Saturday, May 23, 2009
Ampun ya Allah
"Apa yang kamu ingin capai?"
= ALLAH.
***************************************************
Pada suatu petang selepas Ib exam untuk Maths paper 3, Mazni(bukan nama sebenar) mengalirkan air mata kerana gagal untuk menjawab paper tersebut dengan baik. Dia menangis keseorangan di dalam bilik, tanpa diketahui sesiapa pun. Akhirnya, mata Mazni sembab kerana tangisannya itu bukan kerana Allah tetapi kerana math paper 3 dan impiannya untuk ke luar negara.....(Indahnya jika dapat menangis kerana Allah, mata tidak sembab malah lebih bercahaya)
'Aku tak boleh macam ni, kena lepaskan rasa sedih ni dan focus untuk paper seterusnya', getus hati kecilnya.
Mazni membuat keputusan untuk berjumpa dengan kumpulan IRPnya seketika bagi meluahkan perasaan yang membebani dirinya.
Sampai di bilik Kiena(bukan nama sebenar), Mazni terus menunding jarinya ke arah mukanya yang merah kepada Kiena dan Azi(bukan nama sebenar) tanpa berkata apa-apa kerana pasti, mereka akan terus maklum bahawa Mazni baru sahaja menangis teruk.
Azi terus memeluk Mazni dan berkata,
"Mazni....jangan menangis...Mazni tak boleh macam ni...
Ok,cuba ingat dalam surah al-Insyirah tu, ayat keberapa ye?jap...Mazni, surah al-Insyirah ada berapa ayat?" tanya Azi.
"Em....7 kot...cuba cek balik",jawab Mazni perlahan.
Setelah disemak, Azi menggelengkan kepala.
"Mazni, patutlah Mazni menangis..Mazni tak ambil ayat surah al-Insyirah yang terakhir rupanya..surah ni ada 8 ayat...yang terakhir adalah: dan kepada Tuhanmu jualah tempat berharap..." kata Azi.
Zapp!Tersentak hatinya dan terkejut Mazni mendengarnya. "Astaghfirullah hal azimm.......",kesal Mazni.
*************************************************
La tahzan, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar dan bertaqwa.Betulkan kembali matlamat hidup kita, jangan gadaikan akhirat kerana dunia.
"Sesungguhnya usaha manusia itu terbatas, selebihnya hendaklah diyakini bahawa Allah yang akan menentukan segalanya........".Maka, manusia seharusnya tidak bersedih kerana dunia dan segala isinya yang tidak kekal ini.
Wallahualam.
"Apa yang kamu ingin capai?"
=ALLAH.
S.Y.U.K.U.R
(Pic taken b4 badan tikus disiat-siat..hee)
Windunyee pada kmb n segala yang ada di dalamnye....huhu
Alhamdulillah.......berakhir tempoh perjuangan bermula 4 mei 2009 sehingga 19 mei 2009..
IB exam berakhir, namun getarannya belum berakhir selagi keputusan belum diterima..
Moga Allah berikan yang terbaik kepada kita semua, dan menjadikan hati kita redha serta tenang dalam menerima segala ketentuanNya....insyaAllah...
p/s: ana akan mula menulis kembali,iAllah moga Allah permudahkan dan beri ilham untuk perkongsian bersama anda semua=)

Subscribe to:
Posts (Atom)