Saturday, December 28, 2013

Strength in what remains


I
Tak berkelip mataku memandang keadaan sekeliling menerusi tingkap kereta. 'This is real', bisik hatiku. Selama ini hanya mampu melihat di tv akan musibah yang menimpa mereka. Now here I am, in Kuantan bersama secebis kudrat untuk membantu. Lebih tepat lagi, aku datang untuk mengambil ikhtibar daripada mereka. 
Kami berhenti di sebuah rumah setingkat di Perkampungan Sungai Isap, antara kawasan yang paling terjejas disebabkan banjir yang berlaku awal bulan ini. Rumah ini sama seperti rumah-rumah lain di sekitarnya- ada timbunan baju kotor dan basah, longgokan sampah di luar pagar rumah berupa perabot rosak, buku-buku, bantal, tilam, kerusi, sofa dan lain-lain barang rumah yang rosak sepenuhnya dan ampaian yang dipenuhi dengan baju yang sempat dibasuh apabila kerja-kerja pembersihan rumah dimulakan. 
In that house I saw a mother of three was busy pulling a black, round plastic bag in front of her house. Her sons-I think they were around 5,4 and 2 years old were also busy playing with the water hose. Clearly that these kids were unable to help their mother to clean the house. Their father was off to work. And..this supermom who did the cleaning all alone before we came was actually pregnant. Around 6-7 months i think.

Guess how deep was the flood few days back? 
It was 6-feet in depth-around 180cm if we compared in height. I am totally drowned if I were there.
This family lost almost everything. In fact every affected family lost almost everything. It is as if you have to start your life all over again with nothing. I know I couldn't understand fully how did they feel as I've never been involved in such severe floods. (My first experience was during 2-day floods in Dublin where my house were also affected-the water level was above knee and it was freezing cold)

But I can see the strength in their eyes. I can feel the patience in their words. The strength that still exist, over what that remains. 

(While in Kuantan, news came out stating that our beloved Gaza currently affected with floods as deep as 7 feet and it's winter now. O'Allah, we seek refuge from You. Please protects our brothers and sisters over there..)


II
" Adik, cuba adik eja nama kakak ni..", ujar ibunya yang sedang duduk di sebelah katil berpagar putih itu. 
Si kecil itu mendongak ke arahku, lalu tersenyum. Lantas kuhulur name tag biru di leher. 
"H-U hu..D-A da...eh!" Perlahan dia mengeja. Dan seperti yang dijangka, dia terkejut usai mengeja namaku yang hanya punya dua suku kata. Sekali lagi dia mendongak memandangku. Kemudian memandang ke arah ibunya. Ibunya tersenyum. Dan aku sejak tadi tidak lekang tersenyum padanya. Ada sesuatu yang menggembirakan tatkala bertemu si kecil ni. 

"Nama kita sama la, Huda," ujarku sambil mencuit bahunya perlahan. Kali ini senyumannya lebih lebar, menampakkan barisan gigi yang putih. 

"Adik nanti dah besar, jadilah macam kakak Huda ni ya", sampuk ibunya di sebelah. 
"Akak, ada satu lagi yang sama...tarikh lahir anak akak Huda ni sama dengan tarikh lahir saya, 10 Oktober". Dua fakta ini sebenarnya yang membuatkan hatiku tertarik untuk mendekati katilnya sejak tadi. 
"Yeke? MashaAllah...kebetulan pula," balas ibunya sambil tergelak kecil. 

Perbualan diteruskan selepas itu. Sempat ku bermain seketika bersama si kecil Huda. Dia sepatutnya sudah berada di sekolah rendah, mengikut kronologi umurnya. Kelihatan perkembangan fizikalnya agak kecil jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sama umur dengannya. She suffered from a type of childhood illness* that need multiple admissions to the ward. Probably endless admission until Allah makes her recover fully. InsyaAllah she will recover, biiznillah. 

She played so happily, as if she is at home surrounded by toys and books. 
She might not be aware about how the future would be and how worry her parents were.
But here is she, in the hospital fighting for her fate by all means. 


*The illness would not be disclose due to patient confidentiality.



III

Terkedu saat membaca status rakan di Facebook.
Seorang pakcik yang sudah lewat usianya, dimasukkan ke dalam ward kerana excessive tiredness. Selepas darahnya diperiksa, paras hemoglobinnya serendah 4.4 g/dL. (Normal Hb level for men: 13-18 g/dL)
Saya pernah bertemu dengan pesakit with Hb level as low as 2 g/dL. Some people can tolerate the anaemia very well. But some people can’t. Usual presenting symptoms are excessive tiredness, shortness of breath, dizziness, pallor, headache and palpitations.
Bayangkan pada level Hb serendah itu, pastinya pakcik tersebut mengalami rasa penat yang amat sangat. Dan anaknya yang menjaga beliau saat dimasukkan ke hospital pada tengah malam terkejut apabila pakcik tersebut masih gigih bangun malam untuk menunaikan solat tahajjud. Yup, at that level of lethargy. In case blood transfusion had been given before that, the Hb level won't raise immediately over 1-2 hours.  

Allahu akbar.

******************************************************************************
Masih ingat lagi kisah ketika Perang Uhud?

(berikut adalah perkongsian daripada seorang murabbi yang saya kagumi)


PERISTIWA PERANG HAMRA’ UL-ASAD
Menurut Ibnu Ishak, yang telah dipetik oleh Dr Ali Muhammad Ash-Shalabi: 

“Perang Uhud telah berlaku pada hari Sabtu 15 Syawal. Pada keesokan harinya, yaitu hari Ahad, yaitu 16 Syawal, seorang penyeru Rasulullah menyerukan untuk menghadapi musuh (ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah SAW seusai Shalat Subuh telah menyuruh Bilal mengumumkan kepada segenap kaum muslimin bahawa Rasulullah SAW memerintahkan mereka untuk keluar menyongsong musuh). Yang dizinkan ikut serta oleh Rasulullah SAW hanyalah mereka yang telah ikut serta dalam Perang Uhud pada hari Sabtu (kelmarinnya). Kepergian Rasulullah SAW hanya ingin menakut-nakutkan musuh dan menyatakan bahawa apa yang telah menimpa mereka tidak menyebabkan mereka lemah untuk mengejar musuh mereka. 
Dr Abd Karim Zaidan juga telah mencatatkan dalam bukunya ‘Al-Mustafad min Qashash Al-Qur’an: 
“...Sa’ad bin Muadz selaku salah seorang pemimpin di kalangan Anshar menemui kaumnya dan menggerakkan (mobilisasi) mereka untuk keluar sedangkan semua mereka dalam keadaan luka.
Beliau berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan kalian untuk menentang musuh kalian!"
Usaid bin Hudhair, yang hendak mengubati tujuh luka di tubuhnya, berkata: “Kami mendengar dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya”. Diapun mengambil senjatanya dan meninggalkan ubatnya lalu bergabung dengan Rasulullah SAW.

Bani Salamah keluar dengan empat puluh orang perajurit yang semuanya masih luka, antaranya Ath-Thufail bin An-Nu’man dengan 13 luka dan Al-Harits bin Ash-Shamah dengan 10 luka. Mereka sampai di hadapan Rasulullah SAW. Apabila mereka sampai di hadapan Rasulullah SAW Baginda berdo’a: “Ya Allah, kasihanilah (ampunilah) Bani Salamah” 



Sahabat-sahabat Nabi ini mentaati perintah Rasulullah SAW tanpa sebarang bantahan.
Walau luka masih mengalir darahnya, dengan tenaga yang berbaki, mereka keluar menyahut seruan Allah dan RasulNya.
Benarlah seperti diskripsi Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat ayat 15, 

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
 hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, 
kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, 
serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka 
pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar
 (pengakuan imannya)"


Subhanallah. 
Cebisan iman yang masih hidup menjadi punca kekuatan golongan-golongan di atas untuk terus melangkah menghadapi kehidupan mereka.
Walau harta diragut sekelip mata, nikmat sihat ditarik dan anggota badan cedera teruk- mereka punya kudrat untuk kekal bertahan di atas takdir mereka.
Inilah dia, strength in what remains. Kekuatan yang dipunyai mereka, kesan daripada iman yang masih tertanam di jiwa.

'Sandarkan harapanmu pada yang kekal, kerana Dia masih mampu memberi saat seluruh manusia hilang segala-galanya'


Allahu a'lam.

Thursday, November 28, 2013

"They can see the difference"

Maybe since the war between Muslims who still have The Prophet Rasulullah SAW besides them with those who disobey Allah (the kuffar), they can see the difference.

And maybe since the First Crusade in 1095, they also saw the difference.

And during the war between Arab-Israel in 1948, they did see the difference.

What was it actually?

(Below was an extract from an article written by Almarhum Dr. Said Ramadhan Al-Buty, in The Muslim magazine entitled 'A lesson from the Battlefield'. It was a true story regarding the conversation between his friend who had been imprisoned during Arab-Israel war in 1948, with an Israel officer on the day his friend was being released)


(And this extract was published in a memoir entitled 'Desperately seeking paradise" written by Ziauddin Sardar)


"Can I ask you something for which I, as a fighter unable to get a satisfactory answer before this?",asked his friend.

"Go on. Maybe I can help you to answer it", replied the Israel officer.

"Why don't you attacked Sur Bahir?

*********************
(below is the Malay translation of the extract since I couldn't find the original English copy.)
            “Mengapakah anda tidak menyerang Sur Bahir?”.Sur Bahir adalah sebuah perkampungan berhampiran Jerusalem, yang dikelilingi oleh dua koloni yang kuat, iaitu Tell Buyut dan Ramat Rahel.
            “Soalan yang baik. Adakah anda inginkan jawapan secara jujur?”
            Rakannya mengangguk tanda setuju.
            “Kami tidak menyerang Sur Bahir kerana ia diduduki oleh ramai tentera sukarela daripada Ikhwanul Muslimin.”
            “Apa perbezaannya? Anda seringkali menyerang posisi lain yang dipertahankan oleh lebih ramai askar, dalam situasi yang lebih sukar bagi anda.”

            “Bezanya ialah sukarelawan daripada Ikhwanul Muslimin adalah sangat berbeza dengan pasukan biasa anda. Bagi mereka, berperang bukanlah suatu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di bawah suatu perancangan , taktik dan arahan yang diterima, tetapi suatu kenikmatan yang di mana mereka mengabdikan diri mereka dengan sepenuh jiwa raga. Dalam kehormatan ini, mereka sama seperti tentera kami yang berjuang demi Israel. Tetapi beza antara kami dan mereka ialah kami berperang untuk mencari negara untuk kami tinggal, dan mereka pula mahu mati! Untuk menyerang golongan yang bukan sahaja tidak takut kepada mati malah amat bersemangat untuk mati dengan penuh keghairahan, seperti mereka adalah kuasa jahat yang keluar untuk menentang sendiri umat manusia, dan untuk menyerang golongan sebegitu ibarat menyerang sebuah hutan yang penuh dengan binatang buas dan liar. Ia adalah risiko yang kami pilih untuk jauhi.”
            “Pada pendapat anda, apa yang telah mempengaruhi golongan ini sehingga mereka tidak gentar pada mati dan menjadi sepasukan tentera yang sanggup hadapi segala rintangan?”
            “Kesan kuasa magis dalam agama pada minda orang biasa ini,” balas pegawai Israel itu. “Orang-orang yang miskin itu masih lagi menjadi mangsa kepada bayangan indah syurga yang menanti mereka selapas mati, dengan susu dan madu, arak dan bidadari….Mereka adalah bahaya bukan sahaja kepada kami tetapi juga kepada anda terutamanya….”
            Sahabat itu memberitahu Almarhum Dr. Said Ramadhan bahawa beliau merasakan sangat teruja dengan perbualan itu, ‘seperti dilahirkan semula. Saya sedar bahawa kuasa kepada senjata tersimpan dalam konsep kepercayaan dan kematian suci demi agama’ Almarhum Dr. Said Ramadhan memberitahu para pembaca bahawa insiden tersebut telah mengubah hidup rakannya dan dia menjadi seorang muslim yang taat(dan, melalui tekaan, juga ahli Ikhwanul Muslimin). Saya (penulis, Ziauddin Sardar) mempunyai masalah besar dalam kepelbagaian ketaatan ini. Dalam mengakui keberanian pejuang Ikhwanul Muslimin, saya berpihak kepada pegawai Israel itu. 

********************************************

Yes, they can see the difference inside these Muslims who fights in the cause of Allah. Motivasi syurga mereka sangat jelas, seakan-akan syurga itu terlihat di hadapan mata. 
Datangkanlah apa sahaja, sedikit pun mereka tidak gentar. 
Subhanallah...

Seorang Muslim itu hakikatnya perlu berbeza dengan orang-orang sekelilingnya. 
Dia yang mempunyai jadual waktu yang berbeza, penampilan yang berbeza, topik perbualan yang berbeza dan impian-impian yang berbeza. 
Perbezaan-perbezaan ini yang akan melihatkan ke mana arah pengakhiran kita. Sama ada kita memilih dunia, atau memilih untuk bahagia di akhirat sana. 

Kepada saudara-saudaraku yang memilih untuk menjadi berbeza, ketahuilah bahawa Allah bersamamu!


Picture from monumen-books.com

Tuesday, November 26, 2013

16 things you’ll only understand if you’re a medical student

Post santai di petang hari.. :)

16 things you’ll only understand if you’re a medical student:

    1.       Getting hungry during anatomy session.
Hehe, true enough. I wonder why they made the dissecting session just before lunch. Still remember our discussion on Eid Adha open house menu while waiting for the lecturers to come. Yes, discussing next to our cadaver. Eeuu..

    2.       Practising OSCE on each other over and over and over again.
“Hi, my name is ____ and I’m 3rd year medical student. I’ve been asked by the doctor today to have a look at your heart, would that be okay with you?” Sounds familiar?
“Do you have pain anywhere in your tummy? If you do have some pain, please let me know and I’ll stop.” And more familiar ^^

    3.       Watching your friend graduate, getting jobs and getting married and you’re still in med school.
Well, very true . Quite a number of friends had just delivered or already raising their first child, one and two friends are going for their second.  Some already have a stable career, and more and more wedding invitations to come. 

    4.       Never ending ward rounds shadowing doctors
Shadowing = floating around after doctors whilst they act like you’re not there. It should be called ‘Ghosting’.
Hehe. Ghosts during the morning ward round :)

    5.       Night shifts/on calls
It should be illegal to have to stay at a hospital for that long and not get paid for it.
A real sleeping test, though.

    6.       Medical student syndrome
Being convinced that you have every disease you learnt that week and driving your GP insane. ‘I have a headache…and I’m always tired…I MUST HAVE KAWASAKI’S DISEASE.’
But sometimes you are right. Keep learning! 

    7.       Gunners
They suck up to Consultants and volunteer to stay in the hospital for longer when you want to go home, making you look like a flake. And they should stay in the hospital for longer…more like forever…in the mental health unit.
Hmmm well just go home after you're done with your work. Family first :)

    8.       Having to learn a whole new language worth of medical words
Hepaticocholangiocholecystenterostomies.
Err..

    9.       Taking all those entrance exams and interviews and wondering if it was all worth it.
Regretting on things you’ve said during the interview, and wondering how did you able to pass and get a place. 

    10.   Realising that scrubs is all based on lies
     Oh,really??

   11.   Using House and Gray Anatomy to revise. 
     I don’t watch gray anatomy. House sometimes. But Upin and Ipin is more interesting.. :p

   12.   Having to keep composed in DRE( Digital Rectal Examination)
They made you feel so hopeless when you never get a chance to do it. *sigh*

   13.   Ended up talking about medicine to your medic friends and your one non medic friends is like..
Hehe. Very very true. Sometimes I just can’t help it. Surely got something to talk about medicine. So usually I acknowledge the presence of my non medic friend, and shorten the so-called medical conversation. We need to have some empathy, right?

   14.   Still not having an answer for the dreaded questions: So why do you want to do medicine?
 I do have answer for it. But surprisingly the answer changed over time as you pass through the years. Experience is the best teacher..

    15.   You spend so long trying to get into medicine that once you got in you were like..
‘I didn’t expect this!’ You should be. Expect the unexpected. And keep moving forward, guys!

******************************************************************************



Tuesday, October 29, 2013

Tick Tock





" Dua kaki seorang hamba tetap (tidak akan bergerak)
di padang Mahsyar, sehinggalah disoal tentang empat perkara: 
usianya yang dihabiskan, masa mudanya yang digunakan,
 harta bendanya;dari mana dan ke mana ia dibelanjakan,
 dan ilmunya dengan apa dilakukan".
(HR al-Bazar, Thabarani)

Friday, September 27, 2013

Final year



Dulu masa 1st year, awal2 sampai Dublin, rasa macam tak percaya akak final year yang temankan pergi shopping.
"Err akak, tak busy ke?"
"Okay je. Kelas akak start petang harini."
Okay. No wonder dia sempat untuk temankan.

Bila nak exam, rasa macam akak final year ni tahu segala-galanya. Yelah, dah dekat lima tahun belajar. Kita ni setahun jagung pun tak sampai lagi. Baru nak adapt dengan lecturer yang pelbagai accent English. Kerut dahi nak faham lecture.

Now, rasa macam tak percaya dah dipanggil final year. Tak rasa tahu segala-galanya pun. Asyik kena repeat baca benda yang sama. Patut la ada ulama' cakap,
'Knowledge is not what you memorized. Knowledge is what being applied.'

So, if Allah brings you to it, He will definitely bring you to get through it.
InsyaAllah. 

*berusaha*


Wednesday, September 18, 2013

Tests to train



One month to go.
Final exam Peadiatric, Obstetric & Gynaecology, Psychiatry and Public Health are just around the corner.
Two weeks of back to back written and clinical exam, I wonder how did the students in past years go through these two weeks.
But they did it. With flying colours.
So why I couldn't?
Yes, I can do this.
Biiznillah.

One month to go.
I wonder why should it happened at this very time.
Leaving us with challenge only after I just decided to start my quarantine period. Although class is still on.
And we hardly can stay at home.
'In every difficulty, there is an ease.'
Alhamdulillah, today they said the renovation work already done. But the cleaning part is a real test for us, now still looking to hire a helping hand.
And I know Allah listens to our do'a.

One month to go.
It's either I go for it, or I'll regret it.
I wonder whether this is a training for me, to choose what I've been struggling with over what I've been settling. At this very time.
In fact I think they need me, obviously. But I need them, so desperately.
'We do not know which of our good deed will make us to enter His Jannah. But we do know, that by following this sunnah of our Prophet Muhammad SAW, you will be rewarded in the akhirah. If someone is guided by Allah through us, it is way better than this dunya and its worldly content'.
Allah promises us so.
Have trust in Him.
InsyaAllah.


So,
Bismillahirrahmanirrahim.
We shall start...

Tuesday, August 20, 2013

To you, from us

The last snatched phonecall came on Saturday as Fatima used a mobile phone to ring home, telling her father: "Papa, they are beating me, they are beating me." Moments later, the line abruptly went dead.

The siblings and their mother, Amina Mostafa, were on their annual holiday to Egypt when they were caught up in a protest that turned violent at Ramses Square in the centre of Cairo. Their distraught mother, who was not with the siblings at the time, is now making frantic efforts to get access to her children in custody. "On Friday, I heard from my daughter (Omaima) in the square. She said a plane dropped a bomb on them on the street. They entered the mosque and they prayed in the mosque and when they went out to go home everything was closed," said Mr Halawa.
"From 7pm to 7am, everything is stopped in Cairo at night. The underground was closed, there were no taxis running. She entered the mosque and then the army and the policemen came."
Mr Halawa said the latest news he had heard was that his children were being held in Tora Prison.
"They are in Tora in Cairo. A girl who was inside -- and she got out because her uncle is a big man in the police -- she was with them in the mosque. She said my daughters and my son were inside the prison with them. I phoned the Department of Foreign Affairs this morning and they told us they will meet them. I hope soon," he added.
"My wife is very worried. I'd like to see what I can do here before I go to Cairo next week."
The Department of Foreign Affairs said it was in "ongoing contact" with the Halawa family and the Egyptian authorities. Irish Ambassador to Egypt, Isolde Moylan, is leading the consular efforts.
Last week, the department updated its travel advice for Egypt, saying a state of emergency had been declared. In July, due to the ongoing civil unrest, it advised against non-essential travel to Egypt, except for the Red Sea resorts.
(news published by Irish Independent, 19th August 2013)
************************************************************************
It is not only because I know Fatima personally that makes me worried.
All of us have been worried and continuously making prayers for all our Muslim brothers and sisters since the first day of the coup. 
To the democratically elected Egypt Presiden Mohamed Mursi, may Allah protects him where ever he is.
To the people whom fighting for justice, Allah is with you, we are all with you and there is no other Helper except Allah. We've keep updating ourselves on the situation in Cairo, we cry together and pray together for your safety and victory. Verily, al-haq will be protected by Allah. 
To the people whom responsible for the coup, may Allah destroys all of your plan. You are so inhuman, killing the citizen who stood for justice in their own country. 
To the coward leaders whom wouldn't call this a coup, this world doesn't last long for you to stay in power. We are living for our after life, and it is either we win or we die to meet our Lord.
Hasbunallahi wa ni'mal wakil..

p/s: President Mursi detention's period has been prolonged, while Hosni Mubarak will be released. Not surprising..

Tuesday, August 13, 2013

Finally competent ^_^

Illustration by Charles Giai-Gischia

Assalamualaikum wbt,
Masha Allah, it has been a while i'm not writing a blog post(err, but a month is not too long though). 
And i think it is not too late to wish Eid Mubarak 1434H to all Muslims ^_^
Taqabalallahu minna wa minkum. 
Come, lets fast for another 6 days insyaAllah.

Alhamdulillah, last week was the end of my P license, now i am proud of holding the competent driving license. I know its kinda late at this age compared to my peers about getting a driving license but never mind, at least i can finally say 'yes, i can drive!'. 

I drive in Penang for most of the time, and trust me Penang is a real 'training field' to all drivers-not only to the newbies like us. With lots of motorcyclists on your front, left n right, lots of luxurious car drove by rich people that having 'problem' with their car signal (i wonder if they have forgotten their signal button) and many more driving attitudes, I am afraid I may have some of the 'driving traits' of the Penang people. 

Accidents records for the past 2 years: 
1. With a motorcycle that was parked improperly at the corner. I caused my friend's car kemek sikit :( and need to pay to that guy for breaking his rear lamp. 
2. I scratches my mom's car by hitting the divider on my parking area in Penang. 

Off record:
1. One long scratch on the car's door, the time of incident is not known. Proton's mechanic said it may be cause by the motorcyclist. 

Above all, i just want to say this: every skill that you have, make sure it would benefit your deen, family, and society. Truly, you will be benefited at the end. 


Drive with bismillah :)


Saturday, July 13, 2013

History repeats again



Assalamualaikum wbt, 

Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan kita untuk sampai kepada bulan Ramadhan 1434H yang mulia ini. Selawat dan salam kepada Rasulullah saw, kekasih Allah yang dirindui.

I would like to share with you one story about the companions of Rasulullah saw.

Ibnu Ishaq dan Ahmad meriwayatkan daripada Jabir r.a, ia berkata:
'Kami pernah berangkat bersama Rasulullah saw pada perang Dzatur Riqa'. Ketika itu, seorang wanita daripada kaum musyrikin ditawan. Setelah Rasulullah saw pulang, suami dari wanita itu yang sebelumnya tiada di rumah, baru datang. Lelaki itu kemudian bersumpah tidak akan berhenti mencari isterinya sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Rasulullah saw. Lelaki itu lalu keluar mengikuti jejak perjalanan Nabi.

Nabi saw kemudian turun di suatu tempat lalu bersabda,'Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita sepanjang malam ini?' Kemudian majulah seorang dari Muhajirin dan seorang dari Ansar lalu kedua-duanya berkata: 'Kami, wahai Rasulullah!' Nabi saw berpesan, 'Jagalah kami di permulaan lorong ini'. Semasa itu Rasulullah saw bersama para sahabatnya berhenti istirahat di suatu lorong dari sebuah lembah.

Ketika kedua sahabat itu keluar ke permulaan lorong itu, sabahat Ansar bertanya kepada sahabat Muhajirin, 'Pukul berapakah engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam atau akhir malam?' Sahabat Muhajirin menjawab, 'Jagalah kami di awal malam'. Sahabat Muhajirin itu kemudiannya berbaring dan tidur, sedangkan sahabat Ansar itu melakukan solat. 

Datanglah lelaki musyrik itu dan ketika mengenali sahabat Ansar itu, dia faham bahawa sahabat itu sedang tugas menjaga. Orang itu kemudiannya memanahnya dan tepat mengenainya, lalu sahabat Ansar itu mencabut anak panah dan terus berdiri tegak. Orang itu kemudiannya memanah lagi dan tepat mengenainya, lalu sahabat itu mencabutnya lagi dan terus berdiri tegak. Untuk kali yang ketiga, orang itu sekali lagi memanahnya dan tepat mengenainya, lalu dicabutnya juga. Sahabat itu kemudian rukuk dan sujud. Setelah itu, barulah dia membangunkan sahabatnya seraya berkata,'Duduklah, kerana aku telah dilukai'.

Sahabat Muhajirin kemudian melompat. Ketika orang musyrik melihat keduanya, dia sedar bahawa dirinya telah diketahui lalu ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Ansar, ia berkata,'Subhanallah, mengapa kamu tidak membangunkan aku dari tadi?' Dia menjawab, ' Aku sedang membaca satu surah dan aku tidak ingin memutusnya. Setelah berkali-kali orang itu memanahku, baru aku rukuk dan memberitahukan kepadamu. Demi Allah, kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah saw kepadaku, nescaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat..'

MashaAllah.

Saat membaca kisah ini, serta merta saya teringat akan serangan di Cairo pada pagi Isnin yang lalu. Serangan yang mengakibatkan lebih 50 orang syahid. Apa yang lebih menyedihkan, ada antara mereka yang syahid ditembak di kepala ketika sedang menunaikan solat Subuh. 

Selain daripada pengajaran besar daripada sirah di atas berkenaan kekuatan iman yang luar biasa dan kekusyukan sahabat Ansar ketika menunaikan solat sambil menjaga sahabat lain daripada musuh, satu lagi perkara yang ingin di highlightkan adalah strategi musuh yang menyerang ketika para Muslimin sedang solat. Iaitu strategi yang sama digunakan pada serangan Isnin lalu. Pasti saja mereka tahu, saat terbaik untuk membunuh tanpa diserang semula adalah ketika para Muslimin sedang menumpukan perhatian pada solatnya. Dan apabila dirinya telah diketahui, cepat-cepat ia melarikan diri bimbang dibunuh semula. 

Sejarah berulang kembali...

Ya Allah, selamatkan bumi Mesir daripada kebathilan
Berilah mereka di sana kekuatan untuk mempertahankan yang haq
Hancurkanlah rancangan-rancangan musuh yang ingin menghapuskan Islam
Kuatkanlah kesatuan di antara ummah Islam
Berilah kami kesedaran yang jelas tentang Islam agar kami dapat memilih yang haq dan menentang yang bathil
Kami memohon perlindungan daripadaMu ya Allah
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong..



picture from Mesirkini





alhuda
4th Ramadhan 1434H


Monday, July 8, 2013

Fire!


Sekiranya bilik yang anda sedang duduki sekarang terbakar, apakah yang akan anda lakukan?

‘Saya akan lari!’
‘Saya akan cari pemadam api yang warna merah tu lepas tu cuba padamkan api’
‘Saya ambil barang-barang saya kemudian lari ikut tangga. Lif tak boleh guna bila berlaku kebakaran!’
‘Saya akan cuba ambil air untuk padamkan’-Macam mana nak padamkan api dengan air?-‘Ambil la cawan lepas tu tuang pada api tu’.

Ini adalah respon yang didapati daripada beberapa orang yang ditanya soalan di atas. Jawapan yang terakhir adalah contoh orang yang mempunyai masalah untuk membuat keputusan yang logik (impaired judgement).

Soalan ini adalah sebahagian daripada Mental State Examination(MSE). MSE adalah salah satu penilaian yang akan dibuat kepada semua pesakit yang berjumpa doctor psikiatri-dan sebenarnya MSE boleh dibuat kepada sesiapa sahaja. No harm :)

Jika MSE ini dibuat pada semua orang, insyaAllah sebahagian besar daripada kita pasti mempunyai judgement yang tepat. (Maka ucapkanlah Alhamdulillah)

Namun daripada sudut yang lain, ramai daripada kita sebenarnya masih belum sedar bahawa kita sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang genting-segenting saat berada di dalam rumah yang terbakar. Cuma apinya saja tidak kelihatan!

Dunia Islam pada hari ini tidak pernah tenang dengan berita-berita yang mencemaskan. Musuh-musuh Islam tidak pernah rehat mencari jalan untuk menjatuhkan kesatuan ummah. Hakikatnya, kebatilan sedang membuat perancangan untuk menghancurkan kebenaran. Apa yang menyedihkan, apabila kesatuan ummah tercalar sehingga sesama Islam berbunuhan antara mereka, di saat itu musuh Allah bersorak keriangan.

‘Ah, itu mereka! Kita yang aman damai ini perlu pertahankan pula keamanan ini. Biarkan mereka selesaikan konfliknya sendiri’.
‘Maaf, saya tidak punya masa untuk semua itu. Masalah sendiri pun masih belum terurus!’.
‘Of course I care about them! But hey, don’t forget our plan to go to cinema tomorrow, okay?’

Hakikatnya sebahagian besar daripada kita masih lena. Seronok berada di fasa delta wave of the brain, di mana seseorang itu paling sukar digerakkan daripada tidur. Jika digerakkan pun tidak akan sedar sepenuhnya. Pada fasa ini, manakan mungkin perasan rumah yang didiami sedang terbakar. Maka begitulah keadaan kita. Masih enak menikmati keseronokan dunia yang dihidangkan oleh musuh-musuh Islam sehingga kita lupa pada mereka yang sedang berjuang menegakkan kebenaran, ditindas oleh kezaliman dan dibunuh atas nama mempertahankan kebebasan.

“Kita ni,”ujar seorang daripada rakan yang dikasihi,
“Perlu rasa bertanggungjawab untuk menjadi penggerak kepada ummah yang sedang lena ini. Kejutkan mereka, bahawa iman kita dalam kondisi yang sangat bahaya! Sedetik kita tinggalkan Allah, bertubi-tubi serangan daripada musuh Islam datang untuk melalaikan kita. Untuk menjauhkan kita daripada mengingati Dia. Hingga kita semakin jauh..dan jauh meninggalkanNya.

Maka bagaimana untuk menggerakkan ummah ini?

Kita sendiri yang perlu bangun dahulu dan menyedari bahawa kebakaran sedang berlaku, dan segera gerakkan mereka untuk lari menyelamatkan diri. Kita sendiri yang perlu ubah diri kita dahulu, kemudian seru mereka yang lain untuk turut menyelamatkan iman mereka. Jaga hubungan dengan Allah, pasti Dia akan menjaga kita dan menyelamatkan kita selagi mana kita cuba mendekatkan diri kepadaNya.”

Jangan jadi hambaNya yang mempunyai impaired judgement terhadap suasana yang berlaku di sekeliling kita. Serangan musuh Allah datang dari segala arah, keep updated and aware.


Sungguh, kaca mata iman bukan boleh diperolehi di mana-mana. Ia adalah hasil daripada mengenaliNya dan menjaga diri daripada apa-apa yang menjadi laranganNya.



Saturday, June 15, 2013

Adab bertunang dalam Islam

Assalamualaikum wbt, 

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian pada Allah swt yang Maha Memelihara, sepanjang-panjang rasa syukur padaNya yang Maha Mendengar dan Memberi, sesungguhnya kita sebagai hamba sentiasa fakir dan memerlukan Allah yang Maha Mengurniakan. 

Mengenangkan sahabat fillah yang paling hampir dengan saya akan bertukar status minggu hadapan, rakan 'kembar' saya pula dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, rakan susah senang saya yang sedang dirisik dan beberapa sahabat fillah saya yang lain, suka untuk saya kongsikan sedikit ilmu terkait khitbah(pertunangan) pada post kali ini. Moga ia bermanfaat untuk semua, insyaAllah. 

Di bawah ini adalah terjemahan petikan daripada buku tulisan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan bertajuk Adab al-Khitbah wa al-Zifaf wa Huquq al-Zawjayn (Adab-adab Pertunangan, Perkahwinan dan Hak-hak suami/isteri), fasal keempat yang menceritakan asas-asas peminangan perempuan. 

All credits go to the writer and translator, semoga Allah merahmati penulis ini yang juga terkenal dengan bukunya Tarbiyatul Aulad(Pendidikan Anak-anak) dan penterjemah yang sudi berkongsi, moga Allah berkati segala usahanya dan menambahkan lagi tingkatan ilmunya untuk manfaat Islam. 

(Minta maaf atas susunan sebahagian daripada teks yang agak lari alignment nya)

************************************************************************************************************

FASAL KEEMPAT

Asas-Asas Peminangan Perempuan

Islam dengan Syariatnya yang bersifat kekal, prinsip-prinsipnya yang bertolak ansur, ia telah mengatur beberapa dasar berkaitan pertunangan. Ia juga telah meletakkan aturan-aturan yang praktikal dalam menuju alam rumahtangga. Dasar dan prinsip ini jika diikuti oleh pemuda dan kaum muslimin ketika memilih pasangan hidup, nescaya pertunangan mereka akan berjaya dan perkahwinan mereka akan bahagia. Bahkan akan lahir rasa cinta dan kasih sayang antara mereka dengan kehidupan dinaungi bayangan perkahwinan yang harmoni atas dasar muafakat dan saling memahami antara satu sama lain.

Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan pertunangan?

Dan apakah asas-asas yang berkaitan dengannya?

Pertunangan dapat diertikan dengan tindakan seorang lelaki meminang seorang perempuan sebelum berlakunya proses akad nikah. Ia dilakukan untuk mengetahui sama ada hajatnya itu diterima atau ditolak. Proses peminangan dibuat dengan mengumpul maklumat-maklumat yang mencukupi berkenaan si perempuan yang ingin dipinang. Ia boleh dilakukan oleh peminang itu sendiri atau wakilnya yang dithiqahi (dipercayai) dari kalangan keluarganya atau sahabat-sahabatnya.

         Pertunangan bertujuan agar pasangan yang ingin berkahwin dapat menempuh gerbang perkahwinan dalam keadaan pemikiran yang mendalam serta mendapat hidayah, sekaligus dapat menghindari masalah serta pertelingkahan dalam kehidupan rumatangga yang mungkin timbul pada masa akan datang, dan pada masa yang sama, ia dapat mengeratkan lagi ikatan antara keluarga suami dan keluarga isteri serta anak-anak dan sanak saudara mereka.

Dasar-dasar berkaitan peminangan adalah merujuk aturan berikut:

1) Melihat wanita yang ingin dipinang
   Islam telah mensyariatkan agar peminang melihat perempuan yang ingin dipinangnya. Begitulah juga si perempuan disyariatkan melihat si lelaki. Ia bertujuan untuk mengetahui dengan jelas siapa gerangan yang bakal menjadi pasangan (bagi menghabiskan) umur dan menjadi rakan kongsi kehidupan mereka. Asas pensyariatan ini adalah merujuk kepada kisah al-Mughirah bin Sh'ubah ketika mahu meminang seorang perempuan, lalu baginda Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam berpesan kepadanya:

انْظُرْ إِلَيْهَا، فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يُؤْدَمَ بَيْنَكُمَا
Tengoklah perempuan itu. Mudah-mudahan ia dapat mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua”. 
(HR al-Bukhari, al-Turmidhi, al-Nasa’i dan Ibn Majah)

 Hadis ini menunjukkan bahawa melihat pasangan itu boleh membawa kepada penerusan kasih sayang dan kelunakan hati. Hadith yang lain pula mengisahkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi sallallahu Ñalayhi wa sallam lalu menyuarakan hajat ingin menikahi seorang perempuan dari kalangan kaum al-Ansar. Lalu Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bertanya: “sudahkah kau tengok perempuan itu?” dia menjawab: “belum”. Baginda pun menerangkan:

فَانْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّ فِي أَعْيُنِ الأَنْصَارِ شَيْئًا (يعني الصغر)
Tengoklah dia. Kerana pada mata kaum al-Ansar itu ada keunikan (matanya sepet)”. 
(HR Muslim dan al-Nasa’i)

Walau bagaimanapun, dalam proses menengok ini ada adab-adabnya yang perlu dijaga:
            i. Tak boleh peminang melihat si perempuan kecuali setelah dia benar-benar berazam mahu berkahwin. Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

إِذَا أَلْقَى اللَّهُ فِي قَلْبِ امْرِئٍ خِطْبَةَ امْرَأَةٍ فَلا بَأْسَ أَنْ يَنْظُرَ إِلَيْهَا
Jika Allah telah menggerakkan hati seorang lelaki untuk masuk meminang perempuan, tiada salahnya untuk dia melihat perempuan itu
 (HR Ahmad dan Ibn Majah)

          ii.Tak boleh peminang melihat perempuan kecuali pada anggota muka dan dua pergelangan tangannya sahaja. Ini kerana tuntutan melihat (di dalam hadis) hanya terbatas kepada anggota yang dua itu lantaran muka itu umpama pancaran anggota badan manakala dua pergelangan tangan adalah anggota yang terzahir menurut adat.

   Tuntutan melihat yang hanya menghadkan kepada muka dapat difahami melalui pesan Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam kepada seorang lelaki: “Tengoklah dia. Kerana pada mata kaum al-Ansar itu ada keunikan”. Manakala tuntutan melihat yang membataskan hanya kepada muka dan dua pergelangan tangan adalah berdasarkan kisah Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam yang menghantar Ummu Sulaym untuk meminang seorang perempuan, lalu Baginda berpesan kepadanya:

 اُنْظُرِي إِلَى عُرْقُوبَيْهَا وشُمِّي عَوَارِضَهَا
 “Lihatlah kedua kakinya dan ciumlah pipinya”. 
(HR al-Hakim)

Jika melihat kepada selain muka dan dua pegelangan tangan itu diharuskan, maka sudah tentu Baginda sendiri yang akan melakukannya.

           iii. Dibolehkan untuk melihat si perempuan berulang kali agar bayangan calon isteri meresap pada perasaan. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis: “lihatlah perempuan itu” yang tidak meletakkan had melihat sama ada sekali, dua kali atau berulang-ulang kali.

        iv. Semasa majlis pertunangan berlansung, dibolehkan untuk perempuan bercakap dengan si lelaki, begitulah juga sebaliknya. Keharusan ini merujuk kepada pendapat majoriti fuqaha yang berpandangan bahawa suara wanita bukanlah aurat. Sungguh Nabi sallallahu 'alayhi wasallam sendiri bercakap dengan perempuan dan Baginda mendengar bicara mereka. Begitu juga para Sahabat ridwanullahi 'alayhim, mereka bertanyakan isteri-isteri Nabi di sebalik tabir akan perihal hadis dan hukum-hakam.

          v.Tak boleh bersalaman dengan si perempuan sebelum berlakunya akad nikah dalam apa keadaan sekalipun, kerana dia tetap ajnabiyyah (wanita asing) dan ajnabiyyah ini diharamkan bersalaman dengannya. Peraturan ini adalah bersumberkan kalam ‘A'ishah radiyallahu 'anha bahawa:

وَاللهِ مَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللهِ يَدَ امْرَأَةٍ قَطْ
Demi Allah! Nabi sama sekali tidak menyentuh tangan wanita ketika berbai'ah. Bai'ah itu dilakukan dengan kata-kata” (HR al-Bukhari)

          vi. Tak dibolehkan berdua-duaan antara pasangan bertunang kecuali dengan kehadiran mahram si perempuan kerana Islam mengharamkan bersendirian dengan perempuan ajnabiyyah. Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam menegaskan:

أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ وَلا تُسَافِرَنَّ امْرَأَةٌ إِلاَّ وَمَعَهَا مَحْرَمٌ
Ketahuilah! Janganlah seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan dan jangan juga bermusafir dengannya kecuali disertai oleh mahramnya”. (al-Bukhari dan Muslim)

           vii. Dibolehkan untuk peminang melihat si perempuan dalam keadaan tanpa disedarinya seperti mana sabda Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam:

إذَا خَطَبَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً، فَلا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَنْظُرَ إِلَيْهَا إِذَا كَانَ، إِنَّمَا يَنْظُرُ إِلَيْهَا لِلْخِطْبَةِ إِذْ كَانَتْ لا تَعْلَمُ
Jika seseorang di antara kamu meminang perempuan, maka tiada halangan untuk kamu melihatnya, walaupun dia tidak mengetahui”. (HR Ahmad)
Islam telahpun menggariskan adab-adab yang perlu dipatuhi pasangan bertunang. Siapa yang melampui batasannya dan mengambil jalan yang bukan dari Islam, maka dosalah yang layak untuknya dan dia telah menyanggahi Syariat.

Dukacita jika kita menyorot realiti masyarakat hari ini, kita akan mendapati kebanyakan mereka mengambil mudah urusan pertunangan dan ia berlaku dalam bentuk dua kelompok:

Pertamanya, kelompok yang menghalalkan segala macam cara pergaulan tanpa dibatasi adab sopan dan peraturan Islam. Mereka bebas bergaul dengan pasangan tunangnya sesuka hati tanpa had, dengan alasan, mahu mengenali akhlak dan tabiat perangai pasangan masing-masing. Ketahuilah bahawa alasan ini adalah batil lagi tertolak. Bahkan Islam sungguh-sungguh memerangi perbuatan ini kerana ia menafikan prinsip kemuliaan wanita dan sistem Islam itu sendiri.

Sesungguhnya bagi yang mempunyai akal dan kecerdikan, pasti dapat melihat bahawa pergaulan bebas lagi tiada akhlak ini akan membawa kepada kebobrokan sahsiah dan hubungan yang meragukan. Imej perempuan boleh jadi dipandang buruk, bahkan jauh lebih buruk dari si lelaki kerana apabila si perempuan ditinggalkan dengan alasan dia tidak sesuai dengan si lelaki, maka akan ditohmahlah maruah si perempuan ini dan dibuat bahan pelecehan masyarakat. Akibatnya, jadilah dia anak dara tua yang tak laku dengan harga seperti barang buangan.

Bagi orang yang mempunyai kefahaman, pasti dia dapat menyedari bahawa di dalam pergaulan bebas ini, pelakunya tidaklah dapat mengetahui akhlak tunangnya kerana masing-masing berpura-pura ibarat berlakon di atas pentas lawak lagi dusta.  

Sudah berapa banyak kita dengar tentang pertunangan yang tidak berakhlak ini gagal mengecapi kedamaian rumahtangga, gagal mencapai cinta dan kelembutan antara suami isteri, bahkan  pertunangan yang berdosa ini diakhiri dengan penceraian. 

Keduanya, kelompok yang fanatik dan keras tanpa dikawal dengan akhlak Islam. Mereka menolak sunnah Nabi dalam melihat tunang, bahkan ada ibu bapa yang terlalu berkeras hingga melarang si lelaki melihat anak perempuan mereka kecuali setelah tiba malam pertama.

Bagi orang yang faham dan berfikir, dia akan mengetahui bahawa sifat berkeras ini bukan dari Syariat Islam. Bahkan dalam kebanyakan situasi, sifat terlalu berkeras inilah yang menghilangkan nikmat perkahwinan dan kebahagiaan rumah tangga. Akibatnya, anak perempuan tidak dipinang orang dan duduklah dia di penjuru rumah bersama mereka yang tak laku.

