Monday, July 8, 2013

Fire!


Sekiranya bilik yang anda sedang duduki sekarang terbakar, apakah yang akan anda lakukan?

‘Saya akan lari!’
‘Saya akan cari pemadam api yang warna merah tu lepas tu cuba padamkan api’
‘Saya ambil barang-barang saya kemudian lari ikut tangga. Lif tak boleh guna bila berlaku kebakaran!’
‘Saya akan cuba ambil air untuk padamkan’-Macam mana nak padamkan api dengan air?-‘Ambil la cawan lepas tu tuang pada api tu’.

Ini adalah respon yang didapati daripada beberapa orang yang ditanya soalan di atas. Jawapan yang terakhir adalah contoh orang yang mempunyai masalah untuk membuat keputusan yang logik (impaired judgement).

Soalan ini adalah sebahagian daripada Mental State Examination(MSE). MSE adalah salah satu penilaian yang akan dibuat kepada semua pesakit yang berjumpa doctor psikiatri-dan sebenarnya MSE boleh dibuat kepada sesiapa sahaja. No harm :)

Jika MSE ini dibuat pada semua orang, insyaAllah sebahagian besar daripada kita pasti mempunyai judgement yang tepat. (Maka ucapkanlah Alhamdulillah)

Namun daripada sudut yang lain, ramai daripada kita sebenarnya masih belum sedar bahawa kita sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang genting-segenting saat berada di dalam rumah yang terbakar. Cuma apinya saja tidak kelihatan!

Dunia Islam pada hari ini tidak pernah tenang dengan berita-berita yang mencemaskan. Musuh-musuh Islam tidak pernah rehat mencari jalan untuk menjatuhkan kesatuan ummah. Hakikatnya, kebatilan sedang membuat perancangan untuk menghancurkan kebenaran. Apa yang menyedihkan, apabila kesatuan ummah tercalar sehingga sesama Islam berbunuhan antara mereka, di saat itu musuh Allah bersorak keriangan.

‘Ah, itu mereka! Kita yang aman damai ini perlu pertahankan pula keamanan ini. Biarkan mereka selesaikan konfliknya sendiri’.
‘Maaf, saya tidak punya masa untuk semua itu. Masalah sendiri pun masih belum terurus!’.
‘Of course I care about them! But hey, don’t forget our plan to go to cinema tomorrow, okay?’

Hakikatnya sebahagian besar daripada kita masih lena. Seronok berada di fasa delta wave of the brain, di mana seseorang itu paling sukar digerakkan daripada tidur. Jika digerakkan pun tidak akan sedar sepenuhnya. Pada fasa ini, manakan mungkin perasan rumah yang didiami sedang terbakar. Maka begitulah keadaan kita. Masih enak menikmati keseronokan dunia yang dihidangkan oleh musuh-musuh Islam sehingga kita lupa pada mereka yang sedang berjuang menegakkan kebenaran, ditindas oleh kezaliman dan dibunuh atas nama mempertahankan kebebasan.

“Kita ni,”ujar seorang daripada rakan yang dikasihi,
“Perlu rasa bertanggungjawab untuk menjadi penggerak kepada ummah yang sedang lena ini. Kejutkan mereka, bahawa iman kita dalam kondisi yang sangat bahaya! Sedetik kita tinggalkan Allah, bertubi-tubi serangan daripada musuh Islam datang untuk melalaikan kita. Untuk menjauhkan kita daripada mengingati Dia. Hingga kita semakin jauh..dan jauh meninggalkanNya.

Maka bagaimana untuk menggerakkan ummah ini?

Kita sendiri yang perlu bangun dahulu dan menyedari bahawa kebakaran sedang berlaku, dan segera gerakkan mereka untuk lari menyelamatkan diri. Kita sendiri yang perlu ubah diri kita dahulu, kemudian seru mereka yang lain untuk turut menyelamatkan iman mereka. Jaga hubungan dengan Allah, pasti Dia akan menjaga kita dan menyelamatkan kita selagi mana kita cuba mendekatkan diri kepadaNya.”

Jangan jadi hambaNya yang mempunyai impaired judgement terhadap suasana yang berlaku di sekeliling kita. Serangan musuh Allah datang dari segala arah, keep updated and aware.


Sungguh, kaca mata iman bukan boleh diperolehi di mana-mana. Ia adalah hasil daripada mengenaliNya dan menjaga diri daripada apa-apa yang menjadi laranganNya.



Saturday, June 15, 2013

Adab bertunang dalam Islam

Assalamualaikum wbt, 

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian pada Allah swt yang Maha Memelihara, sepanjang-panjang rasa syukur padaNya yang Maha Mendengar dan Memberi, sesungguhnya kita sebagai hamba sentiasa fakir dan memerlukan Allah yang Maha Mengurniakan. 

Mengenangkan sahabat fillah yang paling hampir dengan saya akan bertukar status minggu hadapan, rakan 'kembar' saya pula dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, rakan susah senang saya yang sedang dirisik dan beberapa sahabat fillah saya yang lain, suka untuk saya kongsikan sedikit ilmu terkait khitbah(pertunangan) pada post kali ini. Moga ia bermanfaat untuk semua, insyaAllah. 

Di bawah ini adalah terjemahan petikan daripada buku tulisan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan bertajuk Adab al-Khitbah wa al-Zifaf wa Huquq al-Zawjayn (Adab-adab Pertunangan, Perkahwinan dan Hak-hak suami/isteri), fasal keempat yang menceritakan asas-asas peminangan perempuan. 

All credits go to the writer and translator, semoga Allah merahmati penulis ini yang juga terkenal dengan bukunya Tarbiyatul Aulad(Pendidikan Anak-anak) dan penterjemah yang sudi berkongsi, moga Allah berkati segala usahanya dan menambahkan lagi tingkatan ilmunya untuk manfaat Islam. 

(Minta maaf atas susunan sebahagian daripada teks yang agak lari alignment nya)

************************************************************************************************************

FASAL KEEMPAT

Asas-Asas Peminangan Perempuan

Islam dengan Syariatnya yang bersifat kekal, prinsip-prinsipnya yang bertolak ansur, ia telah mengatur beberapa dasar berkaitan pertunangan. Ia juga telah meletakkan aturan-aturan yang praktikal dalam menuju alam rumahtangga. Dasar dan prinsip ini jika diikuti oleh pemuda dan kaum muslimin ketika memilih pasangan hidup, nescaya pertunangan mereka akan berjaya dan perkahwinan mereka akan bahagia. Bahkan akan lahir rasa cinta dan kasih sayang antara mereka dengan kehidupan dinaungi bayangan perkahwinan yang harmoni atas dasar muafakat dan saling memahami antara satu sama lain.

Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan pertunangan?

Dan apakah asas-asas yang berkaitan dengannya?

Pertunangan dapat diertikan dengan tindakan seorang lelaki meminang seorang perempuan sebelum berlakunya proses akad nikah. Ia dilakukan untuk mengetahui sama ada hajatnya itu diterima atau ditolak. Proses peminangan dibuat dengan mengumpul maklumat-maklumat yang mencukupi berkenaan si perempuan yang ingin dipinang. Ia boleh dilakukan oleh peminang itu sendiri atau wakilnya yang dithiqahi (dipercayai) dari kalangan keluarganya atau sahabat-sahabatnya.

         Pertunangan bertujuan agar pasangan yang ingin berkahwin dapat menempuh gerbang perkahwinan dalam keadaan pemikiran yang mendalam serta mendapat hidayah, sekaligus dapat menghindari masalah serta pertelingkahan dalam kehidupan rumatangga yang mungkin timbul pada masa akan datang, dan pada masa yang sama, ia dapat mengeratkan lagi ikatan antara keluarga suami dan keluarga isteri serta anak-anak dan sanak saudara mereka.

Dasar-dasar berkaitan peminangan adalah merujuk aturan berikut:

1) Melihat wanita yang ingin dipinang
   Islam telah mensyariatkan agar peminang melihat perempuan yang ingin dipinangnya. Begitulah juga si perempuan disyariatkan melihat si lelaki. Ia bertujuan untuk mengetahui dengan jelas siapa gerangan yang bakal menjadi pasangan (bagi menghabiskan) umur dan menjadi rakan kongsi kehidupan mereka. Asas pensyariatan ini adalah merujuk kepada kisah al-Mughirah bin Sh'ubah ketika mahu meminang seorang perempuan, lalu baginda Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam berpesan kepadanya:

انْظُرْ إِلَيْهَا، فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يُؤْدَمَ بَيْنَكُمَا
Tengoklah perempuan itu. Mudah-mudahan ia dapat mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua”. 
(HR al-Bukhari, al-Turmidhi, al-Nasa’i dan Ibn Majah)

 Hadis ini menunjukkan bahawa melihat pasangan itu boleh membawa kepada penerusan kasih sayang dan kelunakan hati. Hadith yang lain pula mengisahkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi sallallahu Ñalayhi wa sallam lalu menyuarakan hajat ingin menikahi seorang perempuan dari kalangan kaum al-Ansar. Lalu Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bertanya: “sudahkah kau tengok perempuan itu?” dia menjawab: “belum”. Baginda pun menerangkan:

فَانْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّ فِي أَعْيُنِ الأَنْصَارِ شَيْئًا (يعني الصغر)
Tengoklah dia. Kerana pada mata kaum al-Ansar itu ada keunikan (matanya sepet)”. 
(HR Muslim dan al-Nasa’i)

Walau bagaimanapun, dalam proses menengok ini ada adab-adabnya yang perlu dijaga:
            i. Tak boleh peminang melihat si perempuan kecuali setelah dia benar-benar berazam mahu berkahwin. Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

إِذَا أَلْقَى اللَّهُ فِي قَلْبِ امْرِئٍ خِطْبَةَ امْرَأَةٍ فَلا بَأْسَ أَنْ يَنْظُرَ إِلَيْهَا
Jika Allah telah menggerakkan hati seorang lelaki untuk masuk meminang perempuan, tiada salahnya untuk dia melihat perempuan itu
 (HR Ahmad dan Ibn Majah)

          ii.Tak boleh peminang melihat perempuan kecuali pada anggota muka dan dua pergelangan tangannya sahaja. Ini kerana tuntutan melihat (di dalam hadis) hanya terbatas kepada anggota yang dua itu lantaran muka itu umpama pancaran anggota badan manakala dua pergelangan tangan adalah anggota yang terzahir menurut adat.

   Tuntutan melihat yang hanya menghadkan kepada muka dapat difahami melalui pesan Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam kepada seorang lelaki: “Tengoklah dia. Kerana pada mata kaum al-Ansar itu ada keunikan”. Manakala tuntutan melihat yang membataskan hanya kepada muka dan dua pergelangan tangan adalah berdasarkan kisah Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam yang menghantar Ummu Sulaym untuk meminang seorang perempuan, lalu Baginda berpesan kepadanya:

 اُنْظُرِي إِلَى عُرْقُوبَيْهَا وشُمِّي عَوَارِضَهَا
 “Lihatlah kedua kakinya dan ciumlah pipinya”. 
(HR al-Hakim)

Jika melihat kepada selain muka dan dua pegelangan tangan itu diharuskan, maka sudah tentu Baginda sendiri yang akan melakukannya.

           iii. Dibolehkan untuk melihat si perempuan berulang kali agar bayangan calon isteri meresap pada perasaan. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis: “lihatlah perempuan itu” yang tidak meletakkan had melihat sama ada sekali, dua kali atau berulang-ulang kali.

        iv. Semasa majlis pertunangan berlansung, dibolehkan untuk perempuan bercakap dengan si lelaki, begitulah juga sebaliknya. Keharusan ini merujuk kepada pendapat majoriti fuqaha yang berpandangan bahawa suara wanita bukanlah aurat. Sungguh Nabi sallallahu 'alayhi wasallam sendiri bercakap dengan perempuan dan Baginda mendengar bicara mereka. Begitu juga para Sahabat ridwanullahi 'alayhim, mereka bertanyakan isteri-isteri Nabi di sebalik tabir akan perihal hadis dan hukum-hakam.

          v.Tak boleh bersalaman dengan si perempuan sebelum berlakunya akad nikah dalam apa keadaan sekalipun, kerana dia tetap ajnabiyyah (wanita asing) dan ajnabiyyah ini diharamkan bersalaman dengannya. Peraturan ini adalah bersumberkan kalam ‘A'ishah radiyallahu 'anha bahawa:

وَاللهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللهِ يَدَ امْرَأَةٍ قَطْ
Demi Allah! Nabi sama sekali tidak menyentuh tangan wanita ketika berbai'ah. Bai'ah itu dilakukan dengan kata-kata” (HR al-Bukhari)

          vi. Tak dibolehkan berdua-duaan antara pasangan bertunang kecuali dengan kehadiran mahram si perempuan kerana Islam mengharamkan bersendirian dengan perempuan ajnabiyyah. Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam menegaskan:

أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ وَلا تُسَافِرَنَّ امْرَأَةٌ إِلاَّ وَمَعَهَا مَحْرَمٌ
Ketahuilah! Janganlah seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan dan jangan juga bermusafir dengannya kecuali disertai oleh mahramnya”. (al-Bukhari dan Muslim)

           vii. Dibolehkan untuk peminang melihat si perempuan dalam keadaan tanpa disedarinya seperti mana sabda Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam:

إذَا خَطَبَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً، فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ إِلَيْهَا إِذَا كَانَ، إِنَّمَا يَنْظُرُ إِلَيْهَا لِلْخِطْبَةِ إِذْ كَانَتْ لا تَعْلَمُ
Jika seseorang di antara kamu meminang perempuan, maka tiada halangan untuk kamu melihatnya, walaupun dia tidak mengetahui”. (HR Ahmad)
Islam telahpun menggariskan adab-adab yang perlu dipatuhi pasangan bertunang. Siapa yang melampui batasannya dan mengambil jalan yang bukan dari Islam, maka dosalah yang layak untuknya dan dia telah menyanggahi Syariat.

Dukacita jika kita menyorot realiti masyarakat hari ini, kita akan mendapati kebanyakan mereka mengambil mudah urusan pertunangan dan ia berlaku dalam bentuk dua kelompok:

Pertamanya, kelompok yang menghalalkan segala macam cara pergaulan tanpa dibatasi adab sopan dan peraturan Islam. Mereka bebas bergaul dengan pasangan tunangnya sesuka hati tanpa had, dengan alasan, mahu mengenali akhlak dan tabiat perangai pasangan masing-masing. Ketahuilah bahawa alasan ini adalah batil lagi tertolak. Bahkan Islam sungguh-sungguh memerangi perbuatan ini kerana ia menafikan prinsip kemuliaan wanita dan sistem Islam itu sendiri.

Sesungguhnya bagi yang mempunyai akal dan kecerdikan, pasti dapat melihat bahawa pergaulan bebas lagi tiada akhlak ini akan membawa kepada kebobrokan sahsiah dan hubungan yang meragukan. Imej perempuan boleh jadi dipandang buruk, bahkan jauh lebih buruk dari si lelaki kerana apabila si perempuan ditinggalkan dengan alasan dia tidak sesuai dengan si lelaki, maka akan ditohmahlah maruah si perempuan ini dan dibuat bahan pelecehan masyarakat. Akibatnya, jadilah dia anak dara tua yang tak laku dengan harga seperti barang buangan.

Bagi orang yang mempunyai kefahaman, pasti dia dapat menyedari bahawa di dalam pergaulan bebas ini, pelakunya tidaklah dapat mengetahui akhlak tunangnya kerana masing-masing berpura-pura ibarat berlakon di atas pentas lawak lagi dusta.  

Sudah berapa banyak kita dengar tentang pertunangan yang tidak berakhlak ini gagal mengecapi kedamaian rumahtangga, gagal mencapai cinta dan kelembutan antara suami isteri, bahkan  pertunangan yang berdosa ini diakhiri dengan penceraian. 

Keduanya, kelompok yang fanatik dan keras tanpa dikawal dengan akhlak Islam. Mereka menolak sunnah Nabi dalam melihat tunang, bahkan ada ibu bapa yang terlalu berkeras hingga melarang si lelaki melihat anak perempuan mereka kecuali setelah tiba malam pertama.

Bagi orang yang faham dan berfikir, dia akan mengetahui bahawa sifat berkeras ini bukan dari Syariat Islam. Bahkan dalam kebanyakan situasi, sifat terlalu berkeras inilah yang menghilangkan nikmat perkahwinan dan kebahagiaan rumah tangga. Akibatnya, anak perempuan tidak dipinang orang dan duduklah dia di penjuru rumah bersama mereka yang tak laku.

Oleh itu, bagi pasangan yang bertunang, begitu juga para penjaga anak perempuan, beriltizamlah kalian dengan batasan-batasan Allah 'azza wa jalla dalam menguruskan pertunangan dan perkahwinan. Jika kalian mahukan kemuliaan seorang wanita, kesolehan seorang lelaki, keselamatan rumahtangga serta masyarakat yang berakhlak, maka cermatilah ayat ini:
 تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعۡتَدُوهَا‌ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
Itulah batasan-batasan Allah maka jangan kamu melampauinya! Siapa yang melanggar batasan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” 
[al-Baqarah:229]

2)      Masuk meminang tunangan orang lain
Jika seorang lelaki yang baik agamanya masuk meminang seorang perempuan yang bagus akhlaknya, lalu pinangannya diterima oleh si perempuan dan keluarganya, maka diharamkan bagi lelaki lain untuk masuk meminangnya kecuali jika putus ikatan pertunangan tadi atau lelaki itu memberi izin. Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam telah bersabda:

لا يَخْطُبِ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ حَتَّى يَتْرُكَ الخَاطِبُ قَبْلَهُ، أَوْ يَأْذِنَ لَهُ الخَاطِبُ
 Janganlah seorang lelaki meminang atas pinangan saudaranya hinggalah peminang yang terdahulu meninggalkan atau mengizinkannya.” (HR al-Bukhari)   

      Telah sedia maklum bagi orang yang mempunyai akal fikir bahawa pertunangan atas pinangan orang lain ini akan menerbitkan rasa dendam, mewariskan sifat dengki, merosakkan ummah, menghancurkan kesatuan jama'ah serta membarahkan lagi akar adu domba dan umpatan di kalangan kaum muslimin. Sungguhpun demikian, dalam isu meminang perempuan yang menjadi tunangan lelaki fasiq, Ibn al-Qasim berpandangan ia diharuskan dan pandangan beliau disokong oleh Ibn al-'Arabi al-Maliki.

      Pandangan ulama mazhab Maliki ini bertepatan dengan nas-nas Syariat pada membahaskan kriteria yang perlu ada bagi seorang lelaki iaitu mestilah dia seorang muslim yang memiliki keindahan akhlak dan pegangan agama. Pandangan ini juga selari dengan kaedah fiqh iaitu: “menolak kemudaratan lebih diutamakan dari mencapai kemaslahatan.” Oleh yang demikian, tercapailah maslahat perkahwinan apabila seorang lelaki mampu mengajak pasangannya kepada Islam. Kalaulah ada ibu bapa yang merelakan anak perempuannya dinikahi lelaki fasik lagi jahat, ketahuilah sesungguhnya mereka telah mengabaikan timbangan neraca agama dan akhlak Islam.

3)       Meminang perempuan yang masih dalam tempoh 'iddah
Jika seorang perempuan yang masih menjalani tempoh Ñiddah, sama ada ia disebabkan kematian atau diceraikan suaminya, maka haram bagi orang lain untuk masuk meminangnya hinggalah tamat tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, adalah diharuskan bagi lelaki untuk menyuarakan hajat untuk meminang dalam bentuk isyarat tidak lansung, contohnya dengan mengatakan: “jika dah habis tempoh 'iddah kau, beritahulah aku”. Ini berdasarkan firman Allah:
وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ فِيمَا عَرَّضۡتُم بِهِۦ مِنۡ خِطۡبَةِ ٱلنِّسَآءِ أَوۡ أَڪۡنَنتُمۡ فِىٓ أَنفُسِكُمۡ‌ۚ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمۡ سَتَذۡكُرُونَهُنَّ وَلَـٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّآ أَن تَقُولُواْ قَوۡلاً۬ مَّعۡرُوفً۬ا‌ۚ
Tiada halangan bagi kamu untuk meminang wanita (yang masih dalam 'iddah) dengan konotasi implisit atau kamu simpan (hajat untuk mengahwini mereka) di dalam hati kamu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut atau menngingati mereka (dan yang demikian itu tak salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka secara sulit selain dari mengungkapkan ucapan (implisit) yang sopan” [al-Baqarah: 235]

      Pada kesempatan ini, saya (penulis) ingin menjelaskan isu cincin pertunangan, di mana cincin emas pertunangan adalah diharamkan untuk lelaki memakainya. Ada dua sebab yang mendasari larangan ini:

Pertamanya: Taklid (terikut-ikut) secara membuta tuli dan menyerupai kaum lain. Rasulullah melarang kelakuan ini berdalilkan hadis daripada 'Abdullah bin 'Amr radiyallahu 'anhuma bahawa Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا لَا تُشَبِّهُوا ‏‏بِالْيَهُودِ ‏وَلَا‏ ‏بِالنَّصَارَى

 “Bukan dari kalangan kami mereka yang meniru-niru kaum selain kami. 
Janganlah kalian meniru orang Yahudi dan Nasrani”. 
(HR al-Turmidhi)

Begitu juga apa yang diriwayatkan daripada Ibn 'Umar radiyallahu 'anhuma, bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

 مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka.” (HR Ahmad dan Abu Dawud)    

      Larangan meniru-niru di dalam hadis tersebut ditujukan kepada lelaki dan perempuan dengan arahan yang sama.

Keduanya:  Telah diharamkan pemakaian emas bagi lelaki. Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai cincin emas berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ashab al-Sunan dan al-Imam Ahmad, daripada 'Ali radiyallahu ‘anhu menceritakan bahawa Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam pernah mengambil sehelai sutera lalu diletakkan di kanannya. Kemudian Baginda mengambil seketul emas lalu diletakkan di kirinya dan bersabda: “Sesungguhnya dua benda ini adalah haram untuk kaum lelaki ummatku”. Ibn Majah menyatakan hadis ini ada tambahannya iaitu: “Halal untuk perempuan.

      Diriwayatkan pula oleh Muslim dan Ibn Hibban, daripada Ibn 'Abbas radiyallahu 'anhuma menceritakan bahawa Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam telah terlihat sebentuk cincin emas pada tangan seorang lelaki, lalu Baginda terus menanggalkannya dan membuangnya sambil bersabda: “Salah seorang di antara kamu dengan sengaja meletakkan seketul bara api neraka di tangannya.” Setelah Rasulullah berlalu pergi, seorang sahabat berkata kepada lelaki tersebut: “Ambillah semula cincin itu dan manfaatkannya.” Namun lelaki itu menolak: “Tidak! Demi Allah aku sama sekali tidak akan mengutip sesuatu yang telah dibuang Rasulullah.”  Adapun pemakaian cincin perak bagi kaum lelaki, yang mana ia bukan untuk pertunangan, maka perbuatan itu dibolehkan bahkan ia adalah sunnah menurut Syarak.



( 'Ulwan, 'Abd Allah NasihAdab al-Khitbah wa al-Zifaf wa Huquq al-Zawjayn (t.tp: Dar al-Salam, 1983), 47-59.)

Wallahu a'lam.

Friday, May 24, 2013

Maka dia solat


 
Sendiri, namun kayakan jiwamu dengan kehadiran Allah dalam hati.
(picture by Chris Bowley, flickr.com)



“Seharusnya dia beroleh istirahat di malam hari. Siang demi siang terasa panjang, melelahkan, dan menyesakkan dada. Ke sana ke mari dia susuri Makkah dari hujung ke hujung yang satu, berbisik dan berseru. Dia ajak satu orang demi satu, kabilah suku demi suku, untuk mengimani risalah yang diamanahkan kepadanya.

Dia kadang terlihat di puncak Shafa, membacakan ayat-ayat yang di balas caci maki dan hinaan menjijikkan dari pamannya sendiri. Dia kadang harus pergi, meninggalkan satu kaum dengan dilempari batu dan kotoran sambil diteriaki gila, dukun, penyihir, dan penyair ingusan. Dia kadang sujud di depan Kaabah, lalu seseorang akan menuangkan setimba isi perut unta ke kepalanya, atau menjeratkan seledang ke leher di saat ruku’nya. Dia kadang harus menangis dan mengumamkan ketakberdayaan melihat sahabat-sahabatnya yang lemah dan terbudak disiksa di depan matanya. Kejam dan keji.

Dia sangat lelah. Jiwa mahupun raga. Dia sangat payah. Lahir mahupun batin. Tenaganya terkuras. Luar mahupun dalam. Seharusnya dia beroleh istirahat di malam hari, meski gulana tetap menghantuinya. Tetapi saat Khadijah membentangkan selimut untuknya dan dia mulai terlelap dalam hangat, sebuah panggilan langit justru memaksanya terjaga.

Hai orang yang berselimut! Bangunlah di malam hari kecuali sedikit.
 Separuhnya, atau kurangilah yang separuh itu sedikit. Atau tambahlah atasnya, dan bacalah Al-Quran dengan tartil
(Surah Al-Muzammil, 73:1-4)

Untuk apa?

Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat
(Surah Al-Muzammil, 73:5)

Seberat apa?

Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, 
pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah berantakan 
disebabkan takut kepada Allah
(Surah Al-Hasyr, 59:21)

Itu kalimat yang berat. Itu beban yang berat. Beban yang gunung-gunung tak sanggup menanggung. Beban yang dihindari oleh langit dan bumi. Dan Muhammad harus menerimanya. Dia harus menanggungnya. Maka hatinya harus lebih kokoh dari gunung. Maka jiwanya harus lebih perkasa daripada bumi. Maka dadanya harus lebih lapang daripada lautan. Karena itu dia harus bangun di waktu malam untuk menghubungkan diri dengan sumber kekuatan yang Maha Perkasa.

Maka Sang Nabi pun bangkit. Dia shalat.”

Buku berkulit hitam itu ditutup seketika. Matanya dipejam erat, menjatuhkan genangan air  yang dari tadi hadir di kolam mata. Sirah Rasul yang tercinta sekali lagi meruntun jiwanya. Baginda Nabi yang maksum lagi mulia, turut berusaha untuk membina kekuatan ruhnya pada Allah yang Esa untuk berdepan dengan segala kesulitan yang diberi oleh kaumnya. Baginda Nabi itu, sangat yakin bahawa setiap pertolongan daripada Allah itu perlu ada pembersihan jiwa yang bermula dari dalam dirinya sendiri.

Maka baginda bangkit, mengetuk pintu langit melalui tahajudnya. Menyeru Dzat kuasa melalui rintihan suaranya.

“Maka begitulah seharusnya kita.”

Kata-kata murabbinya terngiang kembali di telinga. Perkongsian di awal pagi beberapa tahun yang lalu itu cukup menyentuh hatinya. Sering kali saat dia mengambil keputusan untuk lari daripada masalah yang sedang menyesak dada, murabbi ini pasti hadir bersama topik diskusi yang bertepatan dengan kesulitannya.

“Akhlak Rasulullah SAW yang sabar dan bersungguh dalam berdoa tatkala menghadapi cabaran-cabaran yang sedang dilaluinya ini, bertepatan dengan saranan Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 45 dan 46,

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. 
Dan solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. 
(Iaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, 
dan bahwa mereka akan kembali kepadaNya."

Rasulullah SAW dan para sahabat merupakan golongan yang pertama-tama sekali beriman kepada Allah SWT. Mereka yakin bahawa there is no God worthy of worship except Allah, and Prophet Muhammad SAW is His Messenger. Keyakinan ini mereka bawa ke mana-mana mereka pergi. Keyakinan ini mereka bawa saat berdepan dengan kafir Quraisy. Dan dengan keyakinan ini jugalah, mereka istiqamah dengan solat dan terus bertahan dengan rasa sabar.”

Subhanallah.

Awal pagi pada hari yang baru, dia bangkit dan memulakan harinya dengan sujud kepada Allah yang telah menghidupkannya kembali. Dia ingin menghayati solat malam yang menjadi sumber kekuatan baginda Rasulullah SAW sejak mula baginda berdakwah. Dia menadah kedua tangan, meneruskan munajat kepada Allah yang Maha Mengetahui segala isi hatinya.

‘Ya Allah, berat sungguh  amanah yang Engkau perintahkan pada baginda. Namun begitu baginda tetap dengan usahanya. Tetap dengan iltizamnya hingga hari ini aku dapat mengenalMu ya Allah dengan penuh rasa cinta.

Ya Allah, sesungguhnya nikmat Iman dan Islam yang ku kecapi pada hari ini, bermula dengan kudrat susuk tubuh utusanMu yang sangat kasih pada kami umat yang terakhir. Andai pernah baginda mengungkap lelah, pasti Islam tidak akan tertulis dalam lipatan sejarah dan tidak dihirau oleh masyarakat kemudiannya, yakni kami sendiri.

