Thursday, July 28, 2011

Penakluk Hati



'Wa laa ghalib ilallah.'

Dan tiada penakluk selain Allah.

Kalimah itu diulang, dan diulang lagi. Memenuhi tiap sudut dan corak pada
 seluruh istana bayangan syurga itu.

Tujuannya hanya untuk menyampaikan satu perkara: walau secantik mana seni bina yang mereka hasilkan, walau sehebat mana empayar jajahan Islam saat hayat mereka, yang Maha Cantik dan Hebat tetap Allah yang Satu. Tiada selain dariNya.

Harapannya agar setiap individu yang melihatnya pada saat ia tercipta hingga ke hujung hayat dunia, akan teringat akan Allah, dan mengembalikan segala puji dan kekaguman kepadaNya, sebagai Pencipta seluruh manusia. 

Wa laa ghalib ilallah.

Maka begitu juga penakluk untuk hati. Ia bukan untuk ditakluk oleh tentera nafsu, atau dijajah oleh tentera syaitan laknatullah.

Seharusnya penakluk hati itu hanya Allah, yang Maha Mengetahui segala isi hati manusia. Kerana tentera nafsu dan syaitan hanya akan membuat kerosakan pada kota pertahanan iman, lantas melemahkan kerajaan mujahadah untuk berdepan dengan pelbagai ujian dunia.

Namun pilihan terletak pada sang raja yang diberi hati olehNya..untuk meletakkan yang mana utama dan menyingkirkan yang dirasa tidak berguna. 

Wahai sang raja peminjam hati dan anggota, siapa penakluk hatimu saat ini?

Buatlah pilihan sewajarnya, agar kita kembali kepadaNya dengan setenang-tenang jiwa.

Allahu a'lam.


Al-Hambra, Granada, Spain.
Mei 2011.

No comments: