Wednesday, March 27, 2013
Deja Vu
2010
"Makcik rasa kenapa boleh tiba-tiba perut jadi besar?", tanya houseman berbangsa India yang duduk di sisi katil, tanpa memandang ke arah wanita separuh abad itu. Tangannya ligat menulis admission clerking note yang menjadi rutin setiap kali pesakit baru dimasukkan ke dalam wad.
"Orang buat, nak", luahnya jujur.
"Hah?"
Jawapan itu agak pelik di telinga houseman tersebut. Kepalanya diangkat, memandang tepat ke arah wanita itu.
"Sebab apa, makcik?", ulangnya sekali lagi.
"Orang buat. Ish, macam mana nak jelaskan ya..", ujar wanita itu lagi, mengulangi jawapan yang sama.
Houseman tersebut menggelengkan kepala. Lantas diteruskan sahaja dengan soalan-soalan yang lain tanpa mengambil kira jawapan sebentar tadi yang dianggap tiada kena-mengena dengan penyakit yang dialami wanita itu.
2013
"Akak ada ambil ubat apa-apa tak bila sakit ni? Contohnya ubat tradisional ke..", tanyaku lagi, setelah banyak soalan-soalan lain telah kutanya kepada wanita berkulit cerah ini.
"Ada..tapi ni ubat cara kita orang Melayu la dik..Akak ada jumpa ustaz pasal sakit ni, katanya ada orang buat. Bila dia tanya kedudukan pokok mempelam kat rumah, nama orang yang ditarget, semuanya betul. Padahal mana pernah jumpa ustaz tu...tapi dia tahu semuanya. Katanya ada orang tanam benda kat bawah pokok pelam tu.
Tapi iyalah, ni akak ikhtiar je..yela sebab tiba-tiba sakit, padahal sebelum ini akak memang tak ada apa-apa masalah", luahnya panjang, namun bernada bisik, seakan tidak mahu didengari oleh orang sekeliling.
Aku mengangguk perlahan. Memori tiga tahun lepas kembali segar di ingatan, saat menemani arwah ibu saudara yang turut mengalami masalah yang sama seperti kakak yang kutemui pagi ini.
***************************************************
Both of them presented with abdominal distension.
Orang medical kata ascites.
Orang Melayu kata 'busung'.
Ascites, associated with various medical condition ie congestive cardiac failure, chronic liver failure or metastatic disease.
Metastatic disease is one of the most common cause, which means the cancer from ovary, colon, stomach, pancreas, liver or kidney have spread to peritoneum.
Busung pula, sering dikaitkan dengan ilmu hitam. Atau sihir. Atau bahasa mudahnya 'buatan orang'.
Saya tidak menafikan kewujudan kes-kes buatan orang ini.
Tetapi apa yang membimbangkan adalah masyarakat Melayu secara umumnya sangat cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara.
Previously well with no known illnesses.
When something abnormal happens, they are quite sure that it is not coming from them, as nothing wrong with them all this while.
So they put the blame to others.
Especially to the one whom they are not comfortable with.
Maka daripada damai menjadi musuh.
Daripada senang hati menjadi runsing.
Segalanya bermula apabila kesimpulan itu terlalu awal diletakkan di minda mereka.
Isu ini, adalah isu yang inter-related dengan beberapa perkara.
1. Iman
Terutamanya kepercayaan kepada qada' dan qadar Allah, bahawa setiap perkara yang berlaku sudah menjadi ketentuan dariNya, dan Dia lah yang Maha Mengetahui.
Mungkin ini adalah peringatan dari Allah, untuk kita kembali mengingati Dia?
(Allahuakbar, ini belum masuk isu yang sakit tetapi tidak mahu solat.. :( )
2. Ikhtiar dan Tawakal
Ikhtiar dan usaha itu perlu, natijahnya dari Allah semata.
Dalam berikhtiar perlu sentiasa berhati-hati agar tidak terjebak dalam perkara yang boleh membawa kepada menyekutukan Allah, ie mempercayai bomoh dan jin.
3. Ukhwah
Tidak mudah untuk membinanya. Dan terlalu mudah untuk meruntuhkan ukhwah yang telah terbina.
Andai ukhwah itu dilandaskan kepada kasih dan sayang kepada Allah, pasti tiada rasa dengki, iri hati dan dendam yang disimpan kepada sahabat kita.
Syaitan laknatullah sekali-kali tidak akan berdiam diri.
Namun api hasad akan terpadam dengan siraman ikhlas, dan mengharap balasan daripada Allah semata.
Maka apa solution yang ada?
Back to Allah,
back to His Book,
back to the sunnah of His Messenger.
Benar, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan penyakit yang dialami.
Tetapi tiada lagi solusi yang akan menenangkan jiwa, selain daripada untuk kembali semula kepada Allah. Kembali akrab denganNya. Mengadu hanya pada Dia.
Allahu Rabbi.
.::sometimes i feel i dont want to be a Malay, only a Muslim inside out::.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
True.....T__T
Post a Comment