Tuesday, September 22, 2009

meminjam (mungkin kita terlupa)

"Tawaran Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA di Bawah Skim Pelajar Cemerlang(SPC)"


Begitulah tajuk surat tawaran MARA untuk saya sambung pelajaran -for my first degree in medicine.

Saya begitu terkesan dengan perkataan 'pinjaman' itu. Ya, saya meminjam daripada MARA, MARA memberi saya pinjaman. Dalam keadaan belum mula belajar, saya sudah mula meminjam wang ratusan ribu(syukur tidak mencecah sejuta-). Berat rasa hati, memikirkan beban yang ditanggung.

Pinjaman...ratusan ribu(enggan beritahu jumlah sebenar)....wah, huda sedarlah!!

Ya, sebenarnya mengikut informasi yang saya dapat, jumlah bayaran balik kepada MARA bergantung kepada keputusan peperiksaan saya nanti. Itulah penentu berapa banyak hutang yang saya perlu bayar setelah tamat belajar.

Dalam pada berfikir bahawa saya perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana amanah wang rakyat yang saya guna ini, hati saya terdetik apabila memandang jari jemari yang menekan keypad handset.

Tangan, jari, kaki, mata, dan seluruh anggota, organ dan segala-galanya yang saya miliki dalam hidup ini.....bukankah juga hanya pinjaman??

Ianya pinjaman Allah kepada kita. Suatu masa nanti, jika Allah kehendaki, Allah boleh tarik balik apa yang telah Allah pinjamkan kepada kita.

Persoalannya, sejauh mana kita menjaga pinjaman Allah ini???

Astaghfirullahalazim......

Jika saya bimbang pinjaman wang yang saya peroleh ini, saya perlu lebih bimbang dengan pinjaman yang Allah bagi terhadap seluruh nikmat hidup saya selama 20 tahun ini.

Terfikirkah kita, apa yang perlu dijawab di hadapan Allah nanti jika ditanya tentang pinjaman-pinjaman ini? Untuk bayar balik kepada Allah, mustahil. Kita sebenarnya miskin, dan Allah yang Maha Kaya, yang memiliki segalanya.

Jadi, kepada yang terlupa, jagalah segala nikmat yang Allah bagi ini. Walaupun sekaya mana kita, semua ini hanya pinjaman daripada Allah. Bersyukurlah, dan besederhanalah kerana jika kita terlupa title sebenar bahawa semua ini adalah pinjaman, kita mungkin akan terlalu kecewa, sedih dan marah jika nikmat itu hilang daripada anda nanti....

Selamat menjaga barang pinjaman!

Ya Allah, hidupkanlah kami dalam keadaan penuh kesedaran terhadap nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami..ampunkan dosa kami ketika kami berlebih-lebihan dalam menguruskan nikmatMu, dan jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu....


2 comments:

Anonymous said...

salam alaik...
wah betul2...insya Allah same2 memanfaatkan pinjaman baik dr sesiapapun atau dari Allah..

baca asas2 islam sgt terasa semua ini pinjaman Allah..
sebab semua pinjaman itu mnejadi saksi tuk akhirat nanti..masya Allah..

JOM JAGA IMAN, TAQWA dan PINJAMAN!!!
sahabiat

alhuda said...

waalaikumsalam...

ya ijah...pinjaman=saksi
masyaAllah, betapa setiap perkara yg kita buat ni xterlepas drpd persaksianNya

JOM2 JAGA APA YG PERLU DIJAGA!!