Friday, January 18, 2013

Selalu sahaja

Picture from kisahteladan.info

Selalu sahaja
Kita merasa selesa dengan apa yang sedang kita nikmati sekarang
Hingga memilih untuk tidak mahu berganjak, atau berhijrah
Padahal yang selesa itu yang membantutkan, hanya saja kita tidak nampak

Selalu sahaja
Kita tidak mahu untuk cuba keluar dari kepompong comfort zone kita
Alasannya, 'maaf, ku tidak biasa'
Hingga dunia luar itu tidak pernah diteroka, cabaran yang ditempuhnya hanya biasa-biasa saja
Padahal Allah kata bertebaranlah, dan perhatikanlah dunia

Selalu sahaja
Kita merasa diri kita tidak berupaya
Maka segala peluang ditolak mentah, tidak dicuba
Padahal diri daie itu syaratnya harus bersedia
Cabaran datang tidak kenal masa

Dan selalu sahaja
Kita merasa masanya belum tiba
Maka persiapan tiada, pelannya juga belum mula
Padahal maut bakal menjemput, pada saat yang tidak disangka-sangka...

****************************************************************

Refleksi menjelang 24 tahun pada minggu hadapan mengikut kalendar Islam, 11 Rabiulawal.
Ramai orang pada usia ini sudah mampu buat banyak perkara, ramai juga pada usia ini masih duduk di kepompong yang sama.

Maka di manakah kita?

Mari, pecahkan ice yang membatu di hati kita. Allah SWT dan Rasulullah SAW sukakan pemuda/pemudi yang sentiasa berusaha untuk dirinya, agamanya, masyarakat dan negaranya.

O'Allah, i seek your Guidance to be among the winner(of being a good servant to You). I seek your Guidance to instill ikhlas in my heart, and do truly because of You.
O'Allah, only You...

No comments: