Saturday, May 28, 2011

Misi Andalus


Bismillahirrahmanirrahim.


"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati  mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
(Al-Hajj, 22:46)


Al-Andalus. Contoh sempurna sejarah Islam yang makin dilupai kewujudannya oleh orang-orang Islam sendiri. Makin ditinggalkan, tidak diendahkan, akibatnya kita bakal mengulang kembali kisah ini.

********

Khalifah al-Walid Abdul Malik, Musa bin Nusayr, Tariq bin Ziyad. Antara figure besar yang merintis pembukaan Andalus melalui Afrika Utara. Janji Allah dalam surah Muhammad, 47: 7,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."


Momentum jihad mereka terhasil daripada mind set yang sama, yakni ingin menyebarkan Islam kepada sesiapa sahaja. Saat itu wilayah Islam telah tersebar hingga ke Afrika Utara (Egypt, Tunisia, Libya, Morocco dan Algeria hari ini). Arah utara Afrika, adalah Andalusia, yang terpisah cuma kira-kira 30km, oleh Selat Gibraltar. 

Kekejaman King Roderick(juga dikenal sebagai King of Gothic) telah menekan rakyat Andalusia, dan mereka begitu mengharapkan pemerintahan Islam yang pada ketika itu terletak bersebelahan sahaja, dan sangat aman dan damai berbanding mereka. Dengan izin Allah, atas beberapa faktor, Tariq bin Ziyad berjaya menewaskan tentera Roderick.

"Tuan, mereka ini adalah tentera dari langit!! Kami lihat pada malam hari mereka seperti seorang paderi, terus-terusan menyembah Tuhan, dan pada siang hari mereka seperti singa di medan perang!"

Maka wujudlah Islam, di bumi Andalus, dan tersebar mendekati kerajaan-kerajaan Barat pada ketika itu.



Namun ketetapan Allah(sunnatullah) pasti berlaku. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, bahwa Dia akan menambahkan nikmat kepada hambaNya jika dia bersyukur, dan mengazab mereka jika mereka kufur.

805 tahun kegemilangan tamadun Umayyah, yang merupakan 2/3 daripada sejarah Islam, collapse akibat tindakan pemimpin-pemimpin Islam yang sudah tidak mengamalkan Islam. Sebuah tamadun yang sangat gemilang, saat Eropah melalui fasa kemunduran dan begitu jauh ketinggalan daripada kemajuan dunia Islam.

Beberapa pengkaji pernah mencatatkan;

'Saat Cordoba memiliki ratusan perpustakaan awam dan pelbagai lagi sumber ilmu pengetahuan, raja dan permaisuri di Eropah tidak tahu membaca sekalipun...'

' Saat Eropah diselubungi kegelapan, jalan-jalan di sekitar Cordoba disinari barisan lampu yang menerangi laluan mereka di malam hari..'


Kekalahan umat Islam pada masa dahulu, tetap pada faktor yang sama yang sedang kita hadapi saat ini- penyakit cintakan dunia dan takutkan mati

Lebih sedih lagi, apabila pemimpin Islam meminta bantuan daripada kerajaan Kristian untuk mengalahkan kerajaan Islam yang lain-hanya kerana iri hati dan mahukan kuasa. Astaghfirullahal azim.

Faktor inilah yang melemahkan mereka, sedikit demi sedikit, hingga pada penghujung kejatuhan tamadun ini, pemimpin Islam sendiri menyerahkan kunci Cordoba kepada kerajaan Kristian pimpinan Ratu Isabel dan  Raja Ferdinand of Aragon- penyerahan tanah Islam tanpa peperangan atau jihad untuk mempertahankannya.



Andalusia hari ini


Inilah sedikit petikan, daripada sejarah panjang tanah Islam Andalusia, sebagai pengajaran kepada umat Islam yang kemudian. Seville, Malaga, Granada, Cordoba-tanah yang pernah menyaksikan Islam sebagai guru kepada seluruh dunia, yakni Ustaziyatul Alam yang menjanjikan keamanan dunia. 


Maka di mana kita hari ini?










*perkongsian sebelum bertolak ke Spain, bagi menyusuri sejarah sebagai ilmu perubah. Doakan.




p/s: saya masih belum menulis entry terkait perkongsian ziarah ke Istanbul bagi tamadun Turki Uthmaniyah,insyaAllah akan ditulis selepas segala urusan di sini.

No comments: