(Ini adalah surat yang ana terima daripada seorang sahabat ana ketika menghadiri kem bina insan seperti yg telah diceritakan daripada post sebelum ni)
Kasih sayang kerana Allah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum….
Kiriman doa dan rindu buat jiwa-jiwa yang sentiasa mencintai Allah, semoga kita sentiasa berada di dalam Rahmat dan kasih sayangNya. Marilah sama-sama kita memperkasakan lagi hubungan hati kita dengan Allah yang menjadi tunjang utama serta kekuatan untuk mengembalikan keagungan Islam. Semoga kita diberi keistimewaan untuk membawa risalah Rasulullah SAW amen….
Saudara seiman,
Coretan ana pada kali ini lebih kepada memahami dan mendalami hakikat “kasih sayang kerana Allah”. Saban hari kita sudah terlalu sering mendengar kalimah ‘uhibbuki fillah’….ketika bersalaman, paling kurang setiap bulan kita akan selalu terima SMS dari teman kejauhan menyatakan kasih mereka pada kita, tetapi sejauh mana kita benar-benar memahami erti ‘kasih sayang kerana Allah’.
Realiti pada hari ini kurang menghayati erti ‘uhibbuki fillah’ yang sering dilafazkan. Bahkan cinta dan kasih sayang kerana Allah selalu disalahgunakan. Kebanyakannya hanya untuk menikmati kelazatan duniawi, membuang masa, melayan perasaan hingga kita lalai daripada mengingati Allah. Bukankah hal seperti ini hanya menurut kata nafsu sekaligus menjayakan misi dan visi syaitan laknatullah? Duduk dan fikirkanlah, adakah benar persaudaraan terjalin semaa kerana Allah?
Banyak yang dapat kita lihat, bagaimana sesetengah orang menghabiskan masa yang terlalu lama untuk berziarah, melawat shabat-sahabat, realiti kita pula…jumpa adik angkat sehingga lewat malam…akhirnya tidur lewat, natijahnya mengantuk di dalam kelas, ada juga yang berbual-bual katanya membawa kepada Allah, tetapi ketika azanberkumandang masih tidak henti bercakap, ada juga yang solat lewat sama-sama, ponteng kelas dan sebagainya. Inikah kasih sayang kerana Allah? Ingin mengeratkan silaturrahim, mengukuhkan tali persaudaraan tetapi dalam masa yang sama mengabaikan perkara-perkara yang utama. Bukankan masa dan waktu itu sangat berharga?
Suadara seislam,
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah tidak patut kita menyalahgunakan kelebihan dan nikmat yang telah dberikan. Jika kita berkasih sayang, kita tidaklah terlalu membiarkan perasaan itu sehingga menjejaskan tuga-tugas/ tanggungjawab yang lain. Bahkan kita menggunakan kesempatan bersahabat…bersaydara untuk membetulkan mana yang silap, mendidik, mengingatkan perihal akhirat, mendorong semangat dakwah dan mnyebarkan fikrah. Sesungguhnya kelebihan hubungan ukhwah kerana Allah adalan kerana yang terlibat di dalamnya sentiasa mengingati masalah-masalah akhirat.
Ketahuilah saudaraku,
Ukhwah bersaudara kerana Allah pengukur pasang surutnya iman, maka sudah tentu manusia yang hidupnya berukhwah fillah adalan manusia yang hidupnya basah dengan limpahan iman. Apabila hubungan yang terjalin benar-benar kerana Allah, yang menguasai seluruh jiwanya…juga yang bermain-main di fikirannya hanya mengharapkan redha Allah dan syurgaNya. Subhanallah…hebatnya manusia seperti ini. Semestinya hubungan yang terjalin sangat jauh daripada terikat dengan kepentingan duniawi. Bahkan mereka bersama-sama memburu satu cita-cita yang tinggi…iaitu redha Allah.(Mardhotillah)
Apabila situais ini yang menguasai diri kita, sudah tentu kita akan mampu memastikan hala kasih sayang itu di jalan yang betul…iaitu jalan yang mambantunya untuk muraqabatullah, meningkatkan amal ibadah, menambahkan kefahaman(fikrah)…dengan ini terealisasilah matlamat Islam untuk membawa manusia kepada Allah.
“Dakwah is the business of winning heart”
Dakwah adalah untuk memenangi hati manusia dan beri kepada Allah…sedarkannya agar serahkan hati kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW, sebaik baik sahabat adalah orang yang pabila engkau memandangnya menjadikan kamu mengingati Allah. Alangkah gembiranya aidai saudara kita yang memandang kita membuatkan hatinya mengingati Allah….
“Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, Dia memberinya teman yang soleh, jika dia lupa,maka diingatkan teman tersebut dan jika dia telah ingat, maka dibantunya teman itu.(HR Abu Daud)
“Tiada suatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seorang muslim selepas nikmat iman dan islam melainkan sahabat yang soleh(Umar alKhattab)
Pernah suatu ketika, seorang adik bertanya pada ana macam mana sebenarnya kasih sayang kerana Allah? Ana cuba menerangkan setakat yang ana faham, ana juga ada cakap:
“Bayangkan…seorang abang mempunyai hubungan yang sangat baik dengan seorang adik, dan menyayanginya semata-mata nak tackle kakak si adik. Si abang begitu bersunggu-sungguh mengambil hati si adik. Apabila tiba satu masa, si adik buat perangai atau menyakiti hati si abang, si abang tidak kisah, tidak terlalu bimbang si abang amat yakin setiap perbuatannya bermatlamatkan kakak si adik tersebut, bukanlah si adik itu”
Begitulah juga kita menyayangi seseorang kerana Allah, malah lebih hebat lagi. Kita menumpahkan kasih sayang kita kepada saudara kita kerana Allah. Apabila berlaku perselisihan faham, seseorang itu tidak seharusnya kecewa…terasa hati…rasa kurang dihargai…tetapi yang menghiadi seluruh jiwanya adalah redha Allah…ganjaran Allah…janji-janji Allah. Andai kita benar-benar ikhlas bersaudara keranaNya, kita tidak akanmengharap saudara kita memberi respond yang baik kepada kita, tapi kita mengharap Allah memandanga kita…Allah menemani kita…mendidik jiwa kita. Jiwa seperti ini dimiliki oleh manusia-manusia yang hebat hubungan hatinya dengan Allah. Mereka amat sedar dan yakin bahawa cinta dan kasih sayang mereka kepada saudara mereka atas dasar cinta yang suci iaitu kecintaan sepenuh hati mereka hanya kepada Allah. Wallahualam.
Tinta dakwah,
Mata air syurga.
4 comments:
huda, i really mls nk bce blog pjg2.
nex time plz make it short ye..
huhu :)
hehe....okeh2, i'll try...tapi report kalau g camping xleh la pendek2 sbb mmg byk bnda nk cakap...huhu..surat ni mmg pjg,saye taip balik jer~
huda..aimi tau sapa bagi..isk3..rindunya pada salsabil!
(p/s: bertambah2 jeles sama huda!!haha)
betul...salsabil yg tulis...sbb tu post kat sini, at least i know one day kwn2 yg saya xdpt jmpe ni ade ksmpatan utk bace....
Post a Comment