Saturday, February 13, 2010

U've grown up!

"When was actually our last time together?"

"When will you come here to meet me?"(vice versa, when will I go to visit you in cork?hehe=D)

"When will we gather back, and create those memories that we used to be for the last two years?"

And for today, YOU'VE GROWN UP!!

And I just can't hug you from here~

Well, turning 20 is a nice thing anyway!=)


As you will realized how your surroundings expect you to change to become an adult, how you should behave and act ;)

So, Happy 20th Birthday To Ain!!


May Allah loves you more than I do.

Uhibbukifillah=)



p.s: to Amalina Ma'amon if you are reading this, please forgive my housemates-they left my souvenirs that I bought from London for you and Ain(bcoz they were in hurry when they left for Galway). And fyi, our birthday in Hijri calendar is approaching~=)

Sunday, February 7, 2010

Tarbiyah tanpa laptop

Menulis post ini, menyebabkan saya benar-benar teringat post saya pada awal semester pertama dahulu: tarbiyah tanpa internet

Kali ini, permulaan semester kedua yang akan bermula pada esok hari akan menjadi-tarbiyah tanpa laptop.

Post ini saya tulis bukan berniat untuk meraih simpati, membesar-besarkan cerita, atau sebagainya. Saya tulis ini agar orang-orang yang berurusan dengan saya sedia maklum akan kekurangan ini, maka saya pohon seribu kemaafan jika kalian tertunggu-tunggu, tertanya-tanya atau apa sahaja jika saya lewat/tidak memberi respon pada isu yang memerlukan respon/jawapan saya dengan segera.

Ini adalah ujian Allah buat diri saya yang masih lemah dalam menggapai cintaNya. Allah sedang menguji sejauh mana saya lebih mengutamakanNya daripada kecintaan kepada dunia. InsyaAllah, Allah akan gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Buat Siti Shafarwati dan Aisyah Ismail yang menanti post Pencarian II: UK, maaf rasanya saya tidak dapat meneruskan hajat saya untuk menyambung post tersebut kerana kekangan ini. Tapi jangan risau, andai ada rezeki untuk kita saling menghubungi, akan saya kongsi kisah-kisah kami yang penuh dengan unsur berdikari, kesabaran, kekuatan, kerinduan yang menyulam sepanjang jaulah kami.

Pasti anda tertanya-tanya ke mana menghilang laptop saya. Laptop saya menjadi mengsa kes kecurian. Tetapi tidak perlu saya ceritakan details nya di sini. Semua kekuatan yang saya perolehi untuk terus menempuh hari-hari mendatang di bumi asing ini, semuanya datang dari Allah. Allah sahaja tempat kami memohon perlindungan..insyaAllah, ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Moga tiada rasa sedih, kesal dan kecewa di atas kehilangan perkara dunia ini.

Maka, kembalilah saya ke zaman di mana pelajar-pelajarnya tidak memiliki laptop, dan lebih banyak menulis sendiri perkara-perkara penting pada kertas. Dan saya juga kembali seperti mana ketika semester 1 dahulu, iaitu check email through handphone again=)

"Sesungguhnya selepas kesusahan, ada kesenangan"


Khusus buat IPIS yang dalam perancangan untuk membuat meeting aktiviti 2010 dalam masa terdekat ni, saya yang sedang menanti respond dari kalian ingin memohon maaf jika kalian pula yang terpaksa menanti respond saya.
Juga YahooGroups dan segala groups yang berkaitan dengan saya, maaf sekali lagi.

Jika kalian sulit untuk menghubungi saya secara online, atau memerlukan respond saya dengan segera, sila hubungi saya menerusi nombor handset saya instead of menggunakan YM, Skype,Facebook etc.

Doakan supaya Allah beri kami kekuatan dan keberanian untuk menempuh cabaran-cabaran di hari mendatang. InsyaAllah.



"Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah akan sempurnakan sabarnya dan memasukkannya ke dalam syurga mana yang dia suka..orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah swt tanpa dia membawa dosa sedikit pun...."


Ini baru sedikit....

Friday, February 5, 2010

mimpi yang sama


Terdetik hati untuk menulis post khusus buat sahabat tercinta, rakan sepermainan sejak kecil, teman di kala suka dan duka, saudara seIslam di daerah tarbiyah, rakan musafir ketika mencari redhaNya, dan moga kekal menjadi teman hingga ke syurga insyaAllah...

