Sunday, March 8, 2009

Melangkau 20-an...



Ibarat burung yang kecil, membesar untuk ditugaskan menjaga yang kecil.....

Hari ni, 11 rabiulawal 1430H merupakan tarikh lahirku yang ke 20 dalam kiraan bulan Hijrah.Syukur terasa,diberi peluang oleh Allah untuk lahir pada tarikh bersebelahan tarikh lahir Nabi Agung, Muhammad SAW.Kiraan Masihi-10 oktober 2009 adalah tarikh untuk menjejak alam 20-an. Lebih afdhal rasanya,menyambut dalam bulan Hijrah kerana lebih diberkati. Hakikat hari ini, umat Islam lebih mengingati tarikh Masihi daripada Hijrah.


Melangkau 20-an, perlu ada matlamat dan azam yang perlu dicapai. Alam remaja adalah cabaran,dalam usaha pembentukan jati diri Muslim sebelum melangkau alam dewasa yang lebih memerlukan kekuatan.


Harapanku, agar

-lebih matang untuk meneruskan hidup,

-lebih rasional dalam membuat keputusan,

-lebih berdikari dalam membuat pilihan,

-lebih berani mengatakan pendirian,

-lebih kuat menghadapi dugaan Allah,

-lebih rajin berusaha

-lebih bersabar

-lebih sedar tentang tanggungjawab dakwah dan hakikat hamba....

"YaAllah, pada hari diriku melangkau umur 20 tahun ini, dengan rasa rendah diri,hambaMu bersyukur kerana dipanjangkan umur untuk beribadat kepadaMu,moga taubat dan amalanku yang ikhlas keranaMU diterima, moga kelalaianku dalam beribadat kepadaMu diampunkan, kerana hambaMu ini tahu, sujudku dan ruku'ku tidak pernah cukup untuk membayar kelalaian tersebut.Oleh itu yaAllah, kurniakanlah kami petunjuk,rahmatilah kami,sesungguhnya Engkau yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..."

6 comments:

Ansorullah said...

Salam'alayk

Selamat Hari Lahir ke 20... ^_^
Smg segala impian dan cita2 dimakbulkan Allah...insyaAllah..

"Ya Allah, Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu"

alhuda said...

waalaikumsalam...
syukran,moga umur ini jadi pendidik untuk lebih beringat tentang amalan dan persiapan...

sahabiat said...

salam alaik...
maafkan saya...
terlupa hari lahir anda...
waktu mungkin sedang di ambang kesakitan..
di hati: biarlah anda tak tahu agar anda x bimbang
tpi hak sebagai roomate dan sahabat..maka saya suruh nana bgtau jugak..
btw..selamat melangkau umur 20-an..xkire kalendar hijrah atau biasa saya tetap lebih tua dari anda...huhuhu
semoga Allag menyatukan hati kita dan pertemukan kita di syurga..insya Allah saya yang anda kerana Allah sygkan anda

alhuda said...

waalaikumussalam.....ijah!
xpe2 lupe pun..normal la tu,huhu~
walaupun tau lambat,at least sy tau kan...
saya syg anda jugak!!Allah pilih anda untuk rasa sakit...syukur alhamdulillah=)
*tgh bfikir nk wat post baru tntg rummate saye nih~*

Anonymous said...

ade org dh tue!

hahah..

resolusi kamu bagus!

:)

Bib said...

huda~
12 rabiulawal = burpday bib = hari lahir Rasulullah~ c: