Saturday, July 28, 2012

Rahsia Puasa



RAHSIA PUASA

Sebagai muslim yang sejati, kedatangan dan kehadiran Ramadhan yang mulia pada tahun ini merupakan sesuatu yang amat membahagiakan kita. Betapa tidak, dengan menunaikan ibadah Ramadhan, amat banyak keuntungan yang akan kita peroleh, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat kelak. Di sinilah  pentingnya bagi kita untuk membuka tabir rahsia puasa.

Dr Yusof Al-Qordhowi dalam kitab Ibadah Fil Islam menyatakan 5 rahsia puasa :-
                                                              
   1.    Menguatkan Jiwa
  • Islam mengajak untuk mengawal hawa nafsu, bukan untuk membunuh hawa nafsu.

  • Firman Allah SWT : Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya (SURAH 45:23).

  • Dengan ibadah puasa, maka manusia akan berhasil mengawal hawa nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat, bahkan dengan demikian, manusia akan memperoleh darjat yang tinggi seperti layaknya malaikat yang suci dan ini akan membuatnya mampu mengetuk dan membuka pintu-pintu langit hingga segala do’anya dikabulkan oleh Allah SWT.

  • Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: Ada tiga golongan yang tidak ditolak do’a mereka: orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan do’a orang yang dizalimi (HADITH RIWAYAT. Tirmidzi).


   2.    Mendidik Kemahuan.
  • Puasa mendidik seseorang untuk memiliki kemahuan yang bersungguh-bersungguh dalam melakukan kebaikan, meskipun untuk melaksanakan kebaikan itu terhalang oleh berbagai masalah.

  • Puasa yang baik membuat seseorang terus mempertahankan keinginannya yang baik, meskipun peluang untuk menyimpang begitu besar. Kerana itu, Rasulullah SAW menyatakan: Puasa itu sebahagian dari kesabaran.

  • Kekuatan rohani akan membuat seseorang tidak akan lupa diri meskipun telah mencapai keberhasilan atau kenikmatan duniawi yang sangat besar, dan kekuatan rohani juga akan membuat seorang muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.

   3.    Menyihatkan Badan.
  • Perkara ini bukan sahaja diakui oleh Rasulullah malah diakui oleh para doktor dan pakar-pakar kesihatan dunia dan tidak perlu meragukannya lagi.

  • Mereka berkesimpulan bahawa pada saat-saat tertentu, perut memang harus beristirehat dari bekerja memproses makanan yang masuk sebagaimana juga mesin harus diistirehatkan, apalagi di dalam Islam, isi perut kita memang harus dibagi menjadi tiga, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk udara.




   4.    Mengenal Nilai Kenikmatan

  • Ramai manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat Allah.

  • Maka dengan puasa, manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi tentang kenikmatan yang sudah diperolehnya, tapi juga disuruh merasakan secara langsung betapa besar sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita. Hal ini kerana baru beberapa jam saja kita tidak makan dan minum sudah terasa penderitaan yang kita alami, dan pada saat kita berbuka puasa, terasa betul besarnya nikmat dari Allah meskipun hanya berupa sebiji kurma atau seteguk air

  • Rasa syukur akan membuatkan nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya, Allah berfirman yang ertinya: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, patii Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih (SURAH 14:7).

   5.    Mengingati dan Merasai Penderitaan Orang Lain

  • Merasai kelaparan dan kehausan juga memberikan pengalaman kepada kita bagaimana beratnya penderitaan yang dirasai orang lain.

  • Dari sini, semestinya puasa akan menumbuhkan dan memantapkan rasa belas kasihan kita kepada kaum muslimin lainnya yang mengalami penderitaan yang hingga kini masih belum diatasi, seperti penderitaan saudara-saudara kita di Ambon atau Maluku, Aceh dan di pelbagai wilayah lain di Tanah Air serta yang terjadi di serata dunia seperti di Chechnya, Kosovo, Iraq, Palestin dan sebagainya.

  • Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa sensitiviti itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat agar dengan demikian setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan-persoalan umat yang menderita.

  • Bahkan zakat itu tidak hanya bagi kepentingan orang yang miskin dan menderita, tapi juga bagi kita yang mengeluarkannya agar dengan demikian, hilang kekotoran jiwa kita yang berkaitan dengan harta seperti gila harta, kedekut dan sebagainya. Allah berfirman yang ertinya: Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdo’alah untuk mereka. Sesungguhnya do’a kamu itu (menjadi) ketentraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (SURAH 9:103).


(Great reminder taken from Tazkirah 30hari Ramadhan)


The Boi and Kot



Assalamualaikum wbt

Bagaimana Ramadhan selama seminggu kini? Subhanallah pantas sangat rasanya masa berlalu.
Moga Allah pilih kita untuk menjadi orang-orang yang beruntung di bulan mulia ini.

Baru-baru ini adik saya mengadu mengalami masalah kulit yang teruk. Oleh kerana dia tidak berada di rumah, sukar untuk saya lihat dan tafsirkan keterukan kulit yang dialami. Oh ya, saya kat sekolah(baca:kolej) pun tak belajar sangat dermatologi(ilmu perubatan tentang kulit) ni. Hanya akan di-expose kan dalam dua hari sahaja sepanjang rotation medicine nanti. Jadi saya pun tak pasti apa suggestion yang boleh diberi pada adik saya ni.

Selidik punya selidik, rupa-rupanya masalah kulit dia bermula apabila dia decide untuk tidak lagi memakai produk Johnson Clean & Clear yang selama ini merupakan the one and the only product yang telah menjaga kulitnya. Beberapa kali juga dia menghubungi saya berkenaan perkara ini, jadi saya suggest padanya untuk ke klinik in case ianya lebih pada allergic reaction pada produk kulit yang baru dicubanya sekarang.

Surprisingly, doctor menasihatkan dia untuk mengambil antibiotic selama 3 bulan dan no chicken at all also for 3 months. Wahh. Sampai mcm tu sekali. Hanya kerana masalah pada lapisan epidermis di muka tetapi sihat tubuh badan secara keseluruhannya, dia perlu mengambil sebanyak lebih kurang 90 biji antibiotic. Dan pantang makan ayam tu, mungkin xdela betul2 ikut sangat sebabnya susah juga kalau no chicken at all at any time. Kasihan pula rasanya. 

Hmm. Saya sendiri terfikir sejenak. Mahalnya harga sebuah pemboikotan yang Allah uji pada dia. Dia dah buat one step further, iaitu untuk tinggalkan perkara yang telah memelihara kulitnya(dengan izin Allah) semata-mata untuk mencari redha Allah. Kempen boikot barangan Israel memang dah menjadi pengetahuan umum. Cuma kita sahaja yang menjadi factor keberkesanannya, yakni untuk mengambil the first step or not.

Melihatkan cuaca di Malaysia, saya setuju yang semua orang sebenarnya perlu menjaga kulit mereka dengan baik kerana kita terdedah pada cuaca panas-> kulit berminyak, habuk dan segala jenis asap di luar sana. Pencuci muka amat penting sebenarnya sebagai produk asas untuk menjaga kulit. Nak dibandingkan ketika saya di Ireland dulu, err sebab cuaca yang membuatkan kita tak berpeluh lansung walaupun berjalan kaki 1 km, maka saya kurang menggunakan pencuci muka setiap hari. Warm water is sufficient dan alhamdulillah saya tiada mengalami masalah kulit sepanjang di sana.  

Saya sendiri terpegun dengan niat adik saya ini. Sungguh, setiap amal bermula dengan niat. Dan kita akan dapat apa yang kita niatkan. Lebih untung lagi, Allah tambah sikit ujian dalam pada kita nak mencapai niat kita itu untuk membersihkan dosa-dosa kita. Allah nak tanggalkan kecintaan kita(tajarrud) pada perkara yang sepatutnya kita tinggalkan untuk mencapai tahapan iman yang lebih tinggi lagi. Subhanallah.

Err, kulit saya pun lebih sesuai dengan produk yang perlu diboikot itu sebenarnya. Cuti haritu saya mencuba satu produk tempatan, dan alamak, takdirNya kulit saya tidak sesuai. Sekarang saya dah stop pakai produk tersebut. Tapi kesannya masih ada dan buka sem baru haritu seorang rakan saya bertanya,
“Huda, sihat tak ni?”dengan muka risau.
“Sihat je, kenapa?”
“Ada kena demam campak ke cuti haritu?”
And I was like-Ohhhh!!!

Huhu. Tak pela. Dah lama Allah bagi kulit ok, tak kan baru sikit dah nak mengeluh, kan? Apa yang penting sihat tubuh badan untuk terus-terusan jadi hambaNya yang bersyukur. Insya Allah.

Doakan untuk Ramadhan kali ini. Takut sangat jadi orang-orang yang rugi L.

P/s: dah lama tak tulis sesantai ini.huhu

Wednesday, July 18, 2012

Shad.Ba.Ra

picture by dailyenlightment.com



Sabar itu bukan setelah kita melepaskan kegeraman di saat kita berdepan dengan situasi tersebut.

Sabar itu adalah reaksi kita bermula pada saat pertama ia berlaku. Juga ketahanan kita menempuhinya untuk saat-saat yang berikut.

Fitrahnya manusia, diciptakan dalam keadaan tergesa-gesa.

Dan dengan rahmat Tuhanmu yang Maha Esa, rasa sabar itu terbit daripada iman yang menghuni di jiwa.

Kesimpulannya?

Tumbuhkanlah iman di hati setiap daripada kita, nescaya rasa sabar pasti akan terbina.

Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini orang yang sabar dan tenang dalam setiap ketika.




"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"
(Ali-Imran, 3:142)



Pre-Ramadhan 1433H, moga redhaNya bersama kita.

Saturday, June 30, 2012

Diam berisi


"800 tahun itu, bukanlah tahun-tahun yang kosong. Diisi dengan pelbagai usaha dan strategi, bagi menegakkan kalimah Allah SWT pada aras yang tertinggi di atas muka bumi ini.
Ramai yang menyebut bahawa 800 tahun ini, Kerajaan Islam ‘gagal’ menawan Kota Konstantinopel.
Tetapi saya ingin mengajak kita memandang bahawa – 800 tahun ini, seluruh raksasa-raksasa di dalam sejarah Islam telah berusaha mempermudahkan jalan untuk menawan Kota Konstantinopel, bagi orang yang datang selepas mereka.
Mereka bersinergi hakikatnya."
(Kejayaan Muhammad Al-Fateh, Hasil Sinergi Para Gergasi by Hilal Asyraf)
Baca penuh di sini.
Saya amat terkesan dengan penulisan beliau berkenaan pembukaan Kota Constantinople ini. Mungkin kerana dengan izin Allah saya dapat menjejakkan kaki di sana pada hujung tahun 2010 dahulu dan dapat melihat sendiri kesan sejarah yang selama ini hanya dilihat pada kaca tv.
Usaha mereka, sungguh, memang luar biasa. 
800 tahun yang ber'isi'. Analogi yang sama yang boleh diberi dengan kemenangan Presiden Morsi.
Aduhai, apakah diriku turut membantu mendirikan kembali Islam dengan menjatuhkan jahiliah dan menyebarkan fikrah?
Padahal Islam tetap akan bangkit walaupun tanpaku mula melangkah. Kerana janji Allah itu pasti. Jika begitu, akulah orang yang muflis dunia akhirat. Allahuakbar, nauzubillahi min zalik. 

Dakwah bernafas panjang.
Namun bukan sedikit daie yang rasa terhimpit.
Mari, kita 'resuscitate' diri kita dan semua!

Thursday, June 7, 2012

Tidurlah, sayang

(random post)

You can never understand the challenge of being a parent unless you become one.

Sebab itu darjat seorang ibu tinggi di sisi Allah. 

When ummi said, 'Ummi kagum dengan Huda',

She didn't know that I adore her millions times!

Tahukah anda, bayi yang minum susu ibu sepenuhnya sangat jarang untuk jatuh sakit?-exeption utk bayi yang punya masalah congenital (dari observation seorang makcik yang melihat nephew-nya yang berusia 7 bulan, hanya pernah sekali mengalami batuk dan tidak pernah demam walaupun selepas dicucuk vaksin. alhamdulillah)

Saya akan terus mengkaji his development milestones.

Kerana akhirnya, si kecil ini akan membawa saya untuk terus-terusan mengagumi Dia yang telah Mencipta.

Subhanallah.
















p/s: umi saw me drink some water one early morning after I woke up. this made her to say like i wrote above. nothing impressive actually :D