Oleh itu, bagi pasangan yang bertunang, begitu juga para penjaga anak perempuan, beriltizamlah kalian dengan batasan-batasan Allah 'azza wa jalla dalam menguruskan pertunangan dan perkahwinan. Jika kalian mahukan kemuliaan seorang wanita, kesolehan seorang lelaki, keselamatan rumahtangga serta masyarakat yang berakhlak, maka cermatilah ayat ini:
 تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَعۡتَدُوهَا‌ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ ٱللَّهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
Itulah batasan-batasan Allah maka jangan kamu melampauinya! Siapa yang melanggar batasan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” 
[al-Baqarah:229]

2)      Masuk meminang tunangan orang lain
Jika seorang lelaki yang baik agamanya masuk meminang seorang perempuan yang bagus akhlaknya, lalu pinangannya diterima oleh si perempuan dan keluarganya, maka diharamkan bagi lelaki lain untuk masuk meminangnya kecuali jika putus ikatan pertunangan tadi atau lelaki itu memberi izin. Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam telah bersabda:

لا يَخْطُبِ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ حَتَّى يَتْرُكَ الخَاطِبُ قَبْلَهُ، أَوْ يَأْذِنَ لَهُ الخَاطِبُ
 Janganlah seorang lelaki meminang atas pinangan saudaranya hinggalah peminang yang terdahulu meninggalkan atau mengizinkannya.” (HR al-Bukhari)   

      Telah sedia maklum bagi orang yang mempunyai akal fikir bahawa pertunangan atas pinangan orang lain ini akan menerbitkan rasa dendam, mewariskan sifat dengki, merosakkan ummah, menghancurkan kesatuan jama'ah serta membarahkan lagi akar adu domba dan umpatan di kalangan kaum muslimin. Sungguhpun demikian, dalam isu meminang perempuan yang menjadi tunangan lelaki fasiq, Ibn al-Qasim berpandangan ia diharuskan dan pandangan beliau disokong oleh Ibn al-'Arabi al-Maliki.

      Pandangan ulama mazhab Maliki ini bertepatan dengan nas-nas Syariat pada membahaskan kriteria yang perlu ada bagi seorang lelaki iaitu mestilah dia seorang muslim yang memiliki keindahan akhlak dan pegangan agama. Pandangan ini juga selari dengan kaedah fiqh iaitu: “menolak kemudaratan lebih diutamakan dari mencapai kemaslahatan.” Oleh yang demikian, tercapailah maslahat perkahwinan apabila seorang lelaki mampu mengajak pasangannya kepada Islam. Kalaulah ada ibu bapa yang merelakan anak perempuannya dinikahi lelaki fasik lagi jahat, ketahuilah sesungguhnya mereka telah mengabaikan timbangan neraca agama dan akhlak Islam.

3)       Meminang perempuan yang masih dalam tempoh 'iddah
Jika seorang perempuan yang masih menjalani tempoh Ñiddah, sama ada ia disebabkan kematian atau diceraikan suaminya, maka haram bagi orang lain untuk masuk meminangnya hinggalah tamat tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, adalah diharuskan bagi lelaki untuk menyuarakan hajat untuk meminang dalam bentuk isyarat tidak lansung, contohnya dengan mengatakan: “jika dah habis tempoh 'iddah kau, beritahulah aku”. Ini berdasarkan firman Allah:
وَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ فِيمَا عَرَّضۡتُم بِهِۦ مِنۡ خِطۡبَةِ ٱلنِّسَآءِ أَوۡ أَڪۡنَنتُمۡ فِىٓ أَنفُسِكُمۡ‌ۚ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمۡ سَتَذۡكُرُونَهُنَّ وَلَـٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّآ أَن تَقُولُواْ قَوۡلاً۬ مَّعۡرُوفً۬ا‌ۚ
Tiada halangan bagi kamu untuk meminang wanita (yang masih dalam 'iddah) dengan konotasi implisit atau kamu simpan (hajat untuk mengahwini mereka) di dalam hati kamu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut atau menngingati mereka (dan yang demikian itu tak salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka secara sulit selain dari mengungkapkan ucapan (implisit) yang sopan” [al-Baqarah: 235]

      Pada kesempatan ini, saya (penulis) ingin menjelaskan isu cincin pertunangan, di mana cincin emas pertunangan adalah diharamkan untuk lelaki memakainya. Ada dua sebab yang mendasari larangan ini:

Pertamanya: Taklid (terikut-ikut) secara membuta tuli dan menyerupai kaum lain. Rasulullah melarang kelakuan ini berdalilkan hadis daripada 'Abdullah bin 'Amr radiyallahu 'anhuma bahawa Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا لَا تُشَبِّهُوا ‏‏بِالْيَهُودِ ‏وَلَا‏ ‏بِالنَّصَارَى

 “Bukan dari kalangan kami mereka yang meniru-niru kaum selain kami. 
Janganlah kalian meniru orang Yahudi dan Nasrani”. 
(HR al-Turmidhi)

Begitu juga apa yang diriwayatkan daripada Ibn 'Umar radiyallahu 'anhuma, bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam bersabda:

 مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka.” (HR Ahmad dan Abu Dawud)    

      Larangan meniru-niru di dalam hadis tersebut ditujukan kepada lelaki dan perempuan dengan arahan yang sama.

Keduanya:  Telah diharamkan pemakaian emas bagi lelaki. Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai cincin emas berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ashab al-Sunan dan al-Imam Ahmad, daripada 'Ali radiyallahu ‘anhu menceritakan bahawa Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam pernah mengambil sehelai sutera lalu diletakkan di kanannya. Kemudian Baginda mengambil seketul emas lalu diletakkan di kirinya dan bersabda: “Sesungguhnya dua benda ini adalah haram untuk kaum lelaki ummatku”. Ibn Majah menyatakan hadis ini ada tambahannya iaitu: “Halal untuk perempuan.

      Diriwayatkan pula oleh Muslim dan Ibn Hibban, daripada Ibn 'Abbas radiyallahu 'anhuma menceritakan bahawa Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam telah terlihat sebentuk cincin emas pada tangan seorang lelaki, lalu Baginda terus menanggalkannya dan membuangnya sambil bersabda: “Salah seorang di antara kamu dengan sengaja meletakkan seketul bara api neraka di tangannya.” Setelah Rasulullah berlalu pergi, seorang sahabat berkata kepada lelaki tersebut: “Ambillah semula cincin itu dan manfaatkannya.” Namun lelaki itu menolak: “Tidak! Demi Allah aku sama sekali tidak akan mengutip sesuatu yang telah dibuang Rasulullah.”  Adapun pemakaian cincin perak bagi kaum lelaki, yang mana ia bukan untuk pertunangan, maka perbuatan itu dibolehkan bahkan ia adalah sunnah menurut Syarak.



( 'Ulwan, 'Abd Allah NasihAdab al-Khitbah wa al-Zifaf wa Huquq al-Zawjayn (t.tp: Dar al-Salam, 1983), 47-59.)

Wallahu a'lam.