Wednesday, December 12, 2012

He is what we think about Him


pic from here


Assalamualaikum wbt


Entah mengapa, exam kali ini terasa berlainan benar cabarannya. 
Saya sebolehnya tidak gemar menulis terkait peperiksaan yang sedang saya tempuhi, bimbang ia bagaikan keluhan yang ditaip tanpa sedar. 

Juga terasa berbeza kali ini, kerana tiap kegelisahan yang saya adukan padaNya, Dia membalas segera pada kalamNya yang saya baca..
Subhanallah, perasaan ini yang membezakannya :')


"Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan dan tidaklah engkau membaca dalam sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.  Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.  
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa."
(Surah Yunus, 60-62) 


Allahu Allah. 

Perasaan di comfort kan oleh Yang Tercinta, rasanya terlalu bahagia. He listens, He knows.

Suka untuk saya kongsi sebuah cerita yang saya dapati daripada cerita-cerita pendek yang dikongsi di facebook, moga Allah merahmati individu yang berkongsi kisah ini.

**************************

Di Mesir ada seorang pemuda bernama Abbas Assisi. Suatu hari ia bersilaturahim dengan Syeikh Hasan Al Banna iaitu Ketua organisasi Ikhwanul Muslimin, mereka kemudian bercakap-cakap dan Syeikh Al Banna bertanya tujuan Abbas Assisi selanjutnya. Asisi yang baru menyelesaikan pendidikan menengahnya menjelaskan tujuannya berjumpa dengan Sheikh Al-Banna. Lalu Al Banna berkata:
”Mengapa kamu tidak mencuba untuk masuk bidang ketenteraan?

“Saya punya masalah dengan mata saya,” jawab Asisi, ”Saya takut tak boleh lulus dalam ujian menembak”

“Tak apa,bertawakallah pada Allah,” kata Syeikh Al Banna.


“Bagaimana saya akan bertawakal kepada Allah, sementara saya mengetahui ada masalah dengan mata saya?

“Justeru itu,”jawab Al Banna Bertawakkalah kepada Allah, kalau matamu sihat, boleh jadi kamu akan bertawakal kepada matamu”.

Abbas Asisi mengikuti saran Al Banna, ia masuk ketenteraan, ketika mengikuti ujian menembak, hatinya kembali diliputi keraguan,tapi ia ingat pesan gurunya itu, maka ia berusaha secara maksimum dan menyerahkan kepada Allah saja, ternyata ia lulus sebagai peserta terbaik dalam ujian menembak itu.


***********************************
Nasihat Syeikh Al-Banna cukup ringkas- bertawakallah pada Allah.

Hakikatnya tawakal merupakan sesuatu yang sulit untuk dirasai oleh manusia, kerana ianya boleh saya analogikan seperti memasuki sebuah gua. Anda bukan masuk ke dalam gua yang gelap itu secara bersahaja, tetapi tawakal itu ibarat memasuki gua dengan penuh rasa percaya.

Langkah perlu diteruskan, tetapi ada dua kemungkinan yang boleh berlaku yakni anda akan terjatuh atau terselamat daripada lubang atau batu yang tidak kelihatan.

Jika kurang rasa percaya, pasti, anda akan menoleh semula ke pintu masuk dan berkira-kira  untuk berpatah balik atau hanya berada berhampiran di pintu gua.

Jika penuh rasa percaya, insyaAllah dengan janjiNya anda akan menemui sinar cahaya yang terang di bahagian penghujung gua. Saat ini berbahagialah mereka yang punya rasa percaya.

Allah pernah berfirman, 'Aku adalah pada sangkaan hambaKu'.

He is what we think about Him.

Lepaskan rasa gelisah dan kecewa, dan pilihlah untuk mempercayai Dia.

Pasti, Dia akan menunaikan janjiNya.





Yang mengharap cintaNya,
alhuda.

2 comments:

RNS said...

Terima kasih kak huda kerana kongsikan post ni. Sangat terkesan di hati. :') harap ada peluang jumpa lagi suatu hari nanti.

alhuda said...

syamim...i miss you too :')
rasa nk peluk syamim kuat2 skrg...