Saturday, April 27, 2013

When she's sick



"Dialah Allah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan kamu sesudah lemah itu menjadi kuat, kemudian dia menjadikan kamu sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa"
(Ar-Rum, ayat 54)

It was just a fall.
A simple fall as she stepped in.
But the bone's age said life is unfair when you grows older.
So fracture of the femoral neck came. 
With its complete set of pain and agony.

'She was previously well until 3 days ago when she fell down at her house..'
The specialist listened attentively but suddenly interrupted-
"Why did she wait for 3 days?!"
'Erm..', the houseman hesitated.
"Makcik, kenapa tunggu 3 hari baru nak pergi hospital?"
A direct question was asked straightly to her, but everyone already knows the reason.

'I am well and i can manage myself on my own'
'Being admitted to the hospital is a scary experience'
And many other reasons that she never disclose, I think.
Even to her children.

That's grandma.
I can understand how she feels when suddenly Allah made her ADL(activity daily living) dependent.
Post-operation, she hardly can do anything on her own.
Kata orang, alah bisa tegal biasa.
Tapi permulaan untuk menjadikan biasa itu, tidak mudah untuknya.

Surah Al-Isra', ayat 23-24 dibuka semula.

Kali ini, setiap bait firman Allah terasa begitu terkesan sekali.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah 'Wahai Tuhanku, Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa aku kecil"



Saat punya peluang untuk berbakti, rebutlah dengan segera.
Saat masih punya masa untuk membahagiakan, jadilah yang pertama untuk melakukannya.
Dengan rahmat Allah, ia boleh menjadi asbab untuk kita memasuki syurgaNya.

'YaAllah, dengan kasih sayangMu, berilah kesabaran kepadanya untuk berdepan dengan ujianMu. Jadikanlah dia sebagai hamba yang sentiasa bersyukur dan kuatkanlah semangatnya  untuk tidak pernah lelah beribadat kepadaMu setiap waktu. Jadikanlah kami, anak cucunya terpilih untuk membahagiakan dia selagi masih ada hayatnya. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat berharap..'

No comments: