Tuesday, September 8, 2009

One previous weakness in KMB

Semalam, saya ke bangunan MARA untuk mendengar taklimat pre-departure. (Ya, saya dalam golongan yang belum mendengar briefing lagi)

Memandangkan saya baru sahaja pulih daripada demam secara tiba-tiba pada hari Sabtu lepas, jadi saya tanpa ragu-ragu memakai topeng bagi menutup mulut dan hidung untuk berjalan-jalan menyelesaikan urusan di KL. Dan saya selesa memakainya di khalayak ramai, sebab orang tak akan kenal siapa saya, dan saya terlindung daripada orang awam yang berisiko H1N1=) Terasa bahagia apabila saya memakainya ketika di dalam LRT waktu pagi yang begitu sesak, hehe.

Ketika hendak menaiki lif, (sy xpernah naik tingkat 24 lagi) saya dapati tiada lif yang naik ke tingkat 24, menurut label yang tertera pada sebelah pintu lif.(sbnrnya lif belah kiri iAllah semua boleh ke tgkat 24)

Maka saya berseorangan naik ke tgkat 23, dan merancang untuk menaiki tangga sahaja untuk ke tingkat 24. Tetapi terdapat butang 24 untuk ditekan, dan saya kecewa kerana ia tidak bernyala. Sampai di tingkat 23, saya berlegar-legar untuk mencari kemungkinan lif yang akan ke 24.

Tiba-tiba terdapat satu pintu lif terbuka, dan saya melihat beberapa orang lelaki dan seorang remaja perempuan(yang kemungkinan juga datang untuk pre departure briefing) hendak keluar. Remaja perempuan itu memandang saya dengan matanya yang bulat,(kerana saya berada di hadapan pintu lif)

"Eh, Huda???" ujarnya dengan riaksi terkejut.

"Erk?." Saya terkejut dalam hati. tidak mampu bersuara.

('Dia kenal aku? Dah la pakai topeng ni nmpak mata ngn spek je..sape ye ni...muka mcm familiar...*arghhh nape tak ingat*')

"Yang kat bawah tu semua budak KMB ke?," tanya individu tersebut ketika kami sama-sama bergerak ke dalam dewan.

"Tak..budak KMS yang ramai-ramai tu..KMB sikit je datang," balas saya bersahaja. Tapi masih memerah ingatan.

('Cmne dia tau aku KMB ye??ni kawan mane ni?sek men?time program?sek ren?eh biar betul...apsal mcm xde dalam senarai muka batch aku sepanjang aku skola?ish sape ye?')

Dan saya masih memerah ingatan lagi dan lagi.

'Nama dia Anis...(nmpk kt listname)..tp knape rs mcm aku pggil die Kak Anis ye??Mane aku jumpa akak ni?'


Setelah ketibaan Farah, Wawa dan Anish, barulah saya tahu yang individu tersebut adalah senior blok F ketika di KMB dahulu. Ya, Kak Anis Zafirah. (maaf akak!!)

Apa yang lebih menyedihkan saya dengan ingatan saya ini, Kak Anis pernah berada di bawah usrah jagaan saya ketika Semester 2. Ya, ketika pertama kali kami mengambil alih kerana senior sudah mula fokus pada IB exam 2008. Dan wajahnya familiar kerana beliau adalah kakak kepada kawan saya di SERATAS dahulu. Astaghfirullah, kenapa lambat sangat saya mengingati perkara ini?

Kak Anis pula, sepertinya mengenali saya dengan hanya melihat mata saya bersama spek ini. Hebat juga ingatan dia....

***************************

Di KMB ketika Sem 2, sistem usrah disusun mengikut komposisi separuh senior, separuh junior dan dibawa oleh seorang naqibah junior. Ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara junior dan senior. Tetapi memandangkan senior hanya tingal beberapa bulan untuk IB exam, maka saya sendiri hanya berpeluang duduk bersama-sama senior di dalam usrah kelompok sekejap sahaja. Dan saya masih ingat, susunan usrah kelompok tersebut dirombak kembali(masih semasa sem 2) dan saya menerima senior yang lain pula untuk bersama-sama dalam usrah. Senior yang bersama saya sebelum ini, sudah bersama naqibah lain.

Apabila hal ini terjadi, ukhwah lama menjadi renggang, dan apabila mereka habis IB, kemungkinan besar tidak berjumpa lagi. Maka ingatan pun akan menyimpan kenangan itu di sudut yang belakang...

Ini kelemahannya. Kelemahan saya juga.

Harapnya sistem usrah di KMB yang adik-adikku pegang sekarang tidak berlaku rombakan yang ketara, kerana kita mahukan ukhwah islamiyah itu terbentuk selamanya.

Lupa nama dan lupa wajah, adalah kelemahan yang sangat perlu seorang daie perbaiki. Kita sukar untuk menyentuh hati mereka jika kita sendiri lupa akan mereka....


p/s: teringat kisah Hassan al-Banna yang menghafal nama dan wajah ahli2 baru Ikhwanul Muslimin ketika sedang menandatangani borang keahlian mereka walaupun belum pernah bertemu ahli2 baru tersebut...hasilnya, ketika perjumpaan pertama, Hassan al-Banna mampu memanggil mereka dan membuatkan mereka terkejut dan tertawan dengan cara beliau menarik hati mereka......

3 comments:

aisyah ismail ♥ said...

yeah.. hopefully.. bende terakhir yg kte tinggal an dlm usrah kmb.. dah x dirombak.. kalau x.. 10 tahun akan datang pun.. tetap x produktif usrah 'sekolah' nih.. hhuhu.. neay alhamdulillah.. dgr2 teknik yg diguna an time kte last sem tuh masih boleh digunakan..

kte semua belajar dr pengalaman dan kesilapan masa lalu. doakan la yg terbaek... utk generasi yg akan dtg.. dan bersama kte membina diri untuk kepentingan da'wa di masa depan..


barakallahufik cik huda =)

alhuda said...

ya betul aisyah, rsnya dorang kt sana ok lagi iAllah

2la,n yup kita semua belajar daripada pengalaman dan kesilapan hidup, utk ke arah yg lebih baik

dan dgn pglaman n ksilapan lalu, kita bntuk yg lebih baik lagi~iAllah

*sbb tu kena byk belajar dr yg byk pglaman*

Ansorullah said...

salam.

yerp, mengingati nama mad'u yg br berjumpa juga merupakan satu perkara yg sgt3x penting dlm mendekati mereka...

really struggle to remember people's name at the 1st time meeting...

bittaufiq wannajah...