kena teliti sikit," pesan kakak.

"yeee....orait...".

...


Kakak xde kat sini.

Duduk di negara barat,menyebabkan saya terasa agak sukar untuk benar-benar yakin dengan makanan yang saya makan. Terutamanya dengan makanan yang telah siap dibungkus dari kilang.
Ketika hari pendaftaran RCSI, semua rakan saya menerima sebungkus coklat yang mengandungi 'pork gelatin' di dalam goody bag mereka. (owh, saya tak sempat register bersama mereka kerana flight delay)

Mungkin hanya contoh yang kecil.

Cuma, makanan syubhah juga perlu dielakkan kecuali jika perlu.


Apa yang kita makan, itulah yang akan membentuk siapa diri kita.


YaAllah, lindungilah kami daripada sifat ragu dan waspada, dan lindungilah kami daripada apa yang kami ketahui juga yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya kami insan lemah yang sering membuat kesilapan...




p/s:bimbang doa tertolak kerana sumber makanan yang tidak dijaga(teringat hadis mengenai orang yang makanannya haram, pakaiannya haram dan Allah tidak menerima doanya)

No comments: