Saturday, May 28, 2011

Misi Andalus


Bismillahirrahmanirrahim.


"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati  mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada."
(Al-Hajj, 22:46)


Al-Andalus. Contoh sempurna sejarah Islam yang makin dilupai kewujudannya oleh orang-orang Islam sendiri. Makin ditinggalkan, tidak diendahkan, akibatnya kita bakal mengulang kembali kisah ini.

********

Khalifah al-Walid Abdul Malik, Musa bin Nusayr, Tariq bin Ziyad. Antara figure besar yang merintis pembukaan Andalus melalui Afrika Utara. Janji Allah dalam surah Muhammad, 47: 7,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."


Momentum jihad mereka terhasil daripada mind set yang sama, yakni ingin menyebarkan Islam kepada sesiapa sahaja. Saat itu wilayah Islam telah tersebar hingga ke Afrika Utara (Egypt, Tunisia, Libya, Morocco dan Algeria hari ini). Arah utara Afrika, adalah Andalusia, yang terpisah cuma kira-kira 30km, oleh Selat Gibraltar. 

Kekejaman King Roderick(juga dikenal sebagai King of Gothic) telah menekan rakyat Andalusia, dan mereka begitu mengharapkan pemerintahan Islam yang pada ketika itu terletak bersebelahan sahaja, dan sangat aman dan damai berbanding mereka. Dengan izin Allah, atas beberapa faktor, Tariq bin Ziyad berjaya menewaskan tentera Roderick.

"Tuan, mereka ini adalah tentera dari langit!! Kami lihat pada malam hari mereka seperti seorang paderi, terus-terusan menyembah Tuhan, dan pada siang hari mereka seperti singa di medan perang!"

Maka wujudlah Islam, di bumi Andalus, dan tersebar mendekati kerajaan-kerajaan Barat pada ketika itu.



Namun ketetapan Allah(sunnatullah) pasti berlaku. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, bahwa Dia akan menambahkan nikmat kepada hambaNya jika dia bersyukur, dan mengazab mereka jika mereka kufur.

805 tahun kegemilangan tamadun Umayyah, yang merupakan 2/3 daripada sejarah Islam, collapse akibat tindakan pemimpin-pemimpin Islam yang sudah tidak mengamalkan Islam. Sebuah tamadun yang sangat gemilang, saat Eropah melalui fasa kemunduran dan begitu jauh ketinggalan daripada kemajuan dunia Islam.

Beberapa pengkaji pernah mencatatkan;

'Saat Cordoba memiliki ratusan perpustakaan awam dan pelbagai lagi sumber ilmu pengetahuan, raja dan permaisuri di Eropah tidak tahu membaca sekalipun...'

' Saat Eropah diselubungi kegelapan, jalan-jalan di sekitar Cordoba disinari barisan lampu yang menerangi laluan mereka di malam hari..'


Kekalahan umat Islam pada masa dahulu, tetap pada faktor yang sama yang sedang kita hadapi saat ini- penyakit cintakan dunia dan takutkan mati

Lebih sedih lagi, apabila pemimpin Islam meminta bantuan daripada kerajaan Kristian untuk mengalahkan kerajaan Islam yang lain-hanya kerana iri hati dan mahukan kuasa. Astaghfirullahal azim.

Faktor inilah yang melemahkan mereka, sedikit demi sedikit, hingga pada penghujung kejatuhan tamadun ini, pemimpin Islam sendiri menyerahkan kunci Cordoba kepada kerajaan Kristian pimpinan Ratu Isabel dan  Raja Ferdinand of Aragon- penyerahan tanah Islam tanpa peperangan atau jihad untuk mempertahankannya.



Andalusia hari ini


Inilah sedikit petikan, daripada sejarah panjang tanah Islam Andalusia, sebagai pengajaran kepada umat Islam yang kemudian. Seville, Malaga, Granada, Cordoba-tanah yang pernah menyaksikan Islam sebagai guru kepada seluruh dunia, yakni Ustaziyatul Alam yang menjanjikan keamanan dunia. 


Maka di mana kita hari ini?










*perkongsian sebelum bertolak ke Spain, bagi menyusuri sejarah sebagai ilmu perubah. Doakan.




p/s: saya masih belum menulis entry terkait perkongsian ziarah ke Istanbul bagi tamadun Turki Uthmaniyah,insyaAllah akan ditulis selepas segala urusan di sini.

Thursday, May 26, 2011

Zero to Hero

picture from my.opera.com/WinTeen

“Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.”

(petikan daripada puisi Guru O Guru, Usman Awang, 1979)

******************

Jika anda boleh membaca artikel ini, ucapkanlah terima kasih kepada guru pertama yang mengenalkan anda kepada setiap huruf dan sukukata, sehingga himpunan huruf-huruf ini dapat difahami.

Jika dibuat kajian, pekerjaan apakah yang paling bermakna di dalam dunia ini, penulis tanpa ragu-ragu akan menjawab-menjadi seorang guru. Mengapa? Ini kerana asas didikan yang membentuk generasi hari ini selain daripada didikan oleh ibubapa di rumah, adalah didikan para guru. Siapa kalian pada masa akan datang, asalnya adalah seorang biasa yang tidak mengerti dunia sekeliling tanpa bantuan daripada golongan pendidik ini.

Sabda Rasulullah SAW,

“Barangsiapa memuliakan orang-orang yang berilmu, sesungguhnya dia telah memuliakan daku. Sesiapa yang memuliakanku, sesungguhnya ia telah memuliakan Allah, sesiapa yang memuliakan Allah, maka tempatnya adalah syurga.”

Orang-orang yang berilmu, dalam konteks hadis di atas adalah golongan yang kita pelajari ilmu daripada mereka. Para guru, merupakan golongan yang tidak pernah kenal lelah menebarkan benih-benih cinta kepada anak muridnya, dengan harapan ilmu yang dicurahkan mampu membentuk jiwa-jiwa muda yang berguna di kemudian hari.

Selaras dengan tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk keluar menuntut ilmu, maka golongan yang menyampaikan ilmu tersebut adalah lebih mulia lagi. Bahkan ilmu itu juga merupakan suatu cahaya, yang menerangi kegelapan lorong-lorong masa hadapan, sebagai pilihan kepada sang pengembara. Petikan daripada kata-kata Saidina Ali r.a, ilmu itu adalah lebih baik daripada harta, di atas beberapa sebab:

- Ilmu menjaga dan memelihara tuannya, manakala harta pula, tuannya perlu menjaganya.

- Orang yang mempunyai ilmu ramai sahabatnya, manakala orang yang mempunyai harta, ramai musuhnya.

- Ilmu itu jika diajarkan, ia akan bertambah. Manakala harta jika dibelanjakan, ia akan berkurangan.

- Ilmu itu tidak perlu dijaga daripada pencuri, manakala harta pula perlu dijaga daripada kecurian.

- Ilmu dapat menerangkan hati, manakala harta pula dapat mengeraskan hati.

Maka rakan-rakan yang dikasihi, menuntut ilmu merupakan suatu mujahadah ke arah kebaikan dan kemajuan. Para guru yang menyampaikan ilmu tidak pernah mengharapkan keburukan pada anak muridnya, malah segala jenis pengorbanan dibuat semata-mata untuk melihat setiap daripada kita berubah, daripada ZERO menjadi HERO.

Maka ucapkanlah terima kasih, dan muliakanlah golongan pemberi ‘cahaya’ ini. Moga Allah memberkati semua guru-guru yang pernah mengajari kita selama ini.

Selamat hari guru J



*artikel ini ditulis khusus untuk buletin iPIS(Pertubuhan Pelajar Islam Seratas) edisi Mei/Jun, sempena menyambut Hari Guru

Sunday, May 1, 2011

1, 2, 3

Assalamualaikum wbt...

Subhanallah, indah sungguh lukisan-lukisan manusia yang Allah sajikan untuk renungan saya baru-baru ini. Walaupun salah satu daripadanya adalah bersifat negatif, namun itu membuktikan bahawa itulah realiti kehidupan. Tiada semuanya indah. Dan bukan semuanya buruk semata.

1. Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan bas, terlihat seorang lelaki sedang membaca buku bertajuk 'Fatherhood'. Tersenyum seketika. Mungkin persediaan dirinya untuk melangkah ke alam ibu bapa, yang sememangnya perlukan persediaan dari awal. Agak-agaknya, berapa ramai daripada kita yang sedar bahawa pembinaan jiwa dan rohani si kecil ini bermula daripada pembinaan jiwa dan rohani ibu bapanya sendiri?

2. Juga di dalam bas, menuju ke city centre. Terlihat seorang ibu sedang menengking anaknya yang masih kecil(berdasarkan memek muka marah dan gerakan tangannya yang keras) di bus stop seberang jalan. Anaknya tidak membuka mulut, dan orang-orang sekeliling sedang memerhati. Saya assume, suara ibu tersebut kuat juga memarahi anaknya sehingga menarik perhatian orang lain. Hmmm. Kasihan. Namun menengking bukan suatu didikan yang membina. Ia didikan yang 'menakutkan', yang mengehadkan anak tersebut untuk belajar membuat sesuatu kerana bimbang dimarahi lagi. Well, terpulang juga pada situasi.

3. Baru lepas keluar rumah, menuju ke bus stop (ish, nampaknya kena selalu naik bas ni sebab banyak ibrah Allah tunjuk time naik bas ^_^). Terlihat seorang ayah menolak baby stroller yang memuatkan dua orang anaknya. Perkara biasa di sini untuk membawa anak-anak keluar dengan stroller. Yang menariknya, kedua-dua kanak-kanak tersebut memakai tudung berwarna putih. Sangat comel (^_^). Jarang-jarang untuk melihat kanak-kanak bertudung di luar di kawasan ini. Teringat masa kecil-kecil dahulu, ummi sudah membiasakan kami dengan memakai tudung. Walaupun biasanya kami akan menanggalkannya apabila terasa panas semasa di luar, namun pada setiap kali sebelum keluar rumah, ummi tidak akan lupa untuk mengingatkan/memakaikan tudung pada kami :)



Tiga situasi, yang membuatkan saya terfikir seketika. Masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti, terbina daripada keluarga yang terdidik. Anak-anak yang terdidik, bermula daripada orang pertama yang mereka jumpa, iaitu ibu bapa mereka.



Sekadar perkongsian, di saat diri tidak sabar mahu pulang ke rumah since everyone is at home, dan saya di sini stuck dengan exam yang bakal tiba...huhu

*********************

Oh ya, ada a few perkara semasa yang kalian perlu tahu:-
1. Rombongan Freedom Flotilla buat kali kedua yang turut melibatkan NGO Malaysia ditangguhkan pada bulan June(sepatutnya bulan Mei-seperti tahun lepas, yang menyaksikan kapal Mavi Marmara diserang Israel)
2. Dua parti di Palestin, Hamas dan Fatah, baru-baru ini sudah bergabung, alhamdulillah. Moga tiada lagi perselisihan sesama mereka, demi Palestin. Penggabungan ini obviously tidak disukai oleh Israel.
3. Baru perasan-ada kumpulan Gula-gula??Astaghfirullah, hedonism yang membunuh iman secara total!!