Friday, November 28, 2008

persiapan exam mlebihi psiapan mati??

Astaghfirullah.Astaghfirullah.

Malam tadi mimpi something yg agak...pelik maybe, or I shall say mimpi yg menginsafkan.
Although pagi tu ade exam econ, so memang diselimuti IB course companion econ mlm tu, mimpi ni somehow agak mengetuk diri ni utk kembali mengenal erti seorang hamba....

*ini adalah mimpi, maka mmg terdapat unsur tidak logic tapi sila beri tumpuan pada pkr yg menyedarkan pnulis instead of jln cerita die
____________________________________________________________________________
Mimpi 1
Latar tempat: my old school, Seratas
Latar masa: siang

Mimpi bermula dalam niat ingin menuju ke dewan makan(memandangkan mmg tidur dalam keadaan perut kosong) bersama Afifah and a few classmate Mo7J. Orang sekeliling agak ramai and suasana DM pun agak gamat sbb mmg time makan...as we approaching the dining hall, suddenly suasana jadi bising dan sume orang berpaling dan menunjuk2 ke arah satu tempat...di sebalik dewan makan dan bgnan2 asrama, muncul seekor binatang yg sangat besar, boleh ditafsirkan cam kacukan 2ekor haiwan sbb ekor die pjg cm biawak, tapi badan die cam binatang kaki empat cam singa tuh...suasana time tu cm agak real sbb mmg latar tmpat seratas yg dikelilingi gunung ganang..saiz die sbsar bangunan gk ar....then suddenly muncul sekor lg dlm bntk yg lain, di belakang binatang tadi...2 ekor binatang ni cam mendekati.....
Ktorang jadi sangat cuak, dan xsmpat msuk ke dewan makan....tiba2 ada orang menjerit,
"Kiamat.......!!!!"

Semua orang bertempiaran lari.Yup, I ran too but on that moment in this dream, ade cetusan hati yg I still can remember....

......
Selepas orang tsbut jerit kiamat, jantung cam bdegup sgt kuat dan tpikir,
"Ya Allah, aku x bsedia lagi!! Amalan aku belum cukup lagi! Xsempat dah ni! YaAllah, benarlah!"
Hati lagi mengiakan yg time tu mmg hari kiamat sbb hari ni hari jumaat...
.......
I ran back to the hostel, n sume org time tu dah xtentu hala. I grab my hnset and try to call my mom...
"Hello umi!Semua orang ok ke??".dalam nada cemas
"Huda ok x??" tnya umi.
"Huda ok2!!" dan talian berhenti sampai situ. there's something different.suara umi dalam mimpi tu lain sgt, sbb sgt sayu dan lembut.

By the time selesai je call umi, I looked back to the dining hall and--

Before my eyes, bumi suddenly diterbalikkan.

Tamat mimpi.
____________________________________________________________________________

-terjaga dan terus istighfar. buku econ still terbukak depan mata.berfikir sejenak dan mengambil masa utk kembali menginsafi.

then bace econ balik kmudian tidur lagi.(mmg mggu exam tidur x lena)
____________________________________________________________________________
Mimpi 2

Latar: rumah

Tgh bkumpul dgn semua siblings, dan umi kt depan mata.
"Umi, mlm tadi saya mimpi dah nak kiamat. ......(saya mnceritakan details spt mimpi ptama td)....then dgr suara umi lain sgt. Lembut semacam je suara umi mcm orang tgk sakit....."

tamat mimpi 2.
____________________________________________________________________________

Astaghfirullah.Astaghfirullah.
Mimpi dua tu agk pelik la sbb bleh cite balik mimpi ptama kt umi.Apa yg nk diceritakan disini, adalah apa yg tkesan di hati ni.

Friends,
Dalam kita berjuang di bumi KMB ni kita semua kena ingat....jangan sekali-kali cuba untuk mengagungkan dunia dan menyingkirkan akhirat.( Yup, mimpi selalu dipengaruhi oleh syaitan. Saya xmrasakan ini adalah mimpi buruk, sbb tkesan di hati akan apa yg trdapat di sebalik mimpi tu and lagipun mimpi buruk xboleh diceritakan kepada sesiapa pun.)

Ni satu peringntan tentang persiapan exam yang melebihi persiapan mati. Setiap jiwa yang hidup pasti merasai mati. Manusia jika dilihatkan, persiapan mereka utk menghadapi dunia lebih hebat daripada persiapan menghadapi akhirat. Padahal hidup juga adalah satu ujian, dan pemeriksanya adalah ALLAH. maka skemanya adalah daripada ALLAH. keputusan peperiksaan ini adalah syurga atau neraka. sama ada terima kertas periksa( buku amalan ) daripada tgn kanan atau tgn kiri. jangan sampai ketika kita leka dgn dunia, maka apabila ALLAH menarik nyawa kita, kita belum bersedia. Mati adalah pasti, dan tiada siapa dapat lari daripada mati. Tiada penangguhan utk ketetapan ini.
Dalam mimpi bleh la tcari2 tempat utk berlindung padahal on that moment, tiada tempat berlindung selain daripada berharap kepada ALLAH.

YaAllah, peliharalah hati-hati kami agar sentiasa tunduk dan patuh kepadaMu. Jauhkanlah kami dari godaan syaitan laknatullah, dan matikanlah kami dalam keadaan kami beriman kepadaMU.

YaAllah, ampunkanlah segala dosa2 kami, ampunkanlah kami dengan sifat Ar Rahim yang Kau miliki. Terimalah taubat kami yaAllah. Kami hamba yang lemah dan hina, seringkali alpa dengan suruhanMu. Kami tak layak untuk memasuki syurgaMU yaAllah......namun kami tidak sekali-kali sanggup untuk ke nerakaMu.....

Buat diri ini dan rakan2, jom sama2 kita bertaubat sentiasa, kerana setiap hari sama ada sedar atau tidak, kita sentiasa melakukan dosa. Mari mohon keampunan Allah, dan sentiasa perbaiki diri.

"...pada hari itu manusia berkata,"Ke mana tempat lari?? Tidak! Tidak ada tempat
berlindung! Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali pada hari itu..."
(AlQiyamah:10-12)

Mari sama-sama berkerja keras, demi akhirat. Wallahualam~

10 comments:

hardisk said...

dasyat ye mimpi ko huda.
kalo mimpi tu kene kt ak, ak xkn interpret mimpi sampai gini sekali.
and tym xm ni,mmg ramai org mkn buku tidur buku hingge lupe tuhan [ni ak cakap pasal aku].
so tengkiu for this post =)

Anonymous said...

salam alaik...
mimpi yang agak freaky tapi still bagus tuk bt peringatan kepada semua..istighfar3x

semoga kite semua sentiasa bersiap sedia mengahadapi mati sesungguhnya kerjalah sungguh2 pada hari tersebut
but then at the same time, ibadahlah seperti ibadah TERAKHIR kita padaNYA..

becoz there is no TURNING BACK once its happen..macam mati bukannya bley patah2 balik nak hidup dan insaf balik..

Matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa padaMU YA ALLAH

-mengejar redha ALLAH-

alhuda said...

btul2...walaupun menuntut ilmu ni adalah salah satu cabang jihad,kita kena pastikan niat n matlamat kita utk capai redha Allah sentiasa on track....

Anonymous said...

hudaaaaa....
tkotnye mimpi anda...
astaghfirullahalazim...
tp kna ingt gak... tu baru mimpi blhla nk call umi... kalo btol2.... huhu....
thanx 4 the post huda.. =)
agk trksn la pd hati yg tgh ksg ni.. :)

p/s: asal sy jd watak kodi j dlm mimpi huda? hehe...

alhuda said...

tkut ek mimpi tu??hmm...yup, mmg tkesan kt hati pun

p/s:slama ni pun mmg anda jd watak kodi je dlm mimpi sy...haha..xdela, mmg anda ilang trus time tu,mgkin turut lari cm mnusia2 lain...sy sh xpikir anda dh time tu...
tula, time kiamat nnt kita xkan pikir sape2 dh kn...ibu yg mnyusukn anak pun lari meninggalkan anak die....

Ain Mardhiah said...

salam huda,ingat ainul lagi?
lama tak jumpa... apa khabar skrg?

btw, mimpi ni menginsafkan .. tak pernah kena lagi.. tapi tak dapat bayang kalau setakat mimpi tu pun dah macam mana takutnya rasa..

Anonymous said...

scary..
astaghfirullahalazim..

mekasih..
jiwa yang kosong ini kembali terisi..

aisyah ismail ♥ said...

haritu time usrah.. ade org 'promote' mimpi ni huda ni.. huhu tu yg terpanggil untuk membaca =)

p/s: rindu lak monyet2 di taiping.. dulu tme kat Seratas.. ade ke 'sahabat' dari ZOO Taiping yg terlepas?? =)

tu afifah.. bukan je watak kodi.. bayang anda pun x pernah masuk mimpi saya.. kre ok la tu huda selitkan watak anda kuikuikui

alhuda said...

ade org tu gtau die dah promote...
xpe,sy mmg nk share pun...

taiping?monyet?argh...memori pahit time f2 bsama monyet...huhu..yeah aisyah, pipah xkn btukar mnjadi watak dinamik..hee

adlan wafi said...

hurm, baru ada masa nk baca post ni, waktu exam dulu, x smpt.

moga kita dpt iktibar dari mimpi ni... ;)