Showing posts with label Ummah. Show all posts
Showing posts with label Ummah. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Rintihan Nuh

photo from generalwaruchi.blogspot
                              


Di dalam kalangan para Rasul, dia memiliki umur yang paling panjang.

Sebagaimana para Rasul yang lain, dia berdakwah kepada kaumnya siang dan malam.

Siangnya dia di kampung lain menyeru penduduknya agar mengesakan Allah, pada malam hari dia di tempat yang lain, setia menjalankan amanah yang sama seperti hari dan waktu sebelumnya.

Barangkali, jumlah pengikutnya antara yang paling sedikit berbanding rasul-rasul yang lain. Tempoh dakwah antara yang paling lama, bersama jumlah orang beriman yang paling sedikit.

Dia juga mempunyai keluarga. Namun tidak semua anak-anaknya beriman kepada agama yang dibawa oleh Nuh. Tak pernah ada sehari pun dia berputus asa untuk memujuk anaknya agar mengesakan Allah, hinggalah di saat-saat genting tatkala bah besar melanda, harapannya masih ada. Namun Allah lebih mengetahui, anaknya angkuh untuk teruskan pendakian ke tempat tinggi tetapi akhirnya gagal menyelamatkan diri.

Hati Nuh merintih.

‘Dia (Nuh) berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam.
Tetapi seruanku itu tidak menambahkan iman mereka, malah mereka lari daripada kebenaran.
Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka untuk beriman agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari ke telinganya dan menutupkan wajahnya dengan baju dan mereka tetap mengingkari dan sangat meyombongkan diri.”

Dia mengadu sepuas hati kepada Allah. Menangis semahunya merayu kepadaNya. Kebimbangan yang dibebani oleh Nuh teramat besar. Sama ada kaumnya beriman atau kafir, itu lah yang akan menjadi corak kepada generasi yang akan datang. Generasi yang beriman dan bersyukur dengan nikmatNya atau generasi yang tidak gentar melanggar perintah Tuhan. Allahuakbar..

Janji Allah pun berlaku. Langit melimpahkan kandungannya, dan bumi memancarkan airnya. Bah besar berlaku dengan sangat pantas. Tiada tempat berlindung, melainkan golongan yang telah dilindungi oleh Allah, di dalam bahtera bersama pelbagai jenis haiwan atas arahan Allah SWT.

‘Binasalah orang-orang yang zalim’.

JanjiNya disempurnakan, banjir surut seperti sediakala. Namun hati Nuh  tetap hiba terkenang anak tersayang yang turut sama ditimpa azab. Kesedihan dan harapan Nuh yang tidak berbelah bagi pada anaknya ditegur oleh Allah kerana memohon sesuatu yang tidak diketahui Nuh akan hakikat sebenarnya.

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran”.

********************************************************************************************

Surah Hud, 12: 25-49

Surah Nuh, surah ke 71 daripada mula sampai habis.

Adikku,

Mari muhasabah kisah Nuh yang mulia. Setiap barisan cerita dan rintihannya di dalam Al-Quran, setiap satunya memberi ibrah yang berbeza.

Suratul Hud berkisar berkenaan arahan Allah dan suasana yang berlaku ketika itu.

Suratul Nuh khusus berkenaan rintihan Nuh pada Allah, tiada kisah sirah walaupun seayat.

Ibrah yang sangat terkesan pada jiwa kita tentang kesungguhan Nuh menyampaikan dakwah- kecintaan Nuh pada keluarga dan kaumnya agar terselamat daripada azab Allah- fitrah manusia yang punya limitasi dan akhirnya kembali pada Sang Pencipta untuk memohon kekuatan- juga takdir-takdir Allah yang berada di luar pengetahuan kita sebagai hamba…

Hentikan tangisanmu, adikku. Allah sentiasa bersamamu. Orang-orang mukmin sentiasa bersamamu.

Mari, kita bersabar seperti Nuh. Berusaha seperti Nuh. Bertawakal juga seperti Nuh.

May Allah loves you more than I do.

Thursday, January 16, 2014

If only we follow him better



Assalamualaikum wbt

Tatkala kenangan kepada figur agung itu menggamit hati, terbayang bahawa akulah orang yang paling gembira jika dipertemukan Allah dengannya.

Setiap bait katanya adalah menasihati.
Setiap tindak tanduknya adalah mendidik.
Setiap tegurannya adalah mengajar untuk menjadi baik.

Andai Rasulullah SAW masih ada bersama kita, pasti setiap akhlak kita diperbetulkannya.
Andai baginda Rasul masih di sisi, pasti terubat setiap duka yang membebani di bahu ummat ini.

Ya Rasulullah, maafkan kami kerana masih belum cukup gigih mengamalkan pesananmu..


"Belajar dekat mana?".
"Dekat sini je, pakcik". Balasku pendek. Fikiranku ligat memikirkan pansystolic murmur yang didengari melalui stethoscope. Ternyata pakcik ini menyembunyikan masalah jantungnya daripadaku. Sedari tadi banyak soalan-soalan berbaur sinis yang ditanya kepadaku sepanjang clerking dan examination process. Kalau bukan kerana respiratory end of posting exam hari ini, he would never allow any medical student to approach him.

"Kenapa tak belajar di UK? Sebab result kamu tak lepas ya?"
"Kenapa kamu punya MARA pinjaman je? Kenapa kamu tak dapat biasiswa?"
"Pakcik sengaja tak beritahu kamu pakcik ada masalah jantung..pakcik nak tengok kamu dapat cari ke tak."
"Kenapa kamu cek semua ni? Doktor lain tak cek pun. Kamu ni masih banyak tak tahu rupanya.."

Dan lain-lain soalan dan komen daripadanya.

Saat itu saya terkenang, bagaimana Rasulullah SAW dapat bersabar dengan karenah seorang wanita tua buta berbangsa Yahudi setiap hari. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW setiap hari akan meluangkan masa untuk menyuap makanan kepada wanita tua ini, dan pada masa yang sama wanita ini akan terus-terusan menghina Rasulullah SAW, tanpa diketahuinya bahawa individu yang menyuap makanan di mulutnya adalah orang yang setiap hari dia hina.

Allahu akbar.

Imagine someone who has no blood relation with you, continuously condemning you while you're serving them.
Sungguh, sabar itu adalah di tahapan paling sukar pada saat yang pertama ia berlaku. Kesabaran yang diucapkan selepas amarah itu 'dilepaskan' tanpa sedar sebelum itu, bukan kesabaran yang sebenarnya dituntut.

"La taghdhob". Jangan marah. Begitulah nasihat Rasulullah SAW.

"Seorang Muslim (yang sempurna islamnya) itu ialah yang menyelamatkan orang islam lain daripada gangguan lidah dan tangannya."
(HR Bukhari dan Muslim)


Wallahua'lam.

If only we follow him better.
Salam Maulidur Rasul 1435H




Oh ya. Saya berjaya de tour komen2 pakcik ini akhirnya. Caranya adalah dengan mengajak dia untuk bercerita dan tunjukkan kekaguman dengan ceritanya. Surely he will cooperate after that :)

Saturday, December 28, 2013

Strength in what remains


I
Tak berkelip mataku memandang keadaan sekeliling menerusi tingkap kereta. 'This is real', bisik hatiku. Selama ini hanya mampu melihat di tv akan musibah yang menimpa mereka. Now here I am, in Kuantan bersama secebis kudrat untuk membantu. Lebih tepat lagi, aku datang untuk mengambil ikhtibar daripada mereka. 
Kami berhenti di sebuah rumah setingkat di Perkampungan Sungai Isap, antara kawasan yang paling terjejas disebabkan banjir yang berlaku awal bulan ini. Rumah ini sama seperti rumah-rumah lain di sekitarnya- ada timbunan baju kotor dan basah, longgokan sampah di luar pagar rumah berupa perabot rosak, buku-buku, bantal, tilam, kerusi, sofa dan lain-lain barang rumah yang rosak sepenuhnya dan ampaian yang dipenuhi dengan baju yang sempat dibasuh apabila kerja-kerja pembersihan rumah dimulakan. 
In that house I saw a mother of three was busy pulling a black, round plastic bag in front of her house. Her sons-I think they were around 5,4 and 2 years old were also busy playing with the water hose. Clearly that these kids were unable to help their mother to clean the house. Their father was off to work. And..this supermom who did the cleaning all alone before we came was actually pregnant. Around 6-7 months i think.

Guess how deep was the flood few days back? 
It was 6-feet in depth-around 180cm if we compared in height. I am totally drowned if I were there.
This family lost almost everything. In fact every affected family lost almost everything. It is as if you have to start your life all over again with nothing. I know I couldn't understand fully how did they feel as I've never been involved in such severe floods. (My first experience was during 2-day floods in Dublin where my house were also affected-the water level was above knee and it was freezing cold)

But I can see the strength in their eyes. I can feel the patience in their words. The strength that still exist, over what that remains. 

(While in Kuantan, news came out stating that our beloved Gaza currently affected with floods as deep as 7 feet and it's winter now. O'Allah, we seek refuge from You. Please protects our brothers and sisters over there..)


II
" Adik, cuba adik eja nama kakak ni..", ujar ibunya yang sedang duduk di sebelah katil berpagar putih itu. 
Si kecil itu mendongak ke arahku, lalu tersenyum. Lantas kuhulur name tag biru di leher. 
"H-U hu..D-A da...eh!" Perlahan dia mengeja. Dan seperti yang dijangka, dia terkejut usai mengeja namaku yang hanya punya dua suku kata. Sekali lagi dia mendongak memandangku. Kemudian memandang ke arah ibunya. Ibunya tersenyum. Dan aku sejak tadi tidak lekang tersenyum padanya. Ada sesuatu yang menggembirakan tatkala bertemu si kecil ni. 

"Nama kita sama la, Huda," ujarku sambil mencuit bahunya perlahan. Kali ini senyumannya lebih lebar, menampakkan barisan gigi yang putih. 

"Adik nanti dah besar, jadilah macam kakak Huda ni ya", sampuk ibunya di sebelah. 
"Akak, ada satu lagi yang sama...tarikh lahir anak akak Huda ni sama dengan tarikh lahir saya, 10 Oktober". Dua fakta ini sebenarnya yang membuatkan hatiku tertarik untuk mendekati katilnya sejak tadi. 
"Yeke? MashaAllah...kebetulan pula," balas ibunya sambil tergelak kecil. 

Perbualan diteruskan selepas itu. Sempat ku bermain seketika bersama si kecil Huda. Dia sepatutnya sudah berada di sekolah rendah, mengikut kronologi umurnya. Kelihatan perkembangan fizikalnya agak kecil jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sama umur dengannya. She suffered from a type of childhood illness* that need multiple admissions to the ward. Probably endless admission until Allah makes her recover fully. InsyaAllah she will recover, biiznillah. 

She played so happily, as if she is at home surrounded by toys and books. 
She might not be aware about how the future would be and how worry her parents were.
But here is she, in the hospital fighting for her fate by all means. 


*The illness would not be disclose due to patient confidentiality.



III

Terkedu saat membaca status rakan di Facebook.
Seorang pakcik yang sudah lewat usianya, dimasukkan ke dalam ward kerana excessive tiredness. Selepas darahnya diperiksa, paras hemoglobinnya serendah 4.4 g/dL. (Normal Hb level for men: 13-18 g/dL)
Saya pernah bertemu dengan pesakit with Hb level as low as 2 g/dL. Some people can tolerate the anaemia very well. But some people can’t. Usual presenting symptoms are excessive tiredness, shortness of breath, dizziness, pallor, headache and palpitations.
Bayangkan pada level Hb serendah itu, pastinya pakcik tersebut mengalami rasa penat yang amat sangat. Dan anaknya yang menjaga beliau saat dimasukkan ke hospital pada tengah malam terkejut apabila pakcik tersebut masih gigih bangun malam untuk menunaikan solat tahajjud. Yup, at that level of lethargy. In case blood transfusion had been given before that, the Hb level won't raise immediately over 1-2 hours.  

Allahu akbar.

******************************************************************************
Masih ingat lagi kisah ketika Perang Uhud?

(berikut adalah perkongsian daripada seorang murabbi yang saya kagumi)


PERISTIWA PERANG HAMRA’ UL-ASAD
Menurut Ibnu Ishak, yang telah dipetik oleh Dr Ali Muhammad Ash-Shalabi: 

“Perang Uhud telah berlaku pada hari Sabtu 15 Syawal. Pada keesokan harinya, yaitu hari Ahad, yaitu 16 Syawal, seorang penyeru Rasulullah menyerukan untuk menghadapi musuh (ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah SAW seusai Shalat Subuh telah menyuruh Bilal mengumumkan kepada segenap kaum muslimin bahawa Rasulullah SAW memerintahkan mereka untuk keluar menyongsong musuh). Yang dizinkan ikut serta oleh Rasulullah SAW hanyalah mereka yang telah ikut serta dalam Perang Uhud pada hari Sabtu (kelmarinnya). Kepergian Rasulullah SAW hanya ingin menakut-nakutkan musuh dan menyatakan bahawa apa yang telah menimpa mereka tidak menyebabkan mereka lemah untuk mengejar musuh mereka. 
Dr Abd Karim Zaidan juga telah mencatatkan dalam bukunya ‘Al-Mustafad min Qashash Al-Qur’an: 
“...Sa’ad bin Muadz selaku salah seorang pemimpin di kalangan Anshar menemui kaumnya dan menggerakkan (mobilisasi) mereka untuk keluar sedangkan semua mereka dalam keadaan luka.
Beliau berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan kalian untuk menentang musuh kalian!"
Usaid bin Hudhair, yang hendak mengubati tujuh luka di tubuhnya, berkata: “Kami mendengar dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya”. Diapun mengambil senjatanya dan meninggalkan ubatnya lalu bergabung dengan Rasulullah SAW.

Bani Salamah keluar dengan empat puluh orang perajurit yang semuanya masih luka, antaranya Ath-Thufail bin An-Nu’man dengan 13 luka dan Al-Harits bin Ash-Shamah dengan 10 luka. Mereka sampai di hadapan Rasulullah SAW. Apabila mereka sampai di hadapan Rasulullah SAW Baginda berdo’a: “Ya Allah, kasihanilah (ampunilah) Bani Salamah” 



Sahabat-sahabat Nabi ini mentaati perintah Rasulullah SAW tanpa sebarang bantahan.
Walau luka masih mengalir darahnya, dengan tenaga yang berbaki, mereka keluar menyahut seruan Allah dan RasulNya.
Benarlah seperti diskripsi Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat ayat 15, 

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
 hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, 
kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, 
serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka 
pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar
 (pengakuan imannya)"


Subhanallah. 
Cebisan iman yang masih hidup menjadi punca kekuatan golongan-golongan di atas untuk terus melangkah menghadapi kehidupan mereka.
Walau harta diragut sekelip mata, nikmat sihat ditarik dan anggota badan cedera teruk- mereka punya kudrat untuk kekal bertahan di atas takdir mereka.
Inilah dia, strength in what remains. Kekuatan yang dipunyai mereka, kesan daripada iman yang masih tertanam di jiwa.

'Sandarkan harapanmu pada yang kekal, kerana Dia masih mampu memberi saat seluruh manusia hilang segala-galanya'


Allahu a'lam.

Thursday, November 28, 2013

"They can see the difference"

Maybe since the war between Muslims who still have The Prophet Rasulullah SAW besides them with those who disobey Allah (the kuffar), they can see the difference.

And maybe since the First Crusade in 1095, they also saw the difference.

And during the war between Arab-Israel in 1948, they did see the difference.

What was it actually?

(Below was an extract from an article written by Almarhum Dr. Said Ramadhan Al-Buty, in The Muslim magazine entitled 'A lesson from the Battlefield'. It was a true story regarding the conversation between his friend who had been imprisoned during Arab-Israel war in 1948, with an Israel officer on the day his friend was being released)


(And this extract was published in a memoir entitled 'Desperately seeking paradise" written by Ziauddin Sardar)


"Can I ask you something for which I, as a fighter unable to get a satisfactory answer before this?",asked his friend.

"Go on. Maybe I can help you to answer it", replied the Israel officer.

"Why don't you attacked Sur Bahir?

*********************
(below is the Malay translation of the extract since I couldn't find the original English copy.)
            “Mengapakah anda tidak menyerang Sur Bahir?”.Sur Bahir adalah sebuah perkampungan berhampiran Jerusalem, yang dikelilingi oleh dua koloni yang kuat, iaitu Tell Buyut dan Ramat Rahel.
            “Soalan yang baik. Adakah anda inginkan jawapan secara jujur?”
            Rakannya mengangguk tanda setuju.
            “Kami tidak menyerang Sur Bahir kerana ia diduduki oleh ramai tentera sukarela daripada Ikhwanul Muslimin.”
            “Apa perbezaannya? Anda seringkali menyerang posisi lain yang dipertahankan oleh lebih ramai askar, dalam situasi yang lebih sukar bagi anda.”

            “Bezanya ialah sukarelawan daripada Ikhwanul Muslimin adalah sangat berbeza dengan pasukan biasa anda. Bagi mereka, berperang bukanlah suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di bawah suatu perancangan , taktik dan arahan yang diterima, tetapi suatu kenikmatan yang di mana mereka mengabdikan diri mereka dengan sepenuh jiwa raga. Dalam kehormatan ini, mereka sama seperti tentera kami yang berjuang demi Israel. Tetapi beza antara kami dan mereka ialah kami berperang untuk mencari negara untuk kami tinggal, dan mereka pula mahu mati! Untuk menyerang golongan yang bukan sahaja tidak takut kepada mati malah amat bersemangat untuk mati dengan penuh keghairahan, seperti mereka adalah kuasa jahat yang keluar untuk menentang sendiri umat manusia, dan untuk menyerang golongan sebegitu ibarat menyerang sebuah hutan yang penuh dengan binatang buas dan liar. Ia adalah risiko yang kami pilih untuk jauhi.”
            “Pada pendapat anda, apa yang telah mempengaruhi golongan ini sehingga mereka tidak gentar pada mati dan menjadi sepasukan tentera yang sanggup hadapi segala rintangan?”
            “Kesan kuasa magis dalam agama pada minda orang biasa ini,” balas pegawai Israel itu. “Orang-orang yang miskin itu masih lagi menjadi mangsa kepada bayangan indah syurga yang menanti mereka selapas mati, dengan susu dan madu, arak dan bidadari….Mereka adalah bahaya bukan sahaja kepada kami tetapi juga kepada anda terutamanya….”
            Sahabat itu memberitahu Almarhum Dr. Said Ramadhan bahawa beliau merasakan sangat teruja dengan perbualan itu, ‘seperti dilahirkan semula. Saya sedar bahawa kuasa kepada senjata tersimpan dalam konsep kepercayaan dan kematian suci demi agama’ Almarhum Dr. Said Ramadhan memberitahu para pembaca bahawa insiden tersebut telah mengubah hidup rakannya dan dia menjadi seorang muslim yang taat(dan, melalui tekaan, juga ahli Ikhwanul Muslimin). Saya (penulis, Ziauddin Sardar) mempunyai masalah besar dalam kepelbagaian ketaatan ini. Dalam mengakui keberanian pejuang Ikhwanul Muslimin, saya berpihak kepada pegawai Israel itu. 

********************************************

Yes, they can see the difference inside these Muslims who fights in the cause of Allah. Motivasi syurga mereka sangat jelas, seakan-akan syurga itu terlihat di hadapan mata. 
Datangkanlah apa sahaja, sedikit pun mereka tidak gentar. 
Subhanallah...

Seorang Muslim itu hakikatnya perlu berbeza dengan orang-orang sekelilingnya. 
Dia yang mempunyai jadual waktu yang berbeza, penampilan yang berbeza, topik perbualan yang berbeza dan impian-impian yang berbeza. 
Perbezaan-perbezaan ini yang akan melihatkan ke mana arah pengakhiran kita. Sama ada kita memilih dunia, atau memilih untuk bahagia di akhirat sana. 

Kepada saudara-saudaraku yang memilih untuk menjadi berbeza, ketahuilah bahawa Allah bersamamu!


Picture from monumen-books.com

Tuesday, October 29, 2013

Tick Tock





" Dua kaki seorang hamba tetap (tidak akan bergerak)
di padang Mahsyar, sehinggalah disoal tentang empat perkara: 
usianya yang dihabiskan, masa mudanya yang digunakan,
 harta bendanya;dari mana dan ke mana ia dibelanjakan,
 dan ilmunya dengan apa dilakukan".
(HR al-Bazar, Thabarani)

Tuesday, August 20, 2013

To you, from us

The last snatched phonecall came on Saturday as Fatima used a mobile phone to ring home, telling her father: "Papa, they are beating me, they are beating me." Moments later, the line abruptly went dead.

The siblings and their mother, Amina Mostafa, were on their annual holiday to Egypt when they were caught up in a protest that turned violent at Ramses Square in the centre of Cairo. Their distraught mother, who was not with the siblings at the time, is now making frantic efforts to get access to her children in custody. "On Friday, I heard from my daughter (Omaima) in the square. She said a plane dropped a bomb on them on the street. They entered the mosque and they prayed in the mosque and when they went out to go home everything was closed," said Mr Halawa.
"From 7pm to 7am, everything is stopped in Cairo at night. The underground was closed, there were no taxis running. She entered the mosque and then the army and the policemen came."
Mr Halawa said the latest news he had heard was that his children were being held in Tora Prison.
"They are in Tora in Cairo. A girl who was inside -- and she got out because her uncle is a big man in the police -- she was with them in the mosque. She said my daughters and my son were inside the prison with them. I phoned the Department of Foreign Affairs this morning and they told us they will meet them. I hope soon," he added.
"My wife is very worried. I'd like to see what I can do here before I go to Cairo next week."
The Department of Foreign Affairs said it was in "ongoing contact" with the Halawa family and the Egyptian authorities. Irish Ambassador to Egypt, Isolde Moylan, is leading the consular efforts.
Last week, the department updated its travel advice for Egypt, saying a state of emergency had been declared. In July, due to the ongoing civil unrest, it advised against non-essential travel to Egypt, except for the Red Sea resorts.
(news published by Irish Independent, 19th August 2013)
************************************************************************
It is not only because I know Fatima personally that makes me worried.
All of us have been worried and continuously making prayers for all our Muslim brothers and sisters since the first day of the coup. 
To the democratically elected Egypt Presiden Mohamed Mursi, may Allah protects him where ever he is.
To the people whom fighting for justice, Allah is with you, we are all with you and there is no other Helper except Allah. We've keep updating ourselves on the situation in Cairo, we cry together and pray together for your safety and victory. Verily, al-haq will be protected by Allah. 
To the people whom responsible for the coup, may Allah destroys all of your plan. You are so inhuman, killing the citizen who stood for justice in their own country. 
To the coward leaders whom wouldn't call this a coup, this world doesn't last long for you to stay in power. We are living for our after life, and it is either we win or we die to meet our Lord.
Hasbunallahi wa ni'mal wakil..

p/s: President Mursi detention's period has been prolonged, while Hosni Mubarak will be released. Not surprising..

