Wednesday, December 17, 2008

kenape saye pergi kem??

Menjawab persoalan di atas….act ana baru lepas pulang dari Kem Bina Insan HALUAN di Pusat Latihan Khidmat Negara Perkok, Sungai Siput, Perak. Ana diminta membantu dengan menjadi seorang fasilitator kepada peserta perempuan sekolah rendah, dan kem tu sebenarnya melibatkan sek rend an sek men laki dan perempuan. Kem ni terbuka kepada semua orang, jadi b4 jadi fasilitator tu mmg telah diingatkan supaya jaga nama baik dan layan dengan sewajarnya as kita ingin mengajak masyarakat kepada Islam, jadi jika baik cerita yang dibawa balik oleh peserta selepas kem nanti, maka diharap dengan keizinan Allah dapat menarik minat mereka untuk terus menghadiri program2 sebegini.

Ok, kenapa ana pergi kem ni??

-Sebab nak melihat cermin kehidupan yang insyaAllah akan Allah tunjukkan kepada individu yang Allah kehendaki…ana memang sentiasa mencari2 peluang seperti ini…alhmdulillah, ada sedikit peristiwa yang ingin ana kongsi…

Day 1

Aktiviti LDK, dan mendengar perbualan mereka. Agak kelakar, kerana kanak2 ni fitrahnya jujur, tanpa perlu berselindung apa yang mereka ingin katakan.

Kanak 1: Siapa nak jadi ketua kempulan ni?
Kanak 2: Haah, siapa nak jadi? Kalau xde siapa nak jadi, takpe laa biar kita yang jadi.(mrujuk pd dirinya sendiri)

Huhu. Tersenyum ana mendengar. YaAllah, sesunguhnya mereka sangat bertuah dapat peluang untuk menghadiri program sebegini. Inilah bakal2 pewaris Islam yang akan meneruskan perjuangan, dan masa inilah penerapan tarbiyah diperlukan.

Reflect diri ana time skola rendah dulu……..hmmmm~

Ummi: Huda, hujung minggu ni ade program banat kat Ulu Kenas. Pergilah, daripada asyik tengok tv je kat rumah.
Me: Alaa…malas la nak pergi. Takkan saya pergi sorang2 je? Mana ade kawan…ummi asyik suruh saya je…abes kakak2 tu? Saya xnak pergi kalau dorang x pergi skali.

Ana pernah cakap macam tu. Sebab rasa xlayak untuk pergi program Islamic, semua budak2 pakai tudung labuh, ade geng sendiri. Tapi akhirnya ana akan pergi juga, sebab tak sangup nak bagi ummi sedih. Tak rela tapi pergi je, asalkan ummi puas hati.

Kini….daripada menjadi peserta Allah izin ana untuk menjadi fasilitator. SubhanaAllah. Moga setiap detik yang ana luangkan ini, adalah dalam usaha untuk mencari redha Allah. Mari sama-sama kita pujuk hati, sentiasa ikhlaskan diri, betulkan niat.

Day 2

Rupa-rupanya, kanak-kanak sekolah rendah ini kurang mengerti perkataan fasilitator ataupun fasi. Dalam pada arahan yang meminta mereka merujuk akak-akak fasi, mereka hanya mengangguk. Huhu. Seperti dalam satu scene ni….

Kanak 1: Eh, ape benda fasilitator tu? (selepas membaca tag yang ana pakai)
Kanak 2: Alah, takkan kamu tak tahu. Fasi tu macam tu la, akak-akak yang cantik remaja.
Kanak 1: Ooo..

Ana pura-pura tak dengar. I tried hard to not to grin. Hahaha=). Tapi xleh tahan,tersengih gak time tu. Ini rupanya yang mereka lihat. Abes, kalau tak cantik xboleh jadi fasi laa? SubhanaAllah. Allah itu cantik, dan segala yang baik itu datang dari Allah.
Bukan cantik yang ana lihat sebagai motivasi, tetapi kita perlu tahu bahawa fizikal memainkan peranan penting dalam pertumbuhan minda kanak-kanak. Di mana mereka tidur, apa yang mereka makan, apa permainan yang mereka main, apa hadiah yang mereka dapat, semuanya termasuk dalam perkiraan yang akan menarik perhatian mereka. Kanak-kanak memerlukan perangsang, dalam pada ingin menarik minat mereka kepada didikan Islam.

Day 3

Ana suka scene ni. Alhamdulillah yaAllah, setiap peristiwa yang berlaku itu ada hikmahnya. Moga hambaMu ini termasuk dalam golongan yang diberi keizinan untuk berfikir dan mengambil pengajaran daripadanya.

Setting: Tepi sungai.

Kami bawa banat( kanak2 perempuan) utk mandi sungai, tetapi time tu remaja lelaki dan aulad(kanak2 lelaki) baru abes trekking, dan mereka lalu di kawasan yang banat ingin mandi.
Ana perhatikan seorang bdk lelaki yang melintasi ana. Dia berhenti, melihat buku lali dan terlihat kesan gigitan pacat. Namanya Bilal.

Kanak 1: Eh, pacat la!
Bilal: (terus pandang ke belakang, ana ingatkan mencari2 mana pacat tu terjatuh,tapi…) Eh banat!! Hati-hati kat sana ade pacat!!
Dan dia terus berlalu.

SubhanaAllah. Murni sungguh hatinya. Sempat lagi dia jerit bagi peringatan. Ini antara yang kita cari pada insan-insan seperti ini, lebih-lebih lagi yang bernama lelaki. Sanggup menahan seketika, asalkan tiada orang lain yang akan terkena selepasnya. Ana teringin untuk memiliki adik seperti ini, specifically ana teringin untuk ada seorang adik lelaki, yang boleh ana harapkan untuk bawa adik2 ana yang perempuan dan melindungi mereka. Tapi xpe, Allah izin kami lapan beradik hanya mempunyai seorang lelaki, iaitu abang sulung ana. Alhamdulillah, Allah izin dia menjadi yang pertama, untuk melindungi ketujuh2 perempuan di bawahnya.

Kanak-kanak lelaki sebegitu dapat dilihat hasil didikan ibubapa yang mengajar bahawa sebagai seorang lelaki, memang tanggungjawab mereka adalah besar. Dalam pada kita melindungi mereka daripada anasir2 luar yang tidak akan membantu Islam, kanak-kanak ini telah mengetahui cara untuk bersifat melindungi antara satu sama lain. Ar-rijal, pemuda Islam adalah antara asset berharga untuk agama dan negara. Tanpa mereka, kerja-kerja Islam takkan mampu ditanggung oleh pemudi sahaja. Inilah yang kita cari, dan ini juga yang kita hilang. Terbentuknya seorang pemuda yang sanggup merperdagangkan diri ke jalan Allah, turut memberitahu bahawa ramai lagi pemuda di Malaysia ini yang perlu diberi kesedaran, agar tidak memilih untuk hidup untuk mencari hiburan semata.

-Then nak jumpa sahabat yang sama2 dalam jalan ini.

Ha, part ni la yg memotivasikan ana. Kat sini la ana akan jumpe dgn kawan sefikrah, n dah xjumpe dah kt tmpat lain, luar drpd program. Mungkin Allah atur macam tu…
Time ni segi tegur menegur, nasihat menasihati akan berlaku, selaras dengan konsep ukhwah fillah yang sangat digalakkan dalam Islam…
Terlalu istimewa rasanya, nantilah ana akan kongsikan bersama.


-Didik diri korbankan masa utk kebajikan
-Belajar perkara baru/ skills baru
-Dan lain2…dah panjang ana tulis ni.


Tu je kot wat masa ni. Selepas program ni, insyaAllah ana ke Program Jalinan Ukhwah anjuran Alumni Pelajar Islam SBP(APIS)…wait 4 my reflection ya~~

4 comments:

Anonymous said...

Huda!
menarik..menarik!
nk jadi akak fasi gak r..hehe

alhuda said...

hee...satu je xbest jadi fasi ni...kita merancang utk tarbiyah adik2 tu, tapi kalau xde train of trainer,kita stakat menyampaikan tanpa dapat menyerap n amal ape yg kita cakap tuh...so, saye lebih ske jadi peserta!!!

Anonymous said...

salam huda..=)
hehe..terkejut pertama kali terserempak blog huda!wa..x bgtau kat aimi pon yer!!hehe..its ok dear..but anyhow..a gud blog i can say~keep up da gud work n moga dakwah melalui jln karya nie dpt diteruskan..and hopefully one day also I have the chance to start blogging!hehe..

actually..nk bgtau nie!!I'm so jeles!!rasa nak nngs pon ada ble bce post nie..why!?sbb x dpt pg n merasai apa yg huda rasa..=)huhu..
also..bilal sgt comel!!hehe..x sangka sematang tuh dia berfikir ye..nnt pape progrm bgtaula..I'm eager to join!Hehe..

salam rindu huda~
-aimi-

alhuda said...

aimi!!!!!!!
rindunye.......lama sangat tak jumpa...isk3..
camne boleh terserempak??sorry, xsempat nak bagitau...huhu.
sorry, aritu kan aimi dah nak balik ukm...camne nk g skali prgm tuh...hmm, pape pun, nxt time ade masa n aimi ade kt ipoh, kite g same2 tau!!!!