Friday, July 31, 2009

Cerita Mazni...untuk kawan2 yang mengenalinya



"kita semua adalah daie sebelum kita semua adalah apa-apa".

Walau kita pelajar, doktor, guru atau apa sahaja yang kita mahu, if kita tak jadi apa yang Allah nak kita jadi, nilainya adalah ZERO.

"tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"
(Az-Zariyat:56)

Bidang akademik ini adalah satu pelaburan untuk dakwah.

"Wahai serikandi Islam, perjalananmu telah bermula. Jangan memilih untuk pecut, pilihlah untuk maraton. Tetap istiqamah, tidak tercungap. Pemeliharamu adalah Allah, maka berharaplah kepadaNya. Kepada Allah lah saya,sebagai sahabat, melepaskanmu... Ingat, taqwa dirimu adalah penjanji syurga...ukhwah kita ini hanyalah booster..."

*******************************


Saya dah cakap hari itu. Kalau boleh saya tak nak hantar kawan2 saya di KLIA.



Bukan tak sudi, tapi hakikatnya saya akan mengganggu masa rakan saya untuk bersama keluarga ketika di KLIA.


I would prefer to come to their house and have a great time together,a few days before the departure.


Buat rakan2 lain, jangan anggap post ini khusus untuk Mazni kerana saya menyayanginya lebih, tapi boleh saya katakan hati ini digerakkan oleh Allah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati setelah beberapa kali melihat rakan2 saya meninggalkan Malaysia untuk menuntut ilmu. Dan giliran saya akan tiba nanti.

Kunjungan saya ke KLIA semuanya diaturkan oleh Allah, kerana Allah izin ahad lepas(26 july) saya berada di sekitar KL bersama Ain=)




Kami menyedari, dalam suatu perjalanan/pengembaraan, kita mesti niatkan kerana Allah, kerana kelancaran suatu perjalanan itu atau kemudahan yang kita alami, semuanya daripada bantuan Allah.

**************************
Pada pukul 8.15malam.

Briefing selesai, kami berkejar mendapatkan Mazni.

"Mazni, we have to go now coz nnt lewat sgt utk naik --"
"Huda, saya kena masuk sekarang!"
"Hahh??"


It was so close. Allah izin kami berjumpa seketika. Lambat seminit, mungkin kami tidak dapat mencari Mazni lagi.

Then saat itu berlaku. Kami hanya melihat dari jauh setelah bersalaman, untuk memberi ruang kepada keluarga Mazni.




Ibarat final fantasy....



"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."
(Al-Fussilat: 30)


Di mana sahaja kamu berada, carilah keredhaan Allah.
Itulah penjanji syurga.

Buat Mai, Ain Rosni n Ajim, maaf tak dapat hantar atau berkunjung ke rumah semasa kalian bersiap untuk ke negara lain. Saya di kolej ketika itu.InsyaAllah doa saya sentiasa ada untuk kalian.

Buat Gmah, sungguh terharu ummi nak ikut waktu tu di KLIA dulu.=) Kebetulan saya cuti time tu.

Buat Wawa, syukur akhirnya dapat juga Huda datang ke rumah setelah sekian lama teringin utk datang=)Saya tau apa dalam beg anda haritu,hehe...


To Ain, thanx ya temankan...pengembaraan kita belum berakhir=)


Last thing that I learnt here:

"Huda, cuba tukar doa biasa Huda kepada doa yang lebih spesifik. Allah kan Maha Mendengar, dan barulah rasa special sikit sebab doa kita lain dari hamba Allah yang lain"

Ye. Saya setuju. Mesti la nak yang special~


YaAllah, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa mengutamakan pandanganMu daripada pandangan manusia lain. Sesungguhnya, nilai kami di sisiMu adalah lebih kami perlu utamakan berbanding nilaian manusia....

Monday, July 27, 2009

monolog

"ingat lima perkara
sebelum lima perkara"


antaranya

masa lapangmu sebelum masa sibukmu

masa hidup sebelum matimu




teringin untuk menulis...banyak untuk dikongsi...

Huda,jangan pecut,tapi maraton....=)

Thursday, July 16, 2009

Dakwah Putih

Haritu, saya letak picture dua ekor arnab/kelinchi ini di profile saya di laman web SERATAS21 . Saja, sebab tak nak letak muka sendiri besar2 kat dalam profile.




Rupa-rupanya berlaku experiment secara tak langsung.


Ada rakan lama memberi komen:

"Cutenye!!!nak yang putih tu!!!"



Nampaknya arnab ini menang! Mengalahkan arnab hitam yang sebenarnya comel juga=)



So. Nak yang putih ye.


Kenapa mesti putih? <--boleh click=) Tapi putih ini sebenarnya tiada kaitan dengan 'post putih' yang sebelum ini. Kesian arnab hitam....


Saya terfikir....


Dalam dakwah, tak boleh ada pilih kasih.


Tapi pilih kasih ini kurang berkait dengan post pilih kasih sebelum ini.


Kita kena sampaikannya pada semua orang, tidak kira kecil besar tua muda kaya miskin.

Ya. Sampaikan kepada semua walaupun kontra seperti hitam dan putih.


Tapi mengapa mesti ada fenomena memilih dalam dakwah?

Hakikatnya,

ia bukan dakwah untuk memilih yang putih.




"Eh, aku nak akak tu jadi akak usrah aku laa,suka kt die, dah la cute"


"suka dengar akak ni bg penyampaian...sbb muka die comel, ske buat orang ketawa"


"owh, ustaz yang tu ye, nak2 pegi kuliah!best2!"


"nak join la usrah ni, naqibah die doktor tau tak...mesti bagus punya"


Itu dari pihak yang menerima.


Lihat ini pula:


"anti ambil adik yang ni ya, ana tak boleh la nak bawa dia"


"ana tengok adik yang tu dah ade fikrah sikit,ana nak ambil dia jadi mad'u ana "


"ana tak boleh la nak bawa kawan2 ana..mereka dan terlalu jauh..ana tak boleh nak masuk dengan mereka dah"


"ana nak jadi naqibah kelas M07* la, budak2 kelas tu sume ok2"


Ini daripada pihak yang nak menyampaikan.


Kenapa ni? Tak semua orang boleh terima dakwah dari antum kah? Atau antum tak boleh nak sampaikan dakwah kepada semua orang?

Atau...pendakwah itu mestilah orang yang cantik/kacak/comel/kaya/berpangkat/kulit cerah/muda/tudung lawa/baju meriah?

Begitukah?


Tugas dakwah adalah tanggungjawab semua. Walau sekecil-kecil usaha kita seperti memberi nasihat yang bermanfaat kepada sahabat- itu dakwah. Menyeru ke arah kebaikan, mencegah melakukan kejahatan.

Kepada yang kini bertugas menyampaikan, mari kita semak niat asal kita dalam melakukan kerja-kerja Islam. Bimbang terdapat unsur diskriminasi dalam menyampaikan dakwah, bimbang ada hati yang terasa lantas lari dari medan juang, bimbang ada unsur riak dan ujub tika memberi penyampaian dan bimbang dari segala perkara yang kita ketahui atau tidak ketahui- yang boleh merosakkan amalan kita selama ini.

Kepada yang masih mencari dan dahagakan peringatan, mari kita sama-sama untuk teruskan usaha membaiki diri kearah yang lebih baik, moga jadi orang-orang yang beruntung apabila hari ini lebih baik daripada hari semalam. Jom ikhlaskan diri, datang dengan hati bak cawan yang kosong, agar kita pulang dalam keadaan hati seperti cawan yang penuh, sarat dengan pengisian dan peringatan. Beri peluang kepada diri sendiri untuk mendapat ilmu mengenal Allah, kerana tanpa Allah, kita sekelumit pun tidak punya apa-apa. Terima segala teguran dan peringatan yang diberi, utamakan apa yang disampaikan daripada siapa yang menyampaikan.


Maka,

"dua -dua pun cute sebenarnya!!"
ambillah dua-dua sekali=)



Sekadar meluahkan apa yang terlintas.




(kepada pemilik gambar arnab KMB ini,minta izin ye=)sy amik dari roommate,hee)


Sunday, July 12, 2009

Pilih Kasih



Untuk bertemu dengan Allah,kita perlu bersaing.

Siapa? Ya,kitalah.

Kerana ada pilih kasih dalam perlumbaan ini.

Dan proses pemilihan kasih ini banyak peringkatnya, dan banyak peperiksaan yang perlu ditempuh.

Kenapa macam rumit je?

Sebab hadiahnya: SYURGA.

Syurga terlalu mahal, nikmatnya tidak pernah terlintas di hati manusia walau sedetik pun. Itu rasionalnya, ada pilih kasih dalam perlumbaan ini.

Peperiksaan macam mana?

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Al-kahfi:7)

Dan demi sesungguhnya! Kami benar-benar akan menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjihad dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(Muhammad:31)

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangannya)?
(Ali-Imran:142)

Macam mana nak jadi yang terpilih?

“Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan.”
(Riwayat Muslim)


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al-baqarah:155)

Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu(dengan limpahan rahmat dan keampunan). Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
(Al-baqarah:152-153)

Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.
(Al-baqarah:186)

Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa mereka dan sesungguhnya rugi bagi orang yang mengotorinya.
(As-Syams:8-10)

Sebelum menjadi insan terpilih, kita sendiri perlu memilih.

Iman atau nafsu yang digoda syaitan?

Moga penghujung hidup kita, kita menjadi golongan yang Allah pilih bersama kekasihNya yang lain...insyaAllah.

Mari jadi orang terpilih!!

Friday, July 10, 2009

Kenapa mesti putih??

pertandingan mencari wajah yang lebih cerah

'saya kini dua tona lebih cerah'

'krim xxxx,menjadikan wajah anda lebih cerah dan jelita'

'for fairer skin'

'krim pemutih,tanpa pengelupasan '



Hmm.I've sick of it.

Why do people nowadays,especially women are too obsess to have a fairer skin? What's wrong with a black/dark skin?

I love this one:

'Black, and beautiful.'
Dark brown,and beautiful'
etc...

(Iklan ape ye??huhu)

My sister commented that,
'Black normally associated to evil, not beautiful, dull-especially when it comes to skin colour. If two kids come towards you, one black and the other one have a fairer skin, which one will you choose as the cutest one?Of course the fairer one'

I disagree with her answer.

That's what the society has generally accept. White- pure, and sincere. Yeah. But don't judge a book by it's cover.

I could not stand people who not being grateful for having a dark skin. It's all from Allah,isn't it?
Kenapa susah2 untuk cerahkan kulit, padahal duit tu boleh guna untuk beli benda yang lebih bermanfaat?I've just expressing my opinion, sbb bila tgk kaum sendiri,saudara semuslim masuk pertandingan untuk mencari wajah yang lebih cerah,saya terasa yang mereka ini sungguh rugi. Ya,sungguh rugi. Remaja sekarang perlu berfikir untuk lebih mengetahui mana yang penting,dan mana yang tidak.(fikh aulawiyat)

Ya,penting untuk menjaga kesihatan diri-saya setuju. Jadi tak salah untuk dapatkan rawatan muka-untuk dapat kulit yang lebih sihat.Saya sokong itu.

Mungkin orang akan cakap-'ya,kau cakap memang lah senang, kau xde masalah itu'
Semua yang kita ada ni milik kita ke??Kalau esok Allah tarik balik,tiada masalah pada Allah. Sesungguhnya semua itu mudah bagi Allah. Kita nak menyesal ke??
Kalau menyesal, pergi cari Tuhan lain, yang akan bagi terus kecantikan yang anda nak sangat.

But that's not important. What is more important--hati mesti baik. Kecantikan dalaman is more important.



Hmm. My friend out there!!!!

Please! There are other things that you should focus.

Cantik: PERHAMBAAN moden yang menyeronokkan. Tu je ke modal yang ade? Muslimahkah kita ini?


Apa2 pun: Niat itu penting. Setiap yang kita lakukan,tanya balik diri-untuk siapa aku buat ni, untuk menarik perhatian lelaki atau untuk dapat badan yang sihat agar mudah beribadah pada Allah?


Jaga2. Kita fitnah terbesar akhir zaman.

Wednesday, July 8, 2009

Terlalu sayang~

That's the phrase. I'm so in love.





Say: "If ye do love Allah, Follow me: Allah will love you And forgive you your sins; For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful."

(Ali-Imran:31)



I've just received my IB results the day before yesterday(6 july, 9:15pm). Alhamdulillah...anything that Allah had given to me is always the best thing.







But it is possible That ye dislike a thing Which is good for you, And that ye love a thing Which is bad for you. But Allah knoweth, And ye know not.

(Al-baqarah:216)


I've realized

Thanks Allah

I love You

Looking to others friends results--subhanallah, Allah is the Great!!!=)

Anywhere,anytime...He always there for us. Dear friends, He really does=)

andai berjaya,mohon tiada rasa riak

andai kecundang, mohon tiada kecewa

"yaAllah,letakkanlah dunia di tanganku,

bukan dihatiku..."





Monday, July 6, 2009

Disney Fairies: Mind Control


My little sister had just bought a new magazine-"TinkerBell" and its price was RM8.90. Wow, its quite expensive, i guess. RM8.90-i can buy a lot of other things instead of this unhelpful-to-my-sister magazine.


Why do i say so??

Let me show u something....this magazine is one of the example of 'disturbance' in a child's mind, especially muslim children.






Have you ever wondered who helps Nature change from icy winter to cool Spring?
Have you ever thought about who paints the leaves dazzling green?
Who wakes animals from their winter slumber or teaches birds to fly?
It's all the work of PIXIE HOLLOW FAIRIES.....




That's the first word that i've read from this magazine.

But Allah says that:

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia?(Surah Al-Hajj:18)








Tinker Bell: the tinker fairies-just make the baskets needed to carry seeds, bulbs and other Spring supplies
Rosetta: I paint the flower petals in beautiful shades
Iridessa: I've prepared hundreds of rainbows.
Vidia: I control the wind (she's not in picture above)
Fawn: I wake up the animal from their hibernation.
Silvermist: I shower the newly sprouting buds with refreshing rain.

But Allah says;

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya). (Surah Al-Hajj:63)




Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membwa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah kering kontang), lalu kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
(Surah al-A'raf:57)
And the magazine also stated-
Thanks to the fairies, the ice and snow will melt away, the plants will turn green again and the flowers will glow in a world of colours.



Yeah, wutever.

Thanks to Allah, for every single thing that occur in this world. Thanks to Allah, we able to see the colourful flowers. Thanks to Allah, who understands and well-acquinted with what He's created.

And i have my concern on this matter when i read the letter sent by the children- she's wondering what kind of fairy was born from the first laughed of her new born brother. ---Maybe previous issue of "TinkerBell" they said that fairies are born when the new born babies have their first laugh.

Please. Watch what your brothers and sisters are reading or watching. It may affect their faith to Allah, because this disturbance always come with 'cute things' like fairies, princess etc. They should be exposed to the Creator at the very early stages, because as they grow up they will questioned everything surrounds them.

This is only one example of mind's control.


Friday, July 3, 2009

Ayyuhal Syabab!

Allah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi



Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (iaitu) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang mungkar (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
Surah Ali-Imran:110




Atas kefahaman yang sama, dan niat yang satu, maka tertubuhnya IPIS(Ikatan Pelajar Islam Seratas). Alhamdulillah, berkat kerjasama semua, akhirnya suatu program khas yang diadakan kepada pelajar tingkatan satu di bawah nama IPIS berjaya dilaksanakan pada 26-28jun 2009 dengan izin Allah. Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah. Program tersebut dirancang khas dalam usaha untuk mengukuhkan persatuan yang baru hendak menapak ini dan dalam masa yang sama, cuba untuk meraih kepercayaan daripada pihak sekolah untuk turut memberi sokongan kepada kami. Permulaannya hanyalah satu - ingin berbakti kepada sekolah yang telah banyak menbantu kami menjadi insan yang berguna dalam masyarakat.



'Di sini pemimpin dilahirkan'
Kata-kata keramat di dewan besar SERATAS. InsyaAllah sumber inspirasi sejak kami tingkatan satu di SERATAS lagi.

Oleh kerana persatuan ini masih lagi baru, banyak perkara yang perlu diuruskan. Moga Allah permudahkan urusan kami.Aminn.





"maka perkara yang pertama sekali yang Allah menyeru kamu ialah hendaklah kamu mempunyai keyakinan kepada diri sendiri, dan hendaklah kamu menyedari martabat kamu dan yakin bahawa kamulah sebagai 'tuan' di dunia walaupun seteru-seteru kamu sudah tentu ingin melihat kamu dalam kehinaan, hendaklah kamu yakin bahawa kamu adalah sebagai guru kepada ummah-ummah di dunia walaupun pada waktu-waktu yang tertentu orang lain pernah mengatasi kamu dalam sesuatu sudut tertentu;namun demikian, kemenangan yang terakhir adalah di tangan orang-orang yang bertaqwa jua"
-As Syahid Imam Hassan Al Banna-
di dalam buku 'Ayyuhal Syabab'
Anggaplah ia cabang dakwah kami
Dakwah kepada generasi pewaris
Dan tarbiyah kepada kami
Untuk istiqamah bekerja demi Islam
"Maaf cikgu, kami tak mampu bantu sepenuhnya
Kerana kami tidak dapat berada di SERATAS selamanya"
Adik-adikku di SERATAS
Islahkan dirimu, buat pembaharuan
Hidayah tidak akan kekal kecuali
Kepada orang-orang yang ingin menjaganya






SERATAS: tarbiyah pertamaku...