Sunday, January 3, 2010

Uncle percaya Allah?

"Dik...jangan lupa Tuhan Allah ya. Mesti taat pada Dia", ujar uncle itu dengan tenang.

Tersentak kami seketika.

"Uncle percaya Allah?", tanya kami serentak.

"Mesti lah uncle percaya..Allah yang ciptakan semua benda ni..," jawab uncle tersebut.

"Tapi uncle percaya juga la Tuhan lain?," tanya kami lagi.

"Ya, mesti percaya juga..,"balas uncle itu lagi.

Ohh. Kami mengangguk faham.

*******************
Perbualan itu mengakhiri pertemuan kami dengan uncle berbangsa India, yang sedang terbaring di Wad Paliatif(Palliative Ward) di Hospital Ipoh. Wad ini menempatkan pesakit-pesakit kanser tahap akhir(end stage cancer) dan uncle tersebut mengidap penyakit kanser tulang.

Nampaknya, uncle ini generalize kan penggunaan nama Allah.

Isu penggunaan nama Allah yang diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mengingatkan saya tentang peristiwa ini. Sesungguhnya, saya menolak mentah-mentah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dasar menjaga kesucian agama Islam dan konsep ketuhanan yang dibawa oleh Rasulullah, iaitu Allah Yang Esa.

Dan saya menyokong tindakan pihak-pihak seperti JPM yang akan membuat rayuan kepada pihak mahkamah mengenai isu ini, agar akhbar Herald tidak lagi boleh menggunakan perkataan Allah untuk tuhan mereka.

Bagi mereka, ini adalah berita gembira : Allah For All(sila click)

Maha Suci Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, Tuhan yang Esa.

Cabaran bagi dakwah Islamiah, apabila masyarakat mula menganggap dakwah kita adalah sama seperti dakwah agama lain juga, apabila sama-sama menggunakan nama Allah.

Cabaran untuk kita sebagai muslim, untuk betulkan kembali kefahaman masyarakat mengenai Islam dan monotheism, dan muhasabah juga kepada diri-apakah kita kisah dengan isu ini?

Jika benar mengakui Allah sebagai Tuhan, maka ikutlah firmanNya dalam surah Al-Maidah, ayat 3:

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, dan telah Aku redha Islam sebagai agamamu."


Ayat di atas, Allah menggunakan kalimah 'islama deena'.

Dalam firman lain, Surah Ali Imran ayat 83:

"Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang ada di bumi berserah diri kepadaNya.."


(Ah, isu ini benar-benar mengingatkan ku akan pengisian yang pernah kuterima mengenai tajuk 'Takrif Islam'. Ku tidak boleh menulis panjang kerana ada tuntutan jihad yang perlu kuselesaikan dalam tempoh terdekat ini.)


Bagi saudaraku seIslam yang lain, mari kita mantapkan kefahaman kita mengenai Islam. Biar setiap isu itu, menjadi ibrah (pengajaran) kepada kita semua, dan peringatan daripada Allah tentang rapuhnya keimanan kita terutama di dalam bab akidah.

Moga Allah pelihara hati kita semua daripada anasir luar atau serangan pemikiran yang ingin melemahkan kita semua.

4 comments:

itana said...

nice one huda.
here, this is the reality dat i'm facing. all religions here is using the term 'Allah' for their god. realization came to me that it's our duty utk mensucikan kalimah Allah tu sndri. for islam, it's a divine term. masya allah :)

alhuda said...

subhanallah.
memang mengetuk hati sendiri kalau sy di tempat anda.
yup, it's our duty to lets the conversation begin(mcm tajuk post aisyah=D) and keep it rolling.how?jump into the society BUT 1st, we must hv the knowledge.

Allahu akbar.
lailahailallah.

sahabiat said...

sgt terkejut bila diluluskan penggunaan nama tue..
nampaknya kita perlu kerja kuat lagi...!!
sama-sama nak capai UA..

p/s: bimbang jugak klo2 adik2 pun terkonfius dgn kalimah Allah tue..
bahaya :|

alhuda said...

ya, bahaya!

soal akidah-bukan isu kecil.


p/s:saya syukur ramai yg bersuara mgenai hal ini.scholars2 pun kluarkan dalil2 yg menyokong bhwa Allah hnya utk muslim.yg terpinga2, akan search pucuk pangkal cerita dan memahami mgpa ia tidak boleh.

pendek kata-Muslim sama2 bangkit utk bersatu, tidak ketinggalan yg mendalami ilmu.alhamdulillah.