Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

[Turki part 2] Istanbul yang dirindui


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, travelog Istabul yang tertangguh dua musim lamanya, mengikut peredaran cuaca di bumi Eropah. Jaulah musim sejuk yang mempersembahkan pelbagai hikmah untuk kami, dan post ini hanya sempat saya siapkan di cuti musim panas kali ini. Maaf atas kelewatan.

Ini khas buat kalian para pembaca, coretan istimewa di tanah air Islam yang saya benar-benar rindui. Alangkah bahagia jika dapat melihat sendiri bagaimana iman para mukmin di zaman dahulu yang menaikkan Islam hingga menjadi rujukan dunia seluruhnya.

[Note: Post ini sangat panjang! J]

Istanbul, iaitu ibu kota Turki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik untuk kita kaji. Dahulunya dikenali sebagai Constantinople, dan merupakan ibu kota empayar Rom Timur. Hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,

Constantinople akan ditakluk oleh tentera Islam. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin, yang memiliki sebaik-baik tentera.’

Hadis ini dinyatakan oleh Rasulullah ketika Perang Khandak, ketika Rasulullah SAW terlihat bayangan kemenangan Islam di Rom Timur saat sedang menggali parit bersama para sahabat. Hadis inilah yang telah membakar semangat para sahabat dan tentera muslim yang lain selepas kewafatan Rasulullah SAW.  Mereka ingin menjadi sebaik-baik tentera, dan para khalifah selepas zaman Rasulullah SAW ingin menjadi sebaik-baik pemimpin. Al-Hadis, antara tinggalan Rasulullah SAW kepada kita dan para perjuang terdahulu yang meyakini kata-kata Nabi ingin membenarkan hadis tersebut-dan mahu diri mereka sendiri yang menjadikannya realiti.

Pernah saya kongsi kisah semangat Abu Ayub Al-Ansari pada post sebelum jaulah yang lepas, (link). Semangat seorang ahli perang Badar, yang turut menghidupkan semangat generasi-generasi selepasnya untuk meneruskan perjuangannya kerana Allah.

Kembara Istanbul, bermula saat kami menjejakkan kaki di Sultanahmet, selepas dua hari mengunjungi Cappadocia yang terletak di bahagian Asia Turki(Turki adalah satu-satunya negara yang berada di dalam dua benua: Eropah dan Asia). Kami tinggal di Sultanahmet Youth Hostel, sebuah asrama perempuan yang terletak hanya 5 minit jalan kaki untuk ke Blue Mosque. Hostel ini cukup sederhana, berpatutan tetapi pengurusnya mempunyai masalah untuk bertutur di dalam bahasa Inggeris. Kami lebih banyak menggunakan bahasa isyarat atau menulisnya di atas kertas J. Jadi jika anda inginkan hostel yang mudah urusannya, boleh pilih banyak lagi hostel/hotel yang juga berdekatan dengan Blue Mosque tetapi saya rasa harganya mahal sedikit. Tidak mengapa, asalkan semua puas hati akhirnya.

Tempat pertama yang kami tuju adalah Topkapi Palace, yang terletak bersebelahan dengan Hagia Sophia. Topkapi Palace merupakan pusat pemerintahan  Turki Uthmaniyah selama beratus-ratus tahun sebelum ianya ditukar kepada Dolmabache Palace di seberang laut Selat Bosphorus pada penghujung khilafah Turki Uthmaniyah.



          
Pintu masuk ke Topkapi Palace

Topkapi Palace, didiami oleh puluhan khalifah Turki Uthmaniyah bersama keluarga mereka. Bahagian ‘rahsia’ yang hanya boleh dimasuki oleh kaum kerabat diraja dikenali sebagai Harem. Topkapi Palace terletak di tepi Selat Bosphorus, jadi daripada istana tersebut kami boleh melihat bahagian seberang laut Turki (dikenali sebagai Modern Istanbul ). Di dalam istana ini terdapat perpustakaan, muzium, bilik-bilik pentadbiran yang dihiasi dengan kubah-kubah yang sangat cantik. Kubah-kubah inilah yang menjadi daya tarikan pelancong untuk datang ke Topkapi Palace. Terdapat sebuah muzium di sini yang menempatkan tinggalan Rasulullah SAW dan para sahabat seperti pedang baginda SAW dan para sahabat, baju Saidatina Aisyah, sehelai janggut Nabi SAW,kunci pintu Kaabah dan banyak lagi tinggalan orang terdahulu. Muzium ini dilawati oleh ramai orang, sehingga sesak dibuatnya.

Saya tertarik dengan perkongsian seorang rakan berkenaan muzium ini- ‘Adakah dengan melihat janggut Rasulullah contohnya, akan menambahkan iman kita? Ajaran Rasulullah SAW itu lebih utama untuk kita amalkan, daripada hanya taksub dengan perkara-perkara yang kita lihat di muzium ini.’

Di sini juga kami melihat kekayaan kerajaan Turki Uthmaniyah berdasarkan harta dan barangan yang dipamerkan. Ia berubah mengikut peredaran zaman sehingga ke penghujung khilafah. Contohnya, kerusi yang akan digunakan oleh Sultan untuk menghadiri majlis-majlis di luar kawasan istana (bayangkan sebuah kerusi di taman) dipenuhi dengan batu permata. Sepenuhnya batu permata. Ada juga kerusi yang di salut dengan emas. Ya, sepenuhnya emas. Agak tercengang kami melihat kecantikannya dan kekayaan kerajaan Islam dahulu. Singsahsana yang disalut emas, mungkin juga katil mereka empuk dengan sutera dan baldu yang menghiasi. Kami terfikir, adakah peredaran zaman dan kemajuan ekonomi kerajaan Islam menjadikan perhiasan-perhiasan ini suatu keperluan pada zaman itu? Hanya Allah yang lebih mengetahui.



Di hadapan perpustakaan di dalam istana

Seterusnya kami berkunjung ke Hagia Sophia, tempat bersejarah utama bagi masyarakat Kristian dan Muslim. Hagia Sophia dahulunya sebelum kedatangan Sultan Muhammad Fateh ke Istanbul, merupakan sebuah geraja kerajaan Rom selama seribu tahun lebih. Ianya ditukar kepada masjid ketika Islam datang dan kini merupakan sebuah muzium atas arahan Mustafa Kamal Atarturk. (Nota: Temple of Athenna juga(Dewi Athena dalam mitos Greek) yang berbentuk seperti parthenon di Athens pernah menjadi sebuah masjid ketika zaman khilafah Turki Uthmaniyah. Rujuk peta untuk melihat jarak sebenak Athens dan Istanbul) Sultan Muhammad Fateh dan tentera-tentaranya mengadakan solat Jumaat yang pertama selepas membuka Istanbul di Hagia Sophia.

Apa yang menarik, (juga diakui tourist guide kami) Islam tidak menghancurkan khazanah dan tinggalan serta lukisan yang terdapat pada bekas gereja ini. Muslim ketika itu hanya menutup gambar-gambar angel, Mary dan Jesus yang dilukis besar pada kubah Hagia Sophia. (Note: bentuk kubah sebenarnya bukan berasal daripada seni bina Islam) Kini gambar-gambar itu jelas kelihatan bersebelahan dengan nama Allah dan Rasulullah SAW setelah arahan untuk menanggalkan kembali cat-cat yang menutupinya. 




Gambar '4 angles' yang telah dibongkarkan. Ia ditutup semasa berfungsi sebagai masjid.


Lihat gambar Mary dan Jesus di antara nama Allah SWT dan Muhammad SAW.


Hagia Sophia daripada jauh




Keesokan harinya, kami mengikuti Bosphorus Tour , meredah pesisiran Selat Bosphorus , melalui sepanjang kawasan Sultanahmet(Old Istanbul) dan bahagian Modern Istanbul di seberangnya.  Subhanallah, bayangkan tour menaiki kapal di musim sejuk! Merah hidung dan kebas hujung jari-jemari kami dibuatnya. Namun pemandangan yang dipersembahkan oleh Istanbul memukau mata semua pelancong yang bersama. Menerusi tour selat ini, kami dapat melihat taburan masjid yang sangat banyak di sekitar Istanbul. Jarak antara setiap masjid hanyalah lebih kurang 300-400 meter sahaja. Jadi cubalah anda bayangkan suasana ketika masuknya waktu solat. Allahuakbar, mendayu-dayu dan bersahut-sahutan sesama masjid. Saat mendengarnya, kami terpukau dan tunduk kerana merindui panggilan Ilahi ini yang tiada kedengaran di bumi Ireland. (Note: Di Dublin, azan hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja)



Istanbul Moden di seberang selat Bosphorus.

Dari kejauhan, kami dapat melihat Topkapi Palace dan enam minaret Masjid Biru yang berdekatan antara satu sama lain. Kami juga melalui bawah Jambatan Bosphorus yang menghubungkan bahagian Eropah dan Asia Turki. Bagi saya, ada dua binaan yang wajib dilihat untuk tour ini iaitu Rumeli Hisari dan Dolmabache Palace. Rumeli Hisari merupakan sebuah kubu yang dibina oleh Sultan Muhammad Fateh di bahagian Asia Turki(yang merupakan jajahan kerajaan Islam Saljuk di zaman pemerintahannya) sebagai salah satu persiapan sebelum menakluk Constantinople(Istanbul).  Kubu ini terletak pada point yang terpendek antara bahagian Eropah Turki(yang merupakan jajahan Rom ketika itu) dan Asia Turki. Ternyata pembinaan kubu yang sangat kukuh ini sedikit sebanyak menggugat moral tentera Kristian pada ketika itu. Hingga kini Rumeli Hisari masih kukuh. Ada satu muzik instrumental yang popular yang bertajuk Rumeli Hisari, dedikasi buat peristiwa 1453. 


Jambatan Bosphorus dan masjid bersebelahan dengannya.


Rumeli Hisari, kubu yang dibina oleh Sultan Muhamad Fateh.


Masjid dari kejauhan.



Dolmabache Palace dari atas kapal.

