Wednesday, September 22, 2010
Ramadhan Mat Jo
Assalamualaikum wbt...
Pernah menonton kartun Ramadhan Mat Jo di TV1? Animasi ini ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan pada pukul 9.30pagi, dan kalau tidak silap, ia diulang tayang semula di TV1ketika ini tetapi di waktu petang pula.
Jujur saya kata, saya tidak pernah menontonnya sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Namun dengan izin Allah, beberapa hari yg lepas saya secara tidak sengaja telah menontonnya, dan alhmdulillah, ia memang memberi kesan kepada saya. Ia juga sebenarnya sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat.
Pendapat saya, animasi tauladan yang disiarkan sempena Ramadhan ini jauh lebih banyak pengajarannya daripada siri animasi Upin dan Ipin di TV9.
Ia mengandungi kisah-kisah pengajaran daripada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, yang diceritakan oleh seorang atuk kepada cucu-cucunya. Setiap cerita yang atuk hidangkan, adalah bertepatan dengan situasi yang sedang anak dan cucunya hadapi supaya mereka dapat belajar sesuatu daripada pengalaman orang-orang beriman yang terdahulu.
Tapi selagi namanya kartun, unsur humour tidak dilupakan oleh penulis skrip. (^_^)
Satu contoh ringkasan pada sebuah episod yang saya tonton,yang diceritakan oleh atuk, dan ianya penuh dengan hikmah(Ubahsuai mengikut apa yang saya ingat):
Gabenor: Pengawal! Panggilkan seorang Badwi, ana nak jumpa.
Pengawalnya menjumpai seorang Badwi yang sedang lena tidur di bawah pohon kurma, lalu dijemput ke khemah Gabenor.
Gabenor: Ahlan wa sahlan! Masuklah, wahai Badwi!
Badwi: Terima kasih. (Melihat makanan yang terhidang ke dalam khemah) Masya Allah, banyak sungguh makanannya!!! Enta laparkah?
Gabenor: Tidak, ana tidak lapar. Hari ini ana mahu menjemput dan meraikan enta, seorang Badwi untuk makan bersama-sama ana. Mari makan!
Badwi: Owh, tidak mengapa! Ana nak dapatkan jemputan makan yang lebih hebat daripada ini!
Gabenor: Jemputan dari siapa yang lebih hebat daripada ana? Khalifah Abdul Aziz kah? Setahu ana, khalifah sedang melawat negeri luar.
Badwi: Tidak, bukan dari khalifah. Ianya lebih hebat daripada jemputan khalifah!
Gabenor: Siapa yang enta maksudkan? Ana tak faham lah.
Badwi: Ana sebenarnya sedang berpuasa. Jadi ana menantikan hidangan yang terhebat daripada Allah, dan ianya tidak tertanding dengan jemputan sekalian makhlukNya.
Gabenor: Owh, begitu. Alah, esok esok enta boleh puasa lagi! Marilah makan hidangan ini bersama ana!
Badwi: Ya Allah! Enta pasti ke esok hari ana dapat hidup lagi?? Kalau ana tak sempat nak berpuasa hari esok, macam mana? Hah, jadi biarlah ana berpuasa hari ini..
Gabenor: Baiklah kalau begitu, silalah enta pulang ke tempat enta..
Jika diikutkan, Gabenor ini boleh sahaja utk berasa marah kerana Badwi ini menolak ajakannya, namun kerana melihat iman yang ada pada Badwi ini, dilepaskannya begitu sahaja.
Subhanallah, time melihat scene ini, ana teringat tentang puasa enam di bulan Syawal, yang masih belum sempurna.
Ya Allah, sempatkah aku?
Kita sering menangguhkan kerja kita, ibarat terlupa yang tiada siapa yang dapat beri jaminan bahawa hari esok masih ada untuk kita.
Astaghfirullah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam huda..
hmm jom habiskan puasa 6...
semoga Allah bagi kesempatan buat kita =)..
semoga Allah mudahkan puasa enam enti..
luv u fillah..always..insya Allah
wsalam ijah..tulaa syawal lagi 2minggu je ni. korg smpi dublin nnt, org duk mgajak mkn umah orang je since ramai nk smbut korang,huhu..
can't wait to meet you!!!! :D
Post a Comment