Monday, July 8, 2013

Fire!


Sekiranya bilik yang anda sedang duduki sekarang terbakar, apakah yang akan anda lakukan?

‘Saya akan lari!’
‘Saya akan cari pemadam api yang warna merah tu lepas tu cuba padamkan api’
‘Saya ambil barang-barang saya kemudian lari ikut tangga. Lif tak boleh guna bila berlaku kebakaran!’
‘Saya akan cuba ambil air untuk padamkan’-Macam mana nak padamkan api dengan air?-‘Ambil la cawan lepas tu tuang pada api tu’.

Ini adalah respon yang didapati daripada beberapa orang yang ditanya soalan di atas. Jawapan yang terakhir adalah contoh orang yang mempunyai masalah untuk membuat keputusan yang logik (impaired judgement).

Soalan ini adalah sebahagian daripada Mental State Examination(MSE). MSE adalah salah satu penilaian yang akan dibuat kepada semua pesakit yang berjumpa doctor psikiatri-dan sebenarnya MSE boleh dibuat kepada sesiapa sahaja. No harm :)

Jika MSE ini dibuat pada semua orang, insyaAllah sebahagian besar daripada kita pasti mempunyai judgement yang tepat. (Maka ucapkanlah Alhamdulillah)

Namun daripada sudut yang lain, ramai daripada kita sebenarnya masih belum sedar bahawa kita sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang genting-segenting saat berada di dalam rumah yang terbakar. Cuma apinya saja tidak kelihatan!

Dunia Islam pada hari ini tidak pernah tenang dengan berita-berita yang mencemaskan. Musuh-musuh Islam tidak pernah rehat mencari jalan untuk menjatuhkan kesatuan ummah. Hakikatnya, kebatilan sedang membuat perancangan untuk menghancurkan kebenaran. Apa yang menyedihkan, apabila kesatuan ummah tercalar sehingga sesama Islam berbunuhan antara mereka, di saat itu musuh Allah bersorak keriangan.

‘Ah, itu mereka! Kita yang aman damai ini perlu pertahankan pula keamanan ini. Biarkan mereka selesaikan konfliknya sendiri’.
‘Maaf, saya tidak punya masa untuk semua itu. Masalah sendiri pun masih belum terurus!’.
‘Of course I care about them! But hey, don’t forget our plan to go to cinema tomorrow, okay?’

Hakikatnya sebahagian besar daripada kita masih lena. Seronok berada di fasa delta wave of the brain, di mana seseorang itu paling sukar digerakkan daripada tidur. Jika digerakkan pun tidak akan sedar sepenuhnya. Pada fasa ini, manakan mungkin perasan rumah yang didiami sedang terbakar. Maka begitulah keadaan kita. Masih enak menikmati keseronokan dunia yang dihidangkan oleh musuh-musuh Islam sehingga kita lupa pada mereka yang sedang berjuang menegakkan kebenaran, ditindas oleh kezaliman dan dibunuh atas nama mempertahankan kebebasan.

“Kita ni,”ujar seorang daripada rakan yang dikasihi,
“Perlu rasa bertanggungjawab untuk menjadi penggerak kepada ummah yang sedang lena ini. Kejutkan mereka, bahawa iman kita dalam kondisi yang sangat bahaya! Sedetik kita tinggalkan Allah, bertubi-tubi serangan daripada musuh Islam datang untuk melalaikan kita. Untuk menjauhkan kita daripada mengingati Dia. Hingga kita semakin jauh..dan jauh meninggalkanNya.

Maka bagaimana untuk menggerakkan ummah ini?

Kita sendiri yang perlu bangun dahulu dan menyedari bahawa kebakaran sedang berlaku, dan segera gerakkan mereka untuk lari menyelamatkan diri. Kita sendiri yang perlu ubah diri kita dahulu, kemudian seru mereka yang lain untuk turut menyelamatkan iman mereka. Jaga hubungan dengan Allah, pasti Dia akan menjaga kita dan menyelamatkan kita selagi mana kita cuba mendekatkan diri kepadaNya.”

Jangan jadi hambaNya yang mempunyai impaired judgement terhadap suasana yang berlaku di sekeliling kita. Serangan musuh Allah datang dari segala arah, keep updated and aware.


Sungguh, kaca mata iman bukan boleh diperolehi di mana-mana. Ia adalah hasil daripada mengenaliNya dan menjaga diri daripada apa-apa yang menjadi laranganNya.



Tuesday, April 30, 2013

Nangis



Nangis.

"Is it painful, sayang?"
"Are you comfortable?"
"Is there anything I can do for you?"

Tangisannya semakin rancak.
Ubun-ubunnya turun naik, 
tiap denyutan meresahkan setiap mata yang menatap.

Di sebalik tangisan yang mengharukan itu, 
Ada duka yang tidak terluah.
Ada kecewa yang tidak tampak.
Ada derita yang tidak tersudah.

Ah, masakan dia mengerti!
Pada umurnya, hanya tahu bermain,
makan, minum, tidur,
dan nangis.

Ya Allah, kalaulah panjang umurnya di dunia, 
Kumohon padamu agar dia diberi kekuatan sabar,
Dan keindahan tawakalnya kepadamu.
Peliharalah dia daripada kezaliman hamba-hambaMu,
yang saban hari ditipu syaitan laknatullah
untuk terus-terusan mengingkariMu..

Nangis.




****************************************************************

Bulan lalu hati saya cukup terganggu melihat teenage pregnancy.
Bulan ini, lebih terganggu melihat bayi tak sah taraf yang sakit, dan lebih malang lagi dia ditinggalkan oleh ibunya.
Allahu akbar... :'(
Ke mana pergi rasa belas kasihan yang sepatutnya ada dalam setiap hati manusia?
Ke mana pergi rasa kemanusiaan dalam hatinya?
Sungguh, hari ni syaitan laknatullah bersorak gembira.
Satu lagi hamba Allah tersungkur di persimpangan dunia. 

Dari Abu Hurairah RA, 
'Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Allah menjadikan rahmat itu 100 bahagian, yang 99 ditahan di sisiNya, dan satu bahagian diturunkan ke permukaan bumi. Daripada 1 bahagian itulah semua makhluk berkasih-sayang sehingga binatang itu mengangkat kakinya kerana khuatir kalau-kalau terpijak anaknya"

Rahmat Allah itu masih ada.
Kasih sayang makhluk juga masih ada, kalau bukan daripada ibunya sendiri, Allah akan hantar insan lain untuknya, yang mulia seperti makcik yang sedang menjaganya kini.
Kepada ibunya, kudoa agar Allah beri kesempatan untuk segera bertaubat sebelum terlambat.
Kembali semula kepada Allah, sesungguhnya Dia sebaik-baik tempat untuk kembali.

Semoga Allah pelihara iman kita daripada perkara-perkara yang dimurkaiNya.
Semoga Allah pelihara setiap anggota kita daripada terjerumus ke dalam kehinaan.
Semoga Allah beri kekuatan untuk berjihad melawan hawa nafsu manusia yang tidak pernah lelah untuk bertempur dengan kondisi iman kita.


(This baby, Y, was born pre term, and her mother only seek medical attention after 2hours bleeding. [bleeding during pregnancy is never normal!]She had bleeding inside her brain while she was admitted to neonatal ICU, which cause her to have hydrocephalus subsequently. Until now the identity of the mother is not known to the caretaker, and they are unable to get in touch with this mother.)




Tuesday, December 4, 2012

Shocking....UN vote changes nothing

Assalamualaikum wbt

Allahu akbar, I wish I could write more on this news but insyaAllah will do after I've done my exams next week. Need to prioritize my time, though at the same time I still want to keep updated with the issues.


Firstly, read this article: 


"Pertamanya, bagi mendapat taraf sebagai sebuah “negara pemerhati” semua pihak termasuk PA harus bersetuju dengan satu persempadanan negara, kerana tidak akan pernah wujud sebuah negara tanpa sebarang garisan fizikal sempadan. Dalam isu Palestin, perkara ini sudah pasti akan bersandarkan kepada apa yang disebut sebagai sempadan pra-perang 1967. Apakah Palestin sebenarnya bermula daripada tarikh keramat itu? Inilah jerangkap samar yang Yahudi sangat ingin PA terjun ke dalamnya sambil memejamkan mata rapat-rapat.
Pengiktirafan daripada PBB ini juga bermakna PA harus menghadiahkan sebuah pengiktirafan balas kepada hak sebuah negara yang dinamakan sebagai Israel yang akan akhirnya membolehkan mereka terus bertapak di atas 80-90% bumi Palestin yang dibolotinya dengan sokongan padu PBB pada masa itu. Jika inilah kesan dan akibatnya dengan pengiktirafan yang diterima oleh PA pada 29 November 2012 itu, maka ia adalah suatu jenayah dan pengkhianatan yang maha besar ke atas rakyat Palestin dan seluruh umat Islam yang sudah tentu akan membawa akibat yang amat memeritkan nanti bukan saja kepada Palestin tetapi kepada umat Islam sedunia."
Then, another journalist also discussed the same issue: 
"Already, the bait-and-switch has happened. Just a day after the UN vote, Abbas poured cold water on any such hope. "We now have the right to appeal the ICC, but we are not going to do it now and will not do it except in the case of Israeli aggression," Abbas told reporters. While Palestinians in Gaza still mourn, and those in the West Bank struggle to retain their land as Israel and its settlers steal it, the ostensible Palestinian leader sees no Israeli "aggression"."
With a video from Youtube by the same journalist:


Lets analyze the issue. 
Pemahaman terhadap isu ini sangat crucial pada semua umat Islam.

Monday, December 3, 2012

Diffusion of Responsibility







I've just knew that psychologist do have a term for this condition. Diffusion of responsibility, are the threat to all society in the world. It is YOU who will choose to make this world a better place. And surely what you give is what you get back.

I've been analyzing this condition recently, and unfortunately have to accept that nothing much can be done to change the mind of our society to NOT be just a bystander.
Not before something bad happen to people near us/that we know, then only people would care.



"Diffusion of responsibility is the idea that people are less likely to intervene to help someone who seems to need it if there are others present, because they perceive responsibility as being shared between all present, and therefore see themselves as being less responsible personally.

When alone, individuals are responsible for deciding how to respond appropriately to a situation. But when there are others present, we look to them for guidance, especially when an unusual or novel event is occurring, (such as an emergency). Unfortunately, this can cause everyone in the situation to assume that nothing needs to be done, if no one else is doing anything at the moment (an effect referred to as “pluralistic ignorance”)."

More info at: here


And i couldn't see any other solution that would perfectly encourages me to be out of the norm than what Al-Quran and Prophet Muhammad SAW had taught before. 

"Fastabiqu khairat, berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan!"

Yes, bravery is one thing to be develop. If you don't have the gut to approach the people in need, get help from the authorities.

I think this is another reason why I choose to become a doctor. It gives me the feeling that I am useful to my society. In any medical emergency moment where I happen to be there, I can offer some help. Although my knowledge may be limited, but at least I have some idea on the acute management of the patient on the scene. 

Anyway, do think about this psychology theory and reflect back with what we've seen in our daily living.

Lets make world a better place!


p/s: dalam dakwah sendiri pun, kita kena selamatkan semua orang, kan?? come come, lets do something walaupun sedikit!


Sunday, November 18, 2012

Rainbow after rainfall



After Every Rainfall Must Come A Rainbow by Outlandish


Some people in our world today
Can dream and wonder why
Some people in our world today
Can only wait to die
Empty my conscience for your love
A bouncing finger lets me know I’m alive
& its still rains outside my window
Rains outside my window
Still rains outside my window

Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

Some got it bad, some got it worse

Life can sometimes feel so absurd
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow

Uh
Some people got it bad
Sum people got it worse
Since the day of the birth
Everyday end of earth
Live to die another day
Sure I say “congratulations”
But désolé
If the roof should come down today
Rest assure I’m there to wipe away the dirt with pure intention
Some corrupt
Brought a lil bag of hope
What’s up (?)

Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall
Must come a rainbow.

Some got it bad, some got it worse
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

I can’t run, I can’t hide
The struggle only makes us stronger tonight

If I don’t find u here
Said if I don’t find u here
I hope to find u way up there

Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

Some got it bad, some got it worse
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

Ansoo hain, behne do
[TRANSLATION:]
they're tears, let them fall


Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

despues de cada gota sale el sol
despues de cada nota una cancion
[TRANSLATION:]
after each drop the sun rises, 

after each note a song

Cuz after every rainfall must come a rainbow.

****************************************************************



They wrote this song during the Pakistan's earthquake.
And I remembered this song when today, Gaza is being attacked by the Israeli again. 

Janji Allah itu bakal terjadi, dan saya, sebagai saudara yang jauh beribu batu tidak mahu ketinggalan dalam perjuangan mereka. Biarpun tidak mampu menyumbang tenaga fizikal, banyak lagi medium lain yang boleh saya gunakan untuk terus-terusan menghidupkan isu ini agak orang sekeliling aware dengannya. 

Tiada guna hanya berharap. Do something for them.



 "Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." 
(Surah Al-Fath, 48: 3-4)



p/s: sedang berjihad di medan kecil, sedangkan mereka berjihad di medan yang lebih besar dan nyata.