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa istiqamah dalam menunaikan ketaatan kepadaMu. Ingatkanlah kami di saat kami lalai, dan kuatkanlah kami di saat kami lemah. Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau kadar sekelip mata atau yang lebih singkat daripada itu. Sesungguhnya Engkaulah punca kekuatan kami, wahai Tuhan yang menguasai segala sesuatu.

Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW dan ucapan salam ke atas kaum keluarga baginda, dan segala puji kepada Engkau Tuhan sekalian alam’.




“Katakanlah (wahai Muhammad), sekiranya kamu mencintai Allah,
 maka ikutilah aku. Nescaya Allah akan mencintaimu dan mengampunkan segala dosa-dosamu. Dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Ali-Imran, 3:31)

Sunday, May 19, 2013

Tentang hati


Al-Qalbu, 
Tak terlihat di mata namun kewujudannya terasa.
Kondisinya perlu sentiasa dipelihara sehingga ada yang berkata bahawa amal hati lebih utama daripada amal anggota.

Ibnu Qayyim pernah mengupas kondisi hati manusia bersama rawatannya bagi setiap keadaan tersebut:
1. Dalam hati manusia terdapat kekuatan, tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah.
2. Dalam hati terdapat keganasan, tidak akan hilang kecuali apabila berjinak dengan Allah.
3. Dalam hati terdapat kesedihan, akan terlerai dengan menyukai dan berhubung baik dengan Allah.
4. Dalam hati terdapat kegelisahan, akan menjadi damai apabila berjumpa denganNya, dan berlari mendapatkan Allah.
5. Dalam hati terdapat api penyesalan, akan terpadam dengan redha pada suruhan, larangan, qada' dan sentiasa bersabar sehingga menemui Allah.
6. Dalam hati terdapat hajat, tidak akan terbendung kecuali dengan kecintaan kepada Allah, memohon kepadaNya, ikhlas dan sentisa berzikir kepadaNya. 

Kesimpulannya, inilah hati yang Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita supaya menjaga kondisinya agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik, kerana kondisi hati yang baik akan 'membaikkan' keseluruhan jasadnya. Jika buruk kondisinya, maka buruklah keseluruhan jasadnya.

So, jom jaga hati ^__^


        ******************************************************************************************
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, 
Tetapkanlah hati kami di dalam agamaMu 
di dalam ketaatan kepada perintahMu.."

'Sesiapa memuliakan orang yang mengagungkan Allah, 
sesungguhnya dia mengagungkan Allah.
Sesiapa mencintai orang yang mencintai Allah, 
sesungguhnya dia mencintai Allah.'


12th May 2013, 2nd Rejab 1434

Wednesday, May 15, 2013

Al-Nakba

15th May 1948
-
15th May 2013

[65 years of being denied from home]

The catastrophe, or in Arabic it is called as Al-Nakba, will never be forgotten by all until the citizen of Palestine who have been denied from their land are able to return. Another year being a refugee would mark another scar in their heart. The expulsion, ethnic cleansing, torture, massacre, are parts of Zionist routine that had left the Palestinians physically and psychologically damages. 

Until now, the political world map still being printed without Palestine on the draft. 

But they should remember that in the heart of all Muslims,
of all people who against the occupation, 
of all activists that keep fighting for their justice, 
Palestine would always being printed on our own world view.
Palestine would always be acknowledge and regarded as it should be.

The Zionist should know, 
or in fact they already knew
Palestinians are totally the diamond of the ummah!
Their perseverance are tougher than this hardest metal in the world
Because they have Allah, the One and The Only,
 the Source of Strength and Mercy.





[Picture by Fatin Al-Tamimi. It was taken during 'Moving Gallery' event held by the Ireland Palestine Solidarity Campaign(IPSC) in Dublin. They walked from St.Stephen Green to the Spire at O'Connell Street to tell others about the Nakba day]





p/s: Missing Dublin.. I did enjoy talking to the human right activists about Palestine, and was so amazed on the details that they know about this Holy Land although they're not a Muslim. I didn't mean that being a non Muslim, you don't have to give your concern about Palestine but actually by being a Muslim-we should be more aware about it. Shame on you and me, o' ignorant Muslim!