Friday, February 5, 2010

mimpi yang sama


Terdetik hati untuk menulis post khusus buat sahabat tercinta, rakan sepermainan sejak kecil, teman di kala suka dan duka, saudara seIslam di daerah tarbiyah, rakan musafir ketika mencari redhaNya, dan moga kekal menjadi teman hingga ke syurga insyaAllah...

Khusus buatnya, dari kalangan teman-temanku di Perak yang sangat-sangat kurindu...Aimi, Asila, Fukaihah,Nawar,Izzati dan-orang yang sedang saya perkatakan sekarang,iaitu Nurul Iman.

Khusus untuknya, yang bakal mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2010 ini di Ipoh, sebagai orang yang pertama dalam group halaqah kami yang bertukar status dan saya satu-satunya yang tidak dapat hadir untuk membantu walimah Iman nanti. InsyaAllah, doa saya panjatkan dari kejauhan, moga Allah berkati kalian berdua, moga sentiasa dikelilingi kasih sayang dan rahmat Allah.

(Nawar, hah, zati, emi n clah, amik gambar byk2 tau!!=D)

***********************

Pencarian cinta mereka, adalah kerana mimpi yang sama.


Bukanlah mimpi yang menjadi mainan tidur kita sehari-harian, tetapi adalah mimpi yang masing-masing sedang berusaha untuk menggapainya.

Mimpi, atau impian menggapai redha Allah di dunia dan akhirat.

Saya tahu, tidak mudah baginya untuk membuat keputusan ini kerana perkahwinan, bukan suatu perkara yang boleh difikirkan dengan tergesa-gesa. Sebuah perkahwinan itu, perlu mempunyai matlamat yang jelas, kefahaman yang jernih, dan persediaan yang rapi untuk meniti hari-hari kemudian yang penuh cabaran dan dugaan.

Moga Allah satukan hati mereka dalam kecintaan kepadaNya, dan memberkati mereka hingga ke syurga,aminn.

Perkahwinan mereka juga, sebagai penerus dalam perjuangan di arena dakwah dan tarbiyah, penguat dan pembantu antara satu sama lain untuk lebih istiqamah di jalanNya. Ya Allah, tetapkanlah mereka di jalanMu...

Mimpi-mimpi mereka, yang juga merupakan mimpi-mimpi kita, bukan dibina ketika terdetik hati untuk mendirikan rumah tangga. Bukan tercipta secara tiba-tiba tanpa pucuk pangkalnya, tetapi tertulis di hati, disulam petunjuk dariNya selagi mana Allah Maha Pengasih masih bersama, selagi mana hati dan jiwa kita kekal dalam ketaatan kepadaNya.

Moga kalian sentiasa diberkati oleh Allah, dilimpahi mawaddah wa rahmah hingga akhirnya..moga sahabatku lebih teguh menghadapi hari-hari mendatang di samping suami tercinta.


Pesan Iman kepada kami, pilihlah yang mempunyai mimpi yang sama. Agar mimpi-mimpi itu tercapai di titik akhir perjalanan kita.

Insya Allah....


4 comments:

Dr@imi said...

ai ai sir!!!hehe..insyaALlah..akan capture all those beautiful moments sebanyak2nya^^!!

alhuda said...

hehehe!!!nanti huda nak tgk!!yeay\(^^)/
suke2~~

Nawwar Mumtazah @ Nawwar Azizi said...

baik!!! hehhe..(^^)
huda jgn riso ktorg p rewang kat umah iman t..huhu
x sabo nak p jumpa iman....



p/s:huda, mai pun dah p new zealand..

alhuda said...

hehe jeles sgt kot korang boleh ade kt situ~~huhuhu....

tenangkan iman tau.mesti die nervous!=D