Dolmabache Palace, seanggun namanya. Sebuah istana yang tersangat mewah, yang merupakan pusat pemerintahan pada penghujung khilafah Uthmaniyah, yang sebelumnya terletak di Topkapi Palace. Sebuah istana yang sarat dengan ciri-ciri moden, rekaan-rekaan daripada negara-negara Eropah seperti Paris, Itali, Jerman dan sebagainya. Istana yang dibina atas permintaan pemerintah Turki yang mula mencintai kemewahan dunia dan rasa ingin menjadi seperti Barat. Maaf jika tulisan saya berbaur tidak senang, kerana inilah antara penyebab kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyah pada zaman itu. Duit rakyat dibazirkan untuk kesenangan dan kemewahan pemimpin, sehingga bangkit seorang tokoh dari kalangan rakyat Turki iaitu Mustafa Kamal untuk membebaskan rakyat Turki daripada penindasan khalifah. Maka tidak hairan dialah juga yang menamatkan sistem khilafah di muka bumi ini, dan digelar sebagai hero oleh rakyat Turki hingga kini. 



Pintu masuk ke Dolmabache Palace.


Lagi pintu masuk ke istana.

Ada beberapa fakta yang saya ingin kongsi bersama anda di Dolmabache Palace ini:
-kami perlu membalut kasut dengan plastik yang disediakan sebelum menjejakkan kaki ke dalam istana ini.
-kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam istana. Maka saya tidak dapat tunjukkan di sini rekaan dan perabot mewah di dalam istana.
-Lampu chandelier yang paling besar di dalam istana ini, adalah yang kedua terbesar di dunia(seingat saya, daripada penceritaan tourist guide) selepas lampu chandelier di istana di England (tak pasti adakah ianya merujuk pada Buckhingham Palace di London)
-‘Every shining things that you see inside, is a real crystal. Every golden things that you see, is a real gold,’ pesan tourist guide kami saat menanti giliran untuk masuk.
-Yang paling menarik di sini: ‘everything that you see on the left would be the same thing on the right’. Bermaksud perabot-perabot di dalam istana ini disusun supaya kelihatan simetri, atau ‘cerminan’, yang juga bermaksud-sekiranya di bahagian kanan diletakkan meja, pasu bunga dan sofa, maka di bahagian kiri juga perlu diletakkan perabot yang sama seperti di kanan. (Boleh bayang tak pembaziran di sini?? Hanya kerana mahukan ianya kelihatan simetri..)
-Ukiran untuk setiap perabot kebanyakannya sarat dengan emas dan hiasan kayu yang mahal.
-Mempunyai tangga kristal (pada bahagian dirian tempat memegang untuk menaiki tangga).
-Terdapat juga tiang-tiang marmar tiruan di ruang utama istana.
-Tiada mana-mana syarikat insuran yang mahu bertanggungjawab pada harta-harta yang terdapat di dalam istana ini disebabkan harga setiap satunya yang sangat mahal.

Kami keluar daripada Dolmabache Palace dalam keadaan penat. Penat dengan hiasan yang memukau, juga penat melihat cara hidup pemimpin Islam zaman itu yang ternyata mula mencintai dunia hingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Keesokan harinya kami ke Grand Bazaar, untuk membeli belah kali terakhir kerana esok petang kami akan pulang ke Dublin. Tapi perancangan hari ini juga padat, memandangkan malam ini kami akan mengadakan malam kemuncak jaulah. Grand Bazaar, sebuah bazaar yang sangat besar dan mempunyai ratusan pintu masuk (hingga boleh sesat di dalamnya) merupakan tempat membeli belah yang terbaik untuk anda yang tidak mahu bersusah payah mencari barangan Turki di tempat berasingan. Segalanya ada di sini. Tetapi harga di sini sebenarnya jauh lebih mahal berbanding di luar. (Saya berjanji pada diri tak mahu membeli di Grand Bazaar atas nasihat rakan-rakan yang pernah ke sini semasa masih di Dublin, tetapi disebabkan kesuntukan waktu kami terpaksa akur dengan harga barang-barang di sini~ Masih boleh tawar menawar, tetapi harga di luar bazaar sebenarnya lebih murah lagi. Jadi, jangan shopping di sini!! Huhu)

Bersama barang-barang souvenir yang berat, kami teruskan perjalanan untuk menziarahi masjid-masjid khalifah yang terdahulu. Kami menziarahi Masjid Al-Fateh untuk solat zohor dan asar, subhanallah ramai sungguh jemaah lelaki dan wanita di situ walaupun kawasan dalam masjid dipenuhi besi-besi dan kain kanvas kerana kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan. Kami tidak sempat untuk menziarahi makam Sultan Muhammad Fateh kerana usai kami solat, makam tersebut telah ditutup untuk orang awam. Suasana tenang dapat dirasa di masjid sempena nama sultan yang telah membuka Constantinople ini. Kami membuat halaqah seketika untuk mengimbau kembali sejarah hidup Sultan Muhammad Fateh, sebagai penaik semangat dan pendorong untuk menguatkan pegangan dengan Allah.


Makam Sultan Muhammad Fateh


Under construction.

Kemudian kami ke Masjid Suleyman yang terletak 10 minit jauhnya dengan menaiki teksi untuk solat maghrib. Masjid Suleyman merupakan sebuah masjid yang besar, dan di sini kami telah bertemu dengan seorang remaja Turki yang sangat peramah dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. 


Suleyman Mosque.

Untuk Malam Kemuncak Jaulah, kami mengunjungi sebuah restoran makanan laut di Eminonu, yang merupakan sebuah pelabuhan utama di Istanbul. (Note: Pelabuhan Eminonu juga adalah tempat kapal Mavi Marmara berlepas pada Mei 2010, untuk Lifeline For Gaza) . Kami bertukar-tukar hadiah, dan menyambut hari jadi salah seorang rakan jaulah di situ. Malam ini kami perlu tidur awal, kerana awal pagi esok kami ingin berkunjung  ke Majid Eyub, yang terletak bersebelahan makam Abu Ayyub Al-Ansari, seorang ahli perang Badar yang turut terlibat dalam usaha menakluk kota Constantinople.


Malam Kemuncak Jaulah

Ramai yang pernah ke Turki selalu menasihatkan kami-jika sempat, pergilah berjemaah di Eyub Mosque. Jemaahnya sangat ramai, walaupun waktu Subuh. ‘

Mendengar kata-kata sedemikian, kami memang tidak sabar untuk melihatnya sendiri. Kami datang dengan menaiki teksi untuk solat Subuh dan saat kami sampai di sana,(walaupun masih awal) jemaah wanitanya sangat ramai sehingga kami hanya dapat tempat solat berhampiran tangga keluar! Subhanallah, benarlah kata rakan-rakan sebelum ini. Ramai ibarat solat sunat hari raya. Saya teringat kata-kata seorang ulama’ jika tidak salah-‘Umat Islam akan menang dalam menentang musuh Islam, jika solat Subuh mereka jemaahnya seramai solat Jumaat’. Hal ini benar-benar berlaku di Masjid Abu Ayyub Al-Ansari ini. Mungkin berkat ahli perang Badar yang berterusan hingga kini. Allahuakbar.


Eyub Mosque.

Kami juga sempat bersama dalam majlis zikir para wanita yang diadakan selepas solat Subuh. Membaca Asma ul-Husna bersama-sama dengan lagu versi Turki J. Ternyata pengalaman kami di sini cukup sebagai penutup jaulah yang terbaik, kerana saat ini kami sama-sama bermuhasabah-bagaimana untuk kami kekal istiqamah seperti mereka selepas kami pulang ke Dublin atau Malaysia? Kami semua cukup tersentuh dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga Turki yang masih mengamalkan Islam ini. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberi kami kesempatan ini.

Kemudian kami pulang, untuk berkemas kerana van untuk ke airport akan tiba tidak lama lagi.

Turki, tanah air Islam yang dijejaki pada musim sejuk yang lalu hingga kini tidak pudar rasa rindu kami kepadamu. Moga bangkitlah Islam di situ semula, kembali mentaati Allah yang Esa.

******************************
Reflection moments~

Sedikit sedutan pengalaman dan memori specific yang ingin saya kongsi:
1. Sisters di Masjid Biru
Kami sempat bertemu dalam 6 orang pelajar wanita Istanbul University, yang alhamdulillah mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik. Saya bertanya tentang peraturan Turki yang mengharamkan pemakaian tudung di universiti. Katanya, alhamdulillah bermula tahun lepas(2009) peraturan itu sudah dimansuhkan. Kini mereka bebas memakai tudung seperti biasa di kelas dan kawasan universiti.



Blue Mosque dari jauh

2.  Hero
Pertama kali sampai di Istanbul Bus Station , dan melihat wajah Bapa Turki(atau Atarturk dalam bahasa Turki)Mustafa Kamal di kalendar, dinding di sana, membuatkan saya tertarik untuk bertanya seorang wanita yang duduk bersebelahan kami. Malangnya dia tidak faham bahasa Inggeris, tapi dengan senyuman dan isyarat tangan menunjuk pada gambar Mustafa Kamal, dia berkata,’Our Hero’.

3.Buku rujukan
‘Buku rujukan ‘ kami untuk mengembara di bumi Turki ini ada tiga. Pertama adalah travelog tulisan Jhaz Kitaro yang berjudul ‘Turki bumi khalifah’. Kedua adalah karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, yang berjudul ‘Secangkir teh pengubat letih’-catatan dan penceritaan yang mengupas cerita disebalik kejatuhan khilafah dan ibrah yang dapat diambil. Ketiga, buku Constantinople: The Last Great Siege (1453) tulisan Roger Crowley. Sejarah tokoh dan tempat kebanyakannya didapati daripada internet.



Inilah travelog jaulah Istanbul kami, yang banyak memberi pengajaran untuk diri dan pengerat ukhwah kami hingga kini. Moga Allah memberkati segala perkara yang kami tempuhi dalam rangka mencari redhaNya.

Wallahualam.


Penakluk Hati



'Wa laa ghalib ilallah.'

Dan tiada penakluk selain Allah.

Kalimah itu diulang, dan diulang lagi. Memenuhi tiap sudut dan corak pada
 seluruh istana bayangan syurga itu.

Tujuannya hanya untuk menyampaikan satu perkara: walau secantik mana seni bina yang mereka hasilkan, walau sehebat mana empayar jajahan Islam saat hayat mereka, yang Maha Cantik dan Hebat tetap Allah yang Satu. Tiada selain dariNya.

Harapannya agar setiap individu yang melihatnya pada saat ia tercipta hingga ke hujung hayat dunia, akan teringat akan Allah, dan mengembalikan segala puji dan kekaguman kepadaNya, sebagai Pencipta seluruh manusia. 

Wa laa ghalib ilallah.

Maka begitu juga penakluk untuk hati. Ia bukan untuk ditakluk oleh tentera nafsu, atau dijajah oleh tentera syaitan laknatullah.

Seharusnya penakluk hati itu hanya Allah, yang Maha Mengetahui segala isi hati manusia. Kerana tentera nafsu dan syaitan hanya akan membuat kerosakan pada kota pertahanan iman, lantas melemahkan kerajaan mujahadah untuk berdepan dengan pelbagai ujian dunia.

Namun pilihan terletak pada sang raja yang diberi hati olehNya..untuk meletakkan yang mana utama dan menyingkirkan yang dirasa tidak berguna. 

Wahai sang raja peminjam hati dan anggota, siapa penakluk hatimu saat ini?

Buatlah pilihan sewajarnya, agar kita kembali kepadaNya dengan setenang-tenang jiwa.

Allahu a'lam.


Al-Hambra, Granada, Spain.
Mei 2011.

Saturday, May 28, 2011

Misi Andalus


Bismillahirrahmanirrahim.


"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati  mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
(Al-Hajj, 22:46)


Al-Andalus. Contoh sempurna sejarah Islam yang makin dilupai kewujudannya oleh orang-orang Islam sendiri. Makin ditinggalkan, tidak diendahkan, akibatnya kita bakal mengulang kembali kisah ini.

********

Khalifah al-Walid Abdul Malik, Musa bin Nusayr, Tariq bin Ziyad. Antara figure besar yang merintis pembukaan Andalus melalui Afrika Utara. Janji Allah dalam surah Muhammad, 47: 7,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."


Momentum jihad mereka terhasil daripada mind set yang sama, yakni ingin menyebarkan Islam kepada sesiapa sahaja. Saat itu wilayah Islam telah tersebar hingga ke Afrika Utara (Egypt, Tunisia, Libya, Morocco dan Algeria hari ini). Arah utara Afrika, adalah Andalusia, yang terpisah cuma kira-kira 30km, oleh Selat Gibraltar. 

Kekejaman King Roderick(juga dikenal sebagai King of Gothic) telah menekan rakyat Andalusia, dan mereka begitu mengharapkan pemerintahan Islam yang pada ketika itu terletak bersebelahan sahaja, dan sangat aman dan damai berbanding mereka. Dengan izin Allah, atas beberapa faktor, Tariq bin Ziyad berjaya menewaskan tentera Roderick.

"Tuan, mereka ini adalah tentera dari langit!! Kami lihat pada malam hari mereka seperti seorang paderi, terus-terusan menyembah Tuhan, dan pada siang hari mereka seperti singa di medan perang!"

Maka wujudlah Islam, di bumi Andalus, dan tersebar mendekati kerajaan-kerajaan Barat pada ketika itu.



Namun ketetapan Allah(sunnatullah) pasti berlaku. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, bahwa Dia akan menambahkan nikmat kepada hambaNya jika dia bersyukur, dan mengazab mereka jika mereka kufur.

805 tahun kegemilangan tamadun Umayyah, yang merupakan 2/3 daripada sejarah Islam, collapse akibat tindakan pemimpin-pemimpin Islam yang sudah tidak mengamalkan Islam. Sebuah tamadun yang sangat gemilang, saat Eropah melalui fasa kemunduran dan begitu jauh ketinggalan daripada kemajuan dunia Islam.

Beberapa pengkaji pernah mencatatkan;

'Saat Cordoba memiliki ratusan perpustakaan awam dan pelbagai lagi sumber ilmu pengetahuan, raja dan permaisuri di Eropah tidak tahu membaca sekalipun...'

' Saat Eropah diselubungi kegelapan, jalan-jalan di sekitar Cordoba disinari barisan lampu yang menerangi laluan mereka di malam hari..'


Kekalahan umat Islam pada masa dahulu, tetap pada faktor yang sama yang sedang kita hadapi saat ini- penyakit cintakan dunia dan takutkan mati

Lebih sedih lagi, apabila pemimpin Islam meminta bantuan daripada kerajaan Kristian untuk mengalahkan kerajaan Islam yang lain-hanya kerana iri hati dan mahukan kuasa. Astaghfirullahal azim.

Faktor inilah yang melemahkan mereka, sedikit demi sedikit, hingga pada penghujung kejatuhan tamadun ini, pemimpin Islam sendiri menyerahkan kunci Cordoba kepada kerajaan Kristian pimpinan Ratu Isabel dan  Raja Ferdinand of Aragon- penyerahan tanah Islam tanpa peperangan atau jihad untuk mempertahankannya.



Andalusia hari ini


Inilah sedikit petikan, daripada sejarah panjang tanah Islam Andalusia, sebagai pengajaran kepada umat Islam yang kemudian. Seville, Malaga, Granada, Cordoba-tanah yang pernah menyaksikan Islam sebagai guru kepada seluruh dunia, yakni Ustaziyatul Alam yang menjanjikan keamanan dunia. 


Maka di mana kita hari ini?










*perkongsian sebelum bertolak ke Spain, bagi menyusuri sejarah sebagai ilmu perubah. Doakan.




p/s: saya masih belum menulis entry terkait perkongsian ziarah ke Istanbul bagi tamadun Turki Uthmaniyah,insyaAllah akan ditulis selepas segala urusan di sini.

Saturday, February 19, 2011

[Turki part 1] Expect the unexpected

Assalamualaikum wbt,

InsyaAllah ini adalah sambungan kepada travelog jaulah Greece-Turki kami pada cuti winter kami yang lepas. Saya akan post secara berperingkat, kerana perkongsian di Turki lebih panjang-since ianya dekat di hati kita semua, sebagai sebuah tempat di mana tamadun Islam pernah bertapak dengan penuh gemilang.

Post ini juga mempunyai lebih banyak gambar, kerana gambar2 ini akan lebih menjelaskan cerita yang ingin saya kongsi.

Sesampainya di Atarturk International Airport, kami semua agak excited-kerana finally we were in an Islamic country! Alhamdulillah :)
Few things yang lagi best adalah, kami dapat mendengar azan untuk setiap kali waktu solat-and believe me, masjid di Istanbul sangat-sangat banyak dan azan akan bersahut-sahutan pada setiap kali masuk waktu solat, subhanallah. Kami juga tak perlu risau lagi untuk mencari kedai mana yang hendak dituju-kerana everything is halal! ^__^
(Di Athens kami tinggal di apartment, jadi utk makan kami perlu beli roti dan masak instant soup yg dibawa dari dublin. Jika tak sempat, kami akan menjadi vegetarian ketika memilih makanan di luar. Ada juga rakan2 yg menziarahi Spain, tempat tamadun Islam Andalusia-mereka siap bawa rice cooker sekali untuk masak!)

So setting niat bermula, kerana kembara Turki kami ini punya objektif yang perlu dicapai.

Istanbul, dahulunya berada di bawah kekuasaan empayar Byzantine, dikelilingi tembok(fortress) pada hampir sekeluruhan bandarnya. Ada fakta juga mengatakan tembok yang dibina adalah sebanyak 3 lapis-membuktikan betapa kukuhnya sistem pertahanan mereka pada ketika itu, maka tidak hairanlah Constantinople sangat sukar ditawan oleh pihak lain.


Part of the fortress, bersama bendera Turki. Dalam perjalanan dari airport ke Cordial House di Sultanahmet(Old City of Istanbul)


Walaubagaimanapun kami reserved kembara Istanbul pada penghujung jaulah, jadi malam itu juga kami akan ke Cappadocia, another county di bahagian Asia Turki. (Turki adalah satu-satunya negara yang berada pada dua continent/benua-iaitu benua Eropah dan Asia. Kedua-dua continent ini dipisahkan oleh Selat Bosphorus)

Bercakap mengenai Turki, tidak akan lari daripada membincangkan perihal Mustafa Kamal Atarturk, individu yang memperjuangkan kemerdekaan Turki. Dulu saya dengar daripada rakan2 yang pernah samapai ke Turki bahawa hampir setiap kedai dan rumah akan mempunyai gambar Kamal Atarturk. Dan kami sendiri melihatnya sendiri di mana-gambar, keratan akhbar, quotation, potret, dan sebagainya.




(focus on the calendar) Gambar kamal atarturk, di stesen bas ketika sedang menunggu untuk ke Cappadocia.


Istanbul-Cappadocia mengambil masa selama 10jam, dan kami memang akan bermalam di dalam bas. Apa yang menarik di Turki, di dalam setiap bas jarak jauh akan mempunyai steward/attendant seperti di dalam kapal terbang! huhu. Yup, macam tak percaya. Menarik2. He gave us hand sanitizer, water, offered coffee or tea, and a packet of cake to eat.

Cappadocia, tarikannya dalah muka buminya yang cantik dan unik-terbentuk hanya kerana tindakan angin dan air. Kebanyakan penduduk di Cappadocia adalah Kristian, tetapi salah seorang senior kami mengatakan among devoted Muslim juga ada di sini. Buktinya, ketika mereka dalam perjalanan ke Cappadocia dahulu, berlaku konflik kecil di dalam bas kerana seorang pemuda ingin menukar tempat duduknya yang kebetulan bersebelahan dengan seorang sister. Bincang punya bincang, akhirnya seorang sister Turki yang lain menggantikan tempatnya. Mereka(my seniors) yang melihat kejadian tersebut terkesan dengan pendirian pemuda tersebut.

And here was our story. Kami cuba untuk memasuki sebuah masjid berdekatan dengan hotel kami di Cappadocia, namun tidak menjumpai pintu masuk untuk sisters. Bersama peta yang dibekalkan oleh pengurus hotel, saya cuba untuk bertanya kepada seorang pemuda yang sedang menuju ke masjid yang sama.

"Excuse me, do you know where is the entrance for sister?, " i said.
And without responding nor looking at us, he just went straight, took off his shoes, and entered the mosque through the front door.

Kami terkedu seketika. Mungkin dia tak faham English, saya rasa. (Surprisingly rakyat Turki ramai yang tidak faham English-apatah lagi untuk bercakap. Hanya tourist guide dan penjual2 di bazar yang fasih kebanyakannya) Dan mungkin juga, dia tak dengar, tapi..dan mungkin juga, dia akan respond sekiranya bukan sister yang bertanya kepadanya. Wallahualam.




Rose Valley, Cappadocia. Muka bumi yang unik.



Evil eye, yang turut ditemui dengan banyaknya di Greece. Inilah antara persamaan Greece dan Turki yang saya lihat, namun mempercayai bahawa blue eye ini dapat menghalang evil eye adalah kepercayaan kurafat. Perkara ini membuatkan saya begitu teliti untuk membeli cenderamata dari Greece dan Turki.


