Sunday, November 18, 2012

Rainbow after rainfall



After Every Rainfall Must Come A Rainbow by Outlandish


Some people in our world today
Can dream and wonder why
Some people in our world today
Can only wait to die
Empty my conscience for your love
A bouncing finger lets me know I’m alive
& its still rains outside my window
Rains outside my window
Still rains outside my window

Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

Some got it bad, some got it worse

Life can sometimes feel so absurd
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow

Uh
Some people got it bad
Sum people got it worse
Since the day of the birth
Everyday end of earth
Live to die another day
Sure I say “congratulations”
But désolé
If the roof should come down today
Rest assure I’m there to wipe away the dirt with pure intention
Some corrupt
Brought a lil bag of hope
What’s up (?)

Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall
Must come a rainbow.

Some got it bad, some got it worse
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

I can’t run, I can’t hide
The struggle only makes us stronger tonight

If I don’t find u here
Said if I don’t find u here
I hope to find u way up there

Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

Some got it bad, some got it worse
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

Ansoo hain, behne do
[TRANSLATION:]
they're tears, let them fall


Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

despues de cada gota sale el sol
despues de cada nota una cancion
[TRANSLATION:]
after each drop the sun rises, 

after each note a song

Cuz after every rainfall must come a rainbow.

****************************************************************



They wrote this song during the Pakistan's earthquake.
And I remembered this song when today, Gaza is being attacked by the Israeli again. 

Janji Allah itu bakal terjadi, dan saya, sebagai saudara yang jauh beribu batu tidak mahu ketinggalan dalam perjuangan mereka. Biarpun tidak mampu menyumbang tenaga fizikal, banyak lagi medium lain yang boleh saya gunakan untuk terus-terusan menghidupkan isu ini agak orang sekeliling aware dengannya. 

Tiada guna hanya berharap. Do something for them.



 "Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." 
(Surah Al-Fath, 48: 3-4)



p/s: sedang berjihad di medan kecil, sedangkan mereka berjihad di medan yang lebih besar dan nyata. 

Sunday, November 4, 2012

Fall down


Falling down is part of life, getting back up is living.

"Wahai oranng-orang yang beriman! 
Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu
 dan meneguhkan kedudukanmu"
(Surah Muhammad, 47:7)

Dan orang yang beriman, tidak akan jatuh di lubang yang sama dua kali.





Pic: Soleh Iman, whom will turn one year old in 11.11.12.

Saturday, October 13, 2012

Muhasabah 23



“Selamat hari jadi, sahabat!”. Begitu laung rakan-rakanku.
“Selamat hari tua!”. Ucap yang lain pula, mengingatkan aku pada umur yang mengarah ke hari tua. Benar, saban hari kita meniti tali umur yang semakin memendek. Setiap kali kita bangun pagi, ibarat 1cm tali itu dipotong menandakan umur yang sudah pergi, tidak akan kembali.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 60,

Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) pada siang hari, untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

Allahuakbar.

Teringat status salah seorang rakan saya baru-baru ini;

“Ramai mampu untuk tidur malam tadi,
belum tentu ramai mampu bangun kembali pagi ini.

Mungkin ramai mampu bangun pagi ini,
belum tentu ramai mampu tidur semula malam ini.”

So true.

Oleh itu rakan-rakan semua, jangan pernah lupa mengucapkan rasa syukur setiap kali mampu membuka mata melihat dunia.

Q n Q

Quality versus Quantity.

Kebelakangan ini, saya perasan yang saya antara ‘golongan-golongan tua’ saat bertemu rakan-rakan yang sama-sama berbulatan gembira. Saat menghadiri konvensyen riang(credit to enche gabbana :D) , majority yang saya jumpa adalah yang lebih muda daripada saya. Golongan yang saya lihat lebih jauh berpengalaman mengenai selok belok tarbiyah dan dakwah, ternyata setelah diselidik lebih muda dari saya.  Aduh, mereka memang mengetuk hati saya. 
Namun semestinya saya tidak menafikan kehebatan senior-senior sekalian yang will always be role model saya hingga kini. Ini sekadar cetusan rasa cemburu dengan semangat(hamasah) adik-adik yang indirectly mengajak saya untuk terus terusan berusaha.

“Ah, 23 tahun muda lagi! Rileks dulu..banyak lagi yang kita belum cuba”

Itulah kita sebenarnya. Meniti hari-hari di usia muda tanpa beringat bahawa kematian boleh datang pada bila-bila masa. Saat masa kita telah tiba, apa amal soleh yang boleh kita bawa untuk bertemu denganNya?

Sedekah jariah? ‘Kerja pun belum, takat pakai duit biasiswa bulan-bulan ade laa sikit.’

Ilmu yang bermanfaat? ‘Mengaji pun tak abes lagi, benda-benda yang dah blaja dulu-dulu banyak plak dah lupa.’

Doa anak yang soleh? ‘Ops,belum kahwin lagi laa’

(reference from Hadis Riwayat Muslim)

Anyway, saya bukannya bermaksud kita perlu focus sepenuhnya pada hari mati kita. Hakikatnya hidup di dunia adalah tempat untuk kita mengumpul bekalan kita untuk hidup di akhirat sana. Maka Allah SWT menyuruh kita untuk menggunakan segala apa yang tersedia di dunia ini untuk merealisasikan impian kita untuk hidup bahagia di sana nanti.

Maka apa seharusnya yang kita lakukan?

Berusaha!

Berusaha dalam erti kata menjadi individu yang Allah suka dan cinta. Kerana tiada apa yang lebih meyakinkan daripada janji Allah untuk memberi syurga pada hamba-hamba yang mentaati perintahNya.

Saya teringat quotation daripada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna melalui seorang murabbi satu ketika dahulu,

‘Orang muda perlu dibakar semangatnya dengan motivasi syurga!’

InsyaAllah.

Daripada sudut yang lain, saya merasa sedih melihat golongan berkuantiti umur lebih jauh daripada saya tercari-cari rahsia untuk kekal hidup lama agar boleh meraikan usia yang ada sepuas-puasnya.

Meraikan usia ,tidak salah jika ianya bermanfaat untuk dunia dan akhirat kita.

‘Ish, asyik-asyik sebut akhirat!’

Mestilah, sebab saya percaya kepada hidup selepas mati! Anda bagaimana?!

Everyone who has taken by death asks for more time,
while everyone who still has time makes excuses for procrastination.
(Ali ibn Abi Thalib)

Maka, jom semua, kita bina kualiti pada umur yang kita ada. Mulakan dengan membina matlamat yang ingin dicapai di penghujung kembara hidup kita. Biar ianya kelihatan mustahil pada awalnya, namun suatu realiti apabila kita berani memulakan langkah pertama.

Lagi sekali teringat pada suatu riwayat mengenai soalan Khalifah Umar Al-Khattab RA kepada sahabatnya ketika berada di dalam sebuah rumah;

“Impikanlah,” kata Saidina Umar RA.

Maka salah seorang di antara mereka berkata, "Aku impikan untuk mempunyai dirham dari perak yang memenuhi rumah ini sehingga aku dapat menafkahkannya pada jalan Allah."
Seorang sahabat yang lain bercita-cita memiliki emas sepenuh rumah tersebut dan menafkahkannya di jalan Allah.
Sahabat bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, apa impianmu?”

 "Aku ingin rumah ini dipenuhi dengan pemuda seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Mu'adz bin Jabal, Salim Maula Abu Hudzaifah agar aku dapat mempergunakannya untak berjuang di jalan Allah."
Begitulah mereka, pemuda-pemuda yang kualitinya sungguh hebat dan bermanfaat kepada menusia lain.

Moga Allah beri kita semua kekuatan untuk terus-terusan berusaha untuk meningkatkan kualiti kita sebagai seorang Muslim.

Moga Allah pilih kita menjadi orang-orang yang tidak betah untuk mensia-siakan masa dan usia yang ada dengan perkara yang tidak menguntungkan diri dan orang sekeliling.

Moga Allah jadikan kita golongan yang sentiasa punya keyakinan kepadaNya, untuk terus istiqamah dalam dunia yang penuh ranjau duri yang tersendiri.

Allahu rabbi.



..menulis utk diriku yang selalu lupa..
alhuda
10 Oktober 2012

Sunday, September 30, 2012

Terhiris


13 Sept 2012
7.40pm
Legend Inn, Taiping

Usai mengurus diri, aku membuka laptop yang baru direhatkan selepas digunakan untuk mendengar lecture 'CNS Trauma' secara online bersama lecturer yang mengajar di Penang. Lecture tamat agak lewat, namun hatiku puas kerana berkesempatan untuk mendengar dengan jelas segala points and warnings daripada Neurosurgeon itu. Amaran untuk kumpulan yang bakal bertemu dengannya di wad nanti, never forget everything that he taught you today. Or he would put you in agony for unable to retrieve the information. Gmail, Yahoo mail, PMC Moodle dan Facebook di buka di ruangan 'new tab'. Selesai membaca unread emails dan messages, laman web Al-Jazeera versi English dibuka seperti biasa. 


The 1st headlines puzzled me on the spot. What kind of video was it? (Ops, sorry for my malay-english writing. Sometimes as the idea flows you hardly have time to translate).I went through the news that stated on the rising demonstrations and protests in Islamic countries against the video that was released on Tuesday(11th Sept 2012). 
It was published in Youtube publicly for all people in the world to watch it.
(You see, how many u.S-made films are available on youtube? If you found one, believe me in less than one day the video would be unavailable due to copyright reason. Ok well, this video we are talking about is not a film anyway. Fine. But my point is -it is available/accessible to be watch by anyone, regardless ceruk dunia mana sekalipun.)

Being curious on what sparked the anger of the Muslim world, I decided to search it in that website. 

And as I watched the video, I realized of the growing anger deep inside my heart. My pulse rate increased, my forehead frowned, my breath rates consequently became more rapid and I kept my istighfar non-stop although the video had finished. It was about my beloved Prophet. With a very insulting representation and interpretation.

Tears rolled down my cheeks.
I was deeply hurt. 

"Huda?" 
My roommate noticed the tears.

"Apsal ni?" She asked again.
"Tengah geram ni. Ada video hina pasal Rasulullah. Baru release Selasa lepas and sekarang dah ade protest kat Gaza, Libya dan Tunisia. Baru lepas tengok video tu and it was really annoying! Tahu yang umat Islam satu dunia akan marah but they just don't care!
Astaghfirullahal azim..."

"Hmm, again kes menghina Rasulullah. Dulu kartun, sekarang video plak. Memang sengaja dorang tu. Ingat, jangan sampai kita hilang focus sebab marah pada mereka...", pesan rakanku.

Allahuakbar. Benar sungguh katanya.
Rasa marah adalah api yang akan disemarakkan lagi oleh hasutan syaitan. 
Jika ikutkan rasa, pasti yang menyesal adalah diri sendiri juga.

Isu sebegini, jangan sampai ia membuatkan kita kehilangan fokus utama kita selama ini. 
Apa fokus utama itu?
Iaitu untuk membina diri kita untuk menjadi seorang individu Muslim yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa. 

Mesti berilmu, kerana dengan ilmu kita akan berjaya dan tidak akan diperbodohkan oleh sesiapa.
Mesti berakhlak, kerana dengan akhlak Islam dakwah boleh tersebar dan masyarakat kembali mengenal Pencipta mereka.
Mesti bertaqwa, kerana hubungan yang dekat denganNya akan memberi kita kekuatan untuk terus bertahan, tidak kira apa jua cabaran yang mendatang di depan.

Kerana mereka, musuh-musuh Allah tidak akan senang selagi kita tidak mengikuti mereka.

**************
Cerpen untuk memujuk hati yang terhiris, credit kepada team Langit Ilahi.

Monday, August 13, 2012

Dua ekstrem


pic from syurgacinta.blogspot
Do'a.
Ianya senjata di kala lemah, pengubat di kala resah.
Namun perhatikanlah!
Seorang yang kelihatan berdoa bersungguh-sungguh boleh jadi dia adalah di antara dua ekstrem keyakinan.
"Orang yang tampak bersungguh-sungguh ketika berdoa, bisa jadi karena keyakinannya bahwa Allah itu dekat. Allah Maha Mendengar doa orang-orang yang berpengharapan kepada-Nya. Ia yakin bahwa Allah memperhatikan orang yang datang kepada-Nya untuk mengadukan keluh-kesahnya atau memohon pertolongan-Nya. Karena kemuliaan-Nya, maka adalah kelayakan bagi manusia untuk berdoa secara sungguh-sungguh sekaligus berhati-hati agar terjauh dari berdoa yang tidak layak, sekalipun Allah Sangat Luas Pemberian-Nya.
Meskipun demikian, bisa jadi orang tampak sangat bersungguh-sungguh ketika berdoa, sampai wajahnya berkerut-kerut dan ekspresinya berubah, justru karena ketidakyakinannya. Ia mengkhusyuk-khusyukkan diri ketika berdoa, justru karena keyakinannya yang tipis bahwa Allah Maha Mengabulkan doa orang-orang yang berpengharapan kepada-Nya. Ia menyangatkan diri ketika memohon kepada Allah karena khawatir keinginannya tidak tercapai, padahal ia tahu Allah Maha Besar Kekuasaan-Nya.
Sungguh, sangat jauh perbedaan antara kesungguhan doa orang yang yakin dan kesungguhan orang yang berdoa justru karena kurang yakin terhadap kemurahan Allah. Orang yang sangat besar keyakinannya kepada Allah ketika berdoa bisa jadi sampai menangis, mengingat-ingat besarnya karunia Allah dan kecilnya amanah yang sudah ia tunaikan. Orang yang berdoa karena kurngnya keyakinan, juga bisa menangis. Tetapi jauh sekali perbedaannya. Dan berbeda sekali persangkaannya kepada Allah. Padahal, Allah Swt. berfirman dalam sebuah hadis Qudsi:
“Aku menuruti persangkaan hamba-Ku kepada-Ku.” (HR Bukhari dan Muslim).
Kita seringkali tidak bisa membedakan, apakah kita melakukan sesuatu karena persangkaan kita yang baik kepada Allah ataukah karena persangkaan kita yang kurang tepat kepada Allah Azza wa Jalla. Kita sering tidak bisa membedakan, kecuali setelah mengambil jarak dari masalah itu dengan pertolongan Allah. Dan datangnya pertolongan Allah, adakalanya sesuai dengan persangkaan kita mengenai pertolongan, bisa pula sebaliknya, justru nampak berkebalikan dengan apa yang kita anggap sebagai cara menolong. Sungguh, rugi orang yang menyangka pertolongan Allah sebagai pengabaian-Nya. Semoga kita terhindar dari prasangka yang tidak diridhai-Nya.
Astaghfirullahal’adzim. Laa ilaaha illa Anta, subhanaka innii kuntu minazhzhalimin.
Masya Allah. Manusia seringkali tergesa-gesa dan penuh keluh-kesah karena dangkalnya ilmu dan pendeknya jangkauan akalnya terhadap rahmat Allah. Ketika membutuhkan gerimis untuk mendinginkan bumi hatinya, ia mengeluh dan kadang bahkan cepat memberikan penilaian yang salah ketika Allah mengirimkan mendung. Padahal, mendung yang tebal itu membawa muatan air yang melimpah, lebih dari sekedar yang ia butuhkan. Ketika ia tidak melihat mendung, dan hanya merasakan teriknya matahari, ia lupa bahwa matahari pun adalah rahmat. Berkait dengan keinginannya, matahari mempercepat penguapan air laut menjadi awan yang selanjutnya akan menjadi hujan. Tetapi manusia sangat pendek jangkauan akalnya, tergesa-gesa dan mudah mengeluh.
Semoga Allah mengampuni kezaliman kita dan menggantikan dengan hati yang bersyukur.
Masalah-masalah berkenaan dengan prasangka yang kurang baik terhadap Allah, tidak hanya ketika berhadapan dengan apa yang oleh anggapan lahiriah sebagai kesulitan. Keadaan-keadaan yang dirasa mudah, juga perlu dijaga agar kemudahan yang diberikan oleh Allah tidak menjatuhkan kita ke dalam keadaan “mengabaikan” rahmat Allah. Seolah-olah, kitalah yang menyebabkan kemudahan. Manusia memang rawan terhadap sikap takabur, menyombongkan diri di hadapan orang lain dan di hadapan dirinya sendiri."

Sumber: halaqahkeluarga.wordpress.com
(Terpana saya saat membaca akan kebenaran kata-kata penulis ini. Benarlah, urusan hati kita hanya ada pada Dia. Seringkali kita juga tersalah menafsir kata-kata hati sendiri. Ku berdoa moga Allah menjauhkan kita daripada penyakit-penyakit hati yang boleh menjadi hijab kepada hikmahNya yang cuba ditunjukkan pada kita. )