Khusus buatnya, dari kalangan teman-temanku di Perak yang sangat-sangat kurindu...Aimi, Asila, Fukaihah,Nawar,Izzati dan-orang yang sedang saya perkatakan sekarang,iaitu Nurul Iman.

Khusus untuknya, yang bakal mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2010 ini di Ipoh, sebagai orang yang pertama dalam group halaqah kami yang bertukar status dan saya satu-satunya yang tidak dapat hadir untuk membantu walimah Iman nanti. InsyaAllah, doa saya panjatkan dari kejauhan, moga Allah berkati kalian berdua, moga sentiasa dikelilingi kasih sayang dan rahmat Allah.

(Nawar, hah, zati, emi n clah, amik gambar byk2 tau!!=D)

***********************

Pencarian cinta mereka, adalah kerana mimpi yang sama.


Bukanlah mimpi yang menjadi mainan tidur kita sehari-harian, tetapi adalah mimpi yang masing-masing sedang berusaha untuk menggapainya.

Mimpi, atau impian menggapai redha Allah di dunia dan akhirat.

Saya tahu, tidak mudah baginya untuk membuat keputusan ini kerana perkahwinan, bukan suatu perkara yang boleh difikirkan dengan tergesa-gesa. Sebuah perkahwinan itu, perlu mempunyai matlamat yang jelas, kefahaman yang jernih, dan persediaan yang rapi untuk meniti hari-hari kemudian yang penuh cabaran dan dugaan.

Moga Allah satukan hati mereka dalam kecintaan kepadaNya, dan memberkati mereka hingga ke syurga,aminn.

Perkahwinan mereka juga, sebagai penerus dalam perjuangan di arena dakwah dan tarbiyah, penguat dan pembantu antara satu sama lain untuk lebih istiqamah di jalanNya. Ya Allah, tetapkanlah mereka di jalanMu...

Mimpi-mimpi mereka, yang juga merupakan mimpi-mimpi kita, bukan dibina ketika terdetik hati untuk mendirikan rumah tangga. Bukan tercipta secara tiba-tiba tanpa pucuk pangkalnya, tetapi tertulis di hati, disulam petunjuk dariNya selagi mana Allah Maha Pengasih masih bersama, selagi mana hati dan jiwa kita kekal dalam ketaatan kepadaNya.

Moga kalian sentiasa diberkati oleh Allah, dilimpahi mawaddah wa rahmah hingga akhirnya..moga sahabatku lebih teguh menghadapi hari-hari mendatang di samping suami tercinta.


Pesan Iman kepada kami, pilihlah yang mempunyai mimpi yang sama. Agar mimpi-mimpi itu tercapai di titik akhir perjalanan kita.

Insya Allah....


Thursday, January 28, 2010

Cuti, dan pencariannya I

Saya sedang bercuti ketika ini. Dua minggu, dan terasa sungguh bahawa jika tersalah isi, maka rugilah saya.

Cuti, kadang kala membuatkan saya kehilangan hati.

Maka post ini ditulis, ketika saya sedang mencari ke mana hilangnya hati saya selepas selesai menjalani peperiksaan semester pertama.

Dalam pencarian ini, Allah temukan saya dengan sahabat yang sangat saya rindui iaitu Siti Shafarwati ketika saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Republik Czech. Alhamdulillah=)

Siti juga sedang mencari hatinya dalam kesibukan menghadapi peperiksaan beberapa hari sahaja lagi, dan pertemuan dengannya membuat saya tersedar bahawa ukhwah fillah- penyatuan hati manusia kerana Allah adalah penguat bagi jiwa-jiwa yang lesu.

Ya Allah, kuatkanlah hati kami dalam menjalani kehidupan seharian kami, dan tetapkanlah kami di jalan yang lurus...

Pencarian diteruskan, dan saya dapati betapa tidak bersyukurnya kami yang berada di Dublin apabila terasa bosan terpaksa menjadikan ayam sebagai menu harian memandangkan harga ikan yang agak mahal, dan kurang segar.

Rakan-rakan di Czech, perlu menunggu berminggu-minggu untuk bekalan ayam sampai dan stok ayam adalah terhad menyebabkan mereka perlu berpuas hati dengan ikan beku, telur dan salami(ya, salami juga dengar cerita hanya terdapat di Prague). Mungkin ini adalah kisah terpencil, tetapi hakikatnya setiap apa yang Allah beri kepada kita walau sekecil mana, harus kita syukuri. InsyaAllah kita akan menjadi orang-orang yang beruntung...

Selepas ini, kami insyaAllah tidak akan merungut lagi apabila kehabisan idea untuk mempelbagaikan masakan ayam untuk mengelakkan kebosanan.


Tetapi tidak tahu di mana, rasanya saya belum ketemu hati saya sepenuhnya di sini. Ya Allah, bimbang ujian kesenanganMu melalaikan aku dalam mencari redhaMu...


Selepas ini, pencarian akan diteruskan apabila saya menjejakkan kaki ke bumi UK bermula Sabtu ini.

Dan post ini akan bersambung.


"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,tetapkanlah hati kami dalam agamaMu, dalam ketaatan kepadaMu, dan di dalam berjihad di jalanMu...."

Sunday, January 3, 2010

Uncle percaya Allah?

"Dik...jangan lupa Tuhan Allah ya. Mesti taat pada Dia", ujar uncle itu dengan tenang.

Tersentak kami seketika.

"Uncle percaya Allah?", tanya kami serentak.

"Mesti lah uncle percaya..Allah yang ciptakan semua benda ni..," jawab uncle tersebut.

"Tapi uncle percaya juga la Tuhan lain?," tanya kami lagi.

"Ya, mesti percaya juga..,"balas uncle itu lagi.

Ohh. Kami mengangguk faham.

*******************
Perbualan itu mengakhiri pertemuan kami dengan uncle berbangsa India, yang sedang terbaring di Wad Paliatif(Palliative Ward) di Hospital Ipoh. Wad ini menempatkan pesakit-pesakit kanser tahap akhir(end stage cancer) dan uncle tersebut mengidap penyakit kanser tulang.

Nampaknya, uncle ini generalize kan penggunaan nama Allah.

Isu penggunaan nama Allah yang diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mengingatkan saya tentang peristiwa ini. Sesungguhnya, saya menolak mentah-mentah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dasar menjaga kesucian agama Islam dan konsep ketuhanan yang dibawa oleh Rasulullah, iaitu Allah Yang Esa.

Dan saya menyokong tindakan pihak-pihak seperti JPM yang akan membuat rayuan kepada pihak mahkamah mengenai isu ini, agar akhbar Herald tidak lagi boleh menggunakan perkataan Allah untuk tuhan mereka.

Bagi mereka, ini adalah berita gembira : Allah For All(sila click)

Maha Suci Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, Tuhan yang Esa.

Cabaran bagi dakwah Islamiah, apabila masyarakat mula menganggap dakwah kita adalah sama seperti dakwah agama lain juga, apabila sama-sama menggunakan nama Allah.

Cabaran untuk kita sebagai muslim, untuk betulkan kembali kefahaman masyarakat mengenai Islam dan monotheism, dan muhasabah juga kepada diri-apakah kita kisah dengan isu ini?

Jika benar mengakui Allah sebagai Tuhan, maka ikutlah firmanNya dalam surah Al-Maidah, ayat 3:

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, dan telah Aku redha Islam sebagai agamamu."


Ayat di atas, Allah menggunakan kalimah 'islama deena'.

Dalam firman lain, Surah Ali Imran ayat 83:

"Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang ada di bumi berserah diri kepadaNya.."


(Ah, isu ini benar-benar mengingatkan ku akan pengisian yang pernah kuterima mengenai tajuk 'Takrif Islam'. Ku tidak boleh menulis panjang kerana ada tuntutan jihad yang perlu kuselesaikan dalam tempoh terdekat ini.)


Bagi saudaraku seIslam yang lain, mari kita mantapkan kefahaman kita mengenai Islam. Biar setiap isu itu, menjadi ibrah (pengajaran) kepada kita semua, dan peringatan daripada Allah tentang rapuhnya keimanan kita terutama di dalam bab akidah.

Moga Allah pelihara hati kita semua daripada anasir luar atau serangan pemikiran yang ingin melemahkan kita semua.