Thursday, January 28, 2010

Cuti, dan pencariannya I

Saya sedang bercuti ketika ini. Dua minggu, dan terasa sungguh bahawa jika tersalah isi, maka rugilah saya.

Cuti, kadang kala membuatkan saya kehilangan hati.

Maka post ini ditulis, ketika saya sedang mencari ke mana hilangnya hati saya selepas selesai menjalani peperiksaan semester pertama.

Dalam pencarian ini, Allah temukan saya dengan sahabat yang sangat saya rindui iaitu Siti Shafarwati ketika saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Republik Czech. Alhamdulillah=)

Siti juga sedang mencari hatinya dalam kesibukan menghadapi peperiksaan beberapa hari sahaja lagi, dan pertemuan dengannya membuat saya tersedar bahawa ukhwah fillah- penyatuan hati manusia kerana Allah adalah penguat bagi jiwa-jiwa yang lesu.

Ya Allah, kuatkanlah hati kami dalam menjalani kehidupan seharian kami, dan tetapkanlah kami di jalan yang lurus...

Pencarian diteruskan, dan saya dapati betapa tidak bersyukurnya kami yang berada di Dublin apabila terasa bosan terpaksa menjadikan ayam sebagai menu harian memandangkan harga ikan yang agak mahal, dan kurang segar.

Rakan-rakan di Czech, perlu menunggu berminggu-minggu untuk bekalan ayam sampai dan stok ayam adalah terhad menyebabkan mereka perlu berpuas hati dengan ikan beku, telur dan salami(ya, salami juga dengar cerita hanya terdapat di Prague). Mungkin ini adalah kisah terpencil, tetapi hakikatnya setiap apa yang Allah beri kepada kita walau sekecil mana, harus kita syukuri. InsyaAllah kita akan menjadi orang-orang yang beruntung...

Selepas ini, kami insyaAllah tidak akan merungut lagi apabila kehabisan idea untuk mempelbagaikan masakan ayam untuk mengelakkan kebosanan.


Tetapi tidak tahu di mana, rasanya saya belum ketemu hati saya sepenuhnya di sini. Ya Allah, bimbang ujian kesenanganMu melalaikan aku dalam mencari redhaMu...


Selepas ini, pencarian akan diteruskan apabila saya menjejakkan kaki ke bumi UK bermula Sabtu ini.

Dan post ini akan bersambung.


"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,tetapkanlah hati kami dalam agamaMu, dalam ketaatan kepadaMu, dan di dalam berjihad di jalanMu...."

6 comments:

mazni mahirah izzati said...

moga Allah temukan pencarian anda.. Hati ini milikNya..

p/s: sye jeles..anda punyai cuti. sye x de cuti slpas exam..anda blh pergi ziarah/jalan2 melihat bumi Allah.sy x thu lg bila walau 'rancang dn angan2nya dah masuk 10 episod'.. manfaatkan cuti dan kembara anda.. cuti pnjg sket meh la dtg INDIA..hehe,

alhuda said...

Subhanallah...maaf,tidak terniat untuk menyebabkan anda jeles=)

Mazni, telah saya temui sesuatu di bumi Olomouc ini bersama Siti selepas saya menaip post ini...Allah tunjukkan pada saya...

Nantikan post seterusnya,insyaAllah.

iAllah, akan sentiasa ingat untuk memanfaatkan cuti.Allah menyusun kita di tempat yang terbaik untuk kita.Ada tanggungjawab yang perlu saya galas sepanjang berjaulah, jua sepanjang tinggal di Dublin.
Cuti2 summer jika Allah izin, boleh disusun utk ke India=)

Anonymous said...

insyaALLAH
Moga enti akan dapat cari apa yang enti nk....

slmt merecharge diri~
(rase nk kene recharge jgk ni... =) )

corkianz~

'aisyah ismail said...

salam'alaiki

bila nk dgr feedback jaulah UK nih.. hihi

maaf ye ukhti.. x sempat bersua.. =( neway.. dgr suara anti kat telephone pon dh ubat hati ana pada sisters2 tercinta~

moga terus kuat dan thabat atas jalan suci ini.

barakallahufik.

p/s: huda.. ingat x time aisyah dtg umah huda dulu.. mak huda.. ade bg satu doa kn? sampai skrg aisyah still praktik doa tu every morning n bawa lg.. kertas yg mak huda bagi tuh ke UK :)

alhuda said...

subhanallah...mesti gembira sungguh ummi kalau die dengar aisyah still amalkan doa tu..moga ia menjadi pelindung seharian kita, ditambah dgn doa2 harian yg lain...

rilex ye!hehe...pjg kot sy nk tulis utk pencarian strusnya ni...hehe

tahle, rasa puas dapat cite ape yg sy rasa spnjg duk dublin ni kt anda.alhamdulillah=D

uhibbukifillah.

to corkians:nantikan saya easter ni!!hehe=D

siti_sha said...

Salam...

huda, saya pun tak sabar nak baca reflection jaulah uk anda!!

nak nyebok...
- mazni - awak, kite berbeza benua dan berbeza masa, tp kita ada mimpi yg sama insyaALLAH...

- aisyah ismail - bile nak dtg czech? hehe...