Sunday, May 1, 2011

1, 2, 3

Assalamualaikum wbt...

Subhanallah, indah sungguh lukisan-lukisan manusia yang Allah sajikan untuk renungan saya baru-baru ini. Walaupun salah satu daripadanya adalah bersifat negatif, namun itu membuktikan bahawa itulah realiti kehidupan. Tiada semuanya indah. Dan bukan semuanya buruk semata.

1. Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan bas, terlihat seorang lelaki sedang membaca buku bertajuk 'Fatherhood'. Tersenyum seketika. Mungkin persediaan dirinya untuk melangkah ke alam ibu bapa, yang sememangnya perlukan persediaan dari awal. Agak-agaknya, berapa ramai daripada kita yang sedar bahawa pembinaan jiwa dan rohani si kecil ini bermula daripada pembinaan jiwa dan rohani ibu bapanya sendiri?

2. Juga di dalam bas, menuju ke city centre. Terlihat seorang ibu sedang menengking anaknya yang masih kecil(berdasarkan memek muka marah dan gerakan tangannya yang keras) di bus stop seberang jalan. Anaknya tidak membuka mulut, dan orang-orang sekeliling sedang memerhati. Saya assume, suara ibu tersebut kuat juga memarahi anaknya sehingga menarik perhatian orang lain. Hmmm. Kasihan. Namun menengking bukan suatu didikan yang membina. Ia didikan yang 'menakutkan', yang mengehadkan anak tersebut untuk belajar membuat sesuatu kerana bimbang dimarahi lagi. Well, terpulang juga pada situasi.

3. Baru lepas keluar rumah, menuju ke bus stop (ish, nampaknya kena selalu naik bas ni sebab banyak ibrah Allah tunjuk time naik bas ^_^). Terlihat seorang ayah menolak baby stroller yang memuatkan dua orang anaknya. Perkara biasa di sini untuk membawa anak-anak keluar dengan stroller. Yang menariknya, kedua-dua kanak-kanak tersebut memakai tudung berwarna putih. Sangat comel (^_^). Jarang-jarang untuk melihat kanak-kanak bertudung di luar di kawasan ini. Teringat masa kecil-kecil dahulu, ummi sudah membiasakan kami dengan memakai tudung. Walaupun biasanya kami akan menanggalkannya apabila terasa panas semasa di luar, namun pada setiap kali sebelum keluar rumah, ummi tidak akan lupa untuk mengingatkan/memakaikan tudung pada kami :)



Tiga situasi, yang membuatkan saya terfikir seketika. Masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti, terbina daripada keluarga yang terdidik. Anak-anak yang terdidik, bermula daripada orang pertama yang mereka jumpa, iaitu ibu bapa mereka.



Sekadar perkongsian, di saat diri tidak sabar mahu pulang ke rumah since everyone is at home, dan saya di sini stuck dengan exam yang bakal tiba...huhu

*********************

Oh ya, ada a few perkara semasa yang kalian perlu tahu:-
1. Rombongan Freedom Flotilla buat kali kedua yang turut melibatkan NGO Malaysia ditangguhkan pada bulan June(sepatutnya bulan Mei-seperti tahun lepas, yang menyaksikan kapal Mavi Marmara diserang Israel)
2. Dua parti di Palestin, Hamas dan Fatah, baru-baru ini sudah bergabung, alhamdulillah. Moga tiada lagi perselisihan sesama mereka, demi Palestin. Penggabungan ini obviously tidak disukai oleh Israel.
3. Baru perasan-ada kumpulan Gula-gula??Astaghfirullah, hedonism yang membunuh iman secara total!!


2 comments:

Kina said...

Betul2! Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Macam sedang bersedia je tu? hehe.

Sekarang ni banyak sangat dah kumpulan yang pelik2. Hopefully, tak sampai terpengaruh. =,=

Thanks huda for the info!

alhuda said...

mcm bersedia?erk...haha..bersedia nk dpt anak sedara sbnrnya kinaa!!! :))))
tak sbr sgt!tp huda kt cni time die lahir nnt :( so huda mcm share2 la dgn kakak psl anak ni amanah Allah etc, spy die pun smgt!hehe

tula, xtau nk ckp ape dah psl dunia hiburan dan sosial di msia. kasihan mereka, berjuang di dlm amarah Allah hanya krn mgharap pengiktirafan manusia....