Sekiranya bilik yang anda sedang duduki sekarang terbakar,
apakah yang akan anda lakukan?
‘Saya akan lari!’
‘Saya akan cari pemadam api yang warna merah tu lepas tu
cuba padamkan api’
‘Saya ambil barang-barang saya kemudian lari ikut tangga.
Lif tak boleh guna bila berlaku kebakaran!’
‘Saya akan cuba ambil air untuk padamkan’-Macam mana nak
padamkan api dengan air?-‘Ambil la cawan lepas tu tuang pada api tu’.
Ini adalah respon yang didapati daripada beberapa orang yang
ditanya soalan di atas. Jawapan yang terakhir adalah contoh orang yang
mempunyai masalah untuk membuat keputusan yang logik (impaired judgement).
Soalan ini adalah sebahagian daripada Mental State
Examination(MSE). MSE adalah salah satu penilaian yang akan dibuat kepada semua
pesakit yang berjumpa doctor psikiatri-dan sebenarnya MSE boleh dibuat kepada
sesiapa sahaja. No harm :)
Jika MSE ini dibuat pada semua orang, insyaAllah sebahagian
besar daripada kita pasti mempunyai
judgement yang tepat. (Maka ucapkanlah Alhamdulillah)
Namun daripada sudut yang lain, ramai daripada kita
sebenarnya masih belum sedar bahawa kita sebenarnya sedang berada dalam keadaan
yang genting-segenting saat berada di dalam rumah yang terbakar. Cuma apinya
saja tidak kelihatan!
Dunia Islam pada hari ini tidak pernah tenang dengan
berita-berita yang mencemaskan. Musuh-musuh Islam tidak pernah rehat mencari
jalan untuk menjatuhkan kesatuan ummah. Hakikatnya, kebatilan sedang membuat
perancangan untuk menghancurkan kebenaran. Apa yang menyedihkan, apabila
kesatuan ummah tercalar sehingga sesama Islam berbunuhan antara mereka, di saat
itu musuh Allah bersorak keriangan.
‘Ah, itu mereka! Kita yang aman damai ini perlu pertahankan
pula keamanan ini. Biarkan mereka selesaikan konfliknya sendiri’.
‘Maaf, saya tidak punya masa untuk semua itu. Masalah
sendiri pun masih belum terurus!’.
‘Of course I care about them! But hey, don’t forget our plan
to go to cinema tomorrow, okay?’
Hakikatnya sebahagian besar daripada kita masih lena.
Seronok berada di fasa delta wave of the brain, di mana seseorang itu paling
sukar digerakkan daripada tidur. Jika digerakkan pun tidak akan sedar
sepenuhnya. Pada fasa ini, manakan mungkin perasan rumah yang didiami sedang
terbakar. Maka begitulah keadaan kita. Masih enak menikmati keseronokan dunia
yang dihidangkan oleh musuh-musuh Islam sehingga kita lupa pada mereka yang
sedang berjuang menegakkan kebenaran, ditindas oleh kezaliman dan dibunuh atas
nama mempertahankan kebebasan.
“Kita ni,”ujar seorang daripada rakan yang dikasihi,
“Perlu rasa bertanggungjawab untuk menjadi penggerak kepada
ummah yang sedang lena ini. Kejutkan mereka, bahawa iman kita dalam kondisi
yang sangat bahaya! Sedetik kita tinggalkan Allah, bertubi-tubi serangan
daripada musuh Islam datang untuk melalaikan kita. Untuk menjauhkan kita
daripada mengingati Dia. Hingga kita semakin jauh..dan jauh meninggalkanNya.
Maka bagaimana untuk menggerakkan ummah ini?
Kita sendiri yang perlu bangun dahulu dan menyedari bahawa
kebakaran sedang berlaku, dan segera gerakkan mereka untuk lari menyelamatkan
diri. Kita sendiri yang perlu ubah diri kita dahulu, kemudian seru mereka yang
lain untuk turut menyelamatkan iman mereka. Jaga hubungan dengan Allah, pasti
Dia akan menjaga kita dan menyelamatkan kita selagi mana kita cuba mendekatkan
diri kepadaNya.”
Jangan jadi hambaNya yang mempunyai impaired judgement
terhadap suasana yang berlaku di sekeliling kita. Serangan musuh Allah datang
dari segala arah, keep updated and aware.
Sungguh, kaca mata iman bukan boleh diperolehi di mana-mana.
Ia adalah hasil daripada mengenaliNya dan menjaga diri daripada apa-apa yang
menjadi laranganNya.
No comments:
Post a Comment