Assalamualaikum wbt
Bagaimana Ramadhan selama seminggu kini? Subhanallah pantas sangat rasanya masa berlalu.
Moga Allah pilih kita untuk menjadi orang-orang yang beruntung di bulan mulia ini.
Baru-baru ini adik saya mengadu
mengalami masalah kulit yang teruk. Oleh kerana dia tidak berada di rumah,
sukar untuk saya lihat dan tafsirkan keterukan kulit yang dialami. Oh ya, saya
kat sekolah(baca:kolej) pun tak belajar sangat dermatologi(ilmu perubatan
tentang kulit) ni. Hanya akan di-expose kan dalam dua hari sahaja sepanjang
rotation medicine nanti. Jadi saya pun tak pasti apa suggestion yang boleh
diberi pada adik saya ni.
Selidik punya selidik,
rupa-rupanya masalah kulit dia bermula apabila dia decide untuk tidak lagi
memakai produk Johnson Clean & Clear yang selama ini merupakan the one and
the only product yang telah menjaga kulitnya. Beberapa kali juga dia
menghubungi saya berkenaan perkara ini, jadi saya suggest padanya untuk ke
klinik in case ianya lebih pada allergic reaction pada produk kulit yang baru
dicubanya sekarang.
Surprisingly, doctor menasihatkan
dia untuk mengambil antibiotic selama 3 bulan dan no chicken at all also for 3
months. Wahh. Sampai mcm tu sekali. Hanya kerana masalah pada lapisan epidermis
di muka tetapi sihat tubuh badan secara keseluruhannya, dia perlu mengambil
sebanyak lebih kurang 90 biji antibiotic. Dan pantang makan ayam tu, mungkin
xdela betul2 ikut sangat sebabnya susah juga kalau no chicken at all at any
time. Kasihan pula rasanya.
Hmm. Saya sendiri terfikir
sejenak. Mahalnya harga sebuah pemboikotan yang Allah uji pada dia. Dia dah
buat one step further, iaitu untuk tinggalkan perkara yang telah memelihara
kulitnya(dengan izin Allah) semata-mata untuk mencari redha Allah. Kempen
boikot barangan Israel memang dah menjadi pengetahuan umum. Cuma kita sahaja
yang menjadi factor keberkesanannya, yakni untuk mengambil the first step or
not.
Melihatkan cuaca di Malaysia, saya
setuju yang semua orang sebenarnya perlu menjaga kulit mereka dengan baik
kerana kita terdedah pada cuaca panas-> kulit berminyak, habuk dan segala
jenis asap di luar sana. Pencuci muka amat penting sebenarnya sebagai produk
asas untuk menjaga kulit. Nak dibandingkan ketika saya di Ireland dulu, err
sebab cuaca yang membuatkan kita tak berpeluh lansung walaupun berjalan kaki 1
km, maka saya kurang menggunakan pencuci muka setiap hari. Warm water is
sufficient dan alhamdulillah saya tiada mengalami masalah kulit sepanjang di
sana.
Saya sendiri terpegun dengan niat
adik saya ini. Sungguh, setiap amal bermula dengan niat. Dan kita akan dapat
apa yang kita niatkan. Lebih untung lagi, Allah tambah sikit ujian dalam pada
kita nak mencapai niat kita itu untuk membersihkan dosa-dosa kita. Allah nak
tanggalkan kecintaan kita(tajarrud) pada perkara yang sepatutnya kita
tinggalkan untuk mencapai tahapan iman yang lebih tinggi lagi. Subhanallah.
Err, kulit saya pun lebih sesuai
dengan produk yang perlu diboikot itu sebenarnya. Cuti haritu saya mencuba satu produk tempatan,
dan alamak, takdirNya kulit saya tidak sesuai. Sekarang saya dah stop pakai
produk tersebut. Tapi kesannya masih ada dan buka sem baru haritu seorang rakan
saya bertanya,
“Huda, sihat tak ni?”dengan muka
risau.
“Sihat je, kenapa?”
“Ada kena demam campak ke cuti
haritu?”
And I was like-Ohhhh!!!
Huhu. Tak pela. Dah lama Allah
bagi kulit ok, tak kan baru sikit dah nak mengeluh, kan? Apa yang penting sihat
tubuh badan untuk terus-terusan jadi hambaNya yang bersyukur. Insya Allah.
Doakan untuk Ramadhan kali ini.
Takut sangat jadi orang-orang yang rugi L.
P/s: dah lama tak tulis sesantai
ini.huhu
2 comments:
subhanallah, besar sungguh harga sebuah boikot,
bila bandingkan harga barang boikot n non-noikot, harga brng boikot jauh lebih murah, namun apalah nilainya jika untungnya diguna membedil pejuang Palestin..
so true, amal!
tp hakikatnya mmg tak mudah kan bila brg2 tu benar2 ber-asimilasi dgn kehidupan seharian kita.
ini contoh kejayaan mereka dlm merancang!
maka seharusnya kita lebih hebat lg merancang
Post a Comment