More view from top of hill.



Sebuah batu di valley. Seperti seorang lelaki yang sedang ruku'.



A camel shape one.


Original handmade craft in Cappadocia.





More Kamal Atarturk?


Ingat pada tarian sufi? Ia salah satu tarikan di Turkey, tetapi ia terdapat di Konya, salah sebuah county bersebelahan dengan Cappadocia. Kami tidak berkesempatan untuk ke tempat tersebut.



***********************************


Out of the excitement in Cappadocia, kami agak sedih kerana tidak berkesempatan untuk solat di mana-mana masjid, dan tour yang kami ikut juga tidak menyediakan kemudahan/kesempatan waktu untuk bersolat. Jadi kami agak terkejar-kejar dengan jadual yang telah disusun, kerana perlu juga menghormati tourist non-muslim yang lain yang turut bersama kami.

In Cappadocia, Allah izin di sinilah kami bertemu dengan kesan sistem sekular itu sendiri. Di Istanbul mungkin kurang kelihatan kerana kami sendiri sibuk berjalan menziarahi istana dan masjid juga muzium di situ.

Despite of the fact that 99% of Turkish are Muslim, kebanyakan daripada mereka adalan non-practising Muslim.

Satu ketika selepas bertanya lokasi masjid pada pengurus hotel kami(umur about 60an), saya bertanya lagi,
"Do you know what time exactly for Isyak prayer?"
"Emm, owh sorry I don't pray(sambil tersengih). But i think it's about 6.05pm. You can hear the calling(azan) later".

Hmmm. Saya tak terkejut, kerana sudah menjangka sebelum tiba di Turki lagi.

Tour guide kami juga adalah seorang perempuan Muslim, dan ketika salah seorang pakcik dari Capetown bertanya apa yang sedang kami lakukan(most of us were praying at that moment), she replied,
"Owh, they are praying".
The conversation went on between the uncle and the tour guide about Muslim in Turkey-ie why Turkey has a wine factory although muslim cant drink alcohol, etc.
And surprisingly(but well, kinda expected based on secular point if view), i've heard this statement:

"Yup I'm a muslim as well, but i don't pray, i don't fast, and i drink, huhu". Barangkali juga tersenyum bangga atas pengakuannya ini.

"I know, but it's between me and my God".

Saya yang mendengar terkedu seketika. Situasi ini tidak pelik di Malaysia sebenarnya, cuma bezanya adalah rakyat Malaysia kurang terbuka untuk membuat pengakuan sedemikian di khalayak ramai.

Menitis juga air mata mengenangkan betapa nikmat iman dan Islam diberi oleh Allah kepada orang-orang yang terpilih sahaja. Doa kami, moga Allah beri petunjuk kepada golongan sebegini dan tetapkan hati kami di jalanNya yang benar.

Betapa Turki, tempat di mana sebuah tamadun gemilang pernah bertapak, tamadun yang mengEsakan Allah dan mentaati Rasulullah, telah bertukar menjadi sebuah negara Islam sekular yang rakyatnya sedikit pun tidak rasa sensitif apabila melakukan dosa.

Kami juga dipujuk oleh tour guide tersebut untuk join party di malam hari di bandar Cappadocia, yang saya pasti turut menyediakan arak dan mempersembahkan 'belly dance' untuk para pengunjung. Yup, belly dance juga terkenal di Turki...

Tetapi waktu malam kami telah isi dengan game ukhwah yang sangat menarik! Game 'saya pernah' dan 'saya tak pernah' benar-benar mencuit hati semua dan memberi kesempatan untuk berkenalan dengan 14 ahli jaulah yang lain dengan lebih rapat~ (^___^)v

Begitulah serba sedikit 2 hari ni Cappadocia. Ustaz Hasrizal ada berpesan di dalam bukunya 'Secangkir teh pengubat letih' mengenai pengalamannya berada di Turki, bahawa jangan sekali-kali membuat generalization tentang masyarakat Turki yang sekular kepada seluruh rakyatnya, kerana sebenarnya masih ada golongan yang masih mengamalkan Islam yang syumul di Turki, dan alhamdulillah berjumpa dengan golongan ini di Istanbul sudah cukup untuk kami merasa kerdil kerana iman dan kesungguhan mereka yang tak tertanding hebatnya.

Subhanallah....

Kembara Istanbul sedikit sebanyak melihatkan keseimbangan antara practising and non practising Muslim, dan setiap yang kami lihat itu, benar-benar menjadi pengajaran untuk kami menjadi lebih beriman.

Next post: Istanbul: Balance or bias?


p/s: in Turkey, don't forget to have a glass of apple tea after meal :)







Friday, February 11, 2011

[Greece] Rasa berTuhan



Assalamualaikum wbt,

Post jaulah yang agak lewat, tapi insyaAllah perkongsiannya masih fresh :)
Semester yang baru bermula, dan kali ini semua kelas saya adalah di Beaumont Hospital, which takes about 1 hour dari rumah(plus tempoh menunggu bas) so pergi balik, about 2 hours. And that's for everyday. Tak boleh nak mengeluh, insyaAllah we'll be used to it. Doakan ^_^

Saya akan share pengalaman jaulah kami secara berperingkat, dan ini kali pertama sebenarnya membuat travelog sendiri.

*****************

Greece, negara bersebelahan dengan Turki. Kenapa kami memilih untuk ke Greece? One of the reason is sbb alang2 bersebelahan, pergi je la kan. Tapi susunan Allah lebih indah, dan Allah izin kami untuk grab hikmah ziarah dan kaitannya bagi kedua-dua negara ni.

Basically, ancient Greek dahulu terkenal dengan tamadun mereka, yakni tamadun Yunani. Sebuah tamadun yang begitu hebat kerana melahirkan ahli-ahli akademik dan falsafah yang ilmu mereka masih diperkatakan sehingga kini. In fact, a big portion of words/istilah dalam perubatan adalah daripada perkataan Greek spt paediatrics, gynecology, ophthalmology, dan banyak lagi perkataan lain, kerana tamadun merekalah yang menemuinya terlebih dahulu.

(dan nama segala jenis bacteria yg sy belajar skrg pun asal drpd mereka-maka lecturer minta kami spy takes time dan learn slowly nama2 dlm bhs greek dan latin ini)

Orang-orang terkenal seperti Plato, Socrates, Galen, Aristotle, Herodotus, adalah antara nama-nama yang mewarnai sejarah mereka.

Namun di sebalik kehebatan tamadun mereka ini, saya masih merasa hairan- bagaimana mereka boleh maju dalam keadaan mereka masih mempercayai mitos-mitos yang kebanyakan daripada mereka sendiri tidak tahu bahawa mitos tersebut benar atau tidak.

Dan kesungguhan mereka kepada mitos-mitos ini menyebabkan mereka berusaha untuk membina temple, bangunan, statues, yang ditujukan kepada tuhan-tuhan di dalam mitos mereka ini. Maka lahirlah acropolis, agora, parthenon yang setiap daripadanya mempunyai cerita yang tersendiri.

Mitos yang paling terkenal, yang juga antara asal usul Sukan Olimpic adalah mengenai 12 tuhan mereka yang tinggal di atas Mount Olympia- antaranya adalah Zeus, Athena, Hera, Apollo etc etc.

Bandar Athens, mengambil nama goddess Athena yang menang di dalam pertarungan bersama god of water.

Mereka mempunyai banyak lagi tuhan lain selain 12 tuhan ini-god of dancing and drinking, god of wind, dan sesiapa yang memenangi sukan -akan digelar sebagai hero dan dihormati dalam masyarakat. Even katanya tuhan akan bertukar setiap kali musim bertukar.

Kami membuat sedikit reflection mengenai mitos dan realiti penduduk di Greece pada zaman dahulu. Mereka punya fitrah yang serupa dengan setiap daripada kita-iaitu fitrah untuk merasai bahawa adanya Tuhan yang berkuasa dan maha mencipta(Tauhid Rububiyah). Namun oleh kerana mereka gagal menemui Tuhan yang sebenarnya (atau mungkin utusan Allah belum sampai kepada mereka lagi), mereka akhirnya mencipta tuhan mereka sendiri, berdasarkan akal dan nafsu mereka. Sebab itulah terdapat juga god of drinking ketika musim sejuk.

Segala cerita ini kami perolehi daripada tour guide kami, ketika kami melawat temple terbesar zaman dahulu (namun dimusnahkan oleh tentera Byzantine(Roman Empire) ketika mereka menakluki Greece kerana agama Kristian diwajibkan oleh pemerintahnya) di daerah Delphi.



Hadiah daripada penduduk Athens kepada Temple of Apollo.




Temple yang lain(tak ingat namanya)


Acropolis, daripada kaki bukit.


Parthenon of Athena, dedicated utk goddess athena. Was a church apabila Roman Empire datang and was a mosque ketika zaman Ottoman Empire.


**********************

Kunjungan kami ke Athens, sangat menarik perhatian penduduk setempat. Maklumlah, 15 orang yang bertudung-which were too different compared to orang kebanyakan. Kebanyakan mereka beragama Kristian, and trust me, most of them tidak pernah melihat orang bertudung (or mungkin tak pernah kisah walaupun pernah lihat di tv).

One old lady that we met said we'll look prettier without hijab! Huhu. And the talking went on. May Allah guide her to see the truth. We tried to do our best as a Muslim women-namun hakikat seorang 'ghuraba' (asing) itu tidak akan lari daripada kami. Moga Allah tetapkan hati kami di jalanNya, amin.

Apa kaitannya Greece dengan Turki?


Constantinople(Istanbul) dan bahagian Greece yang lain, berada di bawah taklukan Byzantine Empire(Rom) selama beratus tahun dan di dalam tempoh itu, attempt daripada khalifah-khalifah empayar Islam tidak pernah henti untuk menakluk Constantinople. Jika anda rujuk pada peta, bahagian turkey selain Istanbul dahulunya adalah di bawah pemerintahan Empayar Islam Saljuk yang turut memerintah Asia Tengah dan Timur Tengah.

Pada tahun 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya mengalahkan tentera Byzantine dan menakluki Constantinople. Terdapat beberapa daerah yang mempunyai rakyat Greece dipulangkan kepada tempat asal mereka, maka tidak hairanlah jika anda pergi di beberapa tempat di Turki, anda akan dapat melihat kesan-kesan budaya Greece di tempat tersebut.


Maka kembara Greece kami berakhir, dan ada rasa debaran saat bersiap untuk ke